CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label kesihatan tubuh. Show all posts
Showing posts with label kesihatan tubuh. Show all posts

10 October 2012

Kaki, kasut dan stokin?

CPFZ | 20:32 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Apa kaitan kaki, kasut dan stokin?

Kaki pun ada jenisnya. tak percaya? boleh buat eksperimen sendiri. caranya senang je kot.
Basahkan kaki, kemudian berdiri atas lantai konkrit atau sekeping kertas. hasilnya?

(A) Bentuk kaki kelihatan sangat sempit dan melengkung seperti bentuk bulan separuh
- kaki jenis melengkung tinggi

(B) Bentuk kaki kelihatan pepat - kaki jenis rata

Dah tahu jenis kaki? belilah kasut mengikut jenis dan bentuk kaki yang sesuai dengan diri.


Bila waktu yang sesuai untuk membeli kasut?


Kadangkala, kaki akan melecet apabila menggunakan kasut baru (padah tak pakai sarung kaki atau stokin, haha!).
ada tak cara untuk mengelakkan kaki melecet? jawapan : ada.
pada yang nak beli kasut baru, dinasihatkan untuk membeli pada waktu tengahari atau petang. kenapa? jawapan : sebab waktu tersebut saiz kaki adalah lebih besar berbanding pada waktu pagi.
relevannya? jawapan : beli kasut waktu pagi, saiz kaki lebih kecil, berbanding saiz kaki yang lebih besar apabila kasut dipakai pada waktu tengahari atau petang, kasut terasa ketat.
kesannya, kaki akan menjadi mudah melecet dan tak selesa.


Kasut bertumit?

Kasut bertumit perlu dipakai mengikut ketinggian yang sesuai. tahu tak? badan kita boleh menampung tumit sehingga setinggi 1 inci je? sekiranya lebih dari itu, berat badan akan menjadi tak stabil di atas bola kaki, seterusnya akan menjejaskan kesihatan seluruh badan.

Tips memilih dan membeli kasut bertumit :
1- pilih yang paling rendah tumitnya
2- pilih tumit yang paling tebal dan lebar untuk memberi lebih kestabilan
3- pilih kasut yang membulat pada bahagian jari, elakkan kasut meruncing yang menyakitkan
4- pilih kasut yang cukup besar untuk memuatkan pad/alas tambahan dan yang boleh menyokong bahagian lekukan kaki


Stokin, bagaimana pula?


Tujuan stokin atau sarung kaki adalah untuk melindungi kaki (dan menutup aurat juga). tapi tak semua jenis adalah sesuai dipakai. kita harus pandai memilih jenis stokin/sarung kaki yang tidak memudaratkan kesihatan kaki.

Jenis stokin/sarung kaki :
1) kapas/bulu : lebih nyaman dan mengeringkan kaki
2) nilon : menghasilkan kepanasan dan menyerap kelembapan kaki seperti span

Tukar stokin/sarung kaki sekiranya kaki anda jenis yang kuat berpeluh untuk mengelakkan bau dan menjaga kesihatan kaki. selain itu, hindari memakai stokin yang terlalu mencengkam getah elastiknya sebab ia mengehadkan peredaran darah dan memburukkan keadaan kesihatan kaki.

sumber : artikel kesihatan

20 June 2012

Mitos & Kesihatan : Mata

CPFZ | 09:45 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


MITOS 1 :
Tonton TV terlalu dekat rosakkan biji mata.
FAKTA 1 :
Ibu bapa selalu marah-marah kalau anak tonton TV pada jarak dekat, sebab boleh rosakkan mata. Namun, menurut Akademi Oftalmologi Amerika (AAO), anak-anak menjadi lebih fokus apabila tonton TV pada jarak dekat tanpa mengalami sakit mata, berbanding orang dewasa. Hal yang harus dititikberatkan ialah betulkan tabiat duduk sewaktu di depan TV atau memegang bahan bacaan yang berdekatan. Walaubagaimanapun, kekerapan menonton TV terlalu lama boleh sebabkan penyakit rabun jauh.



MITOS 2 :
Jika ibu bapa punyai masalah penglihatan, anak-anak juga berisiko dapat masalah yang sama.
FAKTA 2 :
Kenyataan ini adakalanya betul. Kalau kamu pakai specs disebabkan masalah penglihatan yang kurang jelas atau mengalami katarak, anak-anak kamu berpotensi tinggi mewarisi sifat yang sama.

MITOS 3 :
Makan lobak merah baik untuk penglihatan.
FAKTA 3 :
Memang benar lobak merah kaya dengan Vitamin A yang penting untuk penglihatan, namun masih ada pilihan lain seperti asparagus, aprikot, dan susu yang boleh membantu menjaga kesihatan mata, serta amalan diet yang seimbang juga membantu.



MITOS 4 :
 Penggunaan PC/laptop boleh rosakkan mata.
FAKTA 4 :
Berdasarkan kajian AAO, tidak ada bukti yang gunakan PC boleh sebabkan mata jadi rosak, akan tetapi, kalau menggunakannya dalam tempoh yang panjang, akan menyebabkan mata kurang berkedip mengikut kebiasaannya. Perkara ini mengakibatkan mata menjadi kering dan masalah sakit mata. Untuk itu, setiap kali gunakan PC, kamu perlu berhenti sekali-sekala untuk merehatkan sekejap mata kamu.

MITOS 5 :
 Hanya kaum lelaki yang mengalami buta warna.
FAKTA 5 :
Menurut kajian AAO, dianggarkan bahawa sehingga 8% kanak-kanak lelaki mengalami sedikit masalah buta warna, manakala kurang dari 1% kanak-kanak perempuan mengalami masalah itu.




sumber :
iSIHAT-mei2012 

09 November 2010

Info Sihat : Timun

CPFZ | 13:08 |
Timun?
tak kenal ke timun?
ke nak sebut 'cucumber'?
mana-mana lah, asalkan timun ..


sumber dari pakcik google


Nama saintifik : Cucumis sativus [order sama dengan labu]
(nama saintifik sentiasa Italic atau jika tulisan tangan, perlu digariskan kat bawahnya)

Kandungan nutrisi dalam timun seperti karbohidrat, gula, serat / fiber, lemak, protein,
vitamin (B1, B2, B3, B5, B6, B9), vitamin C, Ca, Fe, Mg, P, K dan Zn.

Timun ni banyak kandungan yang menyejukkan,
banyak manfaat lagi-lagi cuaca panas macam kat Malaysia ni.

Kegunaan :

- timun disapu pada wajah untuk mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit
( sapu, best .. sejuk dan nyaman je .. )

- bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat dalam timun menjadikan timun baik untuk kulit
( betul, kulit pun lembut je .. )

- timun fresh baik untuk kelegaan pada ulser, gastritis, dan pedih ulu hati
( siapa ada masalah di atas, cuba makan timun, oke? )

- hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata
( tak percaya, try lah sendiri .. )

- timun dimakan setiap hari membantu mengawal ekzema, atritis dan gout

- bermanfaat kepada mereka yang bermasalah pada paru-patu, perut dan dada

- Potasium berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah
( tekanan darah tak naik, makanlah timun .. )

- erepsin dalam timun membantu menghadamkan protein
( siapa belajar biologi, tahu lah apa benda alah erepsin tuh .. )

- jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut especially jika ditambah dengan jus lobak merah, kobis dan bayam
( sesuai untuk orang yang rambut tak lebat, tak mau tumbuh .. )

- kaya dengan garam mineral, timun membantu menghalang masalah kuku

07 July 2010

10 Makanan Sihat

CPFZ | 11:04 |
1. Brokoli - Pencegah kanser serviks
* Kandungan asam folat yang tinggi menghentikan virus pencetus kanser serviks.
(Kajian - University of Alabama)

2. Bayam - Pelindung mata
* The National Ins. of Health mendapati mereka yang mengambil sumber lutein mencukupi, possibility untuk menghidapi risiko masalah penglihatan adalah lebih rendah.

3. Bawang putih - Pelindung prostat
* Bahan kimia yang terkandung dalamnya terbukti mampu menurunkan risiko kanser prostat sehingga 50%.

4. Daging merah - Menyuburkan rambut
* Zat besi dalam daging merangsang pertumbuhan rambut. Terdapat juga unsur zink yang membantu melindungi rambut dari keguguran.

5. Kopi - Perangsang otak
* Merupakan sumber antioksidan, dapat membantu menurunkan risiko penyakit Alzheimer sehingga 60%, bukanlah sehingga bergelas-gelas setiap hari.

6. Teh hijau - Penjaga payudara
* Based on kajian ahli biokimia dari Boston University, teh hijau yang mengandungi polifenol yang tinggi dapat mencegah kanser payudara.

7. Tempe - Mengusir penyakit degenaratif
* Tempe kaya dengan serat, kalsium, vitamin B dan zat besi. Juga mengandungi antibiotik yang menyembuhkan infection dan antioksidan yang melindungi diri dari penyakit degeneratif seperti sakit jantung koronari dan sebagainya.

8. Kentang panggang - Menurunkan tekanan darah
* Signifikasinya dapat menurunkan tekanan darah kerana kandungan natrium (Na) yang rendah iaitu 0.4mg/100g.

9. Keju - Elak ancaman karies gigi
* Kajian menunjukkan keju boleh meningkatkan kadar pH untuk melindungi gigi dari ancaman karies.

10. Lobak merah - Penyelamat kulit dan jantung
* Kajian di National Ins. AS, menemukan bahawa mereka yang banyak mengambil karotenoid pigmen yang ada dalam lobak merah, risiko untuk terkena kanser kulit adalah 6 kali lebih rendah.



(Sumber : Remaja/01 Mei 2010)

10 May 2010

7 Cara Kekalkan Tenaga Sepanjang Hari

CPFZ | 12:30 |
1. Ambil serat ketika bersarapanSarapan kaya serat membuat anda lebih berwaspada dan peka sepanjang hari.


2. Minum sedikit latte perlahan-lahanKafein dalam kuantiti yang kecil setiap beberapa jam sekali akan membuat anda tetap berwaspada dan fokus lebih lama.


3. Minum secawan tehPaduan kafein dan asid amino L-theanine dalam teh berfungsi mengurangi keletihan mental dan meningkatkan kewaspadaan waktu reaksi dan daya ingatan. Teh hitam membantu mengurangi stress.


4. Kerap makanMakan lebih kerap dengan kuantiti lebih kecil setiap 3-4 jam untuk memastikan kadar gula darah tetap tinggi sehingga anda tidak mengalami penurunan tenaga atau makan berlebihan akibat terlalu lapar.


5. Minum air putihMenjaga keperluan pengambilan air merupakan cara termudah menjaga kadar tenaga dan konsentrasi.


6. Jalan 10 minitSebuah kajian menunjukkan bahawa berjalan seketika boleh menjaga anda tetap segar sepanjang hari.


7. Dengar muzikKurang fokus ketika bekerja? Cuba dengar muzik. Sebuah kajian mendapati pekerja 10% lebih produktif ketika mendengarkan muzik berbanding tanpa muzik.


Sumber petikan MW (23 – 29/04/2010)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.