CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 March 2013

AKU TIDAK CANTIK

Awa'ish Bintuttam | 05:48 | | |

Assalamualaikum...rindu blog yang cantik ni... :) lama benar tak update... rindu kalian... (^_^)

Pagi-pagi camni, saya dah buka facebook...pastu saya dihidangkan dengan baaaaanyakkkk perkara...iman dan nafsu pun saling tak kalah...maka terluahlah kalimah ini...kata-kata ikhlas dari hati nurani...


Siapa cakap saya tak nak jadi cantik, saya pun ada naluri untuk menjadi cantik...setiap kali melihat iklan-iklan kecantikan yang menayangkan gambar-gambar testimoni yang amat menakjubkan, putih bak bidadari atau segala bagai... setiap kali itu jugalah saya terpesona, cemburu, terpengaruh & perasaan ingin membeli pun terbit..........

TAPI, pada masa yang sama, mata saya juga dijamu dengan gambar-gambar peperangan, kemusnahan, kehancuran, darah merah orang islam mengalir tanpa belas kasihan... hati kecil pun berkata-kata bukan masanya untuk jadi cantik...bukan masanya untuk jadi cantik...bukan masanya untuk jadi cantik...............



wahai muslimah yang dikasihi Allah...belilah ilmu, jangan beli kecantikan...janganlah bersedih kerana kita tidak cantik... ketahuilah, ilmu akan menaikkan martabatmu di sisi Allah manakala kecantikan itu hanya menaikkan martabatmu di sisi manusia...



~ muhasabah pagi ~
jam 5.30
Kuala Lumpur

13 March 2013

Wordless Wednesday : Dah bersedia ?

Unknown | 18:43 | |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Ehm, sungguh kan, apa yang dalam screenshot atas ni? *wink-wink-wink*



FS :
persediaan bukan sekadar untuk duniawi, ukhrawi juga ... :)

08 March 2013

Keadaan kurang mengizinkan ..

Unknown | 21:23 |
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Ini entri pertama untuk bulan Mac. lebih seminggu berlalu.
keadaan diri agak kurang mengizinkan saya untuk menempek entri baru.
kurang blogwalking pun ye. huhu. (T_T)



Sorotan ringkas peristiwa bermula awal tahun 2013 :
- bulan Januari meninggalkan saya dengan tambahan 1 angka kepada usia saya (26)
- dapat berita agak gembira, teruja oke? (bukan perutusan raja sehari, haha)
- bulan Februari pergi cari sebahagian barang untuk majlis

suka ini, hehe

Tak ketinggalan juga negara kita di'highlight' berita gempar dengan kehadiran penceroboh dari Sulu di Lahad Datu, Sabah.
ya, sumber berita mengatakan sejak Februari lagi,
pelbagai kejadian tak diingini berlaku sepanjang kes tersebut.
walaubagaimanapun, saya takkan mengulas lanjut tentangnya.
nak tahu lanjut, sila search di Google. terima kasih. :)
cuma didoakan agar mereka di pihak yang benar sentiasa selamat, berharap ianya berakhir segera tanpa konflik yang lebih dahsyat, dan semoga negara kita aman sejahtera, dan Sabah khususnya terselamat dan kembali aman seperti sediakala.
(maaf kalau ayat agak skema, kihkihkih)

Oleh sebab dah berapa hari tak jenguk blog, dapat disimpulkan bahawa view tertinggi untuk setakat hari ini adalah datang dari entri penggunaan Sistem Online untuk perkahwinan di Johor.
musim pengantin nak menikah gamaknya sekarang ni, ngehngehngeh ...

stat untuk bulan Februari
(kes malas nak crop, huahuahua)

FS :
tunggu masa ..... ^o^

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.