CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts
Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts

21 January 2013

SEEK THE RIGHTEOUS

Awa'ish Bintuttam | 15:20 |
Salam rindu...lama tak buka blog, bila buka ja...mata terbuntang luas, wah.........cantiknya blog ini! tahniah cik Farah Zahid kerana menghiasi blog secantik ini...bertambah semangat dan seronok membaca entri-entri yang dipublishkan... (^_^)

Semasa saya meninjau-tinjau facebook antarabangsa, (saya ada dua akaun facebook : facebook kawan-kawan tempatan dan facebook antarabangsa) saya jumpa banyak cerita-cerita yang menarik yang menginsafkan, khas untuk santapan rohani dan tidak kurang juga cerita-cerita yang mampu melahirkan inspirasi dan ilham baru ketika minda kekosongan idea...tapi...kalau saya bentangkannya dalam bahasa omputih boleh tak?  hehe...  ceritanya pendek sahaja, tapi cukup bermakna kepada semua baik lelaki mahupun perempuan. siapa yang tak faham sila angkat kaki ye...Awa'ish akan terjemah ke Bahasa Arab plak...hihi...


SEEK THE RIGHTEOUS  

Someone came to a father, asking him for the hand of his daughter in marriage: ”Sir I am ready to pay her any Mahr she wants! I have already a house and a car … If you let me marry your daughter, I would treat her like a princess”
The father told him:“There is only one Mahr you can pay! For that, I will ask you one question, if you give me the right answer, I will let you marry my daughter… I won’t ask you to give my daughter wealth, house or high status; I want you just to give me the right answer for my question!”

The boy was so happy and he accepted the condition of the father.
The father looked straight into the eyes of the young man and asked :”In which time the Adhan of Fajr (call for fajr prayer) is called exactly?“ 
the young man’s face turned to red then yellow, he replied after a long time thinking: ”I guess it’s at 4am? no … I mean 3 maybe?! Honestly Sir, I don’t know!”

“Dear son” said the father smiling: ”I don’t care of your high status or your bank account! My daughter is so precious, she is like a princess to me with her Hijab and purity so she needs someone who treats her like a queen! No one would make her happy more than a man who fears Allah and obeys Him. Only a righteous husband would give her an unlimited happiness by helping her to get closer to Allah ”

13 November 2012

Makhluk yang hebat

CPFZ | 20:18 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Selamat Hari Deepavali pada yang meraikan. :)

Hari ni, takde update entri baru waktu siang. agak sibuk di rumah (sibuk la sangat kan).
ni pun, entri santai-santai je. just recall sebuah koleksi lawak (macam tak lawak).
kalau rasa tak lawak, abaikan jela, haha!


Waktu malam. tempat adalah di sebuah warung. berdepan dengan deretan bangunan.

J : weh, kau tengok kat sana tu. hebat la diorang!
N : tengok amende ni?
J : tu ha, kat hujung deret bangunan sana tu *guna jari telunjuk*
N : kau dah kenapa suruh aku tengok? aku ni rabun jauh *betulkan spek yang dipakai*
J : ala, macam la jauh sangat pun, kau tengok jela
N : yela, yela *sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal*
J : hah, kau nampak dah?
N : err, nampak! *padahal tak nampak pun*
J : kau tahu? kalau aku, mesti takut nak lalu situ. gelap, seram ah! 
N : eh, kau nampak apa ni?
J : tu, ada tikus 3,4 ekor, cilok-cilok kat celah bangunan yang gelap. laju plak tu, hebat!
N : aku tumbuk kau nanti, baru kau tahu! *genggam penumbuk*

11 November 2012

Oh mak kau meletop!

CPFZ | 11:27 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Opocot, mak kau meletop, eh!

Amboih, terkojut, sampai melatah nampak? bukan saya, tapi orang lain. kui kui.

Sebenarnya, saya memang terkejut. tak sangka-sangka. meletop gitu! apa yang meletop tu?


Yeaaaa! first time neh .. entri saya meletop! jadi artikel pilihan di Ping Busuk. suka, suka. :D
entri mana? tu, yang diblok dalam petak kaler merah (rujuk foto di atas).
baru perasan sebenarnya, sebab tengok kat blogspot, tetiba je pageview naik mendadak.
tak expect pageview yang tinggi tu adalah hasil entri pasal Keseksian Pada Pandangan Lelaki. phewwww~

Terima kasih Ping Busuk, terima kasih pembaca yang 'meletop' kan entri saya tersebut. hee.
saya eksaited, tapi tak laa sampai melompat-lompat atau jatuh dari kerusi, ekeke.
apa pun, alhamdulillah. berharap entri tersebut dapat dikongsi dan pembaca dapat fahami mesej yang tersurat mahupun tersirat.


FS :
hari ni meraikan besday emak, nak bawak gi makan-makan.
maaf sesangat sebab tak dapat hadir ke jemputan-jemputan kahwin hari ni, especially majlis kahwin Bro Framestone yang berlangsung dekat Parit Raja, huu~

10 November 2012

Ke'seksi'an pada pandangan lelaki

CPFZ | 20:33 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Topik ini, adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang ... eh, pengalaman saya sebagai perempuan yang menonton rancangan Wanita Hari Ini pada suatu ketika tertentu (ceh, tertentu la sangat!).

Seksi pada pandangan lelaki?

kredit untuk Google

Ya, haruslah berbeza antara tiap individu, kan, kan? cantik. lawa. hensem. perkasa. opss! :P
mana yang tak dapat dihitung, adalah subjektif. ini bukan kira soalan objektif yang harus ditandakan dalam kertas OMR tu plak. kih kih.

Lelaki A : Seksinya wanita pada saya adalah terletak di bahagian matanya.

Lelaki B : Muka perempuan adalah seksi, dan saya suka memandang muka mereka.

Lelaki C : Senyuman itulah yang buat saya rasa wanita itu kelihatan seksi.

Lelaki D : Walaupun perempuan itu nampak gempal, tapi pada saya ia cukup seksi.

Saya pernah jugak dengar dari kawan-kawan lelaki saya, perempuan yang pakai baju dedah bahu, nampak betis atau peha, terbonjol sana-sini, pakai baju jarang sampai nampak tali-tali, itu semuanya tak mesti SEKSI. ada yang cakap, OH TIDAK! itu SEKSA! kalau nak tahu, perempuan pakai baju kurung, bertutup semuanya pun, ada lelaki kata mereka itu adalah perempuan yang seksi. wooot, wooot ...

Kesimpulannya, seksi itu adalah subjektif dan boleh menjadi suatu penyeksaan kepada si pemakai dan yang memandangnya.
Seksi yang dibenarkan adalah khusus untuk sang suami. :)

08 November 2012

Kisah slurpee 7/11 dan hujan lebat

CPFZ | 20:26 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Ok, jumpa lagi. :D
entri hari ni, adalah cerita semalam. kisah slurpee. korang tahu apa tu slurpee?
macam ais blended (betul ke tidak entahnya) berkarbonat yang rasanya boleh tahan sedap, jenama 7 eleven. coolblog tu lain tau.
kalo nak tahu lanjut, sila la klik kat slurpee untuk terjah website 7 eleven okeh.
offer ni limit pada 7hb november bermula 7 pagi hingga 11 malam.
(pada waktu entri ni ditaip, offer dah pun tamat)

slurpee raspberry vanilla dan do-the-dew yang diisi dalam 2 jag air, muahahaha~
Kisahnya, tengahari semalam cerita-cerita dengan angah, kononnya petang tu nak pegi tapau slurpee ni lepas asar. tapi kemalasan melanda, so kitorang tak jadi pegi.
cuaca kat luar plak mendung sesangat, gelap sungguh, dah macam pukul 7 malam, padahal belum pun pukul 6. dan serta-merta hujan pun turun dengan lebatnya.
nak jadi cerita, 6.30 petang adalah waktu amik adik yang sekolah agama, dan angah duk pujuk abah untuk pegi tapau slurpee lepas amik adik kat sekolah.
apa lagi, dek termakan pujuk, abah dan angah pun keluar rumah dan meredah hujan lebat
(taklah meredah dengan jalan kaki, naik kereta lar).
sekali diorang bawak balik rumah, hamek kau! 2 jag air full capacity (seperti dalam foto di atas).
perghhh, tak larat mata kitorang menengoknya, haha!


FS :
stress melanda otak, duet, o duet.. nak buat kawen ni, mana kau duet.. kih kih~

02 November 2012

Drama : Dalam Hati Ada Taman

CPFZ | 21:35 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Everything I Need - Randy Pangalila


You are my love
You my life
You are my everything I need
I give you my heart
I give you my soul
In every way

Hati merasa sepi
Bila ku jauh dari sentuh cintamu
Ingin selalu ada dekatmu
Selalu ada di hatimu yeaaa

Jangan tinggalkan
Dan jangan ku lepaskan
Tuk memaluku dekatku
Di setiap detak jantungku
Wooo

You are my love
You my life
You are my everything I need
I give you my heart
I give you my soul
In every way

You are my love
You my life
You are my everything I need
I give you my heart
I give you my soul
In every way

Woooo
Woooo
Woooooooooo

You are my love
You my life
You are my everything I need
I give you my heart
I give you my soul
In every way

You are my love
You my life
You are my everything I need
I give you my heart
I give you my soul
In every way



Layan drama nih?
meh, saksikan Dalam Hati Ada Taman mulai 29 Oktober 2012 di Astro Ria setiap Isnin jam 9.30 malam.
antara pelakon dalam drama ini termasuklah Randy Pangalila, Elfira Loy, Hanez Suraya, Amar Ashraf, Amy Mastura, Liza Abdulah, Didie Alias, Bambi Ratno, Sharifah Shahora, Faizal Hussein, Rizman.

30 October 2012

Hadir exam hujung minggu?

CPFZ | 21:18 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Alhamdulillah, jumpa lagi kita dalam blog ni, selepas bercuti sempena hari raya qurban baru-baru ni. pastinya masih ada yang dalam mood bercuti, kan?

Saya sendiri terpaksa 'mencutikan' posting entri dalam blog, gara-gara balik kampung baru-baru ni. haha, tak lar cuti sangat, tapi memang agak bizi masa di kampung, yela, orang tengah sibuk dengan kurban, takkan kita nak sibuk ngadap blog, update entri bagai? tak memasal kena sound dengan saudara-mara. huhu.

Baru-baru ni, saya agak terkujat jugak. tak sangka sebenarnya. memang tak expect, tapi betul kan, "expect the unexpected"? apa agaknya ye benda yang tak expect tu?
benda tu adalah emel yang saya terima dari SPAJ (Skim Perkhidamatan Awam Johor).
ia berkenaan menghadiri peperiksaan (atau exam) untuk jawatan di SPAJ.
Ya Tuhan, sangatlah tak disangka! saya terpilih untuk hadir exam SPAJ pada hujung minggu ni, di sebuah hotel di JB. sesungguhnya saya bersyukur, kerana saya terpilih.
dan dapat tahu jugak, ada beberapa orang teman kuliah saya di kampus dulu pun bakal hadir ke exam tu. alhamdulillah. :)





Khabarnya, ada PC Fair di Persada Johor hujung minggu ni. so, memanglah akan menyinggah di fair tu. mana boleh miss, kot-kot ada barang dan gajet murah, boleh sambar barang seketul dua, kih kih.


FS :
doakan semoga saya dipermudahkan semasa hadir dan jawab exam tu.. mekaseh semua.. :)

25 October 2012

Bukan lelaki je yang tahu..

CPFZ | 13:13 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Hai semua! semoga baik-baik dan sejahtera hendaknya.
esok, bersamaan 10 Zulhijjah, umat Islam akan meraikan Aidil Adha, insyaAllah.
selamat bercuti pada semua, dan yang balik kampung, berhati-hati selalu.
mana yang tak balik kampung, beraya di rumah jangan sedih-sedih.

Sebenarnya, entri hari ini takde apa sangat, just nak share satu gambar yang di screenshot  pada satu masa yang tak lama dulu. sila klik untuk tumbesaran. :)


Cuba perhatikan pada komen-komen dalam gambar di atas.
tak memasal dapat gelaran "minah android", haha.
ini gara-gara mengomen berkenaan aplikasi android di wall fesbuk si ZE.

Saya agak minat tentang teknologi, gajet, dan aplikasi terutamanya smartphone dan android. ni semenjak guna android di handphone Samsung, hihi.
sebelum ni, guna Nokia, more concern tentang symbian-symbian dan aplikasinya, sekarang dah kurang sebab beralih pada android plak.
tapi rasanya, akan datang nak try guna Nokia yang guna OS yang microsoft bangunkan, iaitu Windows Phone. selain Samsung Galaxy S3 dan Samsung Galaxy Beam yang ada dalam wishlist saya, Nokia Lumia 920 turut termasuk, hehe.

Jangan ingat lelaki je yang tahu dan amik peduli benda macam ni, perempuan macam saya pun tak terkecuali.
:D

FS :
kalo dulu amik course IT, mungkin sekarang bergelar programmer, developer atau engineer di syarikat smartphone.. :P

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.