CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label tentang perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label tentang perkahwinan. Show all posts

31 January 2013

Walimatul urus dan kehidupan

CPFZ | 21:47 |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Saya cuma nak berkongsi cerita, maklumat dengan pembaca soal perkahwinan.
ye, perkahwinan tuan-tuan, puan-puan. hehe.
walaupun saya belum dan takde pengalaman berkenaan kahwin, saya suka nak berkongsi.

ini gambar waktu sepupu perempuan berkahwin
Baru-baru ini, TV9 dalam slot Tanyalah Ustaz, bersama Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz ada berbincang tajuk Walimatul Urus, dan saya tertarik dengan apa yang beliau kongsikan sewaktu menjawab pertanyaan tetamu di studio.
oleh itu, saya dengan suka hati dan rendah diri, nak juga kongsi sebahagian ilmu tersebut,
itu pun mana yang saya rasa ia perlu orang tahu dan sedar tentangnya. :)

Di awal topik, beliau menerangkan apa yang dikatakan dengan WALIMATUL URUS, kepentingannya dan perkara lain yang terkait dengannya.
berikut adalah antara isu yang diperjelaskan dalam slot Tanyalah Ustaz.

09 November 2012

Nikah kahwin dan kesederhanaan

CPFZ | 20:28 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Ehm, tajuk entri tak habis fasal kawen. mentang-mentang sekarang musim mengawan, kih kih.
eh, ayat tu saya quote dari teman di fesbuk, bukan ayat saya sendiri tau!
Oh ye, hari ni, selamat sudah blogger Bro Framestone menjalani akad nikah di rumah pengantin perempuan di Johor. selamat pengantin baru kepada beliau dan pasangan. :)

sempat berdialog bersama pengantin, hehe
Kawen, kawen, dan kawen. dan antara perkara penting yang terkait bila sebut pasal kawen ialah duet (sila eja dengan betul, d.u.i.t).
tapi tahu tak? kat mana yang sebenarnya priority untuk letakkan duet tu dalam urusan perkahwinan?
jawapannya adalah pada mahar atau maskahwin.

Pastinya umum tahu bila sebut mahar atau maskahwin, tapi mahar tu takrifannya apa?
MAHAR adalah sesuatu pemberian daripada suami kepada isteri samada berupa wang atau harta benda yang disebabkan oleh nikah, sebagai penghargaan kepada isteri.
hukum pemberian mahar adalah WAJIB, tapi tidak menjadi rukun nikah.

Kepada calon pengantin, walaupun perkara mahar ni nampak kecil, tapi ia sebenarnya menunjukkan betapa prihatinnya seorang suami kepada isteri, sebagai tanda betapa dihargai seorang isteri oleh si suami.
untuk itu, nilai mahar telah ditetapkan oleh Jabatan Agama negeri memasing. namun, terpulang pada kemampuan calon suami tu nak bagi berapa banyak. tak salah pun nak bagi lebih dari kada yang ditetapkan, sebab itu akan jadi hak isteri. lagipun, hantaran boleh bagi ribu-riban, kenduri kawen berhabis sakan, takkan mahar bagi sikit? tak patut kot.
"Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah (rendah) tentang perbelanjaan (mahar)" 
(HR Ahmad & al-Hakim)

Apa pun, sederhana itu adalah yang terbaik. dan Nabi saw sendiri pernah bersabda tentang kesederhanaan dalam kehidupan itulah yang lebih baik.
wallahu'alam. :)

FS :
memikir-mikir, kat mana nak bawak mak pegi makan-makan sempena ulangtahun kelahiran beliau pada hari ahad 11/11/12 nanti

06 November 2012

Perkahwinan : Sistem Online (e-NCR) Johor

CPFZ | 14:39 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Ahai, nak kawen pun dah boleh guna sistem online je sekarang ni. opss, tapi hanya untuk mohon bekawen, bukan akad nikah pun secara online, haha!
Dimaklumkan kepada semua, Jabatan Agama Johor akan melancarkan Sistem e-NCR dimana semua pemohon-pemohon perkahwinan boleh membuat permohonan secara online melalui alamat http://encr.johor.gov.my atau melalui pautan di Portal Rasmi Jabatan Agama Johor mulai 1 Oktober 2012. Segala pertanyaan boleh dimajukan kepada Pejabat-pejabat Kadi Daerah di Negeri Johor.

Apa tu e-NCR? 'e' mungkin term untuk 'elektronik' (agaknya la kan, memandai je, haha!),
NCR plak adalah Nikah, Cerai dan Rujuk. ini la sistem e-NCR yang Jabatan Agama Johor perkenalkan, mulai Oktober 2012 dan orang ramai yang nak kawen, boleh lar register untuk gunakan sistem ni, lebih efisien gitu! hihi..

sistem e-NCR yang sudah boleh digunakan
*sila daftar sebelum boleh guna sistem ini*





Orang ramai yang nak gunakan sistem ni, kena daftar terlebih dulu. isikan maklumat yang berkenaan ikut step-step yang ada. dah settle isi semua, nanti akan keluar page yang macam kat gambar bawah ni :

tuan blog dah register, tapi belum diaktifkan, hehe
Kan? tuan blog adalah eksaited! haha. tapi tak rugi kalo daftar, tak kena caj pun (iye kot?).
saya nak explain lanjut pasal ni pun, tak dapat la, sebabnya sampai sekarang masih belum aktifkan (telefon pejabatnya dah boleh minta diaktifkan, tapi sedang dalam mood malas, huhu).
so, kepada warga Johor yang masih bujang-single-mingle dan yang nak kawen, selamat menggunakan sistem ni. :)


FS :
agak lega dah selesai exam SPAJ kelmarin, tapi tetap tak tenang untuk tunggu keputusannya

14 October 2012

" Selamat hari lahir, abang.. "

CPFZ | 16:09 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Di rumah. suami dan isteri. rukun dan damai.
namun ketenangan rumahtangga mereka telah diuji menjelang ulangtahun kelahiran si suami.
pertengkaran berlaku seawal mereka bangkit dari tidur.
tidak dapat dikenalpasti apa punca dan siapa yang memulainya.
sang suami melontarkan hujah-hujah, sesekali berkeras dengan pendiriannya.
di hujung katil kelihatan si isteri. diam tanpa sepatah kata.
berlalu meninggalkan si isteri, sang suami bergegas menyiapkan diri. keluar pergi mencurah bakti dan mengeluar keringat demi mencari rezeki.

isteri bangun. merapati meja solek tempat suaminya berdiri merapikan rambut.
sang suami sekadar menjeling. belum sempat si isteri menghulur tangan membuka mulut, sang suami terlebih dahulu ringan kaki melangkah keluar tanpa sebarang bunyi.
dari dalam bilik mereka, terdengar bunyi pintu dibuka dan ditutup. kasar.
enjin kereta mula mengaum. lama-kelamaan semakin menjauh dan menghilang.
si isteri terpaku. kelihatan air jernih bergenang di mata, laju menuruni pipi mulus miliknya.


hari semakin petang. senja merangkak tiba. malam bakal berlabuh.
di dapur, si isteri bertungkus lumus menyiapkan hidangan istimewa untuk kekasih hati.
wajahnya kini berbeza. terpancar kegembiraan, biarpun permulaan hari ini tidak begitu baik.
dia berharap sang suami kembali ceria dan tidak marah-marah seperti tadi.

kepulangan suami disambut isteri, namun tiada tanda si dia mahu berbaik seperti sediakala.
terus sahaja kaki sang suami menaiki anak tangga menuju ke kamar kelamin.
ah, masih saja begitu. desis hati si isteri. mengeluh.

di ruang rehat, jarum jam menunjukkan angka 11. malam semakin lewat. sengaja dia memasang televisyen, bukan niat mahu menonton. setakat menutup durja di hati.
perlahan-lahan bangun dan menutup suis televisyen. lambat-lambat menaiki anak tangga. walhal cuma kedapatan 8 anak tangga yang perlu dipijak sebelum sampai ke kamar beradu milik dia dan sang suami.

si isteri tiba di depan kamar, menolak daun pintu perlahan. dikuak seminima mungkin agar tidak mengganggu sang arjuna. sepi. kelihatan sesusuk tubuh di atas katil.
sudah tidur suamiku yang seorang ni. hati kecilnya berbicara sendirian.
menuju ke kamar mandi, membersihkan dirinya untuk seketika.
usai, si isteri mengenakan pakaian untuk tidur, lantas berbaring di tilam empuk.
mengambil tempat di sebelah sang suami yang berbaring bertentang dengan dirinya.
dia mengusap wajah sang arjuna yang lena diulit mimpi. lalu membisikkan sesuatu.
si isteri berbaring semula dan mengadap sang suami tercinta. terukir senyuman di bibirnya.
semoga hari esok dan mendatang membawa ceria dan sinar bahagia.

subuh pagi itu, sang suami terjaga awal. dilihatnya baru 5.30 pagi. menjeling ke arah si isteri yang tidur nyenyak. menarik selimut yang menyelubungi tubuh isteri hingga ke paras dada.
sang suami bangkit lantas pergi membersihkan diri bersiap untuk menghadap Tuhan yang Maha Menciptakan.
selesai menunaikan kewajipan, dia memanggil isteri kesayangannya untuk bangun. berkali-kali panggilannya tidak disahut. sang suami menghampiri si isteri. rapat. lalu menyentuh bahu dan mengejutkannya perlahan-lahan. tiada respons.
dikejutkan pula dengan cara mengusap-usap lengan isteri, menepuk-nepuk lembut pipi si isteri. masih tiada sebarang pergerakan.
memegang tangan isterinya, sejuk. tangannya menyentuh dahi, pipi, dan leher si isteri.
juga sejuk. sang suami kaget. terasa mindanya menerawang entah ke mana.
sekejapan, sang arjuna mulai menitiskan air mata.
barulah dia mengetahui, sang ratu hati telahpun kembali ke hadrat Ilahi.
belum sempat menyuakan permohonan maaf, si isteri pergi meninggalkannya sendirian tanpa sebarang pesanan. arjuna sedikit kesal.
" Ya Allah, ampunkan aku. betapa kerdilnya aku di sisi Engkau. seketika benar Engkau pinjamkan aku seorang isteri kekasih hati, pengubat lara, peneman sunyi untuk diriku.
Ya Allah, Kau peliharalah isteriku di sana. Kau ampunkanlah dosa-dosanya selama hayatnya. semoga dia tetap tenang dalam perjalanan untuk bertemu denganMu. "

sang suami berdiri. menghampiri meja solek di sisi katil. tangan mencapai handphone. namun tumpuannya hilang untuk menelefon. tertancap mata ke arah sekeping kertas. seseorang telah menulisnya. sang arjuna membaca tekun. dan kali ini, mata putihnya semakin merah, air mata tidak dapat ditahan-tahan lagi. kedengaran kuat esakannya.



notakaki :
hargailah insan-insan yang berada di sekeliling diri kamu selama hayat masih ada.
nescaya sedikitpun kamu tidak akan berasa kesal apabila mereka bepergian meninggalkan kamu untuk selamanya.

20 September 2012

Perkahwinan : Sederhana atau membazir?

CPFZ | 15:50 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Sememangnya kita tak nafikan, majlis perkahwinan adalah majlis penting gilang-gemilang,
yang ketika itu kita diangkat menjadi raja dan permaisuri sehari, ( ntah sape yang tabalkan pun, tak tahu la tu, sendiri-sendiri kot? keh keh )
tapi itu tak bermakna harus dilangsungkan dengan mewah, sampai jadi membazir.

Kenapa aku tak berapa setuju bila orang kata,
alah, majlis kawen kenduri kendarat ni sekali je pun seumur hidup, yang punya duit pun pihak pengantin, biarkan jela..
Fine, aku boleh terima, tak kesah la kan, tu memang hak mereka yang buat majlis tu,
cuma ada beberapa perkara yang buat aku tak berapa setuju, antaranya :


1. Kad jemputan wangi-wangi, cun, kaler pelangi bagai
- toksah cakap harga berapa, aku dah survey benda alah ni walaupun aku belum nak menikah dalam masa terdekat ni, long-term planning la katakan, muahahaha. kad tu  nak bagi kat orang by-hand dan guna servis pakcik posmen, kad plak sikit punya mahal, plus setem namposen, perghh.. kalo ada 1000 keping kad, agaknya berapa % dijangka kad jemputan tu akan dimasuk dalam tong sampah atau shredder? penah fikir ke idak? 

2. Door-gift memahal
- kotak ke, envelope ke, plastik ke, apa-apa jela material, mahal gaban kot? isi pun boleh tahan mahal jugak. kalo ada 1000 tetamu, paling-paling kena ada 2000 door-gift ( takut tak cukup ), sekali lagi, berapa % dijangka akan menjadi mangsa kepada tong sampah?


3. Banner dan 'bunting' besar-besaran
- yang ni, aku tak survey sangat, tak tahu berapa kos dia. tapi selalunya pasang seketul dua kot? rumah pempuan dua, rumah lelaki dua, eh? kalo kat dewan pun ada? kira ada 6 ketul kot? haha. motif? nak umumkan la, kat sekian tempat, ada majlis kawen polan dengan polanah ni. tak hebah kang, orang kata apa plak, mulut orang kan. jap, pas majlis habis, benda alah ni bakal jadi habuan tong sampah jugak kot?

Fikir-fikirkan. Tak salah buat itu-ini tapi membazir tu yang salah. Nak jadi sahabat syaiton ke?

FS :
tak lama lagi keluar bajet untuk Malaysia

28 August 2012

Trend kahwin lambat di Malaysia

CPFZ | 07:35 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

sumber : muka buku seorang coursemate
Makin menjadi-jadi sekarang, trend kahwin lewat, tak kira lelaki atau perempuan.
sebabnya? opkos bermacam-macam, antaranya :

1- Belum bertemu calon yang sesuai
Bukan mudah nak dapat calon yang betul-betul kena dengan 'taste' atau jiwa memasing,
ye tak? Nak yang penyayang la, yang romantik la, yang banyak duit la, yang suka budak kecik la, dan entah macam-macam la pendek ceritanya. So, bila ditanya bila nak kawen, jawapan yang mudah, belum jumpa calon yang sesuai.
Perlu diingat, semakin tinggi harapan yang kita letak pada sesuatu perkara itu, semakin sukar untuk kita mencapainya.
Sebenarnya tidak salah mengharapkan pasangan yang sesuai atau ideal, tetapi kita juga perlu tahu dan sedar siapa diri kita. Sekiranya mahu pasangan hidup yang sempurna, diri kita juga mesti menjadi orang yang sempurna. Ini kerana manusia memilih pasangan hidup yang setaraf dengannya, sesuai dengan firman Allah dalam surah an-Nur ayat 26.
Orang yang mahukan pasangan hidup yang baik, dia perlu berusaha sedaya upaya untuk menjadi seperti orang yang diimpikannya itu, supaya lebih mudah mendapatkannya. 
 Apabila Hati Rindu Menikah - PTS, 2011 

Lazimnya, perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Surah an-Nur : 26 

2- Komitmen bekerja untuk mencari duit
Bila dah ada calon teman hidup, nak kena fokus pada duit, maklum jela,
zaman serba canggih, semua nak guna duit, mana ada benda yang free,
kalo dapat murah pun, kira beruntung sangat-sangat dah,
makanya, mereka lebih fokus pada kerja untuk menyimpan duit supaya senang kemudian hari,
lagi-lagi bila sentuh topik kawen, nak kena simpan duit untuk belanja kawen plak.

3- Nilai hantaran yang tinggi
Ha, yang ni lebih kepada kaum Adam la, sebab hantaran nak diberi pada kaum Hawa.
Dah jumpa calon, masalah seterusnya tertumpu pada duit hantaran dan belanja kawen.
Ni jugak antara alasan yang digunapakai, kena plak lelaki tu yang tak berapa mampu,
secara tak langsung, menyebabkan niat nak kawen dalam masa terdekat terpaksa ditangguhkan gara-gara nilai hantaran yang tinggi.
Kahwinkanlah orang yang masih sendirian antara kamu. Sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka dan menambah keluhuran mereka.
Sesiapa yang berniat mahu mendirikan rumahtangga perlu meluruskan niatnya terlebih dahulu, supaya dipermudahkan dan mendapat pertolongan daripada Allah. Sebagaimana Hadis Nabi saw :
Tiga orang yang selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah orang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah, penulis yang selalu memberi penawar, dan orang yang bernikah bagi menjaga kehormatan dirinya.
HR at-Tabrani daripada Abu Hurairah 


Kesimpulan :
Bernikahlah sekiranya sudah mampu, dan berpuasalah bagi yang tidak mampu, supaya dapat menghindar dari perbuatan maksiat.

FS :
majlis saya nanti, InsyaAllah buat yang penting je, cuma akad nikah, dan untuk walimatul urus plak, saya dan dia akan bertemu, duduk dan makan bersama tetamu yang datang. doakan semoga dipermudah segala urusan kami :)

27 July 2012

Perkahwinan : Upacara membatalkan air sembahyang

CPFZ | 09:24 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Kan?
semua orang paham benor tentang upacara ni,
ye dak, ye dak?
tiap kali ngikut abang-kakak-sepupu-kawan yang bernikah,
kompem-kompem ada upacara batal air sembahyang antara pengantin,
tapi apa hukum yang sebenarnya?

Pernikahan atau perkahwinan,
ialah satu perkara baik dan bersejarah dalam hidup manusia,
yang mana ia merupakan suatu anugerah yang besar yang perlu dihayati.
Untuk itu,
cara terbaik bagi pasangan suami-isteri yang baru lepas akad nikah,
adalah dengan menunaikan sembahyang sunat dua rakaat,
( sembahyang sunat nikah )
yang sepatutnya ( bukan PATUT, tapi boleh kira dituntut )
untuk menjadi adat istiadat setelah selesai akad nikah.

Ungkapan "membatalkan air sembahyang" itu sendiri sudah membawa tanggapan,
atau nilai yang tidak elok,
maka,
moleklah kiranya sembahyang sunat ini mengambil alih tempat adat yang tidak kena pada tempatnya itu.

Macam mana cara mendirikan sembahyang sunat nikah ni?
Mudah je, yang mana caranya sama dengan sembahyang sunat mutlak*,
dari segi praktik atau gerak lakunya.

Lafaz niat :
gambar agak blur, maapkan tuan belog (=.=')

Dah siap sembahyang sunat nikah, berdoa la pada Allah swt dengan sebarang doa pun,
dan jangan lupa mengucapkan syukur kepadaNya tanda terima kasih kita.


Sekian, itu je antara sedikit ilmu yang nak saya kongsikan dengan korang semua.

* sembahyang sunat mutlak :
sembahyang yang dikerjakan tanpa sebarang sebab tertentu,
dilakukan pada bila-bila masa melainkan waktu yang tidak dibolehkan sembahyang.


aYaz :
biar mati anak jangan mati adat.. 
anak mati, sape nak teruskan adat kau tu?
nak beradat sekalipun, biar la yang menepati syariat Islam,
bukan adat yang "ntah-apa-apa-tak-masuk-dek-akal-melawan-syariat-agama"

19 April 2012

Pertunangan : Perlu ke?

CPFZ | 20:52 |


Bertunang, perlu ke? wajar ke?
Kalau perlu, macam mana proses yang sewajarnya?
Kalau tak, kenapa plak?


Saya agak pening lalat bila diutarakan perkara sebegini,
maklum laa, belum ada pengalaman,
majlis sendiri mahupun majlis saudara seibu sebapa,
kih kih kih ...

Pada pandangan saya laa,
pertunangan tu, kalau tak ada pun tak apa,
atau nak buat serentak dengan akad nikah pun, boleh aje,
tergantung pada pasangan yang berkenaan, kan, kan?

1 hal lagi,
yang agak memberatkan kaki kepala saya mengenai hantaran,
macam mana plak tu?
dah masa tunang ada hantaran,
masa akad nikah pun ada hantaran?
waduhhhh ... 
macam ni, saya tak payah laa bertunang ....

Korang ada apa-apa pandangan fasal ni?
share-share laa, sebab tiap orang tak sama kan ..





aYaz :
ada yang buat majlis tunang dah macam majlis kahwin,
boleh tahan laa grandnya tu .....

15 April 2012

Berapa kali cubaan daa ...

CPFZ | 10:25 |
aku nikahkan engkau dengan nurin adriana batrisya binti daud dengan mas kahwin 300 ringgit, tunai ......
 aku terima nikahnya .. nurin, err ... adri-ana ... errr ... saya 'terai' lagi sekali tok, uhh ...
ihsan unkel google

hah? hamek kau, gagap ...
FAILED beb!
pengantin lelaki dah laa gabra semacam depan tok kadi, *dup-dap-dup-dap*
( aisehhhh ... apa pasai buleh gagap nak sebut nama bakal bini ... padahal praktis dah kemaren ... )

tu ah, siapa suruh bagi nama anak perempuan sedap bebenor,
sampai tergeliat lidah bakal suaminya nak nyebut masa akad nikah,
kesiaannnnnn dia loh ...

oo ye ...
pesanan untuk bakal bapak dan ibu sekalian,
jangan laa duk letak nama anak perempuan ( kalau anak lelaki sila abaikan ) yang pelik-pelik,
memang panjang, bunyinya sedap sesangat, nama moden la katakan, ( tak mau kalah tuh! )
tapi tak patut jugak kot?
kesyiiiaaannnnnnn, kat bakal menantu awok-awok semua,
sampai gagap-gagap, tergeliat mulut lidah nak sebut nama anak dara awok masa akad ...


ps :
biar nama anak simple tapi maksud tetap ada, terbaekkkkk!

aYaz :
kepada enchek bakal suami saya, kamu pasti mudah nak sebut nama saya.. :)

08 December 2011

Majlis kahwin

CPFZ | 18:33 |
sumber KadKahwin
serius.
bukan main-main.

sana, sini,
kenduri segala,
tapi maaf, aku tak dapat hadir,
atas alasan tak punya kesempatan dan lokasi yang amat jauh,
cuma tumpang gembira untuk pasangan pengantin,
dengan doa selamat berbahagia hingga akhir hayat.

tak lupa juga, doakan untuk aku dan future hubby...


aYaz :
berkira-kira untuk masa depan

24 November 2011

Bila hati rindu menikah

CPFZ | 16:13 |

buku saya, weee ~


Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati kekuasaan Kami,
-surah az-Zaariyat : 51

Nikah adalah sebahagian daripada sunahku. Siapa yang tidak suka kepada sunahku, dia tidak termasuk dalam golonganku.
-diriwayatkan oleh al-Bukhari

Mana-mana wanita yang meninggal dunia ketika berada dalam keredhaan suaminya, wanita itu akan masuk syurga.
-diriwayatkan oleh Ibnu Majjah & at-Tirmizi

Pernikahan :
  • penghargaan yang tinggi dari Allah swt
  • iman yang sempurna semakin sempurna
  • menghilangkan keresahan hati
  • menjauhkan diri daripada maksiat
  • bahagia hati mencari rezeki

Kahwinkanlah orang yang masih sendirian antara kamu. Sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka dan menambah keluhuran mereka.

  • Yakinlah, bahwa rezeki Allah itu ada di mana-mana, usah takut miskin hanya kerana pernikahan.
  • Belum ada pasangan yang sesuai? Ingat, semakin tinggi harapan yang kita letak pada sesuatu perkara, semakin sulit kita mencapainya. Jika belum mendapat jodoh seperti yang diinginkan, mungkin diri belum menjadi seperti orang yang diharapkan.

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga,
tidak sedikit lebah yang meninggalkan bunga harum kerana sedikit madunya.
Ramai lelaki tampan tertarik dan terpesona dengan wanita yang kurang cantik kerana memiliki hati yang cantik,
tidak sedikit pula perempuan cantik ditinggalkan oleh lelaki kerana busuk hatinya.
Kecantikan sejati bukan pada wajah yang cantik, tetapi cantik dalam hati;
oleh itu cantikkan hatimu supaya dicintai dan dirindukan oleh semua orang.

Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara, iaitu kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya. Nikahi wanita yang taat beragama Islam, nescaya kamu beruntung.
-diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i & Ibnu Majjah

Siapa yang menikahi wanita dengan niat menjaga pandangan mata, memelihara kemaluan dan menjalin tali silaturrahim, Allah pasti memberkati pasangan suami isteri itu
-diriwayatkan oleh at-Tabrani


*sumber : Apabila Hati Rindu Bernikah (PTS Millenia)

17 November 2011

Siri Pengantin #1 : Sesat

CPFZ | 14:47 |
Haaa,
pada bakal pengantin dan convoy majlis kahwin pengantin,
sila baca entri nih, okeyh?
Yea yeah... :D


03 July 2011

majlis pernikahan

CPFZ | 15:03 |
heboh, gempar ?
=.='

siapa yang buat heboh, kata aku nak menikah ?
adesss ... tak fasal-fasal banyak komen kat status fb aku ..
tak cukup tu, ada ramai kot yang duk 'Like' status tersebut ..
*sigh*








aYaz :
actually, tak ada apa-apa pun..

23 March 2011

Cuci mata ?

CPFZ | 20:43 |
pengantin perempuan aka sepupu

pengantin perempuan

3 dara pingitan, wakaka ~

pasangan pengantin selepas akad nikah

majlis sebelah pihak lelaki @ Tg. Karang

ps :
maaflah, kalo foto-foto tak berapa cumel, digi-cam biasa je ..

01 October 2010

Bukan 21SX : Kisah Suami Isteri

CPFZ | 12:00 |
Kisah pasangan suami isteri.

hiasan semata-mata
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata,

"..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur,
nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..
dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..
basuh jap..susun pinggan kat rak..
lap dapur, terpercik kena sambal masa masak tadi...
check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...
memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...
sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong..salin la gula...
check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi..
ishh..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....
pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...
penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah... 
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...
ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...
on da way nak gi bilik, papa tgk tv lagi...
nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...
towel kecik untuk selsema...
calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....
alamak...telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap..
ok settle...




ternampak pulak beg gi keje...
emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asek2 pakai beg hitam ni je...
salin jap barang2 dalam beg coklat...
check sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2, leceh pulak..
selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...
hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...
rasenya 25 hb ni Sogo ade sale...mana flyers tadi ek...
ha ni die..ok, catat jap kat yellow sticker, nanti lupa..
ok settle... 

Tetiba dengar suara papa...

"..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."
" ..yelah nak tido la ni..nak semayang jap..." 

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..
2 jenis plak tu...adoi..gosok gigi...semayang...
pakai toner...pakai treatment cream..
nak lawa dan maintain punya pasal lah ni... 
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu... 
bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..
check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... 
la, nape komputer ni tak tutup ni..
gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh...
gi dapur, basuh, sambung gosok baju...
gantung elok2...kemaskan baju gantung2...
masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...
ok settle..



dengar suara papa lagi...
"..i dah ngantuk ni.."


dalam pada nak masuk ke bilik...

owh..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...
check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..
ni kalau tak check ni, senang2 je penyangak masuk rompak umah aku...
bukak lampu luar.. 
ni mainan sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...
banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....
ok dah... 
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...
cium si comel ni kejap...selimutkan dia...
la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...
tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...
nanti gi Sogo 25 hb ni beli la skali...
ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..
tido sampai pagi ok...gud nite..sweet dreams... 


aaahh...sedapnya dapat baring...

mana pulak lotion sapu kurus aku nih...
ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus, setkan alarm...
setkan program kerja besok...pagi kul 9.30 ade meeting.. 
ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...
emm..sedapnya lelapkan mata...
Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini..
mohon keberkatan dari mu Tuhan...


papa pun bangun tutup tv...

"...i dah ngantuk sangat ni..nak tido lah..citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."


...selang seminit...

dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....


So....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?
SEBAB ADA BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....
tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...
setiap wanita adalah isteri dengan cara mereka sendiri...
Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....
hormati dah hargailah mereka...
untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

p/s :
syurga di bawah telapak kaki ibu (perempuan)
(re-edit dari emel seorang teman)

15 September 2010

Kisah orang dewasa

CPFZ | 14:43 |
Hari ni bersamaan 6 Syawal 1431H,
bermakna kite masuk raya ke-6 dah pun.
Raya, raya, dan raya.. (part 1 : part 2 : part 3)
ohh...malasnya nak bercerita pasal raya lagi,
mau tukar isu laen la plak, hi hi hi...

28 August 2010

Aku terima nikahnya..

CPFZ | 16:35 |
dari page Munakahat, contoh aje oke?


Aha..
hari ni aku tak ade ape2 isu yang besh untuk share ngan korang,
sebab aku tahu, hari ni Sabtu,
dan tak ramai yang nak duk mengadap laptop macam yang aku buat sekarang ni.

Entry kali ni cume suke-suki aje,
tiade kaitan ngan orang yang masih idup ataupun yang telah meninggalkan alam dunia ni.


Agak2nye, ade tak yang tanya,
"nape murah sangat maskawen dalam gambar kat atas tu?"


err...
aku cume boleh cakap, Johor adalah salah satu negeri yang menetapkan nilai minima maskawen RM 22.50,
so, beruntung la kaum lelaki (lelaki sejati) yang mendapat bakal isteri dari negeri Johor,
(aku pun termasuk dalam kategori ni kot?)
sebab maskawen rendah, tak macam negeri laen,
boleh klik untuk lihat nilai maskahwin ngan detail,
tapi maybe ade yang lebih latest sebab rase2 yang ade kat website ni macam belum update, huhuhu...

Oo ye...
ape sebenarnye maskahwin ni ek?
.
.
.
.
.
Menurut istilah syara’, mahar (maskahwin) ialah suatu pemberian yang wajib
diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Maskahwin ialah pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’
oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan,
sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai
hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang,
menurut Hukum Syara’, dapat dinilai dengan wang.

'Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah (rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar )'




( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )





Korang nak detail, klik aje kat link yang aku dah bubuh kat atas tadi.









~ Oke, selesai bab maskawen ~









p/s :

Ade orang mau buat majlis kawen grand2 punye, macam artis dan VVIP,
tapi bape agaknye nilai maskawen diorang?bayar tunai ke atau utang?

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.