CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

09 November 2012

Nikah kahwin dan kesederhanaan

Unknown | 20:28 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Ehm, tajuk entri tak habis fasal kawen. mentang-mentang sekarang musim mengawan, kih kih.
eh, ayat tu saya quote dari teman di fesbuk, bukan ayat saya sendiri tau!
Oh ye, hari ni, selamat sudah blogger Bro Framestone menjalani akad nikah di rumah pengantin perempuan di Johor. selamat pengantin baru kepada beliau dan pasangan. :)

sempat berdialog bersama pengantin, hehe
Kawen, kawen, dan kawen. dan antara perkara penting yang terkait bila sebut pasal kawen ialah duet (sila eja dengan betul, d.u.i.t).
tapi tahu tak? kat mana yang sebenarnya priority untuk letakkan duet tu dalam urusan perkahwinan?
jawapannya adalah pada mahar atau maskahwin.

Pastinya umum tahu bila sebut mahar atau maskahwin, tapi mahar tu takrifannya apa?
MAHAR adalah sesuatu pemberian daripada suami kepada isteri samada berupa wang atau harta benda yang disebabkan oleh nikah, sebagai penghargaan kepada isteri.
hukum pemberian mahar adalah WAJIB, tapi tidak menjadi rukun nikah.

Kepada calon pengantin, walaupun perkara mahar ni nampak kecil, tapi ia sebenarnya menunjukkan betapa prihatinnya seorang suami kepada isteri, sebagai tanda betapa dihargai seorang isteri oleh si suami.
untuk itu, nilai mahar telah ditetapkan oleh Jabatan Agama negeri memasing. namun, terpulang pada kemampuan calon suami tu nak bagi berapa banyak. tak salah pun nak bagi lebih dari kada yang ditetapkan, sebab itu akan jadi hak isteri. lagipun, hantaran boleh bagi ribu-riban, kenduri kawen berhabis sakan, takkan mahar bagi sikit? tak patut kot.
"Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah (rendah) tentang perbelanjaan (mahar)" 
(HR Ahmad & al-Hakim)

Apa pun, sederhana itu adalah yang terbaik. dan Nabi saw sendiri pernah bersabda tentang kesederhanaan dalam kehidupan itulah yang lebih baik.
wallahu'alam. :)

FS :
memikir-mikir, kat mana nak bawak mak pegi makan-makan sempena ulangtahun kelahiran beliau pada hari ahad 11/11/12 nanti

0 kata-kata indah:

Post a Comment

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.