CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Usuluddin

Unknown | 22:00 |
Assalamu'alaikum wbt...

Mesti kalian tak sangka akan kewujudan page ni.
Sebenarnya page ni baru ditambah, di samping beberapa lg page yg lain.
Page ini melibatkan tajuk-tajuk & subtopik berkenaan usuluddin, manakala page lainnya mengikut topik yg tertera.

Usuluddin juga dikenali sebagai TAUHID.
Kalian mesti pernah dengar 2 istilah ni, samada di sekolah menengah, sekolah agama, di pusat pengajian tinggi atau di kuliah-kuliah di surau atau masjid.
Kali ini aku ingin berkongsi serba sedikit pengetahuan yg diperolehi zaman sekolah agama dulu ( 10 tahun yg lepas ) mengenai ilmu Tauhid. Wallahu'alam...

Ini laa kitab Tauhid sekolah agama Johor, cetakan tahun 1997/1998. Sekarang dah lain pun.


PENGERTIAN 'AQIDAH ISLAMIAH


-- 'aqidah dari segi bahasa : ikatan/simpulan ma'nawi yg khusus bg keyakinan/kepercayaan
-- 'aqidah islamiah : ikatan keimanan kpd hakikat yg mutlak, yg menjadi Rukun Iman yg tetap & kekal tersimpul dgn kukuh dalam jiwa, yg tidak akan terlerai/terputus dlm apa jua keadaan & pada bila-bila masa berdasarkan ajaran Islam

    'Aqidah merupakan suatu bai'ah ( ikatan janji setia/sumpah setia dgn Allah swt ) yg mana pernyataan bai'ah itu ialah dua kalimah syahadah.


    KEISTIMEWAAN 'AQIDAH ISLAMIAH


    - Selaras dengan fitrah manusia. ( Surah al-A'raf : 72 )
    - Jelas & lurus. ( Surah al-Baqarah : 116 )
    - Tetap & pasti, tidak berubah sepanjang zaman. ( Surah as-Syura : 13 )
    - Berasaskan pembuktian akal. ( Surah al-Baqarah : 111 )
    - Saksama. (Surah al-Mukminun : 85-89 )
    - Mengikut acuan atau ketentuan Allah swt. ( Surah al-Baqarah : 138 )


    BACKGROUND MAZHAB-MAZHAB ILMU TAUHID

    Berdasarkan hadith Nabi Muhammad saw, yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, maksudnya ;

    ' Org Yahudi tlh berpecah menjadi 71 atau 72 puak, begitu juga Nasrani, dan umatku akan berpecah menjadi 73 puak, semua di dalam neraka kecuali 1 puak, mereka ( sahabat-sahabat ) bertanya : Siapa mereka wahai Rasulullah? ( Jawab baginda ) : Mereka ialah org yg tetap berpegang teguh dan melakukan apa yang telah dan akan aku lakukan bersama-sama sahabat-sahabatku '


    Fahaman dan Pendukungnya
    1) Syiah : Didukung oleh golongan yg menganggap Saidina Ali ra & keturunannya yg layak menjadi pengganti Rasulullah saw sbg imam ( pemimpin ) yg maksum bg umat Islam. Mereka tidak mengakui khalifah yg lain.
    2) Khawarij : Didukung oleh golongan yg keluar berperang pd jalan Allah bg menegakkan kebenaran dgn berpegang kepada prinsip 'Tiada hukum kecuali Allah' ( arabnya akan diletakkan kemudian ). Mereka menolak kepimpinan Saidina Ali ra & Mu'awiyah berikutan Majlis Tahkim ( timbang tara ) bg menyelesaikan peperangan Siffin.
    3) Mu'tazilah : Didukung oleh golongan yg percaya kpd ketentuan logik akal fikiran atau dikenal sbg ahli fikir. Mereka banyak terpengaruh dengan falsafah Yunani. Mereka percaya kpd keEsaan zat Allah Taala, tetapi tidak percaya Allah Taala mempunyai sifat.
    4) Qadariyyah : Didukung oleh pengikut Mu'tazilah yg berfahaman bahawa manusia mempunyai kuasa yg tersendiri & dapat menentukan segala perbuatannya samada baik atau buruk. Allah Taala tiada kena mengena dgn perbuatan manusia & hanya mengetahui setelah perbuatan itu dilakukan.
    5) Jabariyyah : Didukung oleh golongan yg berfahaman bahawa manusia tidak mempunyai ikhtiar dan usaha. Segalanya berlaku & dijadikan oleh Allah Taala; baik & buruk adalah ketentuan Allah Taala semata-mata.
    6) Wahabiyyah : Didukung oleh golongan yg bepegang pd al-Quran & hadith Nabi saw serta menolak bida'ah termasuk bida'ah hasanah & khurafat, berpandukan fatwa Ibn Taimiyyah dan juga pengasasnya iaitu Muhammad bin Abdul Wahab, yg disokong oleh keluarga Ibn Sa'ud yg kemudiannya menguasai Najad & Hijaz.
    7) Ahli Sunnah wal Jama'ah : Didukung oleh golongan yg berpegang pd al-Quran, al-Hadith & ijma' para sahabat ( khulafa' ar-rasyidin ) & al-Qiyas. Fahaman ini dapat menjernihkan 'aqidah umat Islam dr pelbagai fahaman yg menyeleweng drpd ajaran Islam yg sebenarnya.



    ( akan bersambung dgn tajuk-tajuk yg lain, InsyaAllah )

    Entri Popular

    Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.