CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

19 June 2012

Rohani : Angka 5 dalam Islam #2

CPFZ | 11:15 |


F) Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara

Sebagaimana Nabi saw bersabda yang bermaksud,
"Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara...
  1. Masa SIHAT sebelum SAKIT
  2. Masa KAYA sebelum tiba masa SEMPIT/MISKIN
  3. Masa LAPANG sebelum tiba masa SIBUK
  4. Masa MUDA sebelum datang masa TUA
  5. Masa HIDUP sebelum tiba masa MATI"
(H.R. al-Hakim & al-Baihaqi)


G) 5 perkara yang wajib disegerakan

Dari Hatim al-Asam, "Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada 5 tempat", justeru ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah saw :
  1. apabila rumah kamu dikunjungi oleh tetamu, WAJIB kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan
  2. apabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIB bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan untuk mayat itu
  3. apabila seseorang anak gadis kamu telah cukup umur & matang, WAJIB bagi kamu untuk mengahwinkannya
  4. apabila kamu berhutang dengan sesiapa, yakni Allah swt sekalipun, WAJIB atas kamu untuk membayarnya kembali
  5. apabila pelbagai salah & dosa telah dilakukan kepada Allah swt, WAJIB kamu segera bertaubat dan pohon keampunan dari-Nya

H) 5 perang besar di zaman Rasulullah saw
  1. Perang Badar
  2. Perang Uhud
  3. Perang Khandak
  4. Perang Mu'tah
  5. Perang Hunain


I) 5 Nabi bertaraf Ulul 'Azmi
  1. Nabi Nuh a.s
  2. Nabi Ibrahim a.s
  3. Nabi Musa a.s
  4. Nabi Isa a.s
  5. Nabi Muhammad saw


J) 5 sebab digelar Ulul 'Azmi
  1. Mendapat pengiktirafan dari Allah swt
  2. Memiliki kesabaran yang tinggi semasa berdakwah
  3. Sentiasa memohon kepada Allah swt supaya kaum mereka tidak diturunkan azab bencana
  4. Sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya memberi hidayah kepada kaum mereka
  5. Memiliki keazaman yang tinggi, kuat dan kental semasa berdakwah


Subhanallah, itu antaranya yang ada.
Siapa-siapa yang nak share, dipersilakan untuk share.
InsyaAllah, ada lagi info yang lain, saya share dengan kalian.


2 comments:

  1. terima kasih. perkongsian yang sgt baik mengenai lima perkara. tq sudi lawat blog sya, jgn serik dtg lagi. salam maal hijrah

    ReplyDelete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.