CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

28 May 2012

Sesi di KLIA

Unknown | 10:11 |
Oh, maaf ye, lewat hapdet belog,
nak kata bizi, tak lah bizi sangat pun,
cuma tak punya kesempatan,
walaupun ada benda nak tepek kat belog ni.

Actually,
minggu pertama Mei hari tu,
rombongan meminang hantar mak abah & atok ke KLIA,
untuk menunaikan umrah selama 2 minggu,
dan alhamdulillah, diorang dah selamat kembali.

Kat bawah ni, antara foto-foto yang ada,
tak banyak, ini pun amek dari koleksi album Angah,
sebab digi-cam dia yang pegang.

@KLIA - Hariz yang baru dapat kaki

Memasing duduk bersepah,
maklum, kat sini macam payah je nak dapat tempat duduk,
kesian jugak la kat pakcik-makcik yang sama-sama ikut hantar,
tapi nak buat cemane kan.

@KLIA - bergambar sebentar

Sempat jugak la amek gambar kenangan,
tapi ni gambar dari digi-cam Angah,
ada banyak kot gambar dari DSLR,
yang ada kat kazen, tak sempat nak pass pun,
nanti la, kemudian sikit masuk dalam belog.

@KLIA - ini foto kandid, tak dirancang, okeh

err... yang ni betul-betul kandid,
sape ntah yang snap, masa bila pun,
tak sedar,
tapi kompem ni adalah masa on-the-way jalan balik nak ke car-park.
(rahsianya, kawan angah yang snap foto ni)


aYaz :
syukur, semuanya berjalan lancar,
walaupun mak abah sampai rumah dengan keadaan tak berapa sihat..

18 May 2012

Hari ini yang menjelma

Unknown | 17:26 |
kuey tiaw kungfu sendirian berhad

Erkk..
*drooling*
oke, sila jangan melelehkan air liur anda,
muehehehehe...

Hasil trial masak kuey tiaw kungfu petang tadi,
(tuan belog tidak laa berkungfu semasa memasaknya, kih kih kih)
walaupun dah berhajat sejak beberapa hari lepas lagi untuk mencubanya,
tapi kurang 1 sayur la plak, yakni sawi hijau,
sebab tu kalernya nampak tak berapa ceria, kan, kan....
(T__T)

Hari ni mak abah & atok akan balik ke rumah,
lepas selesai menunaikan umrah kira-kira petang semalam waktu tempatan,
alhamdulillah....
InsyaAllah, malam ni mereka dijangka akan sampai di rumah..



aYaz :
en.chenta ada trip memancing weekend nih, adoyai....

17 May 2012

Pernah tak?

Unknown | 16:57 |
Hai, assalamualaikum..
jangan terkejut kalau permulaan entri agak skema, hihihi..
oke, sila abaikan.
dah lama tak hapdet blog, rindu nak hapdet, dan blogwalking macam sebelum ni.

Benda ni, suddenly terlanggar terlintas kat kepala otak saya,
masa kecik-kecik dulu, pernah tak korang buat macam ni...........

1. Susun batang pensel kaler ikut macam yang asal waktu memula beli.
Ada 1 hari tu, saya 'ter'tengok cara adik bongsu saya menyusun pensel kaler, itu pun lepas beliau mengasah pensel kalernya, kiut aje, hehehe... dan saya jadi teringat, yang 1 masa dulu, saya pernah buat macam tu jugak, heee....
Korang pernah?


2. Kumpul stiker dari pelbagai brand.
Ni berlaku pada zaman kanak-kanak yang lampau, kira-kira 15 tahun dulu, yang mana budak sekolah buat aktiviti kumpul stiker brand-brand bagai seperti Nike, Adidas, Alien Workshop, Pepsi, Fila, dan macam-macam lagi laa... siap buat koleksi, pastu lawan siapa kumpul paling banyak (tapi takde laa hadiah apa pun kalau menang)... ingat balik, kelakar pun ye, kih kih kih...
Korang pernah?


3. Kumpul lirik lagu inggeris atau melayu.
Yang ni, dah upgrade sikit, sebab terjadi di zaman awal pra-matang, keh keh keh.. zaman bila la tu ek? zaman lower-form (sekitar 10 tahun lampau) memang benar-benar berlaku aktiviti yang sebegini. geng-geng rajen giler kau, siap salin sebijik-sebijik lirik lagu yang best-best, macam lagu dari Westlife, BSB, Eminem, Blue, NSYNC, Destiny's Child, etc....
lagu melayu pun tak ketinggalan jugak, contohnya Spoon, Spin, A-to-Z, Ekamatra, Exists, dan banyak lagi yang tak dapat nak dibuat senarai penuh kat sini.
Korang pernah?



aYaz :
1. tak sabar menanti kepulangan mak abah atok dari umrah (18/05/2012)
2. perasaan yang serba-serbi...

10 May 2012

Keterpaksaan

Unknown | 11:30 |


Dah berapa hari ntah,

tak hapdet blog;

maklum, kebizian plak lately neh..

ni hapdet pun via android froyo je..

Tu kat atas, ada foto kucing,

kucing jalanan yang datang ofis,

untuk mencari sesuap rezeki..

(ayat tak bleh blah, mueheheh..)

Published with Blogger-droid v2.0.4

01 May 2012

Bersih lagi?

Unknown | 11:51 |
kredit kat unkle Google (bukan foto bersih 3.0)


Haih.. sekarang ni, tak putus-putus orang duk cerita pasal BERSIH je..
bersih sini sana,
pastu macam-macam la video yang tersebar, foto yang macam-macam bagai,
tak sure mana yang real, mana yang tipu...


Saya ada 'ter'baca kat 1 sumber ni,
dikatakan yang merusuh tu, bukan peserta BERSIH,
tapi polis yang 'berbayar' perkhidmatannya untuk merusuh,
dan ada juga sumber lain kata,
perusuh ni bukan kalangan peserta (bukan pembangkang/pro-kerajaan),
dibayar oleh pihak tertentu untuk meng'hangat'kan program BERSIH tu.

Ok,
saya bukan nak cerita pasal BERSIH yang tu, actually,
tapi program memBERSIHkan rumah dan laman,
maklum, baru lepas buat majlis doa selamat,
kompem dalam-luar-rumah dah macam sarang buaya tongkang pecah.

Alhamdulillah, selamat berlangsung kira-kira 2 hari lepas,
walaupun penat bertungkus lumus,
tapi tetap rasa meriah,
sebab adik-adik semua balik rumah, weeee~



aYaz :
1- bersih tak bersih, saya tak sokong mana yang tak berlaku adil dan telus
2- menunggu 06052012 dengan sabar

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.