CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 September 2010

Diari Faisal

CPFZ | 14:00 | |
Jam tangan Rolex di tangannya menunjukkan waktu sudah senja,
dia harus segera sampai ke rumah pada kadar yang segera,
'Huh, time aku nak cepat, ada je problem..'
Faisal menjejak kakinya  tepat jam 7.45 malam di depan apartmen yang baru diduduki enam purnama itu.
Dengan segera dia masuk ke dalam apartmennya,
dan dia berehat seketika di ruang tamu yang seakan-akan ruang kediaman keluarga Jepun.
'Ish, maghrib dah ni, solat dulu ah..'
Usai solat, Faisal menuju kembali ke ruang tamunya,
punggungnya dihenyak ke sofa,
sambil mata ke arah kaca TV,
dilihatnya berita berkaitan pembunuhan seorang usahawan terkemuka,
serta-merta dia beristighfar.....
Sebentar saja pun Faisal melihat berita,
terlelap, sedar-sedar, jam di dinding menunjukkan angka 9.30,
'Ahhh...macam awal lagi untuk tidur.. Aaa, solat isyak dulu laa..nanti baru plan..'
Dia bangun dan masuk ke bilik untuk solat, dan sesudah itu,
'Baru pukul 10, apa aku nak buat ni?'
Tangannya menggapai iPhone 4 yang baru dimiliki 2 hari lepas,
agak cekap dia menggunakan fon pintar itu.
'Ish, mana plak perginya bucuk aku ni? Tadi cakap nak mesej..
kalau aku tidur nanti, dia bising, marah aku..hmm...'
'Takpe, aku online jap la..' sambungnya lagi.
Hampir sejam berlalu,
namun iPhone barunya itu tidak kedengaran sebarang nada,
apatah lagi ingatan mesej masuk.
'Bucuk bucuk..aku mengantuk dah ni, esok-esok jela aku mesej kamu..'
Faisal off kan laptopnya, lalu mengemas perbaringannya sebelum mengambil tempat sebentar lagi.
Sesudah itu dia menghempaskan tubuhnya di atas tilam yang empuk,
lalu membaca ;

Awal-awal pagi Faisal sudah pun tersedar, dia segera membaca ;
'Syukur sebab aku masih lagi dibangunkan oleh Tuhanku dari saat kematian sementara..'


Dia bangun dari perbaringan, mencapai tuala,
dan menuju ke arah toilet dan membaca doa ;

Ketiadaan sebarang bunyi air, menandakan Faisal sudah selesai, dia membaca pula doa ini ;

Dengan tuala separas pinggang, Faisal mengadap cermin muka yang terletak di sebelah katilnya,
dan membaca doa seperti ini ;
Dalam hatinya,
'Alhamdulillah, kerna Tuhan telah kurniakan aku rupa paras sebegini,
tanpa cacat cela, dan mudah-mudahan akhlak ku diperbaikkan olehNya..'



Faisal siap berpakaian, simple sahaja namun jelas kehensemannya,
lalu dia menuju ke ruang dapur,
mencari bahan makanan yang boleh dimakan untuk sarapan pagi itu.
Dia terjumpa roti kosong dan jem blueberry di atas meja, fresh orange dalam peti sejuk,
mengambil toaster dan membakar roti kosong,
tada...sarapan sudah siap.
Duduk di kerusi, matanya terarah pada sarapan bujang,
roti bakar dengan jem dan fresh orange,
perut menyanyi-nyanyi kelaparan.
Dia memulakan dengan doa, lalu makan penuh selera.

Licin,
tiada sekeping roti bakar berbaki dalam piringnya.
Fresh orange yang belum diminum disimpan kembali dalam peti sejuk.
Faisal kemudian membaca ;


Hari ini hari Sabtu,
dia tiada plan untuk keluar ke mana-mana.
Namun begitu dia teringat untuk menjenguk adik perempuannya,
kira-kira 30 minit dari apartmennya.
Dia bersiap, memakai jam tangan Rolex hadiah tunangannya,
mengambil iPhone, wallet, dan kunci kereta Toyota Rush hadiah hari lahir dari ayahanda tercinta.
Faisal keluar dari rumah dan mengunci pintu apertmennya,
lalu membaca ;

Kakinya menuju ke area parking,
matanya pula melilau mencari Rush biru metallic kesayangannya,
'Jumpa, yess...'
Faisal menekan remote, berbunyi, bergema seketika area parking tersebut.
Dia membuka pintu lalu masuk dengan agak tidak sopan,
gaya lelaki, mungkin begitu,
tapi dia tak pernah miss untuk membaca doa ini setiap kali naik kenderaan ;

Faisal memandu Rush keluar dari daerah parking kenderaan,
lalu menuju ke rumah adik perempuannya.



*** Jadikan doa sebagai amalan harian hidup kalian. Selamat beramal. ^_^ ***

p/s :
tunangan aku memang begitu..

6 comments:

  1. wah, tunang yg soleh. :)

    ReplyDelete
  2. @MuNsYi SaMa
    err...
    tunangan sape kah itu?
    cume brharap utk insan macam tu wujud di samping ku...

    ReplyDelete
  3. ko cite pasal aku ke???

    ReplyDelete
  4. @HaNTwO
    kalo ko camtu realitinye,
    alhamdulillah...
    :)

    ReplyDelete
  5. huhuhu pengakuan jujurku aku bukan cmtu...aku sekadar dipinggiran...

    ReplyDelete
  6. @HaNTwO
    usahakan,
    lame2 akan jd kebiasaan..
    ^.^

    ReplyDelete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.