Bismillah.
Assalamu’alaikum.
Apa khabar semua? Sihat? Moga semua dalam keadaan sihat.
Lama saya tak menulis. Bulan lepas kak Farah (cik FS) ada buat entry pasal
keharaman zina kan? Harapnya artikel tu terkesan dalam hati awak semua, dosa tu
penyumbang untuk kita masuk neraka taw. Bila sebut dosa besar, lagi la besar
peluang kita nak masuk situ. Jangan ambil mudah sebab hidup kita kat akhirat
nanti lebih lama lagi dari kat dunia. Oleh sebab tu, kali ni saya tulis pulak
satu entry tentang cara Islam menyelesaikan zina. Moga-moga kita terhindar dari
dosa tu dan nampak betapa ‘cantik’nya Islam menjaga kita.
Sebelum tu, perkenalkan, definisi jenayah dalam Negara
Sekular adalah ; salah satu perbuatan yang melanggar undang-undang kerajaan
sesuatu tempat[1]. Biasanya terkait dengan keganasan contohnya curi, rompak,
rogol dan sebagainya. Definisi jenayah yang dalam Negara Islam pula bermaksud ;
melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT atau meninggalkan perkara yang
diperintah olehNya[2]. Nah, jadinya bila tak solat (wajib), tak puasa (wajib),
tak tutup aurat (wajib), maka ianya adalah jenayah. Termasuklah zina, walaupun
dilakukan atas dasar suka sama suka.
Realitinya kat Malaysia ni tak solat dianggap jenayah tak?
Zina dianggap jenayah tak? Orang yang melakukan tu dianggap penjenayah tak?
Kalau jenayah mesti la ada hukuman kan? Apa hukuman untuk orang tak solat dan
apa hukuman untuk orang zina? Kalau ada pun, hukumannya berlandaskan Islam tak?
Dekat Malaysia ni, kita ikut pada undang-undang Malaysia la. Kalau tak ada akta
jenayah orang tak solat, maka tak solat tak dikira jenayah. Zina ada hukumannya
ikut undang-undang Malaysia tapi saya malu nak sebut. Jenayah yang begitu
besar, dianggap kecil saja bagi negara. Sebenarnya Malaysia ni negara apa? Cuba
tengok undang-undang kita, siapa yang buat? Ahli parlimen kan? Jadinya Malaysia
negara ahli parlimen la. Kalau negara Islam, Allah SWT yang tentukan
undang-undangnya. Boleh tak macam tu? Hehe.
Negara Sekular memang tak ambil peduli sangat tentang
masalah zina, sebab tengok pada definisi jenayahnya. Bagi mereka kalau zina
dibuat suka sama suka, apa masalahnya? Maka jangan pelik bila keluar
penyelesaian yang juga pelik, sebab tukang buat undang-undang kita agaknya rasa
dia lebih cerdik daripada Maha Pencipta itu sendiri.
Zaman sekarang Islam tak terlaksana secara menyeluruh. Ada
zon-zon tertentu pulak untuk tutup aurat, contoh bila tengok depan sekolah
agama, mesti ada papan tanda ‘Zon Menutup Aurat’ dengan gambar pakaian yang
betul dan sebagainya. Bukan nak kata tak betul, tapi tutup aurat bukan masa kat
sekolah agama jek kan? Nanti tu yang jadi bila keluar sekolah, tak pakai
tudung.
Dan bila sebut dilaksanakan secara menyeluruh, bukan
bermakna hudud jek ok. Malah sebenarnya hudud tu yang laaaast skali. Banyak
lagi perkara-perkara sebelum tu, yang perlu sama-sama dilaksanakan. Kita taknak
kan, Islam nampak ganas?
Penyelesaian zina dalam Islam : 10 Langkah Menghalang Zina.
1. Iman.
- Iman yang benar kepada Allah SWT dan rukun-rukun iman
lainnya. Dengannya, kita meyakini bahawa Allah SWT yang Maha Pencipta dan Maha
Pengatur lebih tahu lagi apa yang baik dan buruk buat kita, apa yang lebih
mulia buat kita, apa yang lebih selamat buat kita. Mestilah kita akan tunduk
pada syariatNya (aturan) secara sepenuhnya. Malah Allah tak pernah melarang
kita bernikah, bahkan menggalakkannya dan memudahkannya. Cuma kita manusia yang
selalu leka mengikut naluri kita, yang mana akhirnya menghancurkan diri kita
sendiri.
Dengan iman juga kita akan mengetahui bahawa Allah SWT
selalu memperhatikan kita. Amal perbuatan kita sentiasa dicatat oleh
MalaikatNya dan kelak akan dihitung di Akhirat yang juga salah satu rukun iman.
Maka bila ingin berbuat dosa, kita tak akan memperhatikan lagi sama ada
terdapat orang di sekeliling, tapi kita sentiasa rasa takut untuk melakukan
dosa kerana mengingatkan perbuatan kita kelak akan dibalas.
Sedikit peringatan :
"Dan orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina; dan barangsiapa melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat. (Yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan (amal yang baik); maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Dan barangsiapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya." (TQS Al-Furqan : 68-71)
Tetapi, masihkah ada lagi ruang untuk Syaitan menghasut? Ada
banyak lagi.
2. Perintah Menundukkan Pandangan.
- menundukkan pandangan dari hal yang haram merupakan
perintah Allah SWT.
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki
yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi
mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara
kehormatan mereka...." (An-Nur :30-31)
Bahkan perintah ini dikenakan terhadap orang yang menutup
aurat sekalipun, melainkan pandangan pertama atau dengan tujuan yang syar’i
seperti belajar, berjual beli dan bernikah. Beberapa hadis yang menunjukkannya
:
Dari ’Ali bin Abi Thalib radliyallaahu ’anhu ia berkata :
”Bahwasannya Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam membonceng Al-Fadhl bin ’Abbas
di belakang beliau ketika haji, kemudian datang seorang wanita dari Khats’am
yang meminta fatwa kepada Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam. Maka Nabi
shallallaahu ’alaihi wasallam memalingkan kepala Al-Fadhl agar tidak melihat
kepada wanita tersebut. Maka paman beliau – Al-’Abbas – berkata kepada beliau :
”Engkau memalingkan kepala anak paman engkau, wahai Rasululah ?”. Maka beliau
menjawab :
”Aku melihat seorang pemuda dan seorang pemudi, maka aku
tidak merasa aman dari syaithan terhadap mereka berdua” (HR Ahmad dan
At-Tirmizi)
Dari Buraidah radliyallaahu ‘anhu, bahwasannya Rasulullah
shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Wahai ‘Ali, janganlah kamu mengikutkan pandangan dengan
pandangan. Sesungguhnya bagimu hanyalah pandangan yang pertama, dan bukan yang
setelahnya”. (HR At-Tirmizi dan Abu Daud)
Menundukkan pandangan ni bukan hanya diaplikasikan di dunia
nyata saja ya malah di dunia maya (internet, Tv) sekalipun. Jangan pandang
pasangan lawan jenis dengan pandangan berahi. Elakkan lah seboleh mungkin,
supaya terhindar daripada dosa dan daripada terbekasnya maklumat awal dalam
otak kita yang mana boleh membawa kepada bangkitnya naluri seksual kita
sendiri.
Masih ada lagi ruang untuk Syaitan menghasut? Ada lagi.
3. Perintah Menutup Aurat.
- Saya rasa yang ini rata-rata dah tau kan? Aurat bagi
lelaki yang kita pegang dari pusat sampai ke lutut. Bagi perempuan pula, banyak
sikit. Perempuan ada 4 tuntutan dalam bab aurat ni iaitu :
1. Tutup semua kecuali muka dan pergelangan tangan.
2. Labuhkan tudung ke paras dada.
3. Memakai jilbab. Apa tu jilbab? Jilbab tu bukan tudung
taw. Jilbab tu baju, bukan baju kurung. Nak tau, boleh rujuk [
sini].
4. Larangan bertabarruj. Apa tu tabarruj? Rujuk [
sini].
Sekarang kalau tengok Tv, rasa meluat jek tengok perempuan
pakai baju compang-camping. Bukan sebab miskin sangat, tapi ntah kenapa, pakai
baju terdedah sana sini. Kalau lelaki smart pulak? Pelik betul cara pemikiran
kita sekarang. Patut kita rasa bangga, bahagia bila tutup aurat taw. Sebab kita
dah ikut perintah Allah pada kita. Bila tak tutup aurat ni, nampak miskin la.
Miskin dengan kemuliaan.
Masih ada ruang lagi untuk syaitan menghasut? Banyak lagi.
4. Larangan ikhtlath.
- Ikhtilath ni maksudnya percampuran antara lelaki dan
perempuan.
Islam ada mengatur dalam percampuran yang dibenarkan dan
interaksi yang dibenarkan. Contohnya ketika dalam kelas. Sepatutnya kedudukan
dalam kelas tu lelaki duduk depan dan perempuan duduk belakang. Bukannya tak
bagi perempuan belajar, malah boleh buat kelas yang khusus untuk perempuan.
Bukan macam realiti sekarang ni, kita dari sekolah rendah lagi dah ditanam,
lelaki yang malas duduk sebelah perempuan rajin, perempuan yang nakal duduk
sebelah lelaki yang pendiam. Macam tu pulak? Lepas tu mula la belajar cuit-cuit.
Lelaki ni kalau makin perempuan tu marah kat dia, makin dia suka kacau. Tu masa
kecik, masa dah besar, sentuh-sentuh laki perempuan dah anggap macam biasa.
Salah tu.
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
"Barisan yang terbaik untuk lelaki adalah barisan hadapan, (yang paling
jauh dari barisan wanita) dan barisan yang paling baik untuk wanita adalah di
barisan belakang dan yang terburuk adalah di hadapan (paling hampir dengan
barisan lelaki)."[HR Abu Dawud]
Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam melihat kaum lelaki
dan perempuan di luar masjid bergerak bersebelahan antara satu sama
lain. Beliau (Sallallahu Alaihi wa Sallam) menahan kaum perempuan lalu
berkata, " Adalah tidak elok untuk kalian berjalan di tengah-tengah laluan
ini, adalah lebih baik bagi kalian untuk berjalan mengikuti tepi-tepi
dinding." [HR Abu Dawud]
“Janganlah sekali-kali seorang lelaki dan wanita berkhalwat
(berdua-duaan), kecuali jika wanita itu disertai mahramnya.” (HR Bukhari)
Berkhalwat ni kalau berdua dalam tempat tertutup macam
rumah, bilik dan tempat umum yang sunyi.
|
 |
Sumber : Google (Anda Bijak Jauhi Zina) |
|
Masih ada lagi ruang untuk syaitan menghasut?
5. Larangan Pornografi.
- Sangat mengejutkan pada beberapa minggu lepas, masuk dalam
salah satu surat khabar utama kita satu gambar yang begitu besar di muka
hadapan. Gambar seorang lelaki dan wanita dalam tandas dengan posisi yang, saya
taknak cakap. Tapi lucah! Tengok jek gambar tu, buat saya pening kejap.
Tertanya-tanya dalam kepala, “Apa yang diorang (penulis/editor) buat ni?
Diorang tak fikir ke ada budak-budak yang akan baca? Kalau ya pun jangan la
letak gambar yang besar macam ni?”. Kecewa rasa, tu tak masuk lagi bahagian artis,
yang rata-rata tak pakai tudung. Rasa benci, tapi siapa yang boleh ubah ni?
Semestinya pihak yang mempunyai kuasa.
Sekarang ni pornografi ni dah jadi satu industri. Zina
dipromosikan demi keuntungan. Awak semua tau tak Indonesia tu negara dengan
umat Islam paling ramai? Dan awak semua tau tak, di tempat yang umat Islam
paling ramai tu, adanya industri porno yang bertapak kat situ? Tak perlu dicari
la namanya tapi memang ada. Apa awak rasa? Pelik? Tak pelik? Saya akan pelik
kalau awak semua tak rasa pelik. Hehe.
Ini merupakan tanggungjawab negara untuk membendung
filem-filem atau aksi lucah daripada terus disiarkan.
Masih ada lagi ruang untuk syaitan menghasut?
6. Sistem Pendidikan Islam.
- Dalam pendidikan Islam sepatutnya umat Islam dah
diajar tentang pemikiran yang menjadi landasan berfikir buat kita iaitu halal
haram. Nak buat sesuatu tu mesti fikir dulu, Allah benarkan ke, Allah larang?
Dan yang sangat penting adalah supaya terbinanya keperibadian Islam dalam diri
kita supaya sentiasa takut pada Allah dan balasan Akhirat. Kita juga perlu
mendapat maklumat-maklumat tentang bagaimana menjauhi zina. Islam bukan sekadar
teori tapi juga praktik. Macam dalam artikel saya yang ini, saya harap pembaca
semua dapat ingat dan amalkan. Selain daripada tu jugak suami isteri perlu tahu
tanggungjawab dan hak masing-masing yang perlu ditunaikan.
Tapi yang jadi sekarang ni, pendidikan pun seolah-olah lagi
menggalakkan zina. Dengan adanya pendidikan seks yang datang dari Barat,
budak-budak muda dah tak segan nak bercerita tentang seks. Nanti mula-mula
teori, lepas tu nak cuba praktikal pulak. Menakutkan! Kita kena ingat,
pendidikan seks ni asalnya diambil dari Barat. Orang kapir tu, dia tak heran
pun pasal zina. Dia cuma heran bila ada AIDS atau anak luar nikah yang terlalu
banyak. Sebab tu diorang ajar macam mana nak elakkan mengandung, macam mana
pakai kondom dan sebagainya. Tapi kita ni umat Islam, boleh pulak ambil
pemikiran macam tu?
Masih ada lagi ruang untuk syaitan menghasut?
7. Kemudahan Menikah.
- Bab yang ni jujur saya tak tau sangat. Sebab saya belum
nikah. Haha. Cuma apa yang saya tau, nak nikah ni kita kena cek darah dulu,
kena ada sijil dulu dan yang paling sakit, hantaran makin mahal. Yang cek darah
tu, rasanya releven jugak la. Kalau kena ada sijil tu, saya ragu-ragu sikit.
Agaknya apa yang diajar dalam kelas tu ek? Nak kata berkesan, kes cerai makin
banyak jugak. Jadi berbaloi ke? Tapi nak taknak kena ambil juga kan? Kesian.
Dalam kos hantaran ni pula, banyak makcik-makcik jek yang
letak harga tinggi-tinggi ni. Anaknya nak simple-simple aja. Nak nasihat kat
orang tua ni, tapi tak tau pulak kalau-kalau ada orang tua yang baca blog ni.
Hakhak. Kalau ada yang baca tu, saya cuma nak cakap ; makcik pakcik, jangan lah
letak hantaran macam nak jual anak. Anak makcik tu bukan terus hilang dari
pandangan makcik pun. Setiap tahun pun mesti dia balik kampung jugak jumpa
makcik. Kan senang kalau anak makcik dah kahwin. Terlepas anak makcik dari
dosa, dari fitnah. Belanja makcik hari-hari pun kurang. So, permudahkan lah
anak-anak makcik nak kahwin. Hee.
Ada lagi tak ruang untuk syaitan hasut? Ada kot?
8. Sistem Ekonomi Islam.
- Sistem ekonomi Islam ni, susah nak terangkan.
Paling-paling pun kalau belajar, ambil masa 2 tahun. Cuma saya ambil sikit
daripada sirah. Kita tengok macam mana hidup umat Islam ketika zaman Khilafah.
Semasa pemerintahan Khalifah ’Umar Abdul Aziz (cucu cicit Saidina ’Umar
Al-Khattab) pada tahun 717-720 Hijrah, berlaku satu peristiwa yang menunjukkan
kehebatan ekonomi Islam itu sendiri. Ketika pemerintahan beliau, dikatakan
tiada orang yang layak untuk menerima zakat. Sehinggakan zakat tersebut
digunakan untuk mengahwinkan orang-orang muda. Padahal wilayah Islam ketika tu
begitu luas. Ketika itu yang mana ekonomi Islam terlaksana, hanya ada 3
kelompok pendapatan iaitu kelompok orang-orang yang cukup, yang kaya dan yang
kaya-raya. Tiada umat Islam yang tak cukup makan, yang tiada rumah dan yang
tiada pakaian. Kalau mereka miskin dan perlukan pinjaman sekalipun, mereka tak
dikenakan riba’.
Tau tak, orang dulu kaya, dia tak perlu pun kerja 24jam
macam kita. Bangun pagi, solat Subuh, kerja sampai lepas Zohor atau Asar lepas
tu balik rumah. Kita umat Islam ada banyak tanggungjawab lain taw. Nak urus
hal-hal rumah, nak belajar agama atau mengajar, nak berdakwah, nak beribadah
sunat, kalau pakai ekonomi kapitalis macam sekarang ni, ada masa nak buat semua
tu? Lagi pulak, orang dulu kaya tak perlu rasuah, tak perlu merompak, tak perlu
jual tubuh, senang cakap tak perlu buat benda haram. Rasa-rasa senang ke hidup
kita sekarang ni? Kalau betul senang mesti tak ada perempuan jadi pelacur,
model, pramugari dan sebagainya. Yang mana kerja-kerja tu, diterima sebab gaji
besar. Walaupun kena tayang aurat dan buat benda haram?
Ada lagi tak ruang untuk syaitan menghasut?
9. Kebolehan Poligami.
-Poligami boleh dengan syarat si suami berlaku adil.
Baru-baru ni kawan saya cerita, ada ustazah tu masa nak kahwin dengan suami
dia, dia buat 1 perjanjian dulu. Isinya adalah supaya suaminya menceraikannya
jika si suami ingin berkahwin lain. Lepas tu cerita pula pada orang ramai dan
akhirnya ada juga yang terpengaruh dengan idea tu. Tak tau la apa motif dia
buat macam tu. Awak semua rasa-rasa, bagus tak ustazah tu buat perjanjian tu?
Cuba awak bayangkan ey, awak seorang perempuan. Yang muda,
cantik dan sihat. Suami awak selalu ada dengan awak dan awak dapat layan suami
awak setiap hari. Satu hari, awak kemalangan. Badan awak lumpuh atau cacat.
Lepas tu, suami awak hidup tertekan. Kena jaga awak selalu, sibuk dengan kerja,
tak ada orang layan, sediakan makan minum, penat! Dan akhirnya, suami awak pun
terpaksa pilih untuk cari isteri lain. Tapi oleh sebab dulu awak dah buat
perjanjian dengan dia supaya ceraikan awak, dia pun terpaksa akur dengan
perjanjian tersebut dan ceraikan awak. Akhirnya awak ditinggalkan keseorangan.
Dengan penyakit yang awak hidapi dan realiti keadaan awak yang ditinggalkan
masa tu, awak rasa awak boleh teruskan hidup lagi tak? Hmm, nampak tak kesan
buruk daripada perjanjian tu? Allah SWT lebih tau lagi keadaan kita, apa yang
terbaik buat kita. Kita sebuk nak halang. Jangan kita ingat kita ni sentiasa
muda, sihat, cantik. Satu hari nanti, kita tak tau apa yang akan jadi.
Lagi-lagi sekarang ni, perempuan tersangat ramai berbanding lelaki. Dulu dah
keluar cerita bertajuk 1:37. Tu nisbah lelaki dengan perempuan tu. Ramai kan?
Dan apa yang saya tahu jumlahnya akan terus meningkat sampai ke 50.
Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan
kejahilan semakin banyak, zina akan menjadi berleluasa, wanita semakin ramai
dan lelaki (pelindung) semakin kurang sehinggakan 50 wanita hanya dilindungi
oleh seorang lelaki.”(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Awak semua tak kesian ke pada perempuan-perempuan yang tak
dapat kahwin tu?
Nah, ada lagi tak ruang untuk syaitan menghasut? Kalau ada
jugak dan akhirnya kita terjebak, maka barulah kita sampai pada langkah
terakhir pencegahan zina tu iaitu ;
10. Hukuman. (Hudud & Takzir)
- Zina termasuk salah satu jenayah yang akan dikenakan
hudud. 100 kali sebat bagi pesalah yang belum kahwin dan rejam sampai mati bagi
pesalah yang dah kahwin. Dan semestinya dibuktikan melalui sistem pembuktian
yang benar dalam Islam. Dalam hudud ni ada 2 perkara yang dipanggil zawajir dan
jawabir. Zawajir ini maksudnya pencegah. Iaitu pelaksanaan hukum Islam ni
adalah di tempat umum. Perlu disaksikan beberapa orang atau disertai beberapa
orang. Jadinya, ianya merupakan pencegah bagi orang-orang yang menyaksikan ini,
yang mana akan menimbulkan rasa takut untuk melakukan kesalahan tersebut.
Jawabir pula bermaksud penebus. Iaitu berfungsi sebagai penebus dosa bagi
pelaku maksiat tersebut. Yang bermakna dosa tersebut tidak akan dibalas di
akhirat kelak kerana telah dibalas setimpal di dunia.
Takzir pula hukum dari Allah dan hukuman dari ijtihad
Khalifah. Contohnya tak tutup aurat, hukumnya haram dari Allah tapi Allah tak
turunkan sekali hukumannya macam dalam dosa zina. Jadi dalam pelaksanaan
hukuman, terletak pada ketentuan Khalifah, dengan hukuman yang setimpal
semestinya. Mungkin bab hudud dan takzir ni lebih elok dibincangkan dalam satu
artikel yang lain.
Sebenarnya, semua ini takkan dapat terlaksana sekaligus di
Malaysia, kerana kita terkait dengan perlembagaan British yang ’dihadiahkan’
ketika ’merdeka’ dulu. Dalam keadaan umat yang nazak sekarang ni, umat
memerlukan penyelesaian yang menyeluruh dan ia hanya dapat tercapai dengan
tertegak kembali Daulah Khilafah. Tak lama lagi, insyaAllah.
Wallahua'lam.
p/s : Banyak lagi kita kena belajar.