CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

16 December 2010

Sementara waktu ...

Unknown | 15:30 |
Untuk pengetahuan semua,
blog ini akan berhenti update untuk sementara waktu,
sehingga diberitahu kelak.
Mohon maaf atas segala kesulitan.


Entri ini akan dipost sehingga jam 00:00 waktu tempatan.
Sekian, terima kasih.

13 December 2010

Cuti-cuti

Unknown | 19:32 |
Wewww ...
lama betul tak update blog masam-manis ni,
dah lama jugak tak blogwalking,
hu hu hu ...

Punya kesempatan ni,
layan foto-foto jelaa ek?

i-City Shah Alam

macam-macam jenis hiasan berlampu

yang camni pun ada

macam blur aje? :p

dengan pingu

diri sendiri ada jugak, har har ..

ada lagi

@ Lumut, navy basement

TLDM pun ada heli diorang sendiri

pandangan dari hadapan

with my cousin n her hubby

...

merasa gak diorang ni 'naik' heli, heheh ..

* sepupu (tudung pink) + her hubby (uniform TLDM)

aYaz :
- nak upload foto sikit punya laju
- cuti-cuti di Puncak Alam dan berjalan ke i-City bersama keluarga, sepupu dan nenek
- cuti-cuti di Lumut dan dibawa melawat basement TLDM oleh sepupu dan hubby dia

23 November 2010

Sorry, sorry and sorry ...

Unknown | 12:56 |
First of all,
aku nak mohon maaf banyak-banyak,
pada reader, pada follower masam-manis,
sebab dah lama aku tak update blog,
dah lama tak blogwalking,
dah lama tak membalas kunjungan kalian.

Untuk pengetahuan,
gara-gara broadband yang dah berjasa selama ni,
tetiba plak buat masalah,
apa ke halnya pun tak tahu lah.
Masa anginnya elok, elok lah,
kalo masa angin taufan datang,
huh .. rusak plan ..

Macam mana celcom broadband yang aku guna sekarang ni,
boleh detect HSDPA kat area rumah aku,
sedangkan pakej yang aku guna setakat 3G?
bila 3G bertukar kepada HSDPA,
memang seharusnya speed lagi baik, (yeke??)
tapi oleh sebab aku apply pakej yang menghadkan penggunaannya,
automatiknya speed menjadi lebih lembab dari 3G.

Hah, nak bukak website pun jadi problem,
paling-paling pun dapat check email,
dapat facebook kejap-kejap,
nak bukak blog,
sikit punya susah, aishhhh ...

Terima kasih,
pada reader dan follower,
mana yang sudi jengah masam-manis ni walaupun lama tak update.



aYaz :
- bakal update dan blogwalking dalam masa terdekat
- bakal ke interview di Putrajaya awal bulan Disember ni

12 November 2010

sebelas2kali-2010

Unknown | 13:37 |
Haha ..
apa laa aYaz ni,
tajuk entri macam pening,
sila abaikan kalau korang pening nak baca.

Dua peristiwa penting berlaku,
sebelas2kali-2010 (11112010),
ushar yuk ..


[ 1 ]


Selamat ulangtahun kelahiran buat bonda tersayang.
Nak bagi hadiah yang grand-grand, tak mampu.
Hanya mampu mendoakan kesejahteraan beliau,
semoga beliau dipanjangkan usia,
dimurahkan rezeki,
serta selamat dunia akhirat.


[ 2 ]

Keputusan UPSR 2010 dah keluar semalam,
aku mendapat perkhabaran bahawa,
adikku, Alang telah mendapat keputusan yang memuaskan,
beliau berjaya mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ini.
Aku dan keluarga turut berbangga dengan kejayannya.
Inilah hadiah terbaik dan teristimewa untuk bonda ku,
sempena ulangtahun kelahiran beliau.
 Semoga berjaya Alang.
(walaupun dia tak baca entri ni ..)




aYaz :
broadband dah macam elok sikit, lepas ni akan blogwalking seperti biasa ..

10 November 2010

Belajar equation

Unknown | 10:45 |
Hari ni kita belajar equation atau persamaan,
ingat lagi ke?
har har har ...

Equation yang nampak macam senang,
padahal susah,
nampak rumit tapi mudah je pun sebenarnya,
tak ke pening macam tu?


1. Broadband aku ada masalah apa entah, tetiba jadi HSDPA,
padahal kat rumah ni paling laju 3G celcom je pun.
Apabila 3G bertukar kepada HSDPA, ia bukanlah kesenangan pada aku,
malahan menyusahkan sebab kelajuan berkurang bagi pakej yang aku guna ni.
Permasalahan ini = tiada mood.

2. Oleh sebab masalah kedua ni bersangkut paut,
serta-merta menjadikan aku tidak bersedia untuk meng'update' masam-manis,
idea pun entah hilang kat mana, kena cari semula.
Permasalahan ini = tiada idea.


Lihat equation :
tiada [ mood + idea ] = ( sunyi )^2
tiada mood + tiada idea ----- diringkaskan menjadi :
tiada [ mood + idea ]

equation belum sempurna, jadi perlu disempurnakan

tiada [ mood + idea ] = ( sunyi )^2

di mana sunyi itu adalah masam-manis yang sepi,
dan juga owner masam-manis yang tak dapat menjalankan rutin blogging,
ataupun blogwalking seperti biasanya.


p/s :
equation merapu ..


aYaz :
i)   ni pun dah bertuah dapat taip dan post entri yang korang baca sekarang ni ..
ii)  pada yang singgah masam-manis, terima kasih, belum sempat membalas kunjungan korang ..
iii) yang follow plak, terima kasih jugak, akan dijengah blog korang ..

09 November 2010

Info Sihat : Timun

Unknown | 13:08 |
Timun?
tak kenal ke timun?
ke nak sebut 'cucumber'?
mana-mana lah, asalkan timun ..


sumber dari pakcik google


Nama saintifik : Cucumis sativus [order sama dengan labu]
(nama saintifik sentiasa Italic atau jika tulisan tangan, perlu digariskan kat bawahnya)

Kandungan nutrisi dalam timun seperti karbohidrat, gula, serat / fiber, lemak, protein,
vitamin (B1, B2, B3, B5, B6, B9), vitamin C, Ca, Fe, Mg, P, K dan Zn.

Timun ni banyak kandungan yang menyejukkan,
banyak manfaat lagi-lagi cuaca panas macam kat Malaysia ni.

Kegunaan :

- timun disapu pada wajah untuk mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit
( sapu, best .. sejuk dan nyaman je .. )

- bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat dalam timun menjadikan timun baik untuk kulit
( betul, kulit pun lembut je .. )

- timun fresh baik untuk kelegaan pada ulser, gastritis, dan pedih ulu hati
( siapa ada masalah di atas, cuba makan timun, oke? )

- hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata
( tak percaya, try lah sendiri .. )

- timun dimakan setiap hari membantu mengawal ekzema, atritis dan gout

- bermanfaat kepada mereka yang bermasalah pada paru-patu, perut dan dada

- Potasium berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah
( tekanan darah tak naik, makanlah timun .. )

- erepsin dalam timun membantu menghadamkan protein
( siapa belajar biologi, tahu lah apa benda alah erepsin tuh .. )

- jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut especially jika ditambah dengan jus lobak merah, kobis dan bayam
( sesuai untuk orang yang rambut tak lebat, tak mau tumbuh .. )

- kaya dengan garam mineral, timun membantu menghalang masalah kuku

08 November 2010

Sepatah dua kata

Unknown | 12:40 |
Pertama-tama,
berbanyak terima kasih pada korang yang sudi singgah masam-manis,
dan sudi follow masam-manis yang tak seberapa ni.

Keduanya,
aku nak mohon maaf sebab tak sempat nak blogwalking,
lagi-lagi sejak 2-3 hari kebelakangan ni,
broadband aku tengah datang angin tak sihat,
nak buek camno eh?

Yang ketiga,
aku rasa pelik sebab ada blogger yang cakap aku 'ban' IP address,
terutama yang guna teknik blogwalking melalui shoutbox,
dan tak boleh blogwalking macam biasa,
aku tak tahu macam mana boleh terjadi hal camtu,
sebab aku sendiri ada kes di'banned' oleh blogger,
masa tu nak jerit-jerit kat shoutbox,
tapi IP address aku di'banned',
jadinya, aku tak paham apa sebenarnya masalah tersebut,
untuk itu aku mohon maaf,
walaupun aku tak tahu apa puncanya.
Kalo masalah tu dah selesai, bersyukur sangat-sangat ...

07 November 2010

Suai kenal blogger .. anda berminat?

Unknown | 12:04 |


Amacam?
nak join sesi suai kenal?
silakanlah ..

Dianjurkan (dah macam pertandingan la plak ..) oleh seorang blogger terkenal,
yang aku rasa beliau dah sangat dikenali umum.
Tadaa ... !
inilah beliau, Ben Ashaari ..


- klik imej di atas untuk join sesi suai kenal -

Aku tak tahu macam mana boleh start follow blog beliau,
sebab tetiba je dah follow,
hehehe ..

adeh,
tak tahu nak merepek menaip apa dalam entri ni,
emm .. oke lah ..
selamat datang melawat masam-manis pada siapa-siapa yang datang menjengah,
masam-manis ni baru je lepas sambut ulangtahun, ehh .. ulangbulan ke-6,
seperti kata kak diana, dah boleh meniarap, hehe .. (macam baby la plak kan)





aYaz :
teringat kisah bersama blogger terkenal, ehe ..

06 November 2010

6, 6 dan 6?

Unknown | 12:53 |

Kenapa 6th?
ada ceritera di sebaliknya.


[ 1 ]
6hb November 2010,
tak ada apa yang special,
cuma tarikh hari ini.


[ 2 ]
masam-manis berusia genap 6 bulan,
dikira hari ni adalah ulangtahun ulangbulan ke-6 kewujudan masam-manis.


[ 3 ]
hari ni juga hari last,
last aku berblogging bekerja.




aYaz :
selamat berhujung minggu ..

05 November 2010

Bersama blogger terkenal

Unknown | 12:31 |
Aku bersama beberapa orang schoolmate,
planning untuk ke Melaka dari Kuala Lumpur,
naik komuter, eh, jap ..
ada ke komuter dari Kuala Lumpur ke Melaka?
oke, sila abaikan ...
kita orang ni berenam,
semua geng gurlz, tak ada lelaki,
baru best nak ho-ha-ho-ha ngan kami-kami aje,
har har har ...
beramai-ramai laa kami duk tunggu kat stesen tu,
kawan-kawan aku duk berkumpul,
memang kecoh ar, bercerita entah apa-apa tak tahulah kan,
aku plak duk jauh sikit dari mereka, malas nak kecoh-kecoh jugak,
sekali kat satu sudut tu,
aku terpandang seseorang yang macam aku pernah tengok mukanya,
erkk ...


Lagi 2 hari ..

Unknown | 09:25 |
Entri ringkas je kot?

Macam apa je tunggu lagi 2 hari ni,
pastu tak tahulah apa akan jadi,
huaarrggghhh ...



p/s :
bersara ..

Irama malam jumaat ..

Unknown | 00:23 |
Serius,
malam jumaat ni sangat berirama,
tapi bukan macam dalam lagu p.ramlee tu, oke?
pabila irama lagu yang pelbagai kedengaran,
tiba-tiba suasana menjadi amat sejuk,
jarang sesejuk begini,
aahhhh .. abaikan!
tak ada apa-apa jadi malam ini,
esok suasana akan kembali hangat,
mudah-mudahan ..





p/s :
bakal hujan ..

04 November 2010

Kucing oo kucing..

Unknown | 19:45 |


p/s :
erkk..sape la yg cerdik buat dialog kucen 2 ekor neh..?
(tapi macam real gak, wakakaka..)

Kos perubatan swasta terlalu tinggi

Unknown | 12:54 |
Fine,
tajuk entri ni agak skemadot,
aku taip entri ni sambil mendengar, melihat dan men'digest' isu yang dikupas di WHI.

Hospital Pantai Cheras

Tetamu jemputan iaitu seorang lelaki dan seorang wanita,
lelaki itu bekas pesakit yang dapat rawatan di hospital swasta,
manakala wanita itu seorang berjawatan di FOMCA.

Berdasarkan pengalaman bekas pesakit tersebut,
sesiapa yang nak dapatkan rawatan kat hospital swasta,
perlu ada bukti bahawa dia itu ada insurans,
bagi menunjukkan yang dia berkemampuan untuk dapatkan rawatan di hospital swasta,
siapa yang tak ada bukti tu, hospital swasta tak berapa nak layan, kot?
minta maaflah ye, sila ke hospital kerajaan ..

Hospital Serdang

Juga dikatakan kos menggunakan ambulans hospital swasta mencecah riban-riban,
oppss ..! awat mahal noo?
memang siapa tak mampu, susah nak dapat rawatan di hospital swasta.

Ikutkan,
banyak lagi point-point yang diorang bincangkan,
malangnya, aku tak sempat nak luah kat sini walaupun sempat menghadamnya sikit,
sebab sambil melihat, mendengar, menghadam, aku juga bermain travian,
mau tak terluah plak kan?
har har har ..

Pernah dengar cerita dari sedara-mara,
untuk ibu-ibu yang bersalin kat klinik atau hospital swasta,
kos semalaman je dah cecah 2k ..!
OMG .. WTH ..?
kalau kena yang 3-4 hari dan malam, camno la eh?

Apa plak kata korang pasal ni?

03 November 2010

Kau, kenapa begini?

Unknown | 22:47 |
H, kau kenapa?
Aku? oke je, kenapa?
Tak, aku tengok kau agak tak ceria hari ni.
Aku tak ceria? kau biar benar?
A'ah .. kau ada masalah?
Entah, aku tak ada apa-apa masalah. kenapa kau rasa begitu?
Mungkin sebab aku selalu dengan kau.
Hehe, kau ni, ada-ada jelah.
Aku akan bersama kau, aku sahabat kau.
Terima kasih, S.





Dalam kehidupan sehari-hari,
kita punyai insan yang digelar kawan, teman dan sahabat,
ada yang hanya berkawan untuk kepentingan diri sendiri,
ada juga yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri;
ada yang mendekat hanya ketika suka canda gembira kaya senang,
ada juga sentiasa bersama tidak kira apa jua saat yang mendatang;
ada yang ditakdirkan hanya untuk sebagai kawan, teman, sahabat,
ada juga ditakdirkan untuk menjadi teman hidup sebumbung hingga ke akhir hayat;
meminjamkan telinganya untuk menjadi pendengar setia,
menumpangkan bahunya di kala air mata mula menuruni pipi dan membasahinya,
memberikan kata-kata semangat dan nasihat saat diperlukan,
menghulurkan bantuan di waktu membutuhkan pertolongan ..



terima kasih diucapkan kepada semua kawan, rakan taulan, teman dan sahabat ... [ farah ]

GiveAway Domain From MelRomeo.Com

Unknown | 11:28 | |

Fistly,
terima kasih pada kak diana sebab tag masam-manis untuk join giveaway ni.

Keduanya,
takkanlah nak join giveaway ni camtu aje kan?
nak briefing sikit berkaitan giveaway dan owner yang buat giveaway ni,
hee ..

Owner adalah seorang lelaki digelar Melz,
dan mempunyai blog diberi nama MelRomeo,
beliau ini sangat minat dalam lapangan coding dan blogging,
giveaway ini dibuat oleh beliau sempena dapat durian runtuh dari en. Nuff.

Yuk, sama-sama kita lihat bawah ni.


GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM
Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS
MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG
GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM

Due date contest ni adalah 30 November 2010
(tertakluk kepada perubahan oleh owner)
[siapa yang ditag tu, rajin-rajinkan diri korang ek, harus dan afdal jika join]

02 November 2010

Roti pun berjiwa patriotik?

Unknown | 21:11 |
Di sekolah,

cikgu : murid-murid, siapa tahu rukunegara?
murid-murid : saya ..! (murid-murid jawab serentak)
cikgu : baik, cikgu nak tanya mamat, apa rukunegara pertama?
mamat : kepercayaan kepada Tuhan, cikgu!
cikgu : betul .. yang kedua pula, nina?
nina : kesetiaan kepada raja dan negara, betul tak cikgu?
cikgu : ya, nina .. seterusnya, choi?
choi : keluhulan pelembagaann, cikguu .. (dengan slang cina oke?)
cikgu : choi, choi, lidah cina betul kamu ni .. sridevi, yang keempat?
sridevi : kedaulatan undang-undang, itu jawapan betul kan chekgu?
cikgu : jawapan sridevi memang betul .. yang terakhir, siapa nak jawab?
nizam : saya nak jawab, cikgu! duduk sopan dan bersila, cikgu!
cikgu : huh?!? .......
kedengaran gelak tawa satu kelas selepas nizam menjawab rukunegara yang kelima itu.


Musykil lagi ..

Unknown | 11:58 |
Aku jadi musykil lagi,
lepas terpandang keyword-keyword camni.
Sebelum ni pun keyword yang keluar agak pelik, kot?


aku lim islam?
isu apa yang pencari nak cari sebenarnya?
aishh...

anuar zain?
maher zain ada laa kot?
memang ada, tapi tu lirik lagu InsyaAllah oleh Maher Zain.

01 November 2010

Gatalnya ... !!

Unknown | 20:58 |
Apakah maksud atau petanda jika tangan gatal?
bukan badan yang gatal, oke?
tetapi tangan kanan atau tangan kiri yang gatal.
Ada orang cakap,
tangan kanan gatal, nak dapat $$$$,
tangan kiri gatal, nak perabihkan duit atau nak penampar orang,
tapi tangan aku, dua-dua gatal,
camne tuh?
miahahahahaa ...

Full stop,
bukan pasal tu aku nak membebel kat sini,
yang gatal tangan tu sebab ni,
jeng jeng jeng ...
.
.
.
.
.

Dibius

Unknown | 08:14 |

Aku dibius cintaaaaa ...




Huh?
apa kejadahnya tu?
miahahaha ...

Hari ini aku terasa bosan tiba-tiba,
langsung memikirkan apa yang akan ku buat,
selepas habis tempoh edah,
(edah apaan? lo gendeng kok?)

Ya,
lagi seminggu,
tak lama dah.
Hmm .....

31 October 2010

tigasatusatukosongduaribusepuluh

Unknown | 13:17 |
:: tigasatusatukosongduaribusepuluh ::



Hari ini ulangtahun kelahiran Angah yang ke-20.
Kepada Angah,
semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah,
dan berjaya dunia akhirat.
(aku tahu, kau sentiasa mengikuti masam-manis)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Oke,
2 keyword yang atas aku tak heran.
Yang ke-3 plak, 'aku belum nikah age27'?
Ada ke entri aku berkaitan dengan keyword tersebut? musykil.

serius, aku tak ada buat entri berkenaan contoh soalan,
cuma ia berkenaan interview yang aku hadiri.

Untuk keyword 'ummi farhha' plak,
beliau adalah roomate aku di matrik.

Next, next, next ...
'novel bosan'? huh?
aku rasa tu berkenaan entri aku bercerita pasal novel 'Legenda Elfarren',
tapi novel tu tak cukup membosankan, hua hua hua ...

Anuar zain? aku? lim? dan islam?
ouhhh ... apakah itu?
rasanya tak ada yang berkaitan kot?

Yang last plak,
memang ada page khas berkaitan usuluddin.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Aku meradang sungguh pasal travian ni, gggrrrr .. !
Agak kurang ajar player yang serang tu,
sebab bertubi-tubi serang kampung aku,
sedari pagi tadi hingga tengahari ni,
padahalnya aku online sampai jam 2 pagi,
bila aku bangun siang ni, dapat laporan,
mereka serang kampung lepas aku offline,
@#%!^#&!(#&^$%!!
(bahasa kasarnya : macam celaka!)

30 October 2010

Energy Saving Mode

Unknown | 15:48 |
Selamat berhari Sabtu pada kalian,
aku juga yang bekerja pada hari Sabtu,
hua hua hua..

Oke, stop mengarut, hahaha..
Aku terbaca jeritan-jeritan di shoutbox,
masam-manis kini mempunyai 'energy saving mode',
so aku nak share laa dengan korang apa yang aku baru cuba ni.
Pada siapa-siapa yang nak try, boleh laa lihat kat site Andi Jumardi,
step-by-step ada disediakan.
(aku cuba copy paste dan taip semula kod-kod terbabit, malangnya tak berjaya, tak tahu kenapa..)
Selamat mencuba.
(^.^)




Info : Pakaian menurut Islam

Unknown | 07:08 |
Oke,
entri aku kali ni agak islamik.
Aku terbaca pasal ni kat satu majalah,
aku just nak summarize kan dan share dengan korang.

Islam menuntut penganutnya memakai pakaian yang menutup aurat,
di mana cara berpakaian tersebut menggambarkan peribadi Muslim sejati.
Islam menetapkan bahawa pakaian yang dipakai itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak dan peribadi sebagai Muslim.


kredit pada pakcik google


1) Menutup aurat
- Seperti yang kita sedia maklum, aurat lelaki ialah dari pusat hingga ke lutut,
manakala aurat perempuan pula seluruh anggota badan kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kaki.


2) Tidak menampakkan badan
- Pakaian yang jarang yang menampakkan aurat adalah tidak memenuhi syarat menutup aurat,
sebagaimana Nabi SAW telah bersabda :
2 golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia, dan 1 lagi golongan ialah wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang, dan meliuk-liukkan badan, juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium bau syurga walaupun baunya dapat dicium dari jarak yang jauh.
(HR Muslim)


3) Pakaian lelaki dan perempuan berbeza
- Kaum adam mempunyai pakaian khusus yang menonjolkan imejnya sebagai lelaki,
begitu juga bagi kaum hawa.
Nabi SAW menegaskan dalam sabdanya,
Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap wanita.
(HR Bukhari dan Muslim)

Lagi sabda Nabi SAW,
Allah melaknat lelaki yang berpakaian wanita dan wanita yang berpakaian lelaki.
(HR Abu Daud dan al-Hakim)


4) Warna yang sesuai
- Rasulullah SAW bersabda,
Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).
(HR an-Nasa'i dan al-Hakim) 

Warna-warna lembut termasuk warna putih kerana ia nampak bersih dan sangat disenangi serta menjadi pilihan Nabi SAW.



(Sumber : Asuh Nov 2010)


Semoga bertambah maklumat dan untuk penghayatan bersama.
Wallahu'alam.

29 October 2010

Kesat : Sialan..!

Unknown | 11:58 |
Korang klik la kat foto ni ek.





Aku tak tahu nak cakap apa,
tapi rasa sedih + terkilan + marah + geram,
sebab ada manusia camtu,
berani sungguh mengutuk dan mencaci Nabi Muhammad SAW.
Mudah-mudahan maruah Junjungan Besar Nabi SAW sentiasa dipelihara olehNya.


28 October 2010

Ekspress tak?

Unknown | 23:13 |
Ekspress tak??
Miahahahaha...
Tadaaaaa......!!







Oke,
sebarang komen, pendapat atau kritikan,
amat dialu-alukan.
Terima kasih.

- Tutup -

Unknown | 12:54 |

Makluman,
masam-manis akan ditutup untuk sementara waktu,
sehingga diberitahu kelak.
Terima kasih.




p/s :
akan ditutup dalam masa 24 jam


Baiki

Unknown | 07:09 |




Adeh aii..
nampaknya aku kena perbaiki semula page element blog neh,
habis berterabur daa,
blog list ntah jadi apa-apa,
haishhhhh...

Maaf semua,
akan diperbaiki pada kadar yang segera,
terutama bahagian list blog kat tepi tuh..


27 October 2010

Si Kembang

Unknown | 19:45 |


Kembang : .........
(buat tak layan, jual mahal cket, miahaha..)

Kembang : Adess, baru nak posing... gatal plak..


Kembang : Tada..! ganteng nggak?


Kembang : Tetiba rase ngantuk, emm....


Aku bercerita,
ini kisah Si Kembang,
dipelihara oleh sepupuku dan atuk,
ekornya kembang,
hal itu namanya Si Kembang.

Ikan goreng makanan Si Kembang,
sangat nakal, namun suka bermain-main,
pantang nampak tangan atau objek bergerak,
pasti di'ushar', terus diterkam,
digigit itu sudah pasti,
menggigit tidak kuat, manja cuma.

Kala malam,
penghuni rumah berehat dan melelapkan mata,
Si Kembang masih jaga,
ke sana-sini tanpa motif,
kadangkala bermain-main di pembaringan atuk,
lantas ketiduran di sisi atuk,
walaupun alas tidurnya di dalam sebuah kotak.

Subuh menjelma,
Si Kembang jaga lalu bangun,
lebih awal dari atuk,
lantas digigit-gigitnya hidung atuk,
dengan harapan si atuk cepat tersedar,
dan bangun untuk subuh.



p/s :
tak dapat BW malam ni, perlu siapkan tugasan

Periode

Unknown | 10:53 |

Korang baca apa tu?
Jangan salah paham okeh.






Oleh kerana broadband celcom aku melalui periode perubahan hormon,
maka dengan itu,
aku tak dapat berblogwalking saperti biasanya,
secara tidak langsungnya menjadikan aku tiada perasaan untuk menepek entri baru,
sekaligus memberikan aku sedikit sebanyak ide untuk entri akan datang.


26 October 2010

Info : Cupcakes

Unknown | 11:24 |


Super Mario cupcakes (google)

1) Cupcakes awalnya dicipta pada sekitar abad ke-19, ia dieja dengan dua nama iaitu 'cup cake' dan 'cupcake'.

Jungle cupcakes (google)

2) Kenapa 'cupcake'? kerana cupcake (kek cawan) itu merujuk kepada saiz kek yang boleh muat secawan teh.

Ice-cream cupcakes (google)

3) Di bahagian Eropah, dikatakan kek cawan sebagai kek pari-pari, yang mana kononnya saiz kek cawan itu sesuai untuk santapan majlis keraian pari-pari.

LEGO cupcakes (google)

4) Resepi kek cawan ditulis sebagai 1234 yakni merujuk kepada 4 adunan asas iaitu mentega, gula, telur dan tepung, di mana 4 adunan tersebut mempunyai kuantiti yang sama banyak.

Tower cupcakes (google)

5) Di AS, sejarah moden cupcakes bermula pada tahun 1996, merupakan antara hidangan istimewa Kedai Kek Magnolia di Greenwich Village, NY.

Billiard cupcakes (google)

6) Cupcakes dikenali di seluruh dunia sebagai cupcake bukan pemanis mulut baru, tetapi diilhamkan di negara barat sejak awal abad ke-19.

Cartoon cupcakes (google)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.