CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 August 2012

Aidilfitri 2012 : Mersing, Johor

Unknown | 22:38 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Potret lebaran 2012 - biarkan foto berbicara, cewaahh! haha.

keluarga besar sebelah abah di hari raya pertama
*Hafiz, anak Pak Uda & abg Amer, hubby kazen Long Ekin yang takde bersama kitorang*

 
3 dara pingitan, muahahah...

FS :
tak rasa meriah sangat sebab ketiadaan Hafiz dan abg Amer,
tahun depan belum pasti lagi.

Wordless Wednesday : 9

Unknown | 07:23 |

"Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat menghindarkan kamu dari melakukan perkara keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah itu lebih utama dari yang lain-lain.."
Published with Blogger-droid v2.0.6

28 August 2012

Trend kahwin lambat di Malaysia

Unknown | 07:35 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

sumber : muka buku seorang coursemate
Makin menjadi-jadi sekarang, trend kahwin lewat, tak kira lelaki atau perempuan.
sebabnya? opkos bermacam-macam, antaranya :

1- Belum bertemu calon yang sesuai
Bukan mudah nak dapat calon yang betul-betul kena dengan 'taste' atau jiwa memasing,
ye tak? Nak yang penyayang la, yang romantik la, yang banyak duit la, yang suka budak kecik la, dan entah macam-macam la pendek ceritanya. So, bila ditanya bila nak kawen, jawapan yang mudah, belum jumpa calon yang sesuai.
Perlu diingat, semakin tinggi harapan yang kita letak pada sesuatu perkara itu, semakin sukar untuk kita mencapainya.
Sebenarnya tidak salah mengharapkan pasangan yang sesuai atau ideal, tetapi kita juga perlu tahu dan sedar siapa diri kita. Sekiranya mahu pasangan hidup yang sempurna, diri kita juga mesti menjadi orang yang sempurna. Ini kerana manusia memilih pasangan hidup yang setaraf dengannya, sesuai dengan firman Allah dalam surah an-Nur ayat 26.
Orang yang mahukan pasangan hidup yang baik, dia perlu berusaha sedaya upaya untuk menjadi seperti orang yang diimpikannya itu, supaya lebih mudah mendapatkannya. 
 Apabila Hati Rindu Menikah - PTS, 2011 

Lazimnya, perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Surah an-Nur : 26 

2- Komitmen bekerja untuk mencari duit
Bila dah ada calon teman hidup, nak kena fokus pada duit, maklum jela,
zaman serba canggih, semua nak guna duit, mana ada benda yang free,
kalo dapat murah pun, kira beruntung sangat-sangat dah,
makanya, mereka lebih fokus pada kerja untuk menyimpan duit supaya senang kemudian hari,
lagi-lagi bila sentuh topik kawen, nak kena simpan duit untuk belanja kawen plak.

3- Nilai hantaran yang tinggi
Ha, yang ni lebih kepada kaum Adam la, sebab hantaran nak diberi pada kaum Hawa.
Dah jumpa calon, masalah seterusnya tertumpu pada duit hantaran dan belanja kawen.
Ni jugak antara alasan yang digunapakai, kena plak lelaki tu yang tak berapa mampu,
secara tak langsung, menyebabkan niat nak kawen dalam masa terdekat terpaksa ditangguhkan gara-gara nilai hantaran yang tinggi.
Kahwinkanlah orang yang masih sendirian antara kamu. Sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka dan menambah keluhuran mereka.
Sesiapa yang berniat mahu mendirikan rumahtangga perlu meluruskan niatnya terlebih dahulu, supaya dipermudahkan dan mendapat pertolongan daripada Allah. Sebagaimana Hadis Nabi saw :
Tiga orang yang selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah orang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah, penulis yang selalu memberi penawar, dan orang yang bernikah bagi menjaga kehormatan dirinya.
HR at-Tabrani daripada Abu Hurairah 


Kesimpulan :
Bernikahlah sekiranya sudah mampu, dan berpuasalah bagi yang tidak mampu, supaya dapat menghindar dari perbuatan maksiat.

FS :
majlis saya nanti, InsyaAllah buat yang penting je, cuma akad nikah, dan untuk walimatul urus plak, saya dan dia akan bertemu, duduk dan makan bersama tetamu yang datang. doakan semoga dipermudah segala urusan kami :)

26 August 2012

Motif pakai baju tak cukup kain

Unknown | 11:46 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Hai! Selamat hari raya,
pasti masih ramai yang dalam mood beraya,
masih beraya dan menghadirkan diri ke 'open haus',
Silakan, tak siapa nak halang, cuma harus berpada-pada,
jangan sampai termuntah-terdemam-terbongkang plak lepas ber'open haus', ehehe.

2 minggu sebelum nak raya, shopping dengan emak kat BP Mall,
melilau jugak la nengok kiri kanan, dengan sale bagai kat kedai-kedai tepi tu,
dah kepenatan, lepak la kat satu kerusi panjang nih,
dapat baring memang best ah, kihkih.
Nak jadi ceritanya, ternampak satu awek nih, lawo dah, ayu gitu,
*nasib baik saya perempuan, ngeh ngeh*
tapi terus potong stim, bila tengok awek tu pakai kain terbelah belakang,
padahal baju kurung dia chantek sudaa, bertudung plak tu,
pfffttttt... terus hilang sweetnya.

kredit : Google

Tolonglah wahai perempuan sejati,
sila pakai pakaian yang cukup kain,
tak perlu yang terbelah sana-sini, yang nipis dan jarang,
sampai nampak isi kulit kat dalam tu.
Ni lagi laa, musim beraya, entah fesyen apa-apa dah yang dipakainya,
tengok pun macam aneh kot?
Agak-agak, motif pakai yang macam tu apa ek?


promote Twitter jap, ngeh ngeh
Opss, Twitter? siapa yang ada akaun Twitter, bolehlah follow di Twitter saya,
boleh cerita-ceriti dan share macam-macam :)

25 August 2012

Masih dalam mood beraya?

Unknown | 14:01 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Salam 7 Syawal. :)
Actually, takde benda sangat nak hapdet belog,
sekadar berbasa-basi, erk?
Nak upload foto-foto waktu raya baru-baru ni,
agaklah rajin, kan, proses edit-meng'edit' pun tak start lagi..
so, postpone la sikit masa lagi, ehehe.

ni raya ke-5, si dia datang beraya
*3 orang interframe adalah kawan angah*
Ehm, foto ni aje yang sempat edit dan upload, ngeh ngeh ngeh..
si dia datang beraya ke rumah, maklumlah, rumah kami tak jauh sangat, 30 minit je.
dah puas bersembang dengan abah dan saya, kitorang pun terus makan,
juadah simple je, mee sup dan pecal jawa.. husss, pedas terangkat seh! :D
siap memenuhkan perut, saya dengan tak malunya, mintak tolong si dia 'cuci' lappy saya,
sebabnya kita ni tak berapa nak mahir dan paham program-program kat dalam lappy tu,
kenapa boleh jadi lembab macam siput *sigh*

Ok, mesti korang masih dalam mood beraya, kan?
selamat beraya sakan, kerja kena tetap kerja, weee...

FS :
dapat tahu satu berita yang agak mengejutkan dari seseorang, phewww~

18 August 2012

Budaya Pelik Raya Orang Melayu

Muhammad Akmal | 01:38 |

Assalamu’alaikum.


Bismillah.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita peluang untuk melalui bulan Ramadhan lagi pada kali ini yang penuh berkah dan mengizinkan kita berpuasa  di dalamnya. Esok atau lusa dah nak raya jadi saya nak selit sikit budaya pelik orang Melayu dalam sambut raya ni, yang saya kira tak dilakukan kaum lain. Atau perlu saya katakana, budaya istimewa? Hee, apa pun, layan dulu.


sumber pakcik google.



1. Bersedih ketika Raya – Bila tiba hari raya jek, mesti banyak lagu sedih, cerita sedih, dan peristiwa-peristiwa sedih yang berlaku. Hihi. Sebenarnya best ke bersedih ketika raya? Raya kan hari kemenangan, so patutnya gembira la.

Ada orang kata, kena rasa sedih sebab Ramadhan dah tinggalkan kita. Betul jugak kan? Tapi kan setiap tahun Ramadhan memang 29 atau 30 hari jek. Memang takkan bertambah pun kalau kita sedih, dan sepatutnya kita dah bersedia dengan kepergiannya dan sepatutnya awal-awal lagi kita dah manfaatkannya sebaik boleh. Jadi kita takkan bersedih bila ia tinggalkan kita. Emm, at least nak sedih pun sedih lah masa last day puasa! Hee


   2. Minta maaf secara besar-besaran! – Yang ini saya tak tau la macam mana boleh muncul. Awak tau? Hehe, bila tiba raya jek pagi raya mesti minta maaf dengan family, dengan saudara-saudara terdekat, dengan kawan-kawan. Kadang-kadang dengan orang yang tak kenal pun jumpa kita minta maaf!

Sebenarnya tak salah pun. Cuma pelik sikit, dah raya baru nak minta maaf. Kadang-kadang sebelum raya tu, kita buat salah dulu. Then jawab, “nanti raya orang minta maaf la.” .


   3. Bersungguh-sungguh nak bersedekah. – Hari raya juga adalah hari orang Melayu paling banyak bersedekah. Hihi. Sedekah pada keluarga, saudara mara, pada budak-budak yang datang raya, mesti at least dapat sorang Rm1. Punya semangat nak sedekah, sanggup beratur panjang-panjang kat mesin ATM untuk tukar duit kecik!

Bagus kan orang kita? Budak-budak pun tak putus-putus datang kunjung sebab nak duit raya. Hehe. Cuma satu persoalan, sebenarnya sedekah lebih baik masa raya ke masa puasa? Hah, saya biarkan awak semua jawab sendiri lah. 


   4. Tak nak raya bila tak pakai baju baru – yang ni, mindset orang kita bukan nak kena baju jek baru, tapi kena jugak kasut baru, langsir baru, Tv baru, perabot baru, dan kereta pun nak baru! Hee, semua nak baru. Sebenarnya yang dianjurkan tu adalah untuk memperindahkan diri di pagi raya. Tak semestinya dengan pakaian baru, tapi apa pakaian pun yang terbaik yang kita miliki dan berwangi-wangian bagi lelaki. Jadinya jangan la sampai taknak raya bila takda baju baru ok!


    5. Masa raya baru nak ambil tau hal saudara-mara – Hee, yang ni agak teruk. Dan kena paling tepat pada batang hidung saya. Adik-beradik saya memang tak banyak cakap, sampai dengan saudara sendiri pun tak banyak cakap, malu-malu. Teruk kan? Harap silaturahim ni dapat diperbaiki.

Awak semua pun yang mana tak rapat dengan saudara, boleh la tahun ni mula rapat-rapatkan hubungan tu. Lagi-lagi yang keluarga kecil, sekurang-kurangnya kena kenal diorang la. So tak la awkward sangat bila terjumpa tengah jalan. Hehe. Dan mungkin saudara kita lebih serupa dengan kita. Jadi kalau nak kenal perangai kita, kenal la juga saudara kita.


   6. Budak kecik sekarang malu-malu nak beraya! – Yup, yang ni pelik bagi saya. Budak kecik sekarang kurang sosial, banyak duk ngadap game jek. Tak main-main kat padang lagi. Kalau dulu zaman saya kecik-kecik selalu beraya ramai-ramai dengan jiran. Dari satu taman perumahan ke taman perumahan lain! Hee. Semata-mata nak duit raya, kot. Tapi sebab tu jugak la jiran-jiran kenal kita.

Hmm, tapi sekarang nak bagi budak kecik beraya sendiri tu, kena fikir-fikir jugak la memandangkan kadar jenayah terhadap budak kecik semakin banyak saya rasa. Jadi apa pun keselamatan still nombor satu.



Ok, ini saja post kali ni, penat dah. Rasanya awak semua boleh tambah lagi banyak lagi. Hehe. Dan sebenarnya banyak-banyak point tu kena kat saya sendiri jugak, maklum la, saya pun orang Melayu! Hakhak. Jadi dalam kesempatan ni saya, Akmal Adin, nak ucap Selamat Hari Raya buat semua. Mohon Maaf Zahir Batin pada semua yang membaca, kalau-kalau penulisan saya tak best :p

Semoga amalan kita diterima Allah.

:]


15 August 2012

Cantik : Petua nak muka cantik

Unknown | 18:10 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Ada macam-macam petua tradisional nak cantikkan kulit muka,
antaranya guna air basuhan beras, jimat serba-serbi tau?
eh macam mana tu?

sumber : Google

1- Basuh beras dengan air paip biasa sambil berselawat atas Nabi saw.
2- Pada basuhan kedua, asingkan air basuhan beras tersebut.
3- Air basuhan tadi disapu pada muka beberapa kali atau sehingga air basuhan habis,
sambil membaca selawat ke atas Nabi saw, boleh niat untuk mencantikkan kulit muka, bagi sihat dan putih kulit tu, takde sebarang cacat cela, InsyaAllah.

Boleh cuba amalkan, setiap kali membasuh beras,
tapi make sure siapkan dulu urusan membasuh beras,
jangan sampai tak masak nasi plak, kih kih kih...
Selamat mencuba!

lihatlah muka ku yang cantik dan licin berseri, erk?
- hahaha, perasan je.. -

FS :
biarlah muka cantik seiring dengan peribadi dan akhlak yang indah..

Wordless Wednesday : Header sempena raya aidilfitri 1433H

Unknown | 10:17 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Hai, betapa kejap benor masa berlalu,
hari ni dah puasa ke-26, huuuu~
Ramadhan dah nak pergi, Syawal plak nak datang.

Ok, entri ringkas je ni,
selaku tuan punya blog ni,
dengan rendah dirinya Farah memohon ampun dan maaf,
atas apa-apa pun salah silap, kasar bahasa,
samada secara langsung atau tak langsung,
samada yang dalam entri atau di dunia nyata,
harap dapat dimaafkan.
( dan wakilkan jugak si Akmal Adin yang jadi penulis jemputan )

header sempena aidilfitri

erk, perasan betul la, dah letak nama F, F dan keluarga,
dah macam org berkeluarga betul, hahaha..
tak lah, maksudnya dari Farah, enchek mucuk Fadli dan keluarga kitorang berdua.


FS :
InsyaAllah, akan ada kat Batu Pahat lepas raya ke-4, sape nak datang raya, meh larrr..

14 August 2012

Mengimbau zaman dapat-hantar kad raya

Unknown | 13:40 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

suka, suka!

Teringat zaman kegemilangan kad raya beberapa tahun lepas,
kira-kira masa umur aku area 20-an la agaknya, muda lagi kot masa tu,
hahaha, perasan!

Syiok seh, sesi hantar kad raya, pastu kita dapat kad raya dari geng-geng,
siap balas lagi, kalo tak balas rasa macam tak seronok plak, huu~
nak-nak kad raya yang lawo-lawo, cantik, hensem, eh? ada eh kad raya hensem?
huiiii, gila-gila sayangnya kat kad raya tu, simpan elok-elok, tak kasi kotor, berkedut,
kenangan beb, kenangan.. ( sekarang entah ke mana pegi, kih kih kih )
penah dulu, siap gantung kat dinding buat perhiasan, maklum la, rumah takde dekorasi yang lawo-lawo, jadinya hiasan kad raya pun jadilah, hee...

Tahun ni, kurang bajet, tapi masih hantar kad raya kat kawan-kawan rapat,
siap hantar kad raya kat MB, kat DYMM Sultan, kat YdP Agong pun,
tapi masih belum dapat balasan, setakat ni baru dapat dari MB Johor. ( gambar yang atas tu )

InsyaAllah,
tahun depan panjang umur, ada kesempatan, ada rezeki lebih,
rancangnya nak hantar pada pembaca yang nak kad raya,
tak dapat yang special, yang simple dan unik, pun boleh, hehehe..


FS :
Ramadhan semakin pantas nak tinggalkan kita, kejap sungguh masa berlalu..

10 August 2012

Tunggu kad jemputan dari aku plak!

Unknown | 08:32 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

*Pesanan tak berbayar,
entri ini bersifat peribadi tapi tak lucah,
maka sila tekan pangkah di hujung browser kalo tak mau terus membaca.

@KLIA, masa hantar mak abah atok gi umrah
Aku nak kawen!
motif?
haha, nak kawen kena ada motif jugak ke?
malas aku nak kisahkan apa motifnya,
yang penting kawen, kawen dan kawen, yeaaaaaa!
opsss.. over-excited, tapi aku yang taip entri ni tak la sampai tergolek jatuh sebab excited tahap gaban, haha.

enchek mucuk yang suka memancing

Mood kawen semakin menggila, argghhhhh!
kadang stress atas macam-macam sebab, amek kau..
antara penyebabnya,
bila sedara-mara duk bertanya bila nak kawen, bila nak buat kenduri, bla-bla-bla...
dan bila tengok semakin banyak nama fesbuk aku ditag pada gambar kad jemputan kawen kawan-kawan yang penah aku kenal sejak umur 7 tahun sampai umur separuh abad nih..
lagi, bila perasaan cemburu tengok kawan-kawan seangkatan dah dapat baby yang kiut-miut..
ohhhh.. betapa tak stressnya aku?

aku penah la cerita pasal ni kat enchek mucuk aku,
dia pun stress jugak sebab mengalami benda yang sama macam aku,
hahahahah.. kesian dia...
tapi ubat stress dia gi memancing, tadaaaa!
see? merata jugak dia pegi ikut trip mancing,
dan antara tempat yang masuk dalam wishlist dia ialah trip ke Tasik Kenyir,
namun ada syarat, aku cakap aku mesti ikut dia pegi trip tu..
dia ketawa, sambil cakap,
"of cos, saya akan bawak awak jugak ke sana lepas kita kawen, ok?"
yeayyyy, suka, suka... :)

trip Tioman enchek mucuk, dapat giant kerapu

FS :
sori, ada plak gambar enchek mucuk, mohon tolong doakan yang terbaik untuk kitorang,
maceh korang semua, sayang korang! :)

09 August 2012

Jujur ke peniaga ni?

Unknown | 12:26 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Terlebih dulu, aku mintak maaf kalo ada antara korang digelar peniaga,
tapi bukan niat aku untuk memburukkan atau menjatuhkan sesiapa.
Ini sekadar mencelikkan mata, membuka hati dan minda.

Aku pun tak tahu, kenapa tetiba nak taip pasal nih,
mungkin sebab ada orang duk sibuk perkatakan,
dan aku sendiri nampak dengan mata kepala aku,
so, anggaplah ini sekadar perkongsian tak ilmiah dari aku.

sumber : Google

Kalo kat rumah kau, kat rumah atok-nenek kau,
mungkin kau akan cakap, jerang air atas dapur, pastu buatlah air apa pun,
kalo tak nak guna air panas, dibiar sejuk dan disimpan dalam kontena air.
Atau yang canggih dari tu, nak air panas atau sejuk,
guna alat water-cooler, water-heater atau apa-apa lagi namanya,
tekan je punat-punat yang ada, terus dapat air panas atau sejuk.

Tapi, ada kau pernah terfikir,
peniaga yang jual air kat pasar malam, kat bazar Ramadhan,
buat air dengan cara yang macam mana?
apa, kau ingat diorang main jerang air, guna water-heater-cooler macam kau?

Ye, semestinyalah takkan sama macam kau,
diorang guna air paip mentah je...
AIR PAIP MENTAH? sungguh ke ni?
ye, untuk apa aku bohong?
Ok, tapi mungkin tak semuanya guna air paip mentah.
Ye, tapi kebanyakannya buat cara macam tu, aku yang kata.
Mana larat weh, nak bancuh air limau, air tembikai, air cendol, air segala air minuman,
guna air yang dijerang? gila kau? alamat berkurun nak tunggu..

Kalo jenis macam ni, agaknya terjamin ke kesihatan pembeli?

Yang lain, aku tak nak kisahlah,
kau pandai-pandai fikir sendiri.


moral : pengguna berhak memilih, jadilah pengguna yang bijak.

FS :
1- nak selamat dan jimat, buat sendiri air.. tapi tak salah kalo sekali-sekala nak merasa air yang dibeli kat pasar malam
2- untung banyak tapi tak berkat, pun tak ada guna jugak

08 August 2012

Perempuan, sila bawa ekstra pad!

Unknown | 16:21 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

1, 2, 3...
emm.. apa ya nak taip, lupa plak dah, hahahah..
leka dengar bunyi bising si murai kat sebelah bilik ni ha,
kalo ditutup tingkap, memang tak dengar sangat,
tapi siang-siang camni, takkan nak tutup tingkap, panas laa oii!

maaf, sebenarnya mood aku tak berapa elok,
kena plak waktu period, opss.. kantoi, tak puasa, muahahahah.. jangan jeles!
( eleh, tu pun nak kecoh tak puasa? )
aku memang berterus terang, nak malu apa?
sebab aku kategori perempuan asli, so tak heran la period pun..


bercerita pasal period ni,
malam sebelum Ahad tu, lepas berbuka,
aku rasa macam nak demam, panas betul badan,
maka kepala pun automatik jadi sakit berdenyut-denyut..
pun telan sebijik Uphamol 650, terus memanjakan diri dengan santai kat dalam bilik,
sambil mengadu serba ringkas ( ringkaslah sangat kan ) pada si mucuk,
dan tergerak jugak nak cerita pasal period cycle aku yang tak berapa betul,
entah paham entah tidak bila aku kisahkan benda ni kat dia, hahah..

esoknya, pagi Ahad, aku temankan emak keluar ke bandar untuk berbelanja,
oh, bukan sekadar teman, jadi driver rasmi, okeh..
mood memang agak ceria, walaupun keadaan tak berapa sihat malam tadinya,
sebab tak kesah dapat keluar teman emak pegi belanja, heheh..
sedang seronok melayan mak membeli-belah,
"whoooshhhhh....." rasa tak enak tiba-tiba muncul..
ahhhh.. nak kena pegi toilet nih.. dalam hati la kan, oi gila hape nak cakap kuat-kuat?
dalam toilet .......................................................... tada, selesai pun..
hak hak hak, jangan duk pikir pelik-pelik tau!
rasa tak sedap tadi rupanya sebab bulan dah datang, gagagagag..
selamatnya dah berjaga-jaga sebelum keluar dari rumah,
yes! tak bocor, haaa..

oi, oi.. ni apahal jadi panjang cerita kau ni Farah?
heh? ye ek? tak sedar pun dah berjela, kih kih kih..
oke, itu je pun nak cerita, bai!


moral : selalulah bersiap sedia dan membawa pad lebih walau ke mana destinasi


FS :
1- stress barangkali, tu pasal period cycle tak betul, haih...
2- mood pun jadi tak berapa stabil sekarang, asyik nak naik hangin je, uhuhuh~
3- sila jangan baik hati untuk kira berapa hari yang aku tak puasa, bhahahah..

Wordless Wednesday : 8

Unknown | 09:56 | |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...



FS :
semakin hari Ramadhan bakal meninggalkan kita...

02 August 2012

Jumlah Bukan Penentu Kebenaran!

Muhammad Akmal | 21:32 |

Assalamu’alaikum.




Sedar tak sedar, kita seringkali menjadikan jumlah sebagai penentu kebenaran bagi kita. Jumlah yang saya maksudkan adalah dari jumlah manusia. Contohnya dalam menggubal undang-undang, dua orang bodoh boleh mengalahkan satu orang genius. Maka tak hairan kalau keluar undang-undang yang pelik.


Contoh lagi dalam hal persepsi, dalam kes Justin Bieber contohnya. Muncul saja propaganda mengatakan dia gay, terus semua orang pun kata dia gay + kutuk-kutuk kat youtube padahal dia tu bukan gay pun. Ops, tapi saya bukan nak bela dia. Sekadar membetulkan persepsi. 


Perkara yang sama juga berlaku dalam memilih makanan, dalam menilai lukisan, dalam menilai jemaah, dalam menilai program dan perkara-perkara lainnya yang terkait kehidupan kita hari-hari. Kalau dalam hal mubah/harus takpa lagi, ni dalam hal halal haram pun kita letak jumlah sebagai penentu, samaada ianya betul halal atau haram?


Bila ramai orang kata makanan tu bagus maka makanan tu bagus? Walaupun makanan tu haram? Bila ramai orang kata lukisan tu cantik maka ianya cantik? Walaupun ianya gambar conteng-conteng? Bila ramai orang kata jemaah tu betul maka jemaah tu jadi betul? Walaupun jemaah tu memperjuangkan Rasul baru? Bila ramai orang hadir satu-satu program tu makanya program tu betul? Walaupun dalam program tu program tari-menari? Bila ramai orang kata demokrasi betul maka demokrasi pun jadi betul? Walaupun Plato dan Aristotle sendiri kata demokrasi buruk? Macam tu? Cuba fikir balik betul ke cara kita menilai dengan meletakkan jumlah sebagai penentu kebenaran.


Dan sebenarnya apa yang menentukan kebenaran?


Hmm, cuba baca ni dulu.


Ingatlah, Definisi Kebenaran Bukan dari Kebanyakan Orang!

          Sesunguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik
(QS al-Maidah:49)

          Akan tetapi, kebanyakan mereka tidak mengetahuinya
(QS. al-An’am:37)

          Engkau tidak mendapati kebanyakan mereka bersyukur/ taat.
(QS. al-A’raf:17)

          Sesungguhnya (al-Qur’an) itu adalah benar-benar dari Rabb-mu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (QS. Hud:17)

          Jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkan kamu (QS. Al-An’am:116)

          Sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar-benar hendak menyesatkan orang lain dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan (QS. Al-An’am:119)

          Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui-nya (QS. Yusuf:40)

         


Pujian ALLAH SWT Terhadap yang SEDIKIT

          Kemudian kalian tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kalian (QS. Baqarah:83)

          Tatkala berperang diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa orang saja diantara mereka (QS. Al-Baqarah:246)

          (iblis berkata), “terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang engkau muliakan atas diriku ? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai Hari Kiamat, niscaya akan aku sesatkan anak keturunannya, kecuali sebahagian kecil (QS. Al-Isra:62)

          Mengapa tidak ada dari umat-umat sebelum kalian orang yang mempunyai keutamaan yang melarang (mengerjakan) kerusakan dimuka bumi, kecuali sebahagian kecil diantara orang yang telah kami selamatkan diantara mereka (QS. Hud:116)

          Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah (QS. Al-Baqarah:246)

         


Nah, masih percaya bila ramai maknanya betul? Start hari ni kena ubah landasan berfikir kita semua. Dan jawapan bagi penentu kebenaran tu ada dalam video bawah ni. Panjang sikit tapi sangat best lagi-lagi bila dapat menghayati pesanan-pesanan ni. Sayu hati bila kenangkan Rasulullah saw pesan ni untuk kita. Rindu kan? Allahumma solli ‘ala Saidina Muhammad wa ‘ala ali Saidina Muhammad.




Secara ringkasnya, Rasulullah Saw  bersabda yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu, Kitabullah(Al-Quran)  dan Sunnahku”. (Al-Hadith)


Nah, dua inilah yang menentukan kebenaran. Dengar macam senang kan? Dua benda je, sikit je? Sebenarnya dalam Al-Quran saja ada 6236 ayat, dalam kitab hadis riwayat Imam Bukhari ada 7008 hadis, Imam Muslim pula 5362 hadis, hadis Mutawatir ada 8193, dan berpuluh-puluh ribu hadis lagi yang berbeza-beza taraf. Tu semua kita kena ambil tau taw.


Dan lagi bagus kalau kita ‘upgrade’ ilmu Al-Quran dan Hadis kita dengan dapatkan kitab tafsir seperti Tafsir Ibnu Katsir, Kitab Fathul Bari - Syarah Sahih Bukhari oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani rh. dan Kitab Syarah Sahih Muslim oleh Imam An-Nawawi rh. Memang susah sikit nak belajar, tapi apa benda yang kita belajar-belajar terus senang? Matematik kita belajar, susah, Fizik Kimia Biologi susah, tapi kita menyusahkan diri kita juga untuk belajar ilmu-ilmu tu. Sedangkan, belum tentu bermanfaat pun. Tapi blaja ilmu agama mesti bermanfaat. Tak dapat praktikkan, dapat sampaikan, kan dapat pahala. Ok?


Belajar lah, supaya kita tau mana kebenaran dan sentiasa berada dalam kebenaran.


InsyaAllah. Selamat belajar.


:] 


01 August 2012

Wordless Wednesday : 7

Unknown | 08:28 | |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


- selamat menghayati dan selamat beramal -

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.