CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

13 July 2010

Sedar tak sedar

CPFZ | 16:35 |
Haish..sedar tak sedar, dah 6 minggu aku keje part time ni, dan dah pun dapat gaji pertama kira-kira seminggu yang lepas, huhuhu..macam-macam perasaan selepas mendapat gaji pertama walaupun nilainya taklah mencecah ribu-ribu.. Alhamdulillah, dapat jugak merasa duit hasil dari keje part time ni..yelaa, siapa yang nak bagi duit senang-senang tanpa berbuat sesuatu, ye kan?paling-paling pun mesti berusaha walaupun sikit. Yang nak ditekankan adalah, apa pun usaha dan keje yang dilakukan dengan ikhlas dan sumber yang halal, sekalipun keje tu hanya sementara ataupun bukan dari bidang kita, yang penting adalah pengalaman selama melakukannya. Itulaa yang paling berharga sebenarnya, jika nak dibandingkan dengan nilai duit gaji atau elaun yang kita dapat. Lebih elok kita bersusah kerana sesuatu keje dan mendapat hasil yang memuaskan, daripada kita buat keje sambil lewa dan mendapat hasil yang biasa-biasa atau langsung tak ada hasil. Lebih baik buat keje dengan ilmu yang pelbagai, daripada buat keje yang tak guna apa-apa dan tak dapat apa-apa yang berguna dari pekerjaan itu. Alamak...baru tersedar, dah meleret-leret mengarut pasal benda lain..hahaha... (^_*)


ni la duit..sape yg x suka duit yg byk?heheh...

ni manusia yg sgt keletihan krn mnyiapkn keje-keje yg x nmpk byk..

yg ni plak, brsusah pyh nk siapkn keje, bape tgkat daa dia pnjat..huhu...


Juga sedar tak sedar, bagi umat Islam, kini dah pun tiba bulan Syaaban. Betapa cepatnya masa berlalu. Ni dah pun 1 Syaaban 1431 H, di mana kita digalakkan untuk berpuasa sunat sebelum kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak dalam masa sebulan lagi. Haa, kepada kaum Hawa, mana yang belum habis mengqada' puasa Ramadhan tahun lepas, silalah berbuat segera (oppss, maybe ada jugak dari kalangan kaum Adam yang 'tertinggal' atau 'terponteng' puasa Ramadhan hari tu..so, segerakanlah qada' puasa anda,okie..). Dan anda semua boleh melihat fasa bulan seperti yang aku dah letak kat blog ni, kat bahagian atas sebelah kanan. Dinyatakan tarikh bulan Islam dan fasa bulan mengikut takwim hijriah..jadi anda jangan bimbang untuk ketidaktahuan tarikh bagi kalendar bulan Islam.. (^_^)

0 kata-kata indah:

Post a Comment

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.