CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

03 July 2010

Terima kasih semuanya......

CPFZ | 11:46 |
Ke hadrat Mu aku bersyukur..atas peluang yang Kau berikan padaku...

Mula-mula ingat nak buat ayat skema, tapi mesti nanti orang bosan nak baca..huhuhu...
Emm, kenapa aku buat title macam kat atas ni? tahlah, yang sure aku berterima kasih kepada Tuhan kita, iaitu Allah..kerana Dia telah bagi aku peluang yang aku sendiri tak sangka. Yelah, macam orang bagi kita hadiah, mesti terkejut sebab tiba-tiba je dapat hadiah, kita mesti tak sangka. Macam tu laa perumpamaannya..hehehe...

Alhamdulillah..aku sendiri tak sangka akan benda ni. Pagi tadi sebelum aku pergi kerja, mak cakap ada surat dari JPA. Aku ingat surat apa, rupanya surat panggilan interview. Mak bukak surat dan bacakan apa yang ada kat dalam tu. Aku dipanggil interview akhir bulan julai ni kat Putrajaya untuk Q41 (Sains Pertanian). Huh, apa dia la Q41 tu..haa, ni kod untuk jawatan Pegawai Penyelidik.. Interview apa ni ye?hmm..aku pun baca la surat tu tadi, jawatan ni under MACRES atau dikenali sebagai Malaysian Remote Sensing Agency (MOSTI). Aku punya la macam tak percaya..mak aih, remote sensing??? aku pun teringatkan subjek last semester yang aku amik (Percision Agriculture) yang diajar oleh Dr. Anuar dan Dr. Siva. GPS, GIS, dan tah apa-apa lagi..pergghh..pening belajar subjek tu, tapi best sebab ada assignment yang membantu, walaupun exam tak dapat markah bagus..huhuh...

Nampaknya aku kena buat homework berkenaan tugas dan agensi remote sensing nih. Pastu kena cari balik nota-nota dan assignment subjek Percision Agriculture yang pernah dibuat 1 masa dulu, buat revision, nak fahamkan..yelaa, nanti masa interview taklah tergagap nak menjawab hal yang berkaitan. Emm, lagi kena buat latihan oral, kalo kena interviewer speaking nanti, payah gak kalau tergagap speaking..buat malu la pulak..huhuhu.... Tak lupa jugak, dressing kena kemas..ehehe, kasut bertutup kena beli..folder dan sijil-sijil nak kena update..banyak hal nak kena settlekan untuk interview nih...hmm....

Ye, walau apa pun, aku berterima kasih kepadaNya atas peluang ni. Terima kasih jugak kepada mak abah dan keluarga yang menyokong dan memberi semangat. Dan terima kasih kepada kawan-kawan dan orang yang turut menyokong aku.. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya..amiinn.....


Terima kasih semua.. Sayang kamu semua..

7 comments:

  1. Anonymous3/7/10 16:25

    congratezz farah.. =D
    prepare leklok k..

    ReplyDelete
  2. ak intvw 21/jul..huhu neves..kena slongkar balik note persis..hua3..

    ReplyDelete
  3. oo..kre ko awl smggu dr aku..xpe2,tbh..aku sndri pn ready x ready je..huhu..ko g ngn sape nnt?

    ReplyDelete
  4. wah!..syabas2!..smOge bjaye k.farah!!

    ReplyDelete
  5. time ksih @yien.. =)

    ReplyDelete
  6. salam.. blh tau contoh2 soalan yg ditanya?

    ReplyDelete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.