CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label pemerintahan islam. Show all posts
Showing posts with label pemerintahan islam. Show all posts

24 June 2013

Jerebu! Apa pandangan Islam?

Muhammad Akmal | 01:23 | | |


Bismillah.


Assalamu’alaikum.


Lama dah tak buat pengisian untuk blog ni, dah berhabuk. Sebenarnya saya masih ada hutang menulis sambungan artikel. Saya harap tak ada siapa yang marah. Hehe. Tapi, kali ini pun saya tulis bukan sebab nak sambung, tapi sebab kesian tengok bulan Jun. Maksud saya, entry untuk bulan Jun belum ada lagi, jadi saya taknak bulan Jun merajuk…


Penulisan bawah ni saya ambil saja dari satu page FB, - Who Stands for Islam? – dengan sedikit edit. Sebabnya, pada saya huraiannya istimewa. Oleh sebab isu jerebu masih famous, –malah sebenarnya makin teruk- jadi kita cuba kaji apa puncanya jerebu dan bagaimana Islam menyelesaikan masalah jerebu. Ini pun penulisan 4 hari lepas (20/6/2013), jadi minta maaf ya atas ketinggalan faktanya. Jemput baca…


. . .


ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, sepaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). [TMQ 30:41]





Jerebu Fizikal Kerana Jerebu Fikrah
==========================

Image : Sindiran dari Indonesia, tentang Jerebu – dikatakan bahawa pembakaran ladang adalah dilakukan oleh orang Indonesia tetapi dari Syarikat Malaysia dan Singapura.

Kualiti udara di beberapa kawasan di Johor, Melaka dan Selangor berada pada tahap tidak sihat apabila indeks pencemaran udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 100.

Berdasarkan bacaan IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga pukul 5 petang ini, kualiti udara di empat bandar utama Johor merosot dengan bacaan IPU yang tinggi iaitu Kota Tinggi (166), Larkin Lama (152), Muar (172) dan Pasir Gudang (168).

Turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah bandar raya Melaka iaitu 161 dan Bukit Rambai (118) serta di Banting, Selangor (144).

JAS dalam kenyataan di sini hari ini memberitahu, punca kemerosotan kualiti udara di kawasan-kawasan yang mencatatkan peningkatan bacaan IPU masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya dan dijangka berterusan sehingga September ini.

Laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) semalam menunjukkan peningkatan mendadak bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia iaitu 187 titik panas berbanding 113 kelmarin.

“Di Malaysia, sebanyak 26 titik panas dikesan melalui satelit NOAA-18 iaitu di negeri Johor (satu), Kelantan (dua), Pahang (lima) dan Sarawak (18),” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan berkata, JAS telah mengeluarkan Perintah Larangan Pembakaran Terbuka bagi kawasan di seluruh negeri Melaka, Selangor dan Johor berkuat kuasa serta-merta pada 19 Jun 2013 sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Kawasan-kawasan di seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor adalah kawasan larangan bagi melakukan sebarang pembakaran terbuka kecuali bagi aktiviti tertentu iaitu pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar,” ujarnya.

Semua pihak digesa tidak melakukan pembakaran terbuka, membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja,'' ujarnya.

Mereka yang disabitkan kesalahan melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan. [utusan.com.my]


Punca Pencemaran
----------------

1) Pembakaran dan kebakaran terbuka di kawasan Sumatra. Sehingga semalam ada 194 tiitik panas dari Sumatra.

2) Perubahan angin monsun Barat - Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.

Kalaulah benar bahawa Syarikat Perladangan dari Malaysia dan Singapura yang menyebabkan pencemaran mereka perlulah bertanggung jawab. Bukannya kita meletakkan kesalahan 100% kepada Saudara-saudara kita di Indonesia. 


Pencemaran – pandangan Islam secara umum.
-------------------------------------- 

Islam mengharamkan semua jenis ancaman dan gangguan terhadap individu, masyarakat mahupun umat. Gangguan ini boleh difahami dalam konteks pencemaran alam sekitar dan hukum yang diambil adalah sama dengan gangguan-gangguan dalam bentuk yang lain. Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda yang bermaksud:

‘Suatu perbuatan itu tidaklah boleh mengganggu atau merugikan orang lain dan tidak boleh dirugikan oleh orang lain’ [HR Ibnu Majjah]

‘Siapa sahaja yang mengganggu orang lain, maka Allah Subhanahu waTaala akan menimpakan padanya dengan perkara yang sama. Dan siapa saja yang membuat kesulitan terhadap orang lain, maka Allah akan menimpakan kesulitan ke atasnya’ [HR Ibnu Majjah]

Sekiranya sesebuah negara itu prihatin dengan penerapan hukum Allah, maka kejadian jerebu ini pasti boleh dielakkan. Pembakaran terbuka sudah pasti akan menyusahkan dan mengganggu pihak lain dan ini sudah tentu diharamkan. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, sebagai contoh di Indonesia atau di mana sahaja, sesebuah negara sewajarnya memastikan penggunaan cara alternatif dalam melapangkan hutan untuk penanaman. Sekiranya berlaku juga kebakaran, negara sewajarnya mengambil tindakan pantas dalam menghapuskan punca jerebu ini. Semuanya akan dilakukan atas dasar penerapan hukum syara’ yang diwajibkan keatas negara untuk menjalankannya. Namun apa yang kita perhatikan dalam kejadian jerebu kali ini, realitinya adalah jauh panggang dari api.

Begitu juga dengan pencemaran lain seperti pencemaran sungai, udara dan kejadian tanah runtuh yang begitu berleluasa di negara ini, ia seharusnya ditangani atas dasar penerapan hukum syara’ yang mewajibkan gangguan-gangguan ini dihilangkan. Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:

‘Hendaklah seseorang itu tidak buang air kecil di dalam kolam air yang tidak mengalir, lalu mandi di dalamnya’ [HR As-Syeikhan, Abu Daud, An-Nasa’i dari Abu Hurairah]

Konteks hadis ini boleh dikiaskan kepada apa sahaja yang boleh mencemari persekitaran seperti bahan buangan industri dan lain-lain lagi.
Selain dari itu, penerapan hukum ini juga hendaklah dijalankan di dalam bentuk pencegahan. Pendidikan massa dalam aspek gangguan pencemaran ini perlu ditekankan agar rakyat, secara individu dan masyarakat akan turut sama memastikan bahawa gangguan-gangguan seperti pencemaran dan yang lainnya tidak akan dilakukan.


Sebagai kesimpulan.
-----------------
Masalah jerebu yang melanda negara memanglah sesuatu yang amat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila kejadian ini membawa pelbagai implikasi terutamanya masalah kesihatan yang secara langsung memberi kesan kepada kita. Kebimbangan ini begitu merasuk diri kita sehingga kita lupa tentang hakikat jerebu yang lebih merbahaya yang wujud di dalam aqidah dan pemikiran umat hari ini.

Terdapat hadis dari Aisyah RadiAllahu’anha dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud

‘Seorang muslim yang tertusuk duri atau yang lebih dari itu, maka Allah pasti akan menebus dosanya kerana musibah itu dan menggugurkan satu kesalahan darinya’

Sekiranya kita sakit akibat dari jerebu, sekurang-kurangnya kita boleh merasa tenang dengan implikasi hadis ini. Namun begitu, jerebu yang wujud di dalam pemikiran umat Islam boleh sahaja menjerumuskan kita ke neraka! Nauzubillahu min dzalik!

Jerebu pemikiran yang dimaksudkan adalah hilangnya pertimbangan di dalam diri umat hari ini bahawa penyelesaian permasalahan kehidupan ini seharusnya dikembalikan kepada hukum Allah. Tompok-tompok hitam sekularisme Barat, dengan bantuan tiupan angin monsun kapitalisme yang menghembus sepanjang tahun telah mengelabui pandangan umat hari ini tentang realiti sebenar kehidupan yang fana’ ini. Kita begitu mabuk dengan pemikiran Barat yang rosak sehingga lupa bahawa hanya kepada Allahlah akan kembali segala urusan.



Telah nampak fasad (kerosakan) di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” [TMQ ar-Rum (30):41].


Petikan Kitab Tafsir
--------------------
Tafsir Al-Jalalain menghuraikan bahawa, “Telah nampak kerosakan di darat” maksudnya disebabkan terhentinya hujan dan berkurangnnya tumbuh-tumbuhan, “dan di laut” maksudnya di negeri-negeri yang banyak sungainya menjadi kering, “disebabkan perbuatan tangan manusia” maksudnya berupa perbuatan-perbuatan maksiat. Ungkapan yang bermaksud “supaya Allah merasakan kepada mereka” dapat dibaca لِيُذِيقَهُمْ dan لِنذِيقَهُمْ; ertinya supaya Dia/Kami merasakan kepada mereka “sebahagian daripada akibat perbuatan mereka” sebagai hukumannya “agar mereka kembali” bermaksud supaya mereka bertaubat daripada perbuatan-perbuatan maksiat.

Tafsir Ibnu Kathir memetik Abu al-‘Aliah berkata, “Barangsiapa mengingkari Allah SWT di muka bumi ini bermakna dia telah berbuat kerosakan di atasnya, kerana keadaan yang baik di bumi dan langit bergantung kepada ketaatan manusia terhadap Allah S.W.T”. Rasulullah S.A.W bersabda,

لَحَدٌّ يُقَامُ فِي الْأَرْض أَحَبّ إِلَى أَهْلهَا مِنْ أَنْ يُمْطَرُوا أَرْبَعِينَ صَبَاحًا

“Sesungguhnya hukum Hudud yang dilaksanakan di bumi lebih elok untuk ahlinya berbanding mereka diturunkan hujan empat puluh pagi” [HR Abu Daud].

Menurut tafsir Ibnu Kathir lagi, hal ini kerana jika dilaksanakan hukum hudud tersebut maka ia akan menjadi pencegahan daripada melanggar batas-batas sempadan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Tambahnya lagi, jika manusia meninggalkan maksiat kepada Allah S.W.T, ia menjadi penyebab untuk mereka memperoleh keberkatan di langit dan di bumi.

Inilah pandangan Islam secara umum dalam menangani masalah pencemaran. Bukan sekadar mengwar-warkan ke sana-sini petikan kata-kata Karam Singh Walia, ‘hutan terbakar nampak berasap, hati terbakar siapa tahu’, sebaliknya, amat penting bagi umat Islam menyedari bahawasanya keuntungan dan manfaat bukanlah rujukan dalam penerapan syariat Islam untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Keredhaan Allah merupakan tujuan utama penerapan hukum syara’ yang pasti akan membawa maslahah(manfaat) kepada seluruh umat manusia. Akan tetapi, penerapan hukum syara’ yang kaffah(menyeluruh), merangkumi seluruh aspek kehidupan, termasuklah dalam menangani masalah pencemaran, hanya boleh direalisasikan dengan berdirinya Daulah Khilafah Islamiyyah sebagai suatu kewajiban dan janji Allah yang pasti! 

Wallahua’lam.


p/s : Islam datang sebagai solusi, bukan hanya teori. Moga lebih ramai kembali pada penyelesaian Islam.


19 September 2012

Derita Rohingya, Buah Nasionalisme Dan Ketiadaan KHILAFAH.

Muhammad Akmal | 04:11 |
Assalamu'alaikum.


Bismillah.





Nasionalisme terbukti menjadi senjata yang efektif melemahkan kaum Muslim. Satu kefahaman yang menjadikan kepentingan bangsa (nation) di atas segalanya ini dengan berjaya telah memecah belah kaum Muslim dan menghilangkan kepedulian umat Islam sebagai satu tubuh. Umat Islam yang sebelumnya bersatu atas dasar akidah Islam di bawah naungan Negara Khilafah Islam kemudian berserakan menjadi negara-negera lemah. Tanpa pengikat.


Saat umat Islam masih memiliki Khilafah, negara ‘super power’ Khilafah ini berhasil menyatukan negeri-negeri Islam di berbagai kawasan dunia, tanpa melihat bangsa, warna kulit, ataupun ras. Kekuasaan Daulah Khilafah Islam menyebar mulai dari jazirah Arab, Persia, India, Kaukasus, hingga mencapai perbatasan Cina dan Rusia. Membebaskan Syam bagian utara, Mesir, Afrika utara, Spanyol, Anatolia, Balkan, Eropa selatan dan timur, hingga di gerbang Wina di Austria.


Menyatukan berbagai kawasan dengan berbagai ras, suku, dan warna kulit seperti semetik (Arab, Syriani, Kaldean), Hamitik (Mesir, Nubia, Berber dan Sudan); Aria (Parsia, Yunani, Spanyol dan India), Tourani (Turki dan Tartar). Dengan wilayah yang demikian luas, yang terintegrasi dengan baik berdasarkan akidah Islam, Khilafah menjadi negara super power yang ditakuti oleh musuh dan disegani oleh kawan.


Nasionalisme juga berjaya memperlemah kekuatan kaum Muslimin dengan mematikan kehirauan dan kepedulian sebagai satu tubuh dan satu umat. Satu umat yang harus saling menolong dan saling memperkuat. Dengan alasan bukan kepentingan nasional (national interest) kita, dengan alasan bukan urusan negara kita, negara seperti Arab Saudi, Mesir, tidak melakukan tindakan yang sepatutnya ketika Gaza diperangi Zionis Israel.


Ketika Irak dijatuhi bom yang membunuh ratusan ribu umat Islam, Saudi dan negara-negara Teluk malah memberikan bagian wilayah negara itu sebagai pangkalan tentera untuk penjajah Amerika dan sekutunya, alasannya demi kepentingan nasional. Ketika umat Islam di Sudan, Ethopia, dan negeri-negeri Afrika lain kelaparan. Elite-elite negara-negara Teluk yang kaya minyak nyaris tidak peduli. Mereka lebih disibukkan membangun gedung pencakar langit, membeli kelab bola sepak atau belanja barang mewah di luar negeri.


Nasionalisme ini pulalah yang menyekat-nyekat negeri Islam. Dengan alasan beza negara dan beza bangsa, dan beza kepentingan, tentara-tentara negeri Islam lumpuh untuk digerakkan membebaskan negeri-negeri Islam yang terjajah. Selalu yang menjadi alasan harus di bawah payung PBB, baru boleh digerakkan. Padahal PBB, merupakan organisasi penjajah Barat yang tidak pernah membela umat Islam. Sementara di depan tentara-tentara umat itu, kaum Muslim dibunuh dan dibantai.


Ketiadaan persatuan dan kehilangan kepedulian terhadap nasib umat Islam merupakan buah nasionalisme. Ini pula yang menyebabkan kaum Muslim Rohingya menderita kepanjangan tanpa ada yang menyelamatkan. Padahal negeri Muslim Arakan ini dikelilingi negeri-negeri Islam seperti Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Pemerintah Indonesia dengan jumlah penduduk lebih dari 200 juta juga tidak melakukan tindakan yang serius untuk menghentikan pembantaian ini.


Kita perlu ingatkan kembali, sesungguhnya umat Islam merupakan umat yang satu (ummatan wahidah). Rasulullah SAW menggambarkan umat Islam sebagai satu tubuh, sehingga kalau ada satu bagian tubuh umat yang sakit dirasakan sebagai rasa sakit yang sama. Derita Muslim Rohingya adalah derita kita. Tangis anak-anak yatim dan janda-janda akibat kekejaman rezim Myanmar adalah tangis kita juga.


Sesungguhnya umat Islam memiliki puluhan juta tentara dengan persenjataan yang lengkap. Negeri Islam juga memiliki ratusan juta penduduk yang siap membantu para tentara membebaskan negeri-negeri Islam itu. Siap melaksanakan perintah Allah SWT untuk jihad fi sabilillah, merindukan mati syahid membebaskan negeri Islam. Yang tidak dimiliki umat Islam sekarang adalah negara Khilafah yang menggerakkan dan memberikan arahan terhadap tentera-tentera itu.


Kita memerlukan Khalifah yang membuat keputusan politik dengan mengirimkan tentara menyelamatkan negeri Islam. Tanpa dibatasi oleh kebangsaan, warna kulit, atau ras. Tanpa menunggu perintah PBB yang menjadi alat penjajah Barat. Bergerak karena disatukan oleh akidah Islam dan perintah Allah SWT untuk berjihad. Dengan Khilafah, musuh-musuh Allah tidak akan memandang remeh umat Islam seperti sekarang. Umat dibantai, bahkan oleh negara-negara lemah dan miskin seperti Myanmar.


Siapapun yang melakukan pembunuhan terhadap umat Islam—meskipun satu orang—akan berhadapan dengan negara Khilafah yang kuat. Inilah yang dilakukan oleh Khalifah al Mu’tashim ketika mendengar seruan minta tolong dari seorang Muslimah yang dinodai kehormatannya oleh tentara Romawi. Al-Qalqasyandi, dalam kitabnya, Ma’atsiru al-Inafah, menjelaskan salah satu sebab penaklukan kota Amuriyah pada 17 Ramadhan 223 H. Diceritakan, penguasa Amuriyah, salah seorang Raja Romawi, telah menawan wanita mulia keturunan Fathimah -Radhiyallahu ‘anha. Wanita itu disiksa, lalu berteriak, “Wahai Mu’tashim!” Raja Romawi pun berkata kepadanya, “Tidak akan ada yang membebaskanmu, kecuali menaiki bebarapa balaq (kuda yang mempunyai warna hitam-putih).”


Jeritan itu pun sampai kepada Khalifah al-Mu’tashim. Lalu dia memimpin pasukannya untuk mengendarai kuda balaq. Dia pun keluar, memimpin di depan pasukannya, dengan 4.000 balaq, tiba di Amuriyah dan menaklukkannya. Dia membebaskan wanita mulia tersebut, dan berkata, “Jadilah saksi untukku di depan datukmu (Nabi Muhammad SAW), bahwa aku telah datang untuk membebaskanmu. Dengan memimpin pasukanku, yang terdiri dari 4.000 balaq.” Dengan tentara itu, kota Amuriyah ditaklukkan, kehormatan seorang Muslimah dibela, ribuan tentara Romawi dibunuh dan ditawan. Allahu Akbar!


 Aung San Suu Kyi, pejuang demokrasi, pejuang kebebasan rakyat burma. Ketika dia ditanya tentang nasib kaum minoriti Muslim Rohingya, dia menjawab :

“I do not know. We have to be very clear about what the laws of citizenship are and who are entitled to them.”
"Saya tidak tahu. Kita harus perjelas dulu tentang hukum kependudukan seperti apa dan siapa yang mempunyai hak untuk (status kependudukan) tersebut."



05 September 2012

Wordless Wednesday : 10 : Bendera Mana Milik Kita?

Muhammad Akmal | 02:04 | |

Assalamu'alaikum.


Bismillah.


Awak semua tau tak, umat Islam ada bendera dan panjinya yang tersendiri? Bendera yang menyatukan seluruh umat Islam di bawah satu negara? Bendera yang membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia menuju kepada perhambaan kepada Allah?


Gambar ini ada jawapannya :








:]



18 July 2012

Wordless Wednesday : 5 : Khilafah?

Muhammad Akmal | 12:28 | |

Assalamu’alaikum.

Post ni tajuknya wordless Wednesday tapi saya tetap nak cakap sikit. Awak semua pernah dengar istilah Khilafah? Bukan khilaf taw, dan bukan Khalifah tapi Khilafah. Kalau tak pernah, sila la ambil tau. Sebagai umat Islam kita patut tau. Apa yang tertulis di gambar adalah sikit kepentingan Khilafah pada umat Islam. Saya cuma ambil susunan tersebut sebab suka ngan reaksi “The Rock” tersebut, dan mintak maaf atas gambar yang comot. Mungkin itulah namanya ‘handmade’ hijab (visual diedit kerana imej tak menutup aurat). Hehe. Dan saya mohon awak semua tontonlah video untuk lebih maklumat awal mengenai Khilafah.

:]



Sejarah Umat Islam 600AD-Kini



22 October 2010

Sistem pemerintahan yang terbaik

CPFZ | 15:47 |
Akhir-akhir ni kita dikejutkan ngan pelbagai berita,
ada berita yang enak dan tak kurang juga yang tak berapa enak,
(bukan enak dari segi rase, oke?)
tapi rasenya lagi banyak berita yang kurang enak.
Isu yang sering diperkatakan apabila berita ini tersebar, mesti akan berkaitan ngan sistem pentadbiran atau pemerintahan Islam.

Apa kata kita cuba lihat,
bagaimana sistem pemerintahan Islam yang sebenarnya,
seperti sistem yang digunakan oleh Nabi Junjungan SAW kita kira-kira 1400 tahun yang lepas.


1- Apa yang dikatakan dengan negara Islam?
Negara Islam ialah ‘negara yang mengarahkan serba-serbi urusan pemerintahan kepada hukum Islam, yang menjadikan al-Quran dan Hadith serta ijtihad yang benar sebagai sumber’.

[Ijtihad : usaha sepenuh tenaga bagi mendapatkan suatu hukum untuk sesuatu masalah agama yang sulit, yang mana kita tak jumpa penjelasan dan keterangan yang tegas tentangnya]

Pemerintahan Islam ini WAJIB dilaksanakan,
sebab ia untuk menegakkan undang-undang ALLAH swt, merealisasikan keadilan dan kesaksamaan juga melaksanakan kebajikan.

2- Prinsip-prinsip yang digunakan?
i)   Musyawwarah : mesyuarat dalam penentuan ketua negara
ii)  Keadilan : meletakkan sesuatu pada tempatnya atau yang berhak
iii) Kebebasan : bebas tetapi tidak terkeluar dari batasan
iv) Persamaan : iktiraf kesamaan manusia dari segi hak dan tanggungjawab

3- Elemen-elemen penting pembentukan negara Islam?

A) Wilayah : rakyat terikat dengan peraturan dalam wilayah tertentu

B) Majlis Syura : badan permesyuarat tertinggi negara

C) Ketua Negara : orang Islam yang mempunyai syarat-syarat seperti yang ditentukan oleh syarak

D) Rakyat :
- Muslim : berhak bernaung dan mastautin di bawah pemerintahan Islam serta berhak menikmati kemudahan yang ditetapkan
- Non-muslim : bebas amalkan kepercayaan agama, kebudayaan dan adat resam masing-masing, bebas mencari rezeki dan mendapat pendidikan serta berhak dapat perlindungan

E) Undang-undang : al-Quran dan Hadith sebagai sumber dan rujukan

F) Badan Kehakiman : punyai kuasa mutlak dan bebas daripada pengaruh badan eksekutif dan legislatif

G) Pentadbiran dan Penguasaan : pemerintahan negara berdasarkan al-Quran dan Hadith, berpaksikan Tauhid kepada Allah swt, mesti melaksanakan syariat Islam dan mengutamakan akhlak yang mulia.

4- Matlamat?
1) Menegakkan perundangan dan hukum ALLAH swt
2) Merealisasikan keadilan manusia
3) Melaksanakan kebajikan dalam segala aspek
4) Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat

5- Ciri-ciri negara Islam?
A) Berdasarkan al-Quran dan Hadith, disamping ijtihad, ijmak ulama dan Qias

B) Melaksanakan amar maaruf dan nahi munkar
C) Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan
D) Jaminan kebebasan hak asasi
E) Ketua negara yang adil dan beriman
F) Majlis Syura sebagai asas pemerintahan



Selepas membaca entri khas lagi islamik ini,
apakah pendapat kalian?

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.