CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label kisah peribadi. Show all posts
Showing posts with label kisah peribadi. Show all posts

12 January 2013

Hari pertambahan usia

CPFZ | 09:46 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia sehingga hari ini. syukur. :)
hari ini adalah hari pertambahan usia saya, suku abad + 1 = 26 tahun,
dan emak sempat cakap pada saya,
"umur kau sekarang, mak dah ada anak dua orang"
best kan? ^o^
Kalau ada yang perasan dengan "hint" dalam footnote dalam entri saya sejak belakangan ini, pasti mereka dapat "cacth-up". hihi.

Doakan semoga saya cepat melangsungkan perkahwinan, target tahun ini juga.
saya dan dia dalam perancangan untuk membuat majlis tunang dan perkahwinan,
cuma tarikh saja belum ditetapkan lagi.
mudah-mudahan dipermudahkan semuanya, InsyaAllah ..
maklumlah, mak abah dua-dua pihak dah tak sabar nak timang cucu, kih kih.

Google pun wish besday~
>o<

08 January 2013

Sungguh tak ku sangka!

CPFZ | 10:44 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Aku tak sangka. benar tak disangka.
Tak ada niat pun. ok. dusta. niat, ada sikit. haha.
Usaha. doa. tawakal. dan redha.
Semua sama penting.
Serius, memang aku tak sangka. phewww~


Tadaaa! weee-huuu~
Alhamdulillah, tak jangka, dan tak disangka jadi pemenang dapat grand prize.
hantar peraduan, niatnya taklah nak menang, niat nak menang tu sekitar 25%.
kalau ada rezeki menang, alhamdulillah. kalau tak ada, pun tak apa. :)

FS :
1- menghitung hari untuk tua, haha!
2- sedang 'try and error' pakai cincin emas kuning; kalau masih ada alergik, gayanya kena survey cincin emas putih atau platinum lepas ni.. -.-"

04 January 2013

Iklan ubat gigi Colgate

CPFZ | 11:05 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Salam hari Jumaat, bersamaan 21 Safar 1434 H. semoga semuanya sihat dan ceria selalu. :)

pepatung di pokok kunyit dan si Oren yang bermain di tanah
Ahamdulillah, keadaan kesihatan empunya blog dah semakin baik, demam pun dah kebah, ni yang laju je 10 jari tangan menaip entri baru pada hari ke-4 untuk tahun 2013. hehe.

dari kiri : unkel Hafiz (cousin), Angah dan empunya blog
See? inilah dia iklan ubat gigi. haha.
asal bergambar je, bukan takat senyum malu-malu kambing, dengan gigi pun nampak.
gambar atas ni masa saya hadir majlis kahwin sepupu sebelah abah yang kitorang panggil dia Angah Nazri. lama dah majlisnya, bulan September 2012. hari ni baru tunjuk gambar, hadeh!
entah apa mimpi, mak sedara Angah Nazri minta saya dan Angah jadi tukang bagi bunga telur waktu sesi merenjis-pilis pengantin. tu yang 'harus' pakai bunga kaler biru yang dipin kat tudung.
notakaki :
senyum itu sedekah; tapi awas, jangan senyum semberono, nanti disalah nilai oleh orang yang memandang .. :)

FS :
mulai sekarang dah kena start fikir mana yang perlu untuk langkah seterusnya, gabra jugak nih!

02 January 2013

Alkisah hari pertama di tahun 2013 ..

CPFZ | 14:53 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...



Pertama, tuan blog menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki, erkk..
mohon maaf sebab lama rasanya takde entri baru yang ditaip oleh jari tangan ni
*opkos la kan, takkan jari kaki plak*

Kedua, alhamdulillah kita semua masih dipanjangkan usia, hayat masih ada di tahun baru masehi kali ni. walaupun ada yang percaya penghujung 2012 tempoh hari adalah hari kemusnahan manusia atau terjadi hari kiamat.

adik yang ke Gwangju, Korea Selatan untuk IRO 2012
*dia yang paling hujung kanan*
Niatnya, 1 Januari 2013 nak letak 1 entri sempena pengakhiran tahun 2012.
konon nak buat review dan briefing aktiviti sepanjang tahun 2012, dan post pada 01.01.2013,
malangnya, niat tak kesampaian. terkilan sedikit di situ.
punya baik macam mana pun planning kita, tetap berbalik pada Allah Rabbul-Alamin. Perancangan DIA lebih 'superb' dari manusia. :)

cenderamata dari Korea, yeay!

masjid pertama disinggahi untuk bersolat di tahun 2013
Ok, apa kaitan dengan tajuk entri? saya ringkaskan aje. haha.
hari pertama tahun baru, hantar adik balik asrama di MRSM Gemencheh, NS.
otw perjalanan balik rumah, singgah beli barang, makan cendol, dan plan nak singgah di Muar untuk survey katil pengantin. eh? salah plak. haha.
sampai rumah dah lewat petang, serasa macam badan tak berapa enak.
saya bersin-bersin, selesema, tekak perat dan sudahnya membawa kepada demam panas. lepas maghrib, makan ubat dan terlentang di tilam terus tidur sampai nak subuh. selesai! huhu.


FS :
azam, niat dan harapan saya tahun baru masehi ni, ialah mendapat pekerjaan tetap dan bernikah cepat. hihi. >o<

20 December 2012

Koleksi buku menambah pengetahuan

CPFZ | 20:18 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Siapa sini yang tak suka tengok / beli / baca bahan bacaan, especially BUKU ?
ehm, kalau saya dah mula 'tergoda', pantang nampak kedai buku / pameran buku. >_<

3 buku

1) 110 Solat Sunat (RM 5.00)
Koleksi solat sunat yang kompak dalam buku mini ini, insyaAllah membantu anda untuk mengerjakan sebarang solat sunat walau di mana anda berada. turut disertakan beberapa zikir dan doa ringkas. sesuai untuk amalan harian anda. :)

2) Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain? (RM 17.50)
Perbahasan mengenai Iskandar Zulqarnain.siapakah Iskandar? dan siapa pula Zulqarnain?
siapakah Zulqarnain yang disebut dalam al-Quran?

3) Mudahnya Menjemput Rezeki (RM 18.00)
Bagaimana menjemput rezeki? bagaimana menjemput rezeki sebagai seorang hamba Allah?
Orang beriman yakin rezeki itu daripada Allah, sedangkan yang tidak beriman yakin rezeki itu daripada usahanya.
Harta yang kita miliki, seandainya tidak dapat kita ambil manfaatnya bukanlah rezeki kita. Milik kita belumlah tentu rezeki kita.

FS :
dah nikah nanti, nak angkut koleksi buku-buku ke rumah sendiri, buat perpustakaan mini .. ^o^

19 December 2012

Wordless Wednesday 17

CPFZ | 09:02 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

cincin di jari
- satu gambar sahaja boleh mencetuskan 1001 andaian di minda -

13 December 2012

Kisah kekanak pandai jawi dan menang Smarties

CPFZ | 20:55 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Jumpa lagi hari ni.. :)
tapi waktu sekarang ni mesti ramai yang duk melayan AFF Suzuki Cup 2012,
Malaysia vs Thailand.
tak ketinggalan, status-status di fesbuk, ada yang "berperang" antara perlawanan bola tersebut ataupun melihat forum agama di malam Jumaat. :3

Opss, lari tajuk ni gayanya, haha! maaflah.

kenal tak siapa kekanak tu? hihi~
-Utusan Melayu 8 Julai 1993-
Bukan niat nak menunjuk, cuma nak berkongsi kenangan kira-kira 20 tahun dulu.
ini adalah zaman belajar di Tadika Masjid Jamek Batu Pahat, guru tadika ialah Puan Halimah.
*sekarang dah tukar jadi Masjid Jamek Sultan Ismail*

'Fofuler' la sekejap, muka masuk dalam akhbar Utusan Melayu yang tulisan jawi tu.
agaknya sekarang ni, masih ada ke generasi muda beli akhbar jawi dan boleh baca jawi?
Sekarang tak 'fofuler' pun, muka tak masuk dalam akhbar, majalah, mahupun media.
*sob sob sob*

menang peraduan Smarties/Dewan Pelajar, yeay!
Yang ni plak, surat rasmi. sebab menang Peraduan Smarties/Dewan Pelajar edisi Julai 1993.
waktu tu umur baru tadika, macam tak percaya boleh menang. hihi.
Opkos la, nama keluar dalam majalah Dewan Pelajar, *ada yang tak tahu ke majalah Dewan Pelajar?*
banyaklah surat-surat cinta salam perkenalan dari orang yang beli majalah tu, auww! femes ai. :D

hadiahnya best wooo~
Hadiahnya apa? coklat Smarties dan baucer buku DBP. best tak? best tak? >o<
kebetulan masa tu cuma ada seorang adik yang masih kecil, maka yang tukang makan coklat Smarties tu adalah saya dan emak abah saya. mau tak seronok!

Kami gunakan baucer DBP tu dengan pergi ke cawangan DBP di bandar Batu Pahat,
*sekarang dah takde pun kedai DBP tu, ganti dengan kedai makan kalau tak salah*
beli buku Kisah Nabi Muhammad saw, koleksi buku kucing dan itik, dan apa lagi entah, lupa!

Kan best, kalau peraduan atau pertandingan dapat hadiah yang macam tu. dapat baucer buku sangatlah best sebenarnya, sebab saya pantang nampak buku. mesti nak beli walau sebuah. :)


FS :
majlis kahwin biasanya dapat hadiah barangan dan keperluan rumah je .. ^o^

23 November 2012

Pulanglah!

CPFZ | 21:51 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Jumpa lagi.
aplikasi untuk blogger bagi pengguna Android
-malas crop punya fasal-

Hari ni, aku takde m.o.o.d. bukan sebab aku nak naikkan bendera jepun yang kaler merah putih tu, atau dikenali juga sebagai datang bulan. sila jangan berfikiran lucah plak.

Jadi takde mood sejak seminggu yang lepas.
*itu pun nak cerita? saja je aku nak taip kat dalam blog, boleh taip panjang-panjang, haha!*
mood hilang, semangat entah pegi merayap ke mana, terbang tak tahu jalan balik rumah,
gamaknya lar ......
puncanya?

Satu-satunya laptop kesayangan aku brand Acer yang aku beli pada tahun 2009 kat The Mines yang dekat dengan UPM Serdang tu.. *siap nak cerita benda tu, pffttt..*
mula menunjukkan gejala-gejala berpenyakit. oh, tapi bukan penyakit LEMBU GILA atau SWINE FLU. sakit tua barangkali? ehm, entah!

Skrin? keyboard? DVD writer? ok je semua. bateri? pun rasanya sihat.
kalau nak kata HDD corrupted, kompem-kompem tak dapat langsung login window.
tapi kenapa ye, bila charger dipasang, LED penunjuk charging tak nyala? icon charging kat taskbar pun macam tak nampak. hadeh!

laptop Acer aku yang akan berumur 4 tahun pada 10 Januari 2013 nanti
Stress, stress, stress! haru jiwa aku. tu yang mood entah terbang pegi mana, takkan sesat kot? atau sengaja tak nak balik ke rumah agam, haih!

Bila ditanya perkara nih kat seorang member yang pernah study computer science satu ketika dulu; selaku network engineer, merangkap bakal menantu abah a.k.a my future hubby,
jawabnya ada masalah pada power supply *eh, yeke dia kata macam tu? hilang ingatan kejap*
sebab tu bila charging, bateri tak dicas pun.
dan kalau nak ganti 'benda alah tu' mahal katanya lagi. what? m.a.h.a.l?
aiyarkkkk! bikin sakit otak wooo~

** oh, my darling i love u...

FS :
tunggu rezeki 'terpijak' lar ...

12 October 2012

Muka budak sekolah?

CPFZ | 20:25 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

berikut adalah situasi di sebuah kolej.

budak A : weh, ni muka kau? macam budak sekolah je, innocent giler! *sambil belek kad matrik*
budak B : huh, serius ah. tak percaya aku tengok. baru nak amik SPM eh? haha!
budak C : erkk.. *sigh*

apa perasaan korang kalau jadi budak A atau B?
dan apa plak perasaannya kalau korang ada kat tempat budak B?

ekceli, situasi ni, terjadi kat cik FS kira-kira 5 tahun lepas. tapi cik FS tak mau kasi tau la, samada cik FS jadi budak A, B, atau C. korang teka la sendiri ek? kih kih.

kad matrik limited edition, keluaran 2006 punya ni :D
masa nak buat check-up dulu, pernah orang kat hospital tu tanya macam ni,
"akak ni, kerja kat Peladang ke? pengurus kat pejabat Peladang eh?"
aigoo, nampak muka ku sudah bekerja ke masa tu? bangga jugak, sebab nampak matured kot, bhahahah.. *pesen ayat macam nak kena lempang lelaju*

muka kat kad kolej kediaman, tak formal gila..
bantai je, buat pun dah tahun akhir, kah kah!

FS :
kitaran period macam terganggu, huu.. stress gamaknya.. (-.-")

26 September 2012

Perlukan bantuan, tolong...

CPFZ | 13:04 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Nak buat entri ringkas je, huhu, sebab sedang mencari sesuatu, demi masa depan, kih kih.
Kalo ikutkan, lama dulu dah duk cari-cari, tapi entah, macam disapa angin lalu je, eh? betul ke?


Sebenarnya, nak survey untuk akaun bank yang ada kelebihan seperti % dividen tinggi untuk tempoh tertentu. Yela, sekarang ni, macam-macam produk, macam-macam bank offer, sampai tak tahu nak pilih mana yang terbaik dan memudahkan.

Hmm.. motif taip entri ni, nak mintak pendapat atau cadangan dari kawan-kawan pembaca dan blogger, berkenaan produk dan bank yang offer kelebihan dan yang memudahkan pengguna macam cik FS ni.
Kalo korang ada pengalaman ke, atau yang keje kat bank ke, atau ada network dengan bank-bank dan tahu berkaitan produk-produk ni, harap sesangat dapat share maklumat tu.

So, ni cik FS nak mintak suggestion dari korang.. anyone.. help, help..

FS :
duit bukan segala-galanya, tapi kebanyakan kat dunia ni perlukan duit..

11 September 2012

Melawat ke wayang, haha!

CPFZ | 12:25 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Penat. Lega.
Sabtu kemaren, segera berangkat ke JB, ada urusan sikit,
stay rumah kawan kamceng dari zaman sekolah menengah dulu kat area Bandar Dato' Onn.

Lama tak jumpa dengan member ni,
dah berjumpa, macam-macam ceritalah, itu ini, bla-bla-bla...
opkos, cerita pasal kahwin pun termasuk jugak, haha.

Hari Ahad, ikut member ni pegi openhaus ofis-mate dia,
dua buah rumah kot, isk.. segan ai tau, huhu..
but, ai like! menjimatkan cost untuk belanja makan sehari tu, kih kih..

Then, Isnin, after selesai urusan pagi tu kat JB, it's showtime!
muehehehe...
keluar jalan-jalan, tengok wayang The Dinosaur Project ( <--- not recommended )
dengan my mucuk, kat area JB la opkos.
Ingat nak ajak jalan pegi Johor Premium Outlet (JPO) tapi dia cakap agak jauh, huhu,
okeh, surrender la kan.

my mucuk - kat Terminal Bas Larkin
Gi makan kat area terminal tu jugak, sebab senang terus nak naik bas untuk balik ke BP,
nanti kesian kat dia nak kena pegi jauh-jauh, then hantar kat terminal plak.
Jam 1600, terus naik bas, tu jelah ceritanya, hehe.

FS :
maaf, gambar berdua memang takde, kitorang tak snap foto berdua,
tunggu masa nikah nanti je, insyaAllah.. :D

10 August 2012

Tunggu kad jemputan dari aku plak!

CPFZ | 08:32 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

*Pesanan tak berbayar,
entri ini bersifat peribadi tapi tak lucah,
maka sila tekan pangkah di hujung browser kalo tak mau terus membaca.

@KLIA, masa hantar mak abah atok gi umrah
Aku nak kawen!
motif?
haha, nak kawen kena ada motif jugak ke?
malas aku nak kisahkan apa motifnya,
yang penting kawen, kawen dan kawen, yeaaaaaa!
opsss.. over-excited, tapi aku yang taip entri ni tak la sampai tergolek jatuh sebab excited tahap gaban, haha.

enchek mucuk yang suka memancing

Mood kawen semakin menggila, argghhhhh!
kadang stress atas macam-macam sebab, amek kau..
antara penyebabnya,
bila sedara-mara duk bertanya bila nak kawen, bila nak buat kenduri, bla-bla-bla...
dan bila tengok semakin banyak nama fesbuk aku ditag pada gambar kad jemputan kawen kawan-kawan yang penah aku kenal sejak umur 7 tahun sampai umur separuh abad nih..
lagi, bila perasaan cemburu tengok kawan-kawan seangkatan dah dapat baby yang kiut-miut..
ohhhh.. betapa tak stressnya aku?

aku penah la cerita pasal ni kat enchek mucuk aku,
dia pun stress jugak sebab mengalami benda yang sama macam aku,
hahahahah.. kesian dia...
tapi ubat stress dia gi memancing, tadaaaa!
see? merata jugak dia pegi ikut trip mancing,
dan antara tempat yang masuk dalam wishlist dia ialah trip ke Tasik Kenyir,
namun ada syarat, aku cakap aku mesti ikut dia pegi trip tu..
dia ketawa, sambil cakap,
"of cos, saya akan bawak awak jugak ke sana lepas kita kawen, ok?"
yeayyyy, suka, suka... :)

trip Tioman enchek mucuk, dapat giant kerapu

FS :
sori, ada plak gambar enchek mucuk, mohon tolong doakan yang terbaik untuk kitorang,
maceh korang semua, sayang korang! :)

08 August 2012

Perempuan, sila bawa ekstra pad!

CPFZ | 16:21 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

1, 2, 3...
emm.. apa ya nak taip, lupa plak dah, hahahah..
leka dengar bunyi bising si murai kat sebelah bilik ni ha,
kalo ditutup tingkap, memang tak dengar sangat,
tapi siang-siang camni, takkan nak tutup tingkap, panas laa oii!

maaf, sebenarnya mood aku tak berapa elok,
kena plak waktu period, opss.. kantoi, tak puasa, muahahahah.. jangan jeles!
( eleh, tu pun nak kecoh tak puasa? )
aku memang berterus terang, nak malu apa?
sebab aku kategori perempuan asli, so tak heran la period pun..


bercerita pasal period ni,
malam sebelum Ahad tu, lepas berbuka,
aku rasa macam nak demam, panas betul badan,
maka kepala pun automatik jadi sakit berdenyut-denyut..
pun telan sebijik Uphamol 650, terus memanjakan diri dengan santai kat dalam bilik,
sambil mengadu serba ringkas ( ringkaslah sangat kan ) pada si mucuk,
dan tergerak jugak nak cerita pasal period cycle aku yang tak berapa betul,
entah paham entah tidak bila aku kisahkan benda ni kat dia, hahah..

esoknya, pagi Ahad, aku temankan emak keluar ke bandar untuk berbelanja,
oh, bukan sekadar teman, jadi driver rasmi, okeh..
mood memang agak ceria, walaupun keadaan tak berapa sihat malam tadinya,
sebab tak kesah dapat keluar teman emak pegi belanja, heheh..
sedang seronok melayan mak membeli-belah,
"whoooshhhhh....." rasa tak enak tiba-tiba muncul..
ahhhh.. nak kena pegi toilet nih.. dalam hati la kan, oi gila hape nak cakap kuat-kuat?
dalam toilet .......................................................... tada, selesai pun..
hak hak hak, jangan duk pikir pelik-pelik tau!
rasa tak sedap tadi rupanya sebab bulan dah datang, gagagagag..
selamatnya dah berjaga-jaga sebelum keluar dari rumah,
yes! tak bocor, haaa..

oi, oi.. ni apahal jadi panjang cerita kau ni Farah?
heh? ye ek? tak sedar pun dah berjela, kih kih kih..
oke, itu je pun nak cerita, bai!


moral : selalulah bersiap sedia dan membawa pad lebih walau ke mana destinasi


FS :
1- stress barangkali, tu pasal period cycle tak betul, haih...
2- mood pun jadi tak berapa stabil sekarang, asyik nak naik hangin je, uhuhuh~
3- sila jangan baik hati untuk kira berapa hari yang aku tak puasa, bhahahah..

02 July 2012

Psstt, rahsia ...

CPFZ | 20:35 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Rahsia? rahsia apa?
pasal enchek chenta, upssss..
bukan laa, pasal tuan punya belog ni haa.. *wink-wink*

Eh, rahsia laa sangat kan,
walhal takde apa pun, saja je, kih kih kih..
oke, jangan merapu cik farah, sila ke isi utama, titik.

Actually, bukan rahsia apa,
cuma beberapa perkara pasal saya,
yang mungkin orang tak tahu,
so, entri ni, tak berapa umum.. *jatuh di bawah label peribadi*

1. Kumpul resit belian barang atau belanja makan
Yup, sejak study kat Serdang dulu, suka kumpul resit, tak kira belanja kat Antartika mana pun, dah jadi habit, rasa tak selesa kalau tak simpan resit. Kebanyakannya resit belanja yang lebih RM10.00, kalau kurang dari tu, jarang simpan sebab kadang memang takde resit pun, hihihi...
agak bejibun resit, tu baru tahun 2012~

2. Koleksi majalah Remaja (1 haribulan je)
Hahah, yang ni, pelik kot? Remaja terbit 2x sebulan (1 & 15 hb), saya plak tak boleh miss yang 1 hb, nangesh kalau tak dapat beli.. oke, tu tipu. Entah sejak bila duk rajen beli majalah ni, seingat laa, dulu masa kat matrik johor kot, start baca dan beli sendiri majalah nih.
Oo yek, teringat 1 kisah related dengan hal ni, nak tahu? Sebermula ceritera, eh? mengarut, haha.. Camni, dulu, tiap kali saya beli Remaja ni, ada la hamba Allah yang berebut nak baca, diorang ni member 1 class, nak jadi ceritanya, Ketua dan Penolong plak tu yang berebut, yang si Ketua ni, enchek chenta saya sekarang, ngeh ngeh ngeh.. yang si Penolong tu plak, kitorang panggil Wen, dah selamat jadi isteri orang pun... Diorang memang tak sah kalau tak berebut Remaja, walaupun tuan punya belum sempat belek, diorang rasmi dulu beleknya.. *sigh*
*agak blur*

3. Memilih bila nak beli alat tulis
Motif? banyak tau. Mesti bagus bila digunakan, lancar, takde keluar 'taik pen' (dakwat meleleh-leleh, bukan pen tu berak okeh?), harga tak mahal benor, tak nak brand yang cikai (Pilot, Faber-Castell, Pentel, Buncho) tapi sekarang tak sekolah dan tak banyak menulis, brand yang cikai pun balun je (G-Soft, Faster - agak cikai tapi dah makin berleluasa, erkk?).

*gambar tak lawo, huu~*


aYaz :
sedang memikir-mikir dan planning, urmmm...

18 June 2012

Maafkan daku

CPFZ | 09:20 |

indahnya ciptaan Tuhan



Salam sejahtera atas sekalian kamu...


1st,
sy yg bernama spt kat mukabuku ni, dgn rasa rendah diri yg sgt2,
mohon ampun & maaf ;
- atas keterlepasan (keterlanjuran) ayat2 yg di post
- atas keganasan ayat & bahasa yg ditepek/tertepek di status
- atas apa2 ketidakpuasan/kecemburuan hati & jiwa kalian terhadap diri sy
- atas kesalahan & khilaf info yg dah/akan sy co-pas kat sini
- atas sistem kerahsiaan (privacy) atau ketidakrahsiaan berkenaan diri sy
- atas ketidakkongsian/ketidaklayanan dr pihak sy

2nd,
terima kasih banyak2 ;
- atas nasihat/teguran/kritikan yg dah/akan diberi pd sy
- atas layanan baik/terbaik dr kwn2 semua
- atas jemputan/undangan walimah (wlpn sy x dpt hadir umumnya)
- yg sudi disenaraiputih dlm friend list sy atau yg menyenaraihitamkan mukabuku sy dlm list kalian

3rd,
sy diam/tak balas/tak sharing-is-caring, bkn bererti sy ni sombong/tak alert/bakhil/tak concern,
just ada masa2 tertentu, sy akan buat mcm yg ditaip kat atas ni, dan ada ketikanya sy langsung buat dunno,
plz, jgn terlalu judge manusia mana2 pun dgn point yg pelik2, (dont judge a book by its cover, eh?)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dipendekkan typing ini, keseluruhannya,
sy mohon maaf atas semua yg terjadi/akan jadi, samada sengaja/tak sengaja, samada secara live/tak live.
harapan sy, tiada sebarang ketidakmaafan/dendam dlm hati & jiwa teman2 sekalian.


sy, wakil diri sy sdn. bhd. yg tak sempurna, insyaAllah, sy maafkan kalian semuanya.
semoga awak2 & kita semua, sentiasa dlm rahmatNya, dan dimuliakan di sisiNya, serta digolongkan dlm manusia bertaqwa.
terima kasih.

tulus,
-hamba biasa yg tak sempurna-
(tak related dgn Ramadhan/Syawal yg tak lama lg-tak berdosa pun utk mohon maaf-bila2 pun boleh)
ps: yg ternampak bnd alah ni, tp tak ditag, silalah baca je, nak tag reramai, mmg tak cukup la..




*** ini yang kat mukabuku oke,
tapi still boleh diaplikasi kat belog,
yang pentingnya adalah ayat yang tertera 'MAAF'..

21 December 2011

keras hati

CPFZ | 12:31 |

keras hati?
hati keras?
mana-manalah.
aku, seperti itulah,
kau nak cakap macam mana lagi?

ye, aku keras hati,
tapi tidak selalunya begitu,
dan takkan selamanya macam itu.

aku harap kau boleh faham,
dan cuba untuk faham walau kau tak faham sebenarnya.

tahniah,
dan juga terima kasih kepada orang itu,
sebab sudi di sisi aku,
dan mencuba untuk fahami hati keras ini.

terima kasih...

23 September 2011

selesai akhirnya

CPFZ | 01:32 |
berlalu sudah dua tarikh penting,
bermakna selesailah proses annual stocktake untuk store,
proses yang bakal menentukan bonus untuk pekerja setia,
wawawaw...

aku?
pengsan kejap,
sebab dua tarikh (20-21 sept 11) aku bekerja full, tapi dapat claim OT, yeah yeah!
walaupun agak rushing dan pening, namun happening,
sebab staff2 yang ada jadi pemeriah suasana..

aYaz :
berjumpa abg DGS yang kacak,
di alam mimpi dan alam nyata.
Published with Blogger-droid v1.7.4

18 September 2011

tarikh penting

CPFZ | 23:56 |

tak sabar tunggu dua tarikh penting ni,
20 dan 21 september,
yang mana akan menentukan masa depan.....

aYaz :
berapa percent agaknya untuk bonus?
Published with Blogger-droid v1.7.4

15 September 2011

maaf

CPFZ | 14:12 |

maaf,
maafkan saya,
saya banyak buat salah dan silap,
tapi saya bodoh masa tu,
dah lama baru tersedar,
maafkan saya.

04 August 2011

saat terakhir

CPFZ | 21:42 |
saat terakhir.
ada baki beberapa hari je lagi,
lepas tuh.....









aYaz :
mengira detik waktu

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.