CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 June 2012

Kisah Si Burung #2

Unknown | 20:52 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Entri ni, kesinambungan Kisah Si Burung #1, beberapa hari lepas,
kalau rasa nak ikut perkembangan dan tumbesaran si anak burung,
boleh laa teruskan membaca,
terima kasih.. :)


sekitar jam 9 pagi 27/06/2012
Adakala, mak burung duduk kat dalam sarang,
maybe nak lindung anaknya dari kesejukan,
maklum jela, kecik lagi, bulu pelepah pun belum ada sepenuhnya.
Foto atas ni, tak ada mak burung,
agaknya baru terbang pegi cari makan untuk 2 ekor burung kecik nih, heee~

Kebetulan, lepas amik gambar 2 ekor kenit nih,
hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum, eh? ke bumi la, ekeke..
lebat wooo, cepat-cepat saya pegi intai  sarang burung tu,
dalam hati, "kesian anak burung, mesti basah lencun dan cejukkk, menggigil kot..",
tapi Tuhan tu Maha Segalanya,
rupanya mak burung dah ready kat sarangnya,
kembangkan sayapnya untuk lindung anak-anaknya,
Subhanallah, Maha Suci Allah...
tapi saya takde la amik gambar yang ni, hujan lebat betul.



pagi 29/06/2012
Yang ni plak, 2 hari lepasnya,
dah nampak pun, badannya dah ada tumbuh bulu, tapi baru sikit.
Nampak betul yang sekor anak burung tu kelaparan,
dia ingat maknya dah balik sarang,
tu yang sekor dah siap nganga sampai macam tu gaya,
kiut je, ngeeee~


aYaz :
aneh kan? kat rumah enchek chenta pun, ada 2 ekor anak burung sama macam ni, yang sedang membesar untuk jadi burung dewasa...

28 June 2012

Rasminya....

Unknown | 16:45 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim,
saya sebagai tuan belog,
dengan rasminya nak umumkan bahawa,
belog ni ada penulis jemputan.

Beliau,
merupakan kenalan maya saya, berpangkat adik,
beliau ialah adik Akmal,
nama penuh beliau, kena tanya sendiri pada beliau,
hee~

Harapan saya,
semoga dengan adanya beliau, pembaca bolehlah dapat info,
dapat maklumat berfaedah, tak banyak pun, dapat sikit,
insyaAllah.. mudah-mudahan..

Untuk adik Akmal,
selamat mencuba dan semoga berjaya,
terima kasih sebab sudi bersama belog akak yang tak seberapa ni..

25 June 2012

Kisah Si Burung #1

Unknown | 11:33 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Maaf lama tak hapdet belog,
agak sibuk minggu lepas,
baru balik dari intebiu kat KL,
berkampung kat rumah mak sedara kat Danau Kota,
tak tahu kat mana Danau Kota tu?
ala, dekat dengan KL Festival City, uhuhu...


petang 23/06/2012

Sehari esoknya, bersiar-siar kat laman rumah,
mak kata ada sarang burung kat pokok cermai,
gi tengok, ada 2 biji telur burung,
*refer foto di atas*
seperti yang enchek chenta cakap,
tu telur burung merbah, sebab kat rumah dia pun ada telur macam tuh,
dan sekarang ni dah menetas pun, tapi memang ada 2 ekor aje.


pagi 25/06/2012
See?
telur 2 biji hari tu, pagi ni tadi dah menetas pun,
semalam tak tengok pun, miss 1 hari dah, uhuhu..
si dia cakap, ini lah anak burung merbah tu..
tapi bila besar, tak tahulah macam mana ghupernya,
saya memang tak penah tengok live burung merbah ni, huu~

So, lepas ni,
memang akan follow tiap hari perkembangan anak burung nih,
excitednyaaaaa, weeee~



aYaz :
Subhanallah, Tuhan yang menciptakan setiap sesuatu...

20 June 2012

Mitos & Kesihatan : Mata

Unknown | 09:45 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


MITOS 1 :
Tonton TV terlalu dekat rosakkan biji mata.
FAKTA 1 :
Ibu bapa selalu marah-marah kalau anak tonton TV pada jarak dekat, sebab boleh rosakkan mata. Namun, menurut Akademi Oftalmologi Amerika (AAO), anak-anak menjadi lebih fokus apabila tonton TV pada jarak dekat tanpa mengalami sakit mata, berbanding orang dewasa. Hal yang harus dititikberatkan ialah betulkan tabiat duduk sewaktu di depan TV atau memegang bahan bacaan yang berdekatan. Walaubagaimanapun, kekerapan menonton TV terlalu lama boleh sebabkan penyakit rabun jauh.



MITOS 2 :
Jika ibu bapa punyai masalah penglihatan, anak-anak juga berisiko dapat masalah yang sama.
FAKTA 2 :
Kenyataan ini adakalanya betul. Kalau kamu pakai specs disebabkan masalah penglihatan yang kurang jelas atau mengalami katarak, anak-anak kamu berpotensi tinggi mewarisi sifat yang sama.

MITOS 3 :
Makan lobak merah baik untuk penglihatan.
FAKTA 3 :
Memang benar lobak merah kaya dengan Vitamin A yang penting untuk penglihatan, namun masih ada pilihan lain seperti asparagus, aprikot, dan susu yang boleh membantu menjaga kesihatan mata, serta amalan diet yang seimbang juga membantu.



MITOS 4 :
 Penggunaan PC/laptop boleh rosakkan mata.
FAKTA 4 :
Berdasarkan kajian AAO, tidak ada bukti yang gunakan PC boleh sebabkan mata jadi rosak, akan tetapi, kalau menggunakannya dalam tempoh yang panjang, akan menyebabkan mata kurang berkedip mengikut kebiasaannya. Perkara ini mengakibatkan mata menjadi kering dan masalah sakit mata. Untuk itu, setiap kali gunakan PC, kamu perlu berhenti sekali-sekala untuk merehatkan sekejap mata kamu.

MITOS 5 :
 Hanya kaum lelaki yang mengalami buta warna.
FAKTA 5 :
Menurut kajian AAO, dianggarkan bahawa sehingga 8% kanak-kanak lelaki mengalami sedikit masalah buta warna, manakala kurang dari 1% kanak-kanak perempuan mengalami masalah itu.




sumber :
iSIHAT-mei2012 

19 June 2012

Rohani : Angka 5 dalam Islam #2

Unknown | 11:15 |


F) Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara

Sebagaimana Nabi saw bersabda yang bermaksud,
"Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara...
  1. Masa SIHAT sebelum SAKIT
  2. Masa KAYA sebelum tiba masa SEMPIT/MISKIN
  3. Masa LAPANG sebelum tiba masa SIBUK
  4. Masa MUDA sebelum datang masa TUA
  5. Masa HIDUP sebelum tiba masa MATI"
(H.R. al-Hakim & al-Baihaqi)


G) 5 perkara yang wajib disegerakan

Dari Hatim al-Asam, "Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada 5 tempat", justeru ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah saw :
  1. apabila rumah kamu dikunjungi oleh tetamu, WAJIB kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan
  2. apabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIB bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan untuk mayat itu
  3. apabila seseorang anak gadis kamu telah cukup umur & matang, WAJIB bagi kamu untuk mengahwinkannya
  4. apabila kamu berhutang dengan sesiapa, yakni Allah swt sekalipun, WAJIB atas kamu untuk membayarnya kembali
  5. apabila pelbagai salah & dosa telah dilakukan kepada Allah swt, WAJIB kamu segera bertaubat dan pohon keampunan dari-Nya

H) 5 perang besar di zaman Rasulullah saw
  1. Perang Badar
  2. Perang Uhud
  3. Perang Khandak
  4. Perang Mu'tah
  5. Perang Hunain


I) 5 Nabi bertaraf Ulul 'Azmi
  1. Nabi Nuh a.s
  2. Nabi Ibrahim a.s
  3. Nabi Musa a.s
  4. Nabi Isa a.s
  5. Nabi Muhammad saw


J) 5 sebab digelar Ulul 'Azmi
  1. Mendapat pengiktirafan dari Allah swt
  2. Memiliki kesabaran yang tinggi semasa berdakwah
  3. Sentiasa memohon kepada Allah swt supaya kaum mereka tidak diturunkan azab bencana
  4. Sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya memberi hidayah kepada kaum mereka
  5. Memiliki keazaman yang tinggi, kuat dan kental semasa berdakwah


Subhanallah, itu antaranya yang ada.
Siapa-siapa yang nak share, dipersilakan untuk share.
InsyaAllah, ada lagi info yang lain, saya share dengan kalian.


18 June 2012

Maafkan daku

Unknown | 09:20 |

indahnya ciptaan Tuhan



Salam sejahtera atas sekalian kamu...


1st,
sy yg bernama spt kat mukabuku ni, dgn rasa rendah diri yg sgt2,
mohon ampun & maaf ;
- atas keterlepasan (keterlanjuran) ayat2 yg di post
- atas keganasan ayat & bahasa yg ditepek/tertepek di status
- atas apa2 ketidakpuasan/kecemburuan hati & jiwa kalian terhadap diri sy
- atas kesalahan & khilaf info yg dah/akan sy co-pas kat sini
- atas sistem kerahsiaan (privacy) atau ketidakrahsiaan berkenaan diri sy
- atas ketidakkongsian/ketidaklayanan dr pihak sy

2nd,
terima kasih banyak2 ;
- atas nasihat/teguran/kritikan yg dah/akan diberi pd sy
- atas layanan baik/terbaik dr kwn2 semua
- atas jemputan/undangan walimah (wlpn sy x dpt hadir umumnya)
- yg sudi disenaraiputih dlm friend list sy atau yg menyenaraihitamkan mukabuku sy dlm list kalian

3rd,
sy diam/tak balas/tak sharing-is-caring, bkn bererti sy ni sombong/tak alert/bakhil/tak concern,
just ada masa2 tertentu, sy akan buat mcm yg ditaip kat atas ni, dan ada ketikanya sy langsung buat dunno,
plz, jgn terlalu judge manusia mana2 pun dgn point yg pelik2, (dont judge a book by its cover, eh?)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dipendekkan typing ini, keseluruhannya,
sy mohon maaf atas semua yg terjadi/akan jadi, samada sengaja/tak sengaja, samada secara live/tak live.
harapan sy, tiada sebarang ketidakmaafan/dendam dlm hati & jiwa teman2 sekalian.


sy, wakil diri sy sdn. bhd. yg tak sempurna, insyaAllah, sy maafkan kalian semuanya.
semoga awak2 & kita semua, sentiasa dlm rahmatNya, dan dimuliakan di sisiNya, serta digolongkan dlm manusia bertaqwa.
terima kasih.

tulus,
-hamba biasa yg tak sempurna-
(tak related dgn Ramadhan/Syawal yg tak lama lg-tak berdosa pun utk mohon maaf-bila2 pun boleh)
ps: yg ternampak bnd alah ni, tp tak ditag, silalah baca je, nak tag reramai, mmg tak cukup la..




*** ini yang kat mukabuku oke,
tapi still boleh diaplikasi kat belog,
yang pentingnya adalah ayat yang tertera 'MAAF'..

15 June 2012

Info Seks dan Kesihatan

Unknown | 10:30 |
1. Berkhatan cegah kanser prostat
SELAIN untuk kesihatan, khatan (bersunat) dapat mencegah kanser prostat. Ini adalah hasil  kajian di Hutchinson Center of Public Health, di mana kajian mendapati lelaki yang telah berkhatan sebelum melakukan hubungan seks untuk kali pertama, memiliki kurang dari 15% kemungkinan diserang kanser prostat, berbanding dengan lelaki yang tidak berkhatan.




2. Junk food jejas kualiti sperma
KAJIAN berskala kecil dijalankan di AS, dilaporkan bahawa lelaki yang gemarkan makanan tinggi lemak cendeung mempunyai sperma yang sedikit. Kajian jga mendapati makanan diet yang tinggi dengan omega-3 yang banyak dalam ikan, membantu meningkatkan kualiti sperma.




3. Lelaki berkulit sihat lebih menarik
WANITA lebih tertarik kepada lelaki yang mempunyai kulit yang sihat, berbanding mereka yang berwajah maskulin. Seorang pakar psikologi dari Universiti Notthingham Malaysia mendapati bahawa kulit lelaki juga menjadi penunjuk tahap kesihatannya.

4. 10 kali ganda testosteron
LELAKI muda memiliki 10 kali ganda testosteron pada awal 20-an dan merupakan saat kemuncak bagi daya rangsangan seks mereka sebelum menurun kemudiannya. Bagi wanita, ia adalah sebaliknya, daya rangsangan seks wanita mencapai tahap tertinggi di penghujung 20-an hinga awal 30-an.




sumber :
iSIHAT-mei2012

14 June 2012

Bukan peminat tegar

Unknown | 23:13 |

Salam malam jumaat,

esok jangan malas-malas bekerja,

gambatte-ne!


Saya suka tengok anime,

tapi bukan kategori yang berjela,

macam Naruto, Bleach, etc,

suka tengok yang sempoi, kawaii,

1 season antara 13-30 episod,

baru tak jemu layan.


Macam yang latest, saya tengok anime Nurarihyon No Mago,

(englishnya : The Rise of Nura Clan)

asalnya tengok kat Animax je,

tapi siap beli DVD-nya, hehehe..

ok, peminat agak tegar..


aYaz :

teringat kat kawan sama course, dia yang mula-mula introduce anime..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rohani : Angka 5 dalam Islam #1

Unknown | 09:30 |

Assalamualaikum wbt,
ehemm.. entri ni tak ada kaitan dengan sebarang karut-marut,
sekian.
Antara angka 5 tersebut ialah :

A) 5 waktu solat fardhu sehari semalam yang wajib didirikan oleh setiap Muslim
----> Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isya'

B) 5 rukun Islam
  1. mengucap 2 kalimah syahadah <-- umum tahu lafaznya dalam bahasa arab dan pengertiannya
  2. mendirikan solat 5 waktu sehari semalam <-- tak tahulah kalau ada yang tak pernah buat
  3. berpuasa di bulan Ramadhan <-- wajib ye kawan-kawan
  4. mengeluarkan zakat <-- usahlah jadi Muslim yang kedekut
  5. menunaikan haji di Baitullah <-- kepada orang yang berkemampuan, ye idak?

C) 5 hukum syariah Islamiah
- Wajib, Haram, Sunat, Makruh, Mubah (Harus)

D) 5 dosa besar seperti terakam dalam al-Quran
  1. syirik kepada Allah
  2. membunuh jiwa (kecuali dengan alasan yang hak)
  3. memakan riba'
  4. memakan harta anak-anak yatim
  5. menuduh wanita-wanita baik berbuat zina (wanita yang terpelihara kehormatannya)

E) 5 perkara yang sebabkan orang terjerumus dalam munafik tulen
  1. suka bercakap dusta (berbohong)
  2. khianati amanah yang telah diberikan
  3. mungkir janji setelah berjanji
  4. berpaling dari medan perang
  5. mengetepikan kebenaran bila bertengkar (menegakkan benang yang basah)

Wallahu'alam.. Ini cuma sebahagian, akan datang ada lagi.. :)

13 June 2012

Bisnes online

Unknown | 20:55 |
Assalamualaikum wbt...

1st of all,
terima kasih, pada reader dan follower yang masih sudi jenguk dan singgah blog nih..

2ndly,
entri ni simple je, tak ada merepek-meraban, okeh?

3rd,
saya sedang plan untuk buat bisnes online, iaitu bisnes tudung,
yang mana sekarang agak femes dengan tudung bawal dua tone..


so, apa pendapat korang ek?
sebarang pendapat, amatlah dialu-alukan,
arigatoooo, hait...!

Wordless Wednesday : 3

Unknown | 09:00 |

kehadiran teman-teman yang membawa erti

07 June 2012

Kata-kata cermin peribadi

Unknown | 12:49 |
Salam sejahtera, salam 1 Malaysia,
*salam 1 Malaysia lah sangat*
harap maklum, ini bukan sesi baca berita.

"Akhlak ialah bunga diri,
indah dilihat oleh mata,
senang dirasa oleh hati,
setiap orang jatuh hati.

Akhlak nilai diri manusia,
modal hidup di mana-mana,
ke mana pergi orang suka,
banyak kenalan murah rezeki... "

kredit pada unkel Google

Kenapa ada orang kata, apa yang kita cakap,
bait-bait ayat yang keluar dari mulut kita,
setiap butir tulisan yang dipaparkan,
mencerminkan peribadi? menunjukkan akhlak seseorang?

Ye, ada setengah orang akan kata,
ayat je buruk, jahat, maki-hamun, tapi dalam hati tak siapa tahu
biasalah mulut orang, dengar macam jahat dan buruk, tapi hati baik punya
Eh, iya ke macam tu?


ps :
ada doa untuk perbaiki akhlak, mahukah kalian?
sila klik entri ini untuk hayatinya..

aYaz :
minggu lepas famili trip ke Desaru, foto-foto akan berbicara, tunggu ye..

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.