CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 September 2012

Apabila Rasul saw dihina.

Muhammad Akmal | 17:54 |

Assalamu’alaikum.


Bismillah.




Seperti yang ramai sedia maklum, ISLAM dihina lagi dengan sebuah fileh berjudul “INNOCENCE of MUSLIM”.

Filem yang menghina Islam dan Nabi kita semua yakni Muhammad SAW.

Ini bukanlah kali pertama penghinaan terhadap Islam di lakukan.


Apakah yang kita lakukan bila ibu kita dihina?

Apa yang kita lakukan bila pemimpin dan bendera negara bangsa kita dihina?

Tapi bila agama kita dihina?

Adakah kita masih mahu berdiam diri???


Dengan nama ALLAH, bangunlah dan gerakkan seluruh pejuang Islam untuk kembali menegakkan kembali Daulah Khilafah yang telah runtuh pada 3 Mac 1924. Dengan kembalinya Khilafah maka kita akan “MENGAJAR” mereka yang menentang ISLAM, mereka yang menghina Islam, mereka yang merogal wanita-wanita Islam. Mereka yang membunuh anak-anak kita di Palestin, Syria, Iraq dan seluruh dunia.

Bangunlah bersama saudara kita seluruh dunia. 

Bergeraklah dan muhasabahlah ummat dan pemimpin kita mengenai hukum yang perlu dilakukan kepada penghina ini.

Saatnya ISLAM memerintah dunia sudah hampir tiba. Sangat hampir...


Kalaulah wujudnya Daulah Khilafah, maka Insya Allah para penghina Rasul ini sudah tentu tamat riwayatnya, tanpa apa-apa perhitungan lagi. Di dalam kitab Nayl al-Authar terdapat bab yang berjudul, “Membunuh orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan kata-kata yang nyata.” [Lihat asy-Syaukani, Nayl al-Authar jilid VII hlm 213-215]. Di dalamnya terdapat dua hadis sebagai berikut:


1. "Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menghalalkan darahnya." (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud).


2. "(Abdullah bin Abbas berkata) bahawa ada seorang lelaki buta yang isterinya selalu mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Lelaki itu berusaha memperingatkan dan melarang isterinya agar tidak melakukan hal itu. Namun ia tetap melakukannya. Pada suatu malam isterinya mulai mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh kerana tidak tahan dengan isterinya, lelaki itu menikam isterinya sehingga mati. Keesokan harinya turunlah wahyu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan kejadian itu. Lalu Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam mengumpulkan kaum Muslimin seraya bersabda: “Dengan menyebut asma Allah, aku berharap orang yang melakukannya, yang tindakannya itu haq (benar), berdiri”. Kemudian (aku melihat) lelaki buta itu berdiri dan berjalan meraba-raba hingga tiba di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam lalu ia duduk dan berkata , “Wahai Rasulullah, akulah suami yang melakukannya. Ku lakukannya kerana dia selalu mencela dan menjelek-jelekkan dirimu. Aku telah berusaha melarang dan selalu mengingatkannya, namun ia tetap melakukannya. Dari wanita itu aku dikurniakan dua orang anak (yang cantik) bagai mutiara. Isteriku amat sayang kepadaku. Akan tetapi semalam dia kembali mencela dan menjelek-jelek dirimu. Sebab itu aku membunuhnya“. Mendengar penjelasan ini, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Saksikanlah bahawa darah wanita itu halal” [HR Abu Dawud dan an-Nasa’i].


Nas-nas hadis tersebut menegaskan bahawa darah orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah halal. Dengan kata lain hukuman ke atas orang-orang yang mencela, merendahkan, memperolok-olok dan menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah hukuman mati. Hukuman tersebut diucapkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam secara langsung dan bukannya pendapat (ijtihad) para fuqaha mahupun ulama. Dengan kata lain hukumannya adalah pasti (qath’i) dan tidak berubah.


Inilah salah satu kebebasan yang diperjuangkan oleh Demokrasi iaitu kebebasan bersuara. Adakah ianya selari dengan Islam?

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya bahawa amalan yang manakah dengannya ramai manusia akan memasuki syurga? Sabda Baginda SAW: Takwa (takutkan Allah SWT) dan akhlak yang mulia. Dan Baginda SAW ditanya: Amalan apakah yang dengannya ramai manusia akan ke neraka? Lidah dan kemaluan (yang disalah guna). (HR Tirmizi)


Aksi Protest di Indonesia.



Aksi protest di Egypt.


p/s : penulisan diambil dari orang lain dan Akmal Adin hanya meng-edit.


0 kata-kata indah:

Post a Comment

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.