CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 September 2010

Emang dasar manusia

Unknown | 23:26 |


Huh, sialan..
What the hell?
Aahh...
Bukan nak memaki ape pun,
tapi hakikatnya aku memang sedang memaki,
tak pasal2 plak kan?

Oke,
aku mohon maaf,
kalo aku terkasar bahasa segala.
Aku perempuan,
tapi mulut aku agak 'lelaki',
sebab lelaki biasa2, yang selalu2 cakap kasar dan memaki2,
bila ada sumthin yang diorang tak puas ati,
tapi aku tahu,
ada juga lelaki2 yang tak memaki.
So pada lelaki2 yang tak memaki hamun mencarut segala,
tahniah aku ucapkan.
Anda memang soleh dan patut menjadi contoh,
serta sesuai menjadi idaman kalbu,
menjadi penenang jiwa bagi perempuan solehah.
Oh, apa yang aku mengarut ni?



Actually,
hidup aku menjadi tak berapa stabil sejak akhir2 neh,
kerana setelah aku kira2,
hampir separuh masa emas ku yang telah Pencipta anugerahi,
telah dihabiskan dengan mengadap laptop dan online,
sedang masa bekeje juga begitu,
apatah lagi bila sudah pulang ke rumah.

Maybe ni petanda untuk aku stop berblogging?
petunjuk untuk aku membuang bahan duniawi semata2,
dan kembali ke pangkal jalan?
atau kembali ke rahmatullah?
 ( ish, rahmatullah apa plak ni? )
:: wallahu'alam ::




p/s :
minda terasa penat, hati menjadi resah, diri tak keruan..

Ganti balik!

Unknown | 12:11 |

Tade kaitan ngan yang idup ataupun yang telah mati,
okeyh..
1st of all,
aku mohon maaf banyak2..
semalam aku tak sempat online untuk check korang yang sudi menjengah masam-manis,
sebab aku agak keletihan,
sampai umah dekat kul 8 malam,
hu hu hu hu....
(padahal umah ngan tempat keje ta jauh mane)
Sampai2 aje kat umah, terus lepak,
lepas dah siap sume2 ape yang patut,
aku terperap dalam bilik,
layan majalah Remaja baru.
Pastu gelak sorang2, har har har...
(sebab ade bahan yang melawakkan aku, so aku gelak ah..)

Actually,
aku jadi lambat balik sebab kat kedai ade penyangak customer dan boss,
yang sedang bersidang dan membuat MoU, huh..
Aku memang kena tunggu boss abes bersidang sebab dia tak bawak kunci kedai,
akibatnye,
aku sebagai penjaga kedai yang harus menunggu dia hingga dia selesai,
baru laa aku mengunci kedai.
(ikutkan ati, mau je aku tinggalkan boss, har har har....giler jahat!)
Full stop, merepek sude..

tempat aku bekeje



p/s :
dah kawen nanti macam ta mau bekeje..

29 September 2010

Diari Faisal

Unknown | 14:00 | |
Jam tangan Rolex di tangannya menunjukkan waktu sudah senja,
dia harus segera sampai ke rumah pada kadar yang segera,
'Huh, time aku nak cepat, ada je problem..'
Faisal menjejak kakinya  tepat jam 7.45 malam di depan apartmen yang baru diduduki enam purnama itu.
Dengan segera dia masuk ke dalam apartmennya,
dan dia berehat seketika di ruang tamu yang seakan-akan ruang kediaman keluarga Jepun.
'Ish, maghrib dah ni, solat dulu ah..'
Usai solat, Faisal menuju kembali ke ruang tamunya,
punggungnya dihenyak ke sofa,
sambil mata ke arah kaca TV,
dilihatnya berita berkaitan pembunuhan seorang usahawan terkemuka,
serta-merta dia beristighfar.....
Sebentar saja pun Faisal melihat berita,
terlelap, sedar-sedar, jam di dinding menunjukkan angka 9.30,
'Ahhh...macam awal lagi untuk tidur.. Aaa, solat isyak dulu laa..nanti baru plan..'
Dia bangun dan masuk ke bilik untuk solat, dan sesudah itu,
'Baru pukul 10, apa aku nak buat ni?'
Tangannya menggapai iPhone 4 yang baru dimiliki 2 hari lepas,
agak cekap dia menggunakan fon pintar itu.
'Ish, mana plak perginya bucuk aku ni? Tadi cakap nak mesej..
kalau aku tidur nanti, dia bising, marah aku..hmm...'
'Takpe, aku online jap la..' sambungnya lagi.
Hampir sejam berlalu,
namun iPhone barunya itu tidak kedengaran sebarang nada,
apatah lagi ingatan mesej masuk.
'Bucuk bucuk..aku mengantuk dah ni, esok-esok jela aku mesej kamu..'
Faisal off kan laptopnya, lalu mengemas perbaringannya sebelum mengambil tempat sebentar lagi.
Sesudah itu dia menghempaskan tubuhnya di atas tilam yang empuk,
lalu membaca ;

Awal-awal pagi Faisal sudah pun tersedar, dia segera membaca ;
'Syukur sebab aku masih lagi dibangunkan oleh Tuhanku dari saat kematian sementara..'


Dia bangun dari perbaringan, mencapai tuala,
dan menuju ke arah toilet dan membaca doa ;

Ketiadaan sebarang bunyi air, menandakan Faisal sudah selesai, dia membaca pula doa ini ;

Dengan tuala separas pinggang, Faisal mengadap cermin muka yang terletak di sebelah katilnya,
dan membaca doa seperti ini ;
Dalam hatinya,
'Alhamdulillah, kerna Tuhan telah kurniakan aku rupa paras sebegini,
tanpa cacat cela, dan mudah-mudahan akhlak ku diperbaikkan olehNya..'



Faisal siap berpakaian, simple sahaja namun jelas kehensemannya,
lalu dia menuju ke ruang dapur,
mencari bahan makanan yang boleh dimakan untuk sarapan pagi itu.
Dia terjumpa roti kosong dan jem blueberry di atas meja, fresh orange dalam peti sejuk,
mengambil toaster dan membakar roti kosong,
tada...sarapan sudah siap.
Duduk di kerusi, matanya terarah pada sarapan bujang,
roti bakar dengan jem dan fresh orange,
perut menyanyi-nyanyi kelaparan.
Dia memulakan dengan doa, lalu makan penuh selera.

Licin,
tiada sekeping roti bakar berbaki dalam piringnya.
Fresh orange yang belum diminum disimpan kembali dalam peti sejuk.
Faisal kemudian membaca ;


Hari ini hari Sabtu,
dia tiada plan untuk keluar ke mana-mana.
Namun begitu dia teringat untuk menjenguk adik perempuannya,
kira-kira 30 minit dari apartmennya.
Dia bersiap, memakai jam tangan Rolex hadiah tunangannya,
mengambil iPhone, wallet, dan kunci kereta Toyota Rush hadiah hari lahir dari ayahanda tercinta.
Faisal keluar dari rumah dan mengunci pintu apertmennya,
lalu membaca ;

Kakinya menuju ke area parking,
matanya pula melilau mencari Rush biru metallic kesayangannya,
'Jumpa, yess...'
Faisal menekan remote, berbunyi, bergema seketika area parking tersebut.
Dia membuka pintu lalu masuk dengan agak tidak sopan,
gaya lelaki, mungkin begitu,
tapi dia tak pernah miss untuk membaca doa ini setiap kali naik kenderaan ;

Faisal memandu Rush keluar dari daerah parking kenderaan,
lalu menuju ke rumah adik perempuannya.



*** Jadikan doa sebagai amalan harian hidup kalian. Selamat beramal. ^_^ ***

p/s :
tunangan aku memang begitu..

Benar yang pelik

Unknown | 07:17 |
Ape yang pelik? ape yang benar?
Ye, sumenye tiade yang tidak benar melaenkan yang benar2 belake.



1) Dilarang membuang sampah
Benar : Pesanan dari pihak berkuasa melarang manusia membuang sampah kat area yang telah diletakkan papan pemberitahuan.
Pelik : Masih ade manusia yang membuang sampah kat area tu.
Aku : Tak ke bangang namenye tuh?

kredit pada pokcik google (area mane tah ni, ish3..)


2) Dilarang merokok
Benar : Pihak yang bertanggungjawab telah meletakkan notis dan amaran kena pada tempatnye.
Pelik : Ade segolongan kaum yang merokok kat situ.
Aku : Hape kejadahnye? tak paham bahase atau rabun bijik mate?

trimas pd uncle google (model sambilan kot?)


3) Dilarang meletakkan kenderaan (No Parking)
Benar : Memang relevan apabile dinyatakan supaya tidak parking kenderaan kat kawasan terbabit.
Pelik : Selambe badak parking kete, moto, van, lori segala kat situ.
Aku : Ape ke ngok ngek kaum tersebut..


thanx uncle google


Actually, masih ade banyak lagi yang dilarang, belum masuk lagi yang "TERLARANG",
tapi cukup ar kot, aku bagi contoh 3 macam kat atas ni.
Ini lah realiti idup, pelik tapi benar.




p/s :
aku patuh amat pade peraturan..

28 September 2010

Khas : Terjah @ aizatshafiq.com

Unknown | 21:35 |


Actually, aku dah lame follow blog si aizat shafiq ni,
cume belum berkesempatan untuk menaip special entry untuk dia,
related to entri dia yang pasal terjah2 ni laa...
hehehehe..

Tiap kali aku punye waktu,
aku jengah blog aizat ni untuk membaca entri yang besh2,
dan tinggalkan komen2,
kadang2 juz jadi silent reader untuk beberape waktu.
Blog ni pun banyak tips2 untuk blogger, siap tutorial lagik.
mau tak besh? :)

Background blog ni sempoi aje, redup mate memandang,
maksud aku redup ni, kire nyaman je,
bile blogwalking, jengah blog ni,
tenang, nyaman, damai...
(walaupun blog aizat ni takde pic pokok2, ehe..)

Okeh, stop.
Aku ta mau merapu bukan2 pasal blog aizat ni,
kang tuan blog marah plak,
har har har..
So, korang rajen2 ar singgah kat blog aizatshafiq.com ni..
^__^






Lucah, ganas atau normal?

Unknown | 11:57 |
"Poyo giler mamat tu..menyampah aku..!"

"Eh, yang ko ni bajet sangat apehal? lantak aku ar nak wat ape pn.."

"Saiko seyh mamat depan tadi tu, dari tadi asek pandang ke sini jek.."

"Sialan..! Lu jangan nak kerek sama guwa..lu belum tahu sape guwa,"

"Mat, ko tengok gurl tu, giler mencapub..gedik pun ye..ish ish ish..."

"Jom, kite ushar minah cumel kat sane tu, cun siot..ha ha ha..."

"Ko ape kes nak marah tahap angker nih? aku plak kena tempias, sekeh kang!"

"Dok, ko ni kan sengal cipan betol la, dah tahu ade bini, ko cari laen ape kejadahnye?"

"Sadis seh, aku kena auta dek pompuan haram tu..cilake sungguh..."

"Bro, ko nak bedal kat sini ke, tapau? aku mane2 no problem..."

"Mek, ko ni lampi betol ar..orang dah abes gelak, baru ko nak gelak..ha ha ha.."




Err..aku pun tak tahu ar samade highlighted words yang digunakan sesuai ngan ayat ataupun tak,
aku belasah aje mane aku rase jadik,
sebab ade words tu aku tak sure 100% maksudnye..
miahahahaha...
Aku rase banyak lagi contoh ayat dan dialog yang korang penah dengar dan selalu gune dalam bahase percakapan seharian.
Aku jugak tak terkecuali, tapi ade yang aku tak reti nak gune..
har har har....
Sape2 yang rase ade lagi contoh laen yang tak masuk list, sila2 laa share ye..



p/s :
bahasa jiwa bangsa..

Zaman sekolah

Unknown | 07:35 |

Tetibe teringat zaman skola menengah, iaitu hampir 1 dekad yg lepas..
ermm...
biase la, dah name budak skola kan,
ade yang muke innocent je, ade yang cam pemalu tapi hakikatnye cam syial peramah,
ade gak yang tengah mengong2, tengah tak matang langsung, tak peduli hape,
especially budak lelaki, ha ha ha... sebab ape?
memang diorang tak matang, nak cakap ape kan? kan?
lagipun level kejantanan kematangan lelaki agak lewat berbanding perempuan..

Banyak kenangan zaman skola yang masih aku ingat2 kan, ehe..
antaranya sempat merase skola sesi petang mase form 1 walaupun bape bulan jek.
serius aku cakap, mase nak balik skola tu,
memasing berebut2 nak naek bas, macam kambing nak masuk kandang,
har har har..
sebabnye bas trip pertama betul2 pas budak2 abes kelas, iaitu 6.30 pm,
dan trip seterusnye ade ar dalam 40 minit kemudian,
(bas yang sama okeh? cume ade banyak trip..)
naseb ar kan, sape tak dapat naek bas trip pertama,
kompem kene tinggal dan naek laa trip seterusnye, huaaaa.....

classmate gue tahun 2002 - pic still B&W, huhuhu...


p/s :
budak2 ragbi kelas aku amat tough..

27 September 2010

21SX : Lelaki & Seks

Unknown | 16:15 |


1) Handphone 'kureng' kan level kesuburan lelaki
- lelaki yang sokmo2 bebual kat hp boleh terdedah pade risiko kanser ~ 240% (cam tipu je)
- research dari Sweeden menunjukkan bahawa kuantiti sperma yang berkualiti akan kureng karena sokmo gunekan hp

pic dari softpedia - tade kaitan ngan entri - hp ni sbg model je


2) Lelaki lebih aktif seks
- based on kajian kat negara2 membangun, lelaki telah terlibat ngan hubungan seks at least 2 kali sebelum diorang ni bernikah secara sah
- itu kat negara2 barat la, kat mesia ni aku ta tau, nanti aku wat survey, har har har.... (ade ke camtu?)


3) Ikan beri kualiti seksual pada lelaki
- seorang ahli kesihatan jepon dari Uni. Sains Shiga mengatakan bahawa lelaki yang selalu benor makan ikan ade chance untuk idup lebih lame
- kajian juga menunjukkan bahawa lelaki akan terhindar risiko heart attack ~ 30% kalo diorang makan ikan tiap 2 hari sekali
- ia juga menunjukkan bahawa lelaki yang makan ikan 2 hari sekali mengurangkan % kematian berbanding diorang yang tak makan ikan
(ape kaitan ikan ngan kualiti seksual lelaki? tah! pikir sendri..)


4) Ghairah ngan vasektomi
- vasektomi ialah ...................... pemotongan dan pengikatan pada vasa differensia kanan dan kiri
(untuk lebih detail, sila klik sini ataupun sila bertanya pade dokter pakar)
- kajian dah dijalankan ke atas > 400 lelaki kat indonesia yang mane menunjukkan kaedah vasektomi merupakan salah 1 cara terbaek dalam usaha menambahkan ghairah lelaki semasa melakukan seks
(huh? ade jugak ek camtu?)

Entri ke-100 : Celcom Broadband

Unknown | 11:27 |

Opss..
ini bukan entri untuk mempromo celcom broadband,
jangan salah paham, oke?
ni adalah entri ke-100 bagi blog masam-manis,
malangnye semasa aku menaip entri neh,
speedo broadband aku berada pada level yang tak memuaskan ati aku,
maka dengan itu tidak laa aku dapat blogwalking seperti sebelumnye,
susah amat untuk aku berbuat demikian semenjak dua menjak ni..
*****sigh*****

Sedang menaip entri syok2 khusyuk giler,
sekali nak save, tak pass, aishh...
"The device is disconnected",
hampas hampagas sungguh laa...

So sorry,
coz aku tak dapat nak blogwalking dan skodeng2 blog laen,
2-3 hari ni memang speedo broadband aku ade problemo de amor,
aku nak maen game online pun amat la payah sebab device asek DC je,
jangan nak suh aku tuka pakej or tukar telco lain plak,
.......miahahahaha.......
kalo nak tuka pun, maybe lagi 5 or 6 bulan kot?
har har har...






p/s :
plan tarikh untuk amik jubah konvo

26 September 2010

Sabtu + Ahad = penat giler

Unknown | 22:58 |

Okeyh guys,
aku ta mau merepek meraban ape2 kat entri hari nih,
(ceh, silap2 merapu tah hape2)
Tade, tade, aku ta mau merapu ape2,
aku sangat penat..
Tentatif aku sepanjang sabtu + ahad ni lebih kurang camni ar.

SABTU
aku keje dari pagi dan pulang ke rumah selepas jam 6.30,
nak balek awal pun tak boleh sebab ujan turun agak lebat,
(lebat yang baru reda, jadi laa renyai2..),
then petang tu jugak aku dapat info bahawa kami 1 famili akan kuar jenjalan,
yoshh...!!
kuar jenjalan kat BP Mall,
sori, aku takde amik gambar BP Mall tu, korang imagine je laa ek,
mall macam Mid Valley, tak pun macam Sunway Pyramid, tak pun macam Mines,
hua hua hua...
pas maghrib je terus gi BP Mall, wat ape je?
dah name jenjalan, cuci mate, window shopping ar kan..
gi Popular jap, gi Pacific jap...
dan destinasi terakhir adalah kedai handphone..
maka hasilnye adalah :

touchscreen yang sempoi

AHAD
awal pagi dah bangun dan bersiap2,
gi beraye umah sedara belah abah aku dan kenduri sepupu abah aku kat area Kluang..
memang sakan ar...
sampai kat umah selepas masuk asar kat kawasan umah aku, pehh.....
sampai umah, kemas2 ape yang patut,
dan akhirnye,
........zzzzzZZZZZZzzzzzZZZZZzzzz.........

Cukup.
saat ni aku sedang menggodeh mende alah touchscreen aku tu,
(jangan anggap ia mahal, okeh? tak mahal pun..huhuhuhu...)



p/s :
hepi besday ke-3 utk 6220c pada bulan ogos kemarin..

25 September 2010

LI | Koleksi Gambar

Unknown | 20:03 |


Aku tidak terkata,
sebahagian kenangan cuma,
yang dapat aku share bersama,
untuk tatapan reader semua.


combine harvester

area sawah

sistem pengairan pancing

muzium nanas johor

benang nanas

Apis mellifera

comb Apis mellifera

orkid

tanaman herba

packing baja NPK Green

nuseri kopi

demonstrasi shredder

cenderahati dari tempat praktikal





Argghhhhh....!!!!

Unknown | 12:10 |




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hari ni blog aku tade entri besh, sengal or wateva jenis pun untuk bacaan korang,
sebab aku tade ide nak tulis pasai pa.
Maybe sebab hari ni hari cuti pada korang2 yang keje isnin-jumaat,
dan pade korang2 yang masih study kat mane2 yang takde lecture pade hari nih,
menyebabkan aku ketandusan ide untuk post entri besh.
So entri aku untuk tengahari ni simple dan meraban..
Aku nak blogwalking hari ni puas2 sambil cari ide,
malangnye setakat tengahari neh,
kadar speedo broadband aku amat laa tak memuaskan,
so aku terpaksa wat mende laen di samping blogwalking.


Juz ade 1 ingatan ikhlas dari tuan blog,
pade korang yang singgah sini,
abang2 ensem, kakak2 chumey, adik2 manje, tuan-puan,
hadirin hadirat sekalian,
(erkk...macam dalam event plak)
aku mintak budi baik korang,
tinggalkan laa link korang kat page "Tinggalkan Jejak",
supaya mudah aku nak trace balik jejak korang.
Kadang aku tak sempat nak check kat shout box,
maybe ade yang aku ter'miss' blog korang,
rugi wooo kalo tak singgah blog korang2 yang ensem chumey lotey neh..

24 September 2010

Gajet : Nokia

Unknown | 23:13 |

Nokia X6
Ape yang aku rase best pasal Nokia X6 ni?
- skrin 3.2 inci, touchscreen 16M colors ngan sensor auto turn-off
- memori 8GB/16GB
CPU ARM 11 434 MHz processor
- HSDPA 3.6 Mbps, WLAN Wi-Fi 802.11 b/g
Symbian OS v9.4, Series 60 rel. 5
- cam 5 MP Carl Zeiss optik ngan auto-fokus


Nokia C6
Ape yang aku rase best pasal Nokia C6 ni?
- skrin 3.2 inci, TFT touchscreen 16M colors
QWERTY keyboard ngan sensor auto turn-off
CPU ARM 11 434 MHz processor
- HSDPA speed 7.2 Mbps, WLAN Wi-Fi 802.11 b/g
Symbian OS v9.4, Series 60 rel. 5
- cam 5MP, ade geo-tagging, ade face and smile detection



Nokia N8
Ape yang aku rase best pasal Nokia N8 ni?
- kat Malaysia belum ade lagi hp nih, oke?
- skrin 3.5 inci, AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
- memori 16GB, CPU 680 MHz processor
- HSDPA speed 7.2 Mbps, WLAN Wi-Fi 802.11 b/g, UPnP technology
- cam 12 MP Carl Zeiss optik, ngan auto-fokus, siap flash Xenon, geo-tagging, face and smile detection



*Reference : Softpedia

p/s :
cari buatan tempatan aje

Amaran! 21SX : Hangat

Unknown | 21:17 |
Suatu malam yang hening, dalam suasana harmoni, di sebuah rumah agam...


Suami : Sayang, cepat laa... (suara garau ala2 romantik gitu..)
Isteri : Ermm, cepat ape bang?
Suami : Sayang ni, tadi kate nak wat?
Isteri : Ala, jap la bang....
Suami : Mane abang boleh tahan camni, nanti abang tetido, cepatlah sayang....
Isteri : Abang tetido lagi bagus, hee...
Suami : Sayang ni, tak kesian ke kat abang ni?
Isteri : Ayang kesian sangat kat abang... (sambil tergelak2 gedik)
Suami : Dah tu? cepat laa yangggg... (suara menggoda)
Isteri : Oke, oke... abang janji sekali je kan? pastu kite tido eh?
Suami : Yess! Oke sayang, pas settle sume kite tido.. sayang ayang..
Isteri : Yelaa tu... (suara manja..)

Tetamu tak diundang

Unknown | 12:11 |


Saat aku menaip entri ni, aku sedang tak ade keje kat kedai.
Hari2 aku memang sorang2, so aku busan yang amat.
Keje aku adalah bukak kedai jam 10 pagi, kemas kedai,
tunggu customer dan layan diorang jika diorang ade nak order untuk renovation,
pastu aku mengadap laptop, online, blogwalking,
update status, taip entri terbaru kalo ade ide..
(walaupun kadang2 ia merapumeraban)

Lagi...kalo busan gak aku layan anime, lantak la bukan ade orang peduli pun,
kat kedai ni aku sorang je pun, har har har...
(anime yang dah layan banyak kali pun ngadap lagi..)
Pastu nanti 6.30 petang aku tutup ar kedai,
sebab aku yang pegang kunci kedai,
so hari2 keje aku bukak kedai tutup kedai...
Jap, jap..tade kaitan ngan tajuk entri aku hari ni, merepek ajo..


Tetamu tak diundang?
Sejak beberape hari ni, aku rase agak laen macam cket ah.
Dunno how to say it,
juz aku terase macam ade tetamu yang akan datang,
uhuhuhu...
Mesti ade yang cakap, 
"Alaa, perasaan semate2...jangan risau laa..."
Ouuhhh....perasaan apekah ini?



Sum1, HELP me, plzzzzzz..........!!!






p/s :
hati riang + gelisah + marah = emo yang tak stabil

23 September 2010

Posto, posto..

Unknown | 21:35 |

Yosh!
Akhirnye ape yang aku tunggu2 tibe jugak..
Tada......!!






Aku sangat menunggu surat2 dari sane, hi hi hi..
Actually, ade 2 surat aje, 1 bagitahu keputusan latihan praktikal dan status aku,
dan yang 1 lagi tu surat untuk konvo aku..
Haa...ingat lagi the perfect ten aku?
Tak sabar rasenye...
Mudah2an dipermudahkan segalanye...
Sape yang rase tempat dia study dekat2 ngan UPM Serdang,
boleh laa kan datang ke pesta konvo ni...
^__^





p/s :
tetapkan tarikh nikah plak pasni..

Melayu dan seks

Unknown | 15:25 |
Ish, nape aku wat entri pasal nih?
Aku cume terpikir jek,
nape orang suke bace sumthing yang berkaitan ngan SEKS?
ape? dah tak ade motif laen ke?
(aku termasuk gak ke? hu hu...)

Okeh, sekarang mase untuk serius plak.
Korang mesti dah sedia maklum, ape itu seks dan yang bersangkut paut sama waktu ngan isu tu.

"So, ape gune ko wat entri pasal seks? giler nak femes ke hape?"
"Samdol, aku bukan nak mengajo atau bersyarah pasal subjek bio or seks or wateva okeh?"


Actually,
topik pasal seks ni meluas dan bukan motif aku untuk melucah semate2, alrite?
Yang wat aku jadi panas ati ialah cket punya berlambak2 berita pasal seks kat tempat kite.
Ah, korang tak kan tak bace paper? tak tengok berita? tak dengar radio?
Rogol, seks bawah umur, zina...bla-bla-bla....
Kire tu pasal seks jugak la kan? kan? kan hamzah?
(tetibe kuar name hamzah lagik, walaupun dia tak terlibat ape2, huarghh..)
Aku macam nak sula je sekor2 yang terlibat ngan perbuatan tak senonoh, tak bermoral,
dan tak bertamadun neh.


Allah taala kalo nak turunkan bala, bukan kat orang yang buat jenayah or wat maksiat semate2,
tapi sape2 yang berada dalam area tu jugak terkena.
Tak penah ke bace sirah2 or sejarah2 pasal bala bencana yang diturunkan zaman nabi2 terdahulu?
atau langsung bute sejarah?
hurmm.......
*with sigh*




p/s :
Allah taala itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Amaran! 21SX aje..

Unknown | 12:14 | |

Oooo...


Toleh kanan, toleh kiri. Pandang kanan, pandang kiri.
.
.
.
.
.
Sila buat macam tu banyak kali sebelum korang melintas,
especially kamu, kamu dan kamu yang bejalan kaki,
okeyh.?
(hek...untuk keselamatan korang gak tuh..)




Kalo korang toleh kanan, toleh kiri,
tengok depan, tengok belakang,
tapi gelap, sunyi, seram tetibe,
ngan bulu roma ketiak tengkuk segala berdiri,
tak perlu la toleh kanan kiri lagi,
cabutttt......!!

Nape asal malam jumaat je,
orang kaitkan ngan jumpe hantu segala?
apekah? di manekah? bilekah?
ooohhh, sume ade -kah ek?





p/s :
syyhhhhh......malam jumaat......

22 September 2010

21SX : Sperma

Unknown | 20:56 |
Ouhh..
tajuk entri aku dah nak macam entri hamzah, sengal..
hak hak hak..
Chop, chop..
okeh, okeh, jangan layan gelak.

Aku rase korang tahu sperma tu ape,
so aku ta mau merepekmeraban pasal sperma kat sini.

[aku, kamu dan dia]

Unknown | 20:05 |

.Aku.


Mengapa?
Pelik?
Ini aku, bukan kamu.
Juga bukan dia.
Dan bukan korang juga.
Oke?

Kain pelikat Kain batik

Unknown | 01:03 |


kain pelikat - kredit pada uncle google

kain batik - juga kredit pada uncle google

21 September 2010

Umur persaraan bakal dinaikkan?

Unknown | 18:05 |
Huh?
awat skema nak mampus tajuk entri aku ni?
har har har..
sori, sori..aku gelak sendiri..
(masa taip tak laa gelak pun, efek je tu..)

Bila bosan

Unknown | 12:06 |

Bosan..
Bosan..
Bosan..

Ape korang wat bile bosan?
Apa aku buat bile bosan?

20 September 2010

Pelajar Hamil Daftar Diri

Unknown | 20:13 |
Hari ini, seramai 5 orang pelajar hamil dah pun mendaftar diri kat sekolah untuk pelajar hamil kat Melaka.
Pelajar2 ni hadir mendaftar bersama kuarge diorang,
dan merupakan kelompok pertama yang daftar kat sekolah tu.
Dikatakan diorang akan menduduki SPM pada hujung tahun ni dan telah hamil lebih kurang 6 bulan yang lalu.






p/s :
positif atau negatif?

Peronda vs Mat Rempit

Unknown | 17:30 |

credit to Metro Ahad

Ni lagi satu yang aku jumpe kat Metro semalam,
cam gempak je kan? miahahaha...
Kat Malaysia tade menatang ni untuk wat meronda..
boleh kalah ngan mat rempit kalo ajak lumba,
tapi kalo kena langgar, kompem diorang lembek..har har har....



p/s :
nak apply lesen traktor akan datang

Sunat Syawal vs Qada' Ramadhan

Unknown | 12:16 |
Semalam terbaca Metro (erk, boleh plak terbaca?),
macam2 kes, macam2 problemo.
Ish ish ish..pendek kato, macam2 ado, har har har.....
(malas nak taip yang macam2 tu, sebab balik2 menda yang same gak)

Dalam aku membelek2, menjengah selai-selai page akhbar Metro tu,
aku pun sampai la kat satu page ni,
rugi beb sape yang tak bace, heu heu heu..
Aku pun ta mau la wat esei 500 patah perkataan kat sini,
juz nak wat summary based on ape yang aku bace semalam dan yang aku paham,
he he he he.. (padahal nak wat summary pun terangkak2, kuang3..)
Oke, summary akan dimulakan sekarang, miahahaha...

Antara puasa sunat syawal atau puasa qada' ramadhan.
Sebenarnya adalah lebih utama mendahulukan puasa qada' yang wajib ,
kerana menurut sumber hadis dan hujah2 :

1) ibadat yang sunat tidak boleh mendahului ibadat yang wajib,
2) ibadat sunat adalah pelengkap atau tambahan kepada suatu yang wajib,
3) apabila sebut wajib, ia mesti dibuat dan disegerakan, berbanding yang sunat,
    ( kita tak tahu bila akan sampai ajal kita, oleh itu, dahulukan yang wajib )
4) amalan wajib perlukan niat yang jazam (tepat dan pasti)


Next, kite nak flashback cket.
Penah tak korang dengar sape2 cakap camni suatu ketika dulu atau bile2 ah,
"Dah masuk Syawal ni, kita puase sunat 6..
yang nak qada' puase tu, puase la, niat sekali ngan puase sunat Syawal.."
(ayat masing2 la kan, ni contoh aje..)
Kita amik contoh solat.
Sekiranya boleh 2-in-1, orang akan tunaikan solat sunat tarawih dengan solat fardhu isya',
dan dikhuatiri akan menyebabkan masalah lain akan timbul dengan adenya penggabungan sebegitu.


Berkenaan keutamaan antara keduanya, sure la yang puasa qada'.
Ini dibuktikan melalui hadis Qudsi yang sahih, yang menyebutkan bahawa Allah lebih menyukai hamba2Nya yang berbuat amalan fardhu (wajib) dan menghampirkan diri dengan amalan yang sunat.
Namun begitu, dari sudut praktikalnya ia berbeza mengikut keadaan individu.
Harus diingat bahawa sekalipun masa untuk mengqada' puasa adalah panjang, tetapi kita tak sure adakah usia dan hayat kita panjang untuk sampai ke masa itu.
Individu yang mati sebelum qada' puasa Ramadhan tetapi sudah berpuasa sunat Syawal, dia dikira masih berhutang dengan Allah.


* Sekadar yang aku paham, macam tu la kan.
Maaf andai ade kekurangan atau tersalah maklumat,
jika ade, sila lah komen, akan diperbaiki semula.
-ada info yang di edit semula dan ditambah-

(Rujukan Metro Ahad - 19/09/2010)



p/s :
azam mau abeskan puasa qada' sebelum bulan Muharam

19 September 2010

Kegatalan

Unknown | 15:58 |

Tibe2 terasa gatal, erkk...
Bukan gatal ape pun, muahahaha..

:: SURPRISE ::

Khas untuk follower blog masam-manis.
(reader bukan follower kena follow dulu la..)
Nak tahu ape dia?
Korang tunggu je laa....




p/s :
try and error

18 September 2010

[sebelum] VS [selepas]

Unknown | 12:14 |
SEBELUM
Pakwe : Ayang, minggu depan kita dating kat taman plak eh?
Makwe : Ok, ayang tunggu abang kat tempat biasa.
(tak tahu segan..)

SELEPAS
Suami : Yang, jom kita kuar jalan2 kat taman?
Isteri : Tak nak laa, buat segan je..
(terus jadi segan?)

**************************************************
SEBELUM
Makwe : Ouchh, sakitnya kaki ni..
Pakwe : Batu kuang ajo, pehal lu dok kat tempat orang jalan?
(sape yang kuang ajo tu?)

SELEPAS
Isteri : Aduh bang, kaki ni sakit laa..
Suami : Huh, yang awak langgar batu tu ape hal?
(terus terlebih ajo?)

**************************************************
SEBELUM
Makwe : Bi, i nak beli jam tangan ngan handbag Gucci tu boleh?
Pakwe : Ok, boleh.. u pilih laa, nanti Bi bayarkan..
(bayarkan aje walaupun mahal..)

SELEPAS
Isteri : Pa, ma nak beli baju kurung ngan tudung tu, boleh? lawa laa..
Suami : Boleh, boleh.. ma beli je laa, ma kan ade duit gaji..
(kedekut punya laki!)

-------------------------------------------------------------------


p/s :
hek, pasangan tak statik atau statik?

17 September 2010

Melekat ke?

Unknown | 10:55 | |
Mane satu ni?
ade orang cakap, biar stick ngan 1 benda tu sampai abes,
ade gak yang cakap, kalo stick ngan 1 benda yang sama je, busan gak.
Ermm...
Melekat atau tak melekat?
(stick versi bahase melayu, ahaha..)



p/s :
bukan nak jadi macam sesumpah

16 September 2010

Celebration

Unknown | 12:45 |
16 September 2010.
Pertama kali negara kita sambut Hari Malaysia tahun nih.
(ye ke 1st time?hukhuk...)
Hari Kebangsaan dah sambut kali ke-53,



16 September 1963 adalah tarikh penubuhan persekutuan Malaysia,
yang disertai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura,
tapi Singapura telah menarik diri dari persekutuan pada 1965.
Untuk detail lagi, lawatlah Sejarah Malaysia.
Pada hari ni kite celebrate Hari Malaysia,
so, dapatlah cuti lagi sehari..ehehehe...

Di samping itu,
ade lagi 1 event yang aku tak lupe berkait ngan tarikh ni,
tarikh penting tuh,
iaitu besday adik lelaki aku, miahahaha...
Dia sangat beruntung kerana pada hari lahirnye,
adalah cuti umum Hari Malaysia.
So, boleh laa dia celebrate 2 event sekaligus,
hihihihi.....





p/s :
nak cari hubby yang besday dia jatuh hari cuti kat malaysia, oke tak?

15 September 2010

Misteri anak gadis hilang

Unknown | 18:45 |
Tak abes2 kes hilang kat malaysia ni..
Err, hilang diculik ke? atau hilang larikan diri?

Kalo diculik, sape penyangak yang menculik tu?
bape duit tebusan yang penyangak tu mintak dari kuarge or waris yang diculik?
Setakat mintak duit takpe lagi, ni nanti ade "chain reaction".
menculik - mintak duit - tak dapat
.
.
.
rogol tebusan / bunuh tebusan
(bangang hape menculik anak2 orang, pastu mintak duit tebusan?)

Kalo hilang larikan diri plak, atas motif ape?
merajuk ngan kuarge? lari sebab mau bebas?
atau lari ikut pakwe?
(macam nak makan penyepak aje diorang yang tak pikir secara waras)
Plak tu yang buat pasal macam ni, rata2 melayu, islam la plak..
aishh....tah ape2 tah diorang neh.
ape laa nak jadi ngan anak2 generasi sekarang ni..

Aku takde laa nak mengulas panjang lebar,
sekadar mau share ape yang patut je,
sebab dah terlalu banyak kes hilang yang jadi semenjak dua menjak nih..
Boleh jugak klik sini untuk baca isu camni.




p/s :
kalo rantai anak, kurung anak, dikatakan mak ayah kejam..

Kisah orang dewasa

Unknown | 14:43 |
Hari ni bersamaan 6 Syawal 1431H,
bermakna kite masuk raya ke-6 dah pun.
Raya, raya, dan raya.. (part 1 : part 2 : part 3)
ohh...malasnya nak bercerita pasal raya lagi,
mau tukar isu laen la plak, hi hi hi...

13 September 2010

Part 3 : Raya, raya dan raya..

Unknown | 14:29 | |



~ Salam Aidilfitri ~
(^.^)


Part 2 dah selamat pun, ehehe...
Kali ni yang part 3 plak..


raya pertama kat Mersing


raya ke-3 kat Puncak Alam dan Sabak Bernam


Ikutkan, banyak lagi nak kesahkan kat sini,
tapi, agak tak larat..
So, setakat ini je yang dapat dikongsikan ngan korang..




p/s :
tahun depan, kalo ade rezeki, beraya ngan hubby la plak..
(erkk...?)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.