CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

28 September 2012

Dah cakap, HARAM, degil sungguh!

Unknown | 14:49 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Apa yang HARAM? siapa yang degil?
Ni haaaaa.. (sila baca dengan 4, 5 harkat, kih kih)

Petikan Harian Metro
Benda ni lar yang dikatakan HARAM. merokok tetap haram. eh, bukan cik FS yang kata, tu dalam akhbar, Metro yang keluarkan, hikss...
tapi kan, Metro tu tukang hebah berita je, bukan memandai canang sana-sini, Majlis Fatwa Kebangsaan yang umumkan.

Alaaa, bukan benda baru pun soal merokok ni haram, lama dah .......
orang je buat dek, buat tak endah. agaknya nak tunggu peparu, jantung, hati, limpa, perut, ginjal, dah rosak fungsi, pehtu terkeluar dari badan, ataupun dah nazak, baru nak insaf kot?
eh, tapi kalo sendiri punya organ rosak takpe, ni tak, orang sekeliling yang tak merokok pun boleh jatuh sakit, menyusahkan orang lain.

Nabi saw tak plak kata, harus merokok. yang jadi haram tu, sebab datangkan mudarat kepada nyawa sendiri dan nyawa orang lain. kalo tak memudaratkan, lantak la nak merokok sampai badan bongkok, sampai mati pun.

FS :
kalo rasa nak hidup lama, nak jimat duit, usahlah merokok, selamat maju jaya! :)

Jangan ingat diri kita hebat segalanya..

Unknown | 09:48 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Salam hari Jumaat.. :)

Maaf, kalo tajuk bikin kontroversi sikit yang kali ni.
Maklum la kan, dah nama hidup kat dunia, terasa macam dunia ni memasing yang punya.
Bila tengah senang, tengah kaya, tengah ada kat atas, terus lupa ingatan daratan, tak bersyukur, tak menghargai orang yang pernah bersama kita sepanjang kita di atas.
Jangan jadi ibarat kacang lupakan kulit, nanti bila dah terkontang-kanting sesorang, tetiba hidup jadi tunggang-langgang, hidup susah, baru sedar diri, baru nak ingat Tuhan, baru hegeh-hegeh nak cari orang kiri-kanan yang mendukung dan bersama selama waktu senang dulu.

selagi bernyawa, bersyukurlah..

Ingatan untuk semua dan diri sendiri juga,
sehebat mana pun kita atas dunia ni, akan kembali ke dalam tanah juga.

notakaki :
kehidupan di dunia tidak seindah karangan novel, tidak seindah mainan mimpi,
malah penuh ranjau dan onak duri yang menjadi ujian dan dugaan


FS :
menantikan rezeki tak terjangka, mudah-mudahan dipermudahkan semuanya..

27 September 2012

Hebatnya tulisan jawi

Unknown | 20:42 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Hebat? apa yang hebat? hebat larrrr!

sila fokus pada tulisan jawi yang di atas signature tu
See? hebat kan! tulisan jawi pun digunakan kat resit kedai milik orang Cina.
kalo diorang boleh letak dan gunapakai tulisan jawi, kenapa orang Melayu kita tak?
takde masalah pun kan? kalo cik FS, bangga giler sebab tulisan jawi digunakan.


FS :
teringat cerita emak, di Mekah, bahasa Melayu kita juga antara yang biasa diguna dalam pertuturan dan jadi tulisan dalam papan tanda.

Percubaan guna dynamic view

Unknown | 14:07 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Ubah angin. sambil membawa diri melayan perasaan. haha. ok. mengarut.
Tetiba rasa nak cuba guna template yang dynamic view ni, tema classic punya.
Memang terasa 'ringan' kot? agaknyalah kan, kih kih.
Cuma tak macam dulu, takde widget bagai, iklan Nuffnang pun takde.
Karang agak-agak dah bosan, tukar selera lain plak. hehe. template yang sebelum ni, dah guna setahun lebih jugak, AGAKNYA, ingat-ingat lupa, har har.




FS :
dalam plan nak guna domain akan datang..

26 September 2012

Perlukan bantuan, tolong...

Unknown | 13:04 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Nak buat entri ringkas je, huhu, sebab sedang mencari sesuatu, demi masa depan, kih kih.
Kalo ikutkan, lama dulu dah duk cari-cari, tapi entah, macam disapa angin lalu je, eh? betul ke?


Sebenarnya, nak survey untuk akaun bank yang ada kelebihan seperti % dividen tinggi untuk tempoh tertentu. Yela, sekarang ni, macam-macam produk, macam-macam bank offer, sampai tak tahu nak pilih mana yang terbaik dan memudahkan.

Hmm.. motif taip entri ni, nak mintak pendapat atau cadangan dari kawan-kawan pembaca dan blogger, berkenaan produk dan bank yang offer kelebihan dan yang memudahkan pengguna macam cik FS ni.
Kalo korang ada pengalaman ke, atau yang keje kat bank ke, atau ada network dengan bank-bank dan tahu berkaitan produk-produk ni, harap sesangat dapat share maklumat tu.

So, ni cik FS nak mintak suggestion dari korang.. anyone.. help, help..

FS :
duit bukan segala-galanya, tapi kebanyakan kat dunia ni perlukan duit..

Wordless Wednesday : 12

Unknown | 09:33 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...



FS :
Tuhan itu Maha Indah, diciptakan pasangan untuk insan supaya dapat bergaul dengan baik..

25 September 2012

Rahsia ayat 'maut' dari perempuan

Unknown | 20:20 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Ini sekadar perkongsian dari fanpage PBJ.
Betul atau tidak, pandai-pandai la korang tafsir dan hadam.
Selamat membaca!


SITUASI REALITI

(1) Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

(2) Bagi saya 5 minit 
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

(3) Tak ada apa-apa 
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat! 
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

(5) Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.


(6) Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

(7) Terima kasih 
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

(8) Apa-apa aja lah!
(atau dalam bahasa inggeris, whatever!) Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F*** You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …

24 September 2012

Bukan 21SX : Panjang atau pendek?

Unknown | 11:02 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Lama dah fikir pasal ni. Panjang ke, pendek?
Yang mana satu sesuai? yang mana lebih best?

Hah, korang jangan nak duk fikir benda lain, lempang laju-laju karang!
Grrrrr...


notakaki :
ada yang suka panjang, ada yang suka pendek.. style update entri, readers tak perlu nak banding-banding sebab setiap blogger ada cara tersendiri, blog memasing kan? :)


FS :
auto-publish entri, dalam perjalanan balik ke Johor, insyaAllah..

21 September 2012

Rahsia negeri kelahiran kat IC?

Unknown | 08:52 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Salam hari Jumaat, semoga semuanya baik-baik, dan dipermudahkan urusan olehNya.
Entri pertama untuk hari ni, tak bebel panjang, tapi insyaAllah entri akan datang, haha!

Sesape yang tak berapa tahu pasal kod negeri kelahiran kat IC dia, meh la jenguk-jenguk sini.
Kod ni aku dapat dari website JPN, dah berkurun ada dalam folder picture kat laptop ni ha.


Lepas ni, korang dah boleh agak orang tu lahir kat negeri mana bila tengok IC diorang, kih kih.


FS :
ada sesape lapang untuk esok? jom, pegi PWTC, ada karnival, boleh jumpa dan kenal-kenal.. :)

20 September 2012

Perkahwinan : Sederhana atau membazir?

Unknown | 15:50 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Sememangnya kita tak nafikan, majlis perkahwinan adalah majlis penting gilang-gemilang,
yang ketika itu kita diangkat menjadi raja dan permaisuri sehari, ( ntah sape yang tabalkan pun, tak tahu la tu, sendiri-sendiri kot? keh keh )
tapi itu tak bermakna harus dilangsungkan dengan mewah, sampai jadi membazir.

Kenapa aku tak berapa setuju bila orang kata,
alah, majlis kawen kenduri kendarat ni sekali je pun seumur hidup, yang punya duit pun pihak pengantin, biarkan jela..
Fine, aku boleh terima, tak kesah la kan, tu memang hak mereka yang buat majlis tu,
cuma ada beberapa perkara yang buat aku tak berapa setuju, antaranya :


1. Kad jemputan wangi-wangi, cun, kaler pelangi bagai
- toksah cakap harga berapa, aku dah survey benda alah ni walaupun aku belum nak menikah dalam masa terdekat ni, long-term planning la katakan, muahahaha. kad tu  nak bagi kat orang by-hand dan guna servis pakcik posmen, kad plak sikit punya mahal, plus setem namposen, perghh.. kalo ada 1000 keping kad, agaknya berapa % dijangka kad jemputan tu akan dimasuk dalam tong sampah atau shredder? penah fikir ke idak? 

2. Door-gift memahal
- kotak ke, envelope ke, plastik ke, apa-apa jela material, mahal gaban kot? isi pun boleh tahan mahal jugak. kalo ada 1000 tetamu, paling-paling kena ada 2000 door-gift ( takut tak cukup ), sekali lagi, berapa % dijangka akan menjadi mangsa kepada tong sampah?


3. Banner dan 'bunting' besar-besaran
- yang ni, aku tak survey sangat, tak tahu berapa kos dia. tapi selalunya pasang seketul dua kot? rumah pempuan dua, rumah lelaki dua, eh? kalo kat dewan pun ada? kira ada 6 ketul kot? haha. motif? nak umumkan la, kat sekian tempat, ada majlis kawen polan dengan polanah ni. tak hebah kang, orang kata apa plak, mulut orang kan. jap, pas majlis habis, benda alah ni bakal jadi habuan tong sampah jugak kot?

Fikir-fikirkan. Tak salah buat itu-ini tapi membazir tu yang salah. Nak jadi sahabat syaiton ke?

FS :
tak lama lagi keluar bajet untuk Malaysia

Kajian Personaliti : Mac

Unknown | 10:33 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Ok, entri kali ni personaliti bulan Mac plak, layannnnn~


:: BULAN MAC ::

  1. Berpesonaliti yang menarik dan menawan 
  2. Mudah didampingi 
  3. Sangat pemalu dan pemendam rasa 
  4. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati 
  5. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran 
  6. Suka pada kedamaian 
  7. Sangat peka kepada orang lain 
  8. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain 
  9. Tidak cepat marah dan sangat amanah 
  10. Tahu balas budi dan tahu kenang budi 
  11. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam 
  12. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal 
  13. Suka berangan-angan 
  14. Suka melancong 
  15. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi 
  16. Kelam kabut dalam memilih pasangan 
  17. Suka dengan hiasan rumahtangga 
  18. Punya bakat seni dalalm bidang muzik 
  19. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik 
  20. Jangan terlalu moody

FS :
baca boleh, percaya 100% jangan

19 September 2012

Pelan post-paid baru dari Maxis

Unknown | 12:34 |

Pelan apa la ni ek? aku memang eksaited, lagi-lagi ada kaitan dengan hp canggih-manggih ni, haha.

Pelan ni pelan post-paid atau pelan pascabayar dalam bahasa melayunya, iaitu TalkMore48.
Sebulan RM48, dapat 400 minit dan 200 sms ke semua operator, yang bernilai RM75. Guna lebih RM110 dapat plak nilai 5 sen tiap sms dan minit ke Maxis atau Hotlink.

Oh, ada hp lain yang Maxis offer untuk pelan ni, tapi aku cuma fokus kat Galaxy Beam tu je, keh keh.

Nak tahu detail? sila lawat website Maxis

Published with Blogger-droid v2.0.6

Derita Rohingya, Buah Nasionalisme Dan Ketiadaan KHILAFAH.

Muhammad Akmal | 04:11 |
Assalamu'alaikum.


Bismillah.





Nasionalisme terbukti menjadi senjata yang efektif melemahkan kaum Muslim. Satu kefahaman yang menjadikan kepentingan bangsa (nation) di atas segalanya ini dengan berjaya telah memecah belah kaum Muslim dan menghilangkan kepedulian umat Islam sebagai satu tubuh. Umat Islam yang sebelumnya bersatu atas dasar akidah Islam di bawah naungan Negara Khilafah Islam kemudian berserakan menjadi negara-negera lemah. Tanpa pengikat.


Saat umat Islam masih memiliki Khilafah, negara ‘super power’ Khilafah ini berhasil menyatukan negeri-negeri Islam di berbagai kawasan dunia, tanpa melihat bangsa, warna kulit, ataupun ras. Kekuasaan Daulah Khilafah Islam menyebar mulai dari jazirah Arab, Persia, India, Kaukasus, hingga mencapai perbatasan Cina dan Rusia. Membebaskan Syam bagian utara, Mesir, Afrika utara, Spanyol, Anatolia, Balkan, Eropa selatan dan timur, hingga di gerbang Wina di Austria.


Menyatukan berbagai kawasan dengan berbagai ras, suku, dan warna kulit seperti semetik (Arab, Syriani, Kaldean), Hamitik (Mesir, Nubia, Berber dan Sudan); Aria (Parsia, Yunani, Spanyol dan India), Tourani (Turki dan Tartar). Dengan wilayah yang demikian luas, yang terintegrasi dengan baik berdasarkan akidah Islam, Khilafah menjadi negara super power yang ditakuti oleh musuh dan disegani oleh kawan.


Nasionalisme juga berjaya memperlemah kekuatan kaum Muslimin dengan mematikan kehirauan dan kepedulian sebagai satu tubuh dan satu umat. Satu umat yang harus saling menolong dan saling memperkuat. Dengan alasan bukan kepentingan nasional (national interest) kita, dengan alasan bukan urusan negara kita, negara seperti Arab Saudi, Mesir, tidak melakukan tindakan yang sepatutnya ketika Gaza diperangi Zionis Israel.


Ketika Irak dijatuhi bom yang membunuh ratusan ribu umat Islam, Saudi dan negara-negara Teluk malah memberikan bagian wilayah negara itu sebagai pangkalan tentera untuk penjajah Amerika dan sekutunya, alasannya demi kepentingan nasional. Ketika umat Islam di Sudan, Ethopia, dan negeri-negeri Afrika lain kelaparan. Elite-elite negara-negara Teluk yang kaya minyak nyaris tidak peduli. Mereka lebih disibukkan membangun gedung pencakar langit, membeli kelab bola sepak atau belanja barang mewah di luar negeri.


Nasionalisme ini pulalah yang menyekat-nyekat negeri Islam. Dengan alasan beza negara dan beza bangsa, dan beza kepentingan, tentara-tentara negeri Islam lumpuh untuk digerakkan membebaskan negeri-negeri Islam yang terjajah. Selalu yang menjadi alasan harus di bawah payung PBB, baru boleh digerakkan. Padahal PBB, merupakan organisasi penjajah Barat yang tidak pernah membela umat Islam. Sementara di depan tentara-tentara umat itu, kaum Muslim dibunuh dan dibantai.


Ketiadaan persatuan dan kehilangan kepedulian terhadap nasib umat Islam merupakan buah nasionalisme. Ini pula yang menyebabkan kaum Muslim Rohingya menderita kepanjangan tanpa ada yang menyelamatkan. Padahal negeri Muslim Arakan ini dikelilingi negeri-negeri Islam seperti Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Pemerintah Indonesia dengan jumlah penduduk lebih dari 200 juta juga tidak melakukan tindakan yang serius untuk menghentikan pembantaian ini.


Kita perlu ingatkan kembali, sesungguhnya umat Islam merupakan umat yang satu (ummatan wahidah). Rasulullah SAW menggambarkan umat Islam sebagai satu tubuh, sehingga kalau ada satu bagian tubuh umat yang sakit dirasakan sebagai rasa sakit yang sama. Derita Muslim Rohingya adalah derita kita. Tangis anak-anak yatim dan janda-janda akibat kekejaman rezim Myanmar adalah tangis kita juga.


Sesungguhnya umat Islam memiliki puluhan juta tentara dengan persenjataan yang lengkap. Negeri Islam juga memiliki ratusan juta penduduk yang siap membantu para tentara membebaskan negeri-negeri Islam itu. Siap melaksanakan perintah Allah SWT untuk jihad fi sabilillah, merindukan mati syahid membebaskan negeri Islam. Yang tidak dimiliki umat Islam sekarang adalah negara Khilafah yang menggerakkan dan memberikan arahan terhadap tentera-tentera itu.


Kita memerlukan Khalifah yang membuat keputusan politik dengan mengirimkan tentara menyelamatkan negeri Islam. Tanpa dibatasi oleh kebangsaan, warna kulit, atau ras. Tanpa menunggu perintah PBB yang menjadi alat penjajah Barat. Bergerak karena disatukan oleh akidah Islam dan perintah Allah SWT untuk berjihad. Dengan Khilafah, musuh-musuh Allah tidak akan memandang remeh umat Islam seperti sekarang. Umat dibantai, bahkan oleh negara-negara lemah dan miskin seperti Myanmar.


Siapapun yang melakukan pembunuhan terhadap umat Islam—meskipun satu orang—akan berhadapan dengan negara Khilafah yang kuat. Inilah yang dilakukan oleh Khalifah al Mu’tashim ketika mendengar seruan minta tolong dari seorang Muslimah yang dinodai kehormatannya oleh tentara Romawi. Al-Qalqasyandi, dalam kitabnya, Ma’atsiru al-Inafah, menjelaskan salah satu sebab penaklukan kota Amuriyah pada 17 Ramadhan 223 H. Diceritakan, penguasa Amuriyah, salah seorang Raja Romawi, telah menawan wanita mulia keturunan Fathimah -Radhiyallahu ‘anha. Wanita itu disiksa, lalu berteriak, “Wahai Mu’tashim!” Raja Romawi pun berkata kepadanya, “Tidak akan ada yang membebaskanmu, kecuali menaiki bebarapa balaq (kuda yang mempunyai warna hitam-putih).”


Jeritan itu pun sampai kepada Khalifah al-Mu’tashim. Lalu dia memimpin pasukannya untuk mengendarai kuda balaq. Dia pun keluar, memimpin di depan pasukannya, dengan 4.000 balaq, tiba di Amuriyah dan menaklukkannya. Dia membebaskan wanita mulia tersebut, dan berkata, “Jadilah saksi untukku di depan datukmu (Nabi Muhammad SAW), bahwa aku telah datang untuk membebaskanmu. Dengan memimpin pasukanku, yang terdiri dari 4.000 balaq.” Dengan tentara itu, kota Amuriyah ditaklukkan, kehormatan seorang Muslimah dibela, ribuan tentara Romawi dibunuh dan ditawan. Allahu Akbar!


 Aung San Suu Kyi, pejuang demokrasi, pejuang kebebasan rakyat burma. Ketika dia ditanya tentang nasib kaum minoriti Muslim Rohingya, dia menjawab :

“I do not know. We have to be very clear about what the laws of citizenship are and who are entitled to them.”
"Saya tidak tahu. Kita harus perjelas dulu tentang hukum kependudukan seperti apa dan siapa yang mempunyai hak untuk (status kependudukan) tersebut."



18 September 2012

Nak belajar Bahasa Inggeris?

Unknown | 18:42 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Sekarang mudah sebab ada program Oh My English, tapi kat Astro jela,
yang takde, kena la belajar sendirian berhad, huk huk..


Aku dulu, mana ada belajar dengan OME tu, la ni je kanak-kanak bertuah, dan kalo ikut cara aku, aku rasa kompem-kompem tak sama dengan orang lain, kot? :P


Tengok drama atau filem orang puteh ( orang inggeris )
Ni memang kegemaran, mesti tengok, janji ada subtitle melayu, cara tu dah berkurun sejak zaman sekolah. Sekarang, dah up sikit, bila tengok kat lappy, mesti set subtitle english.

Dengar lagu orang puteh + tengok lirik
Buat cara ni masa zaman tok kaduk zaman pakai uniform sekolah, ada lagu best, mesti cari lirik dia, kat paper ada, terus gunting dan simpan, tapi sekarang rasanya takde dah kot lirik lagu dalam paper.

Belek dan baca dictionary english-english
Yang ni, mungkin pelik bagi korang, tapi aku serius, memang baca kamus. Tak pun, salin word yang tak tahu maksudnya, buat dalam list, cari sesatu maksudnya, then simpan list tu kat celah-celah kamus.

Baca akhbar bahasa Inggeris
Aku start baca paper bahasa inggeris zaman upper-form, tiap hari kot dapat paper, kena buat assignment, buat itu-ini. Pastu zaman kat matrikulasi pun, dapat paper english, ngadap jela.

Set-up handphone dalam bahasa Inggeris

Hah, yang ni kompem buat sejak dapat hp pertama tahun 2003, sampai sekarang pun still buat setting bahasa inggeris. Janggal banget kalo hp tetiba setting jadi bahasa melayu. Ala, kat laptop, kat PC pun, banyak term dalam bahasa inggeris, internet bagai tu pun, bahasa inggeris jugak.


Korang plak, macam mana?

FS :
pantang bila tengok cerita orang puteh, subtitle melayu tunggang-langgang macam hampeh!

Malu tapi mahu..

Unknown | 11:01 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...
Dulu malu tapi mahu
Kini baruku tahu
Diam-diam jatuh cinta
Bersama akhirnya

Hah, malu tapi mahu.. macam mana la tu..
apa salahnya, jadi seorang yang berani, buang malu tu, lagi-lagi kalo rasa diri tu lelaki.. nak tunggu pempuan mula dulu, susah sikit kot, tapi ada je pempuan yang 'terjah' kat lelaki yang dia rasa suka.


Rasanya, ramai jugak yang berkawan-kawan dengan diri cik Farah ni, mana yang dah meluahkan, itulah yang 'terlekat' sekarang ni, ehe..
ehmm, tapi tak sangka plak ada yang menyukai secara diam-diam, upsss.. hohoho..

notakaki :
jodoh itu suatu ketentuan Ilahi, tapi kalo tak berusaha, tak boleh jugak :)


FS :
semoga dipermudahkan urusan kitorang untuk mendirikan rumahtangga akan datang..

17 September 2012

1st time naik coach komuter yang baru

Unknown | 16:37 |

Yeehaaa!
Haha.. tajuk tak eksaited plak kan, muahahaha..
serius, agak teruja, maklumlah kan, dah lama tak naik komuter sejak habis zaman kat kampus.. lagi plak sekarang dah balik Johor, sah-sah bertahun la nak jumpa komuter, hua hua hua..
oleh sebab dah berkurun tak naik pengangkutan awam, tak main dah tiket-tiket ni, jadi token dah, especially LRT. aku tengok 1st time dah macam token main kasino je, huh!

ni gambar aku snap dalam coach komuter yang baru.
aku naik dari stesen kat Sg. Gadut, Negeri Sembilan, then akan stop kat KL Sentral, fuhh.. makan sejam lebih jugak neh..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Kajian Personaliti : Februari

Unknown | 15:05 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Ha, dah janji dalam entri lepas tentang bulan Januari,
kali ni bulan Februari plak, silalah baca ye.
bulan Mac menyusul pada entri akan datang, tunggu ek.. :)



:: BULAN FEBRUARI ::

  1. Berfikiran abstrak 
  2. Sukakan benda yang realiti dan abstrak 
  3. Inteligent, bijak dan genius 
  4. Berpesonaliti yg mudah berubah 
  5. Mudah menawan orang lain 
  6. Agak pendiam, pemalu dan rendah diri 
  7. Jujur dan setia pada segalanya 
  8. Keras hati untuk mencapai matlamat 
  9. Tidak suka dikongkong 
  10. Mudah memberontak apabila dikongkong 
  11. Suka kegiatan yang lasak 
  12. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya 
  13. Mudah mempamerkan marahnya 
  14. Tidak suka benda yang remeh-temeh 
  15. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya 
  16. Sangat berani dan suka memberontak 
  17. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya 
  18. Pemerhatian yang tajam 
  19. Suka hiburan dan sukan 
  20. Suka benda yang bersifat seni 
  21. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran 
  22. Berkecenderungan pada benda yang tahyul 
  23. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros 
  24. Belajar untuk mempamerkan emosi
So, point-point yang kat atas, ada dalam diri atau hampir tepat dengan korang semua?

FS :
entri ni auto-publish, cik farah dalam perjalanan sekarang ni, hihi..

Kartun tulisan jawi yang menarik

Unknown | 08:59 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Tiap kali cuti je, tido.. tiap kali tido je, cuti, haha!
ok, mengarut plak tetiba kan.

Aku terjumpa sesuatu yang best, siap gelak sesorang tu, best punya pasal katakan.
Serius, memang best! Aku rekemen korang gi search kat google, ada banyak jugak kot?
tapi aku dapat tahu, yang melukis kartun tu baru ada blog, haih, ni makin semangat tak sabar tunggu kartun dia setiap kali dia update, hehe.

antara hasil tangan beliau yang melukis, encik emit
-klik gambar untuk direct ke blog beliau-

Aku share takat ni je, siapa-siapa yang rasa best, nak baca lagi, silalah ke blog tuan punya,
kartun annur dan meow yang bertapak di AnNur & Meow, tapi tak banyak sangat.
Aku suka nak promote kartun ni sebab memang best aku cakap kat korang!


FS :
bangga ada orang buat kartun guna tulisan jawi..

15 September 2012

Kajian Personaliti : Januari

Unknown | 21:27 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Mungkin ada yang dah penah baca fasal ni, tapi ni sesaje nak share,
tapi jangan percaya 100% plak, ini sekadar kajian personaliti yang Dr. Fadzilah Kamsah buat,
so, bolehlah dibuat rujukan dan panduan.
Entri yang ni, mulai dengan bulan Januari, untuk bulan lain, harap bersabar ye, ikut turutan.



:: JANUARI ::
  1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius 
  2. Suka mendidik dan dididik 
  3. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik 
  4. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan 
  5. Suka smart, kemas dan teratur 
  6. Bersifat sensitif, berfikiran mendalam 
  7. Pandai mengambil hati org lain 
  8. Pendiam kecuali setelah dirangsang 
  9. Agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi 
  10. Mudah mendisiplinkan diri sendiri 
  11. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema 
  12. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya 
  13. Cukup sayang pada kanak-kanak 
  14. Suka duduk rumah 
  15. Setia pada segala-galanya 
  16. Perlu belajar kemahiran sosial 
  17. Sifat cemburu yang sangat tinggi

Daripada 17 tu, tak semua kena tepat kat diri aku yang lahir Januari ni.
Ermmm, boleh kata yang di'highlight'kan tu, ada yang kena dengan aku, opss..
pecah rahsia, haha!

Meh, nak elaborate sikit mana yang di'highlight' tu :
3. agak lar.. entah, bukan nak condemn orang tu, cuma kekadang nak suggest, bagi pandangan, tapi mungkin boleh sebabkan orang tersebut menembak kita semula..

5. point yang ni lebih sesuai dilabel cerewet? aku memang tak berapa berkenan tengok benda letak merata, dah reti guna, pakai, pinjam, tak reti letak balik kat tempat asal, tak reti pulang semula pada yang sepatutnya, pehtu bila akan datang nak guna, nak pakai, tak berjumpa, itu pantang sungguh laa aku, haih!

6. sensitif? mendalam? huhu, mungkin, tapi selalu hati sensitif, cepat terasa, kira termasuk jugak ke tu? kih kih..

8. cik farah ni memang pendiam, serius! kalo tak kenal, orang boleh cakap muka aku nampak sombong, garang, serius, orang takut nak dekat.. tapi once dah kenal, dah start tegur-tegur, ajak berbual, kompem tak berenti bercerita, bhahahah..

9. woi, pemalu ke si farah ni.. yela kot, kalo tak, dengan sape-sape je boleh bertegur sapa, beramah mesra, then tak la dikatakan pendiam, ye dak? :P

10. yang ni, macam tak sangat, tapi betul jugak kot? contohnya, pas bangun tido mesti terus kemas katil, tegangkan cadar, lipat selimut elok-elok, sebab dah biasa dari dulu macam tu..

14. haha, memang ye! malas nak keluar jenjalan, suka perap kat rumah.. keluar rumah just bila ada kepentingan, keperluan dan ada matlamat yang jelas, kalo tak, jangan harap la!

15. setia sangat! cik farah adalah pengguna setia hp Nokia sejak 2003 sampai 2011, bertukar angin kepada Samsung after tergoda tengok promotion kat Maxis Centre.. cik farah jugak setia dengan servis telco Maxis sejak 2002 sampai sekarang.. dan setia pada kekasih hati, no curang-curang okeh! kih kih..

16. maybe? oh, memang kot? kemahiran bersosial, berinteraksi dengan orang tu ada dah, cuma level agak rendah, tu yang disuruhnya kita ni pegi belajar lagi, hehe..

Point yang lain tu ada kot, cuma mungkin tak berapa kena dan menonjol dalam diri cik farah, hehe..
Korang plak, yang lahir Januari, ada tak ciri-ciri macam yang dalam list kat atas tu?
Check, jangan tak check.. :)


FS :
dalam proses muhasabah diri...

Asal hujung minggu je.....

Unknown | 08:37 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Ha, ada la tu yang tengah tido terbongkang atas tilam, dengan selimut selubung dari atas kepala sampai ke kaki.. tak pun selimut entah ke mana, bantal pun dah dicampak ke mana..

Yang dah bangun tu, tahniah la ye..
haippp, bangun jangan tido semula plak lepas subuh, ish ish...
sekali sekala takpe pun, hihi..

Tahu sangat dah, asal hujung minggu je, mesti pageview rendah, yela kan, memasing mana nak mengadap sangat pc atau laptop, sibuk nak tido la, nak kemas rumah la, nak basuh baju la, nak jalan-jalan keluar dating, keluar ronggeng la, nak balik kampung la, dan macam-macam lagi la, kih kih..

Anur dan Meow
- kredit : Fan Page Persatuan Bangsa Johor-

FS :
mari bersama memartabatkan tulisan jawi :)

14 September 2012

Senyum, tak perlu kata apa-apa...

Unknown | 21:29 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Tempat : home-sweet-home
Masa : petang lepas asar macam tu

Long, kalo dia nanti keje kat KL, ko pun cari keje kat sana jugak la.
Erkk? apsal plak mak?
Yela, kat sana senang nanti.. sedara-mara pun ramai kat area sana.
Ehm, nanti dah kawen senang...
*ermmmm..* (senyum sengih sesorang, haha)

Ye, ada betulnya kata mak tu,
semua dalam plan, macam-macam kot ada dalam kepala ni,
cuma belum dapat direalisasikan (<--- perghh, guna word mantop!) buat masa sekarang,
insyaAllah, satu masa nanti, ada rezeki melimpah ruah, diberi kesempatan,
ada la yang jadi kenyataan... :)

notakaki :
bila bakal mertua yang sini dah menyebut-nyebut, kita ni haa jadi penat dengarnya..

FS :
orang lain sebok iPhone, iPad, aku? pad pun dah cukup, kih kih! opssss.. :P

Apabila Rasul saw dihina.

Muhammad Akmal | 17:54 |

Assalamu’alaikum.


Bismillah.




Seperti yang ramai sedia maklum, ISLAM dihina lagi dengan sebuah fileh berjudul “INNOCENCE of MUSLIM”.

Filem yang menghina Islam dan Nabi kita semua yakni Muhammad SAW.

Ini bukanlah kali pertama penghinaan terhadap Islam di lakukan.


Apakah yang kita lakukan bila ibu kita dihina?

Apa yang kita lakukan bila pemimpin dan bendera negara bangsa kita dihina?

Tapi bila agama kita dihina?

Adakah kita masih mahu berdiam diri???


Dengan nama ALLAH, bangunlah dan gerakkan seluruh pejuang Islam untuk kembali menegakkan kembali Daulah Khilafah yang telah runtuh pada 3 Mac 1924. Dengan kembalinya Khilafah maka kita akan “MENGAJAR” mereka yang menentang ISLAM, mereka yang menghina Islam, mereka yang merogal wanita-wanita Islam. Mereka yang membunuh anak-anak kita di Palestin, Syria, Iraq dan seluruh dunia.

Bangunlah bersama saudara kita seluruh dunia. 

Bergeraklah dan muhasabahlah ummat dan pemimpin kita mengenai hukum yang perlu dilakukan kepada penghina ini.

Saatnya ISLAM memerintah dunia sudah hampir tiba. Sangat hampir...


Kalaulah wujudnya Daulah Khilafah, maka Insya Allah para penghina Rasul ini sudah tentu tamat riwayatnya, tanpa apa-apa perhitungan lagi. Di dalam kitab Nayl al-Authar terdapat bab yang berjudul, “Membunuh orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan kata-kata yang nyata.” [Lihat asy-Syaukani, Nayl al-Authar jilid VII hlm 213-215]. Di dalamnya terdapat dua hadis sebagai berikut:


1. "Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menghalalkan darahnya." (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud).


2. "(Abdullah bin Abbas berkata) bahawa ada seorang lelaki buta yang isterinya selalu mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Lelaki itu berusaha memperingatkan dan melarang isterinya agar tidak melakukan hal itu. Namun ia tetap melakukannya. Pada suatu malam isterinya mulai mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh kerana tidak tahan dengan isterinya, lelaki itu menikam isterinya sehingga mati. Keesokan harinya turunlah wahyu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan kejadian itu. Lalu Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam mengumpulkan kaum Muslimin seraya bersabda: “Dengan menyebut asma Allah, aku berharap orang yang melakukannya, yang tindakannya itu haq (benar), berdiri”. Kemudian (aku melihat) lelaki buta itu berdiri dan berjalan meraba-raba hingga tiba di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam lalu ia duduk dan berkata , “Wahai Rasulullah, akulah suami yang melakukannya. Ku lakukannya kerana dia selalu mencela dan menjelek-jelekkan dirimu. Aku telah berusaha melarang dan selalu mengingatkannya, namun ia tetap melakukannya. Dari wanita itu aku dikurniakan dua orang anak (yang cantik) bagai mutiara. Isteriku amat sayang kepadaku. Akan tetapi semalam dia kembali mencela dan menjelek-jelek dirimu. Sebab itu aku membunuhnya“. Mendengar penjelasan ini, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Saksikanlah bahawa darah wanita itu halal” [HR Abu Dawud dan an-Nasa’i].


Nas-nas hadis tersebut menegaskan bahawa darah orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah halal. Dengan kata lain hukuman ke atas orang-orang yang mencela, merendahkan, memperolok-olok dan menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah hukuman mati. Hukuman tersebut diucapkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam secara langsung dan bukannya pendapat (ijtihad) para fuqaha mahupun ulama. Dengan kata lain hukumannya adalah pasti (qath’i) dan tidak berubah.


Inilah salah satu kebebasan yang diperjuangkan oleh Demokrasi iaitu kebebasan bersuara. Adakah ianya selari dengan Islam?

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya bahawa amalan yang manakah dengannya ramai manusia akan memasuki syurga? Sabda Baginda SAW: Takwa (takutkan Allah SWT) dan akhlak yang mulia. Dan Baginda SAW ditanya: Amalan apakah yang dengannya ramai manusia akan ke neraka? Lidah dan kemaluan (yang disalah guna). (HR Tirmizi)


Aksi Protest di Indonesia.



Aksi protest di Egypt.


p/s : penulisan diambil dari orang lain dan Akmal Adin hanya meng-edit.


Stress, tekanan, aarghhhh!

Unknown | 13:47 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Boleh tak kalo aku nak jerit-jerit?
kalo dapat tepi pantai ni, memang lama dah aku jerit-jerit, biar lega ...

Aku je ke yang ada problem macam ni?
atau orang lain pun?
stress weh!

tak boleh nak direct ke nuffnang, haih...

tengah blogwalking, bila reload page, nak klik profile blogger, keluar ni, aiyooo~

ni, nak tengok blog sendiri pun masalah, arghh!!

fesbuk pun kekadang jadi macam ni, apa kes ntah! grrr...

Bila klik kat "Why am I seeing this page" yang bawah tu, keluar la kat help page dia.



Laptop aku masalah ke? rasa macam ok je bukak website lain,
nak kata disconnect dari internet, tak jugak, sebab still boleh direct ke webpage lain,
aaaaaaaaa, tensen, tensen seh ....... (._.')

notakaki :
screenshot tu malas nak edit-edit, save terus upload, haha

FS :
minggu depan mungkin akan ke KL atas urusan, bukan berpoya-poya okeh

13 September 2012

Mentang-mentang kau besar!

Unknown | 14:48 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Beng.....
ouh, boleh la disambung dengan -ang atau -kek.
kau ingat kau besar, kau sorang je nak lalu?
mentang-mentang aku kecik, kau buat tak nampak je?
eh, sabar jela aku!


Kita yang guna jalan raya ni, janganlah nak berlagak sangat.....
sekalipun kau drive kereta besar, kau kena ingat, bukan kau sorang je yang guna jalan raya,
motosikal ada, basikal ada, dan kereta-kereta yang tak berapa besar macam kereta kau.
dah la tu main redah je, takde signal apa pun, macam dah kau tu kebal dan berkuasa sangat, huh!

FS :
horror, bila tetiba dipintas oleh kenderaan besar, terutama bila kita tunggang motosikal

Bila due date lesen memandu sama dengan tarikh lahir..

Unknown | 08:32 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Tarikh tamat lesen memandu kompeten (CDL) sama dengan tarikh lahir korang?
berapa ramai yang dah tahu pasal ni?
atau aku yang lambat share? huhu.


Dah dekat setahun jugak kot, JPJ kuatkuasa sistem ni,
November 2011 kalo tak salah aku, (boleh refer portal JPJ untuk kesahihan)
dan cara bayaran pun berbeza sikit untuk sistem ni.
meh, aku explain sikit, kalo tak paham, boleh refer pada portal JPJ yang tadi.

Contoh 1 -
tarikh lahir : 12/01 (amik contoh tarikh lahir sendiri, haha)
tempoh lesen memandu (B2, D) : 01/08/2012 ~ 30/07/2013 (12 bulan)
tempoh lanjutan dari 01/08/2013 ~ 12/01/2014 : 5 bulan 11 hari (< 6 bulan)

bayaran : RM 30 untuk 12 bulan + (free) untuk lanjutan = RM 30 je
>>> kerajaan menanggung kos untuk baki lanjutan kalo kurang dari 6 bulan.

tapi!
ada tapinya...
kalo baki lanjutan (lebih 6 bulan tapi kurang 12 bulan) kena +  kos ekstra = RM 15.

Contoh 2 -
tarikh lahir : 12/01
tempoh lesen memandu : 01/04/2012 ~ 31/03/2013 (12 bulan)
tempoh lanjutan dari 01/04/2013 ~ 12/01/2014 : 9 bulan 11 hari (> 6 bulan, < 12 bulan)

bayaran : RM 30 untuk 12 bulan + RM 15 untuk lanjutan = RM 45

oh, bayaran ni untuk sekali je, selagi due date lesen korang belum jejak tarikh lahir korang,
kalo dah jejak, pengiraan dan bayaran sama jela macam biasa,
contoh macam aku nak renew dari 12/01/2014 ~ 12/01/2015 (12 bulan) = RM 30.

nak lagi detail? atau ada kesilapan info kat entri aku ni,
sila refer portal JPJ, atau call JPJ atau melawat sendiri JPJ terdekat di tempat korang. :)

FS :
yang lahir 29/02 untung la, 4 tahun sekali renew lesen.. :D

12 September 2012

Wordless Wednesday : 11

Unknown | 09:14 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...




#1 PET(E) :
Polyethylene terephthalate - Polyester fibers, soft drink bottles

#2 PEHD or HDPE :
High-density polyethylene - Plastic bottles, plastic bags, trash cans, imitation wood

#3 PVC :
Polyvinyl chloride - Window frames, bottles for chemicals, flooring

#4 PELD or LDPE :
Low-density polyethylene - Plastic bags, buckets, soap dispenser bottles, plastic tubes

#5 PP :
Polypropylene - Bumpers, car interior trim, industrial fibers

#6 PS :
Polystyrene - Toys, flower pots, video cassettes, ashtrays, trunks

#7 O(ther) : All other plastics


sumber : Google (klik untuk tumbesaran)

Tingkatkan kesedaran mengenai barang dan perkakas yang tertera dengan simbol di atas.

11 September 2012

Tips : Screenshot untuk Samsung Galaxy

Unknown | 14:18 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Aku ni tak la reti sangat pasal gajet-gajet bagai,
tapi tahu la sikit-sikit, ni yang nak share dengan korang.

Ada yang penah tanya,
"eh, boleh ye screenshot kat hp? macam mana ek?"
haaaa, tak susah pun,
tapi ni tips untuk most of Samsung Galaxy smartfon okeh,
sila try and error kat hp memasing..

sumber : Google
Hold butang HOME beberapa saat ( tapi sebelum keluar window TASK MANAGER ),
dan tekan butang POWER sehingga hp korang keluarkan isyarat atau bunyi macam kamera yang snap gambar.
dan, tada.... kat bawah ni, hasil screenshot dari Galaxy Gio aku.



Ha, ni plak screenshot aplikasi WeChat,
grup dengan blogger-bloger seantero semalaysia la sangat,
kih kih.
antara blogger yang ter'join' dalam WeChat, lalalaaaa~

Nak ber-chit-chat? free je, boleh la download aplikasi WeChat kat link ini : WeChat.
sesuai untuk Android, Windows Phone dan Symbian.
cuba, jangan tak cuba!
ehe, sempat promote WeChat la plak, ngeh ngeh..

sila scan QR code ni untuk add jadi kawan kat aplikasi WeChat :)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.