CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

18 September 2012

Nak belajar Bahasa Inggeris?

CPFZ | 18:42 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Sekarang mudah sebab ada program Oh My English, tapi kat Astro jela,
yang takde, kena la belajar sendirian berhad, huk huk..


Aku dulu, mana ada belajar dengan OME tu, la ni je kanak-kanak bertuah, dan kalo ikut cara aku, aku rasa kompem-kompem tak sama dengan orang lain, kot? :P


Tengok drama atau filem orang puteh ( orang inggeris )
Ni memang kegemaran, mesti tengok, janji ada subtitle melayu, cara tu dah berkurun sejak zaman sekolah. Sekarang, dah up sikit, bila tengok kat lappy, mesti set subtitle english.

Dengar lagu orang puteh + tengok lirik
Buat cara ni masa zaman tok kaduk zaman pakai uniform sekolah, ada lagu best, mesti cari lirik dia, kat paper ada, terus gunting dan simpan, tapi sekarang rasanya takde dah kot lirik lagu dalam paper.

Belek dan baca dictionary english-english
Yang ni, mungkin pelik bagi korang, tapi aku serius, memang baca kamus. Tak pun, salin word yang tak tahu maksudnya, buat dalam list, cari sesatu maksudnya, then simpan list tu kat celah-celah kamus.

Baca akhbar bahasa Inggeris
Aku start baca paper bahasa inggeris zaman upper-form, tiap hari kot dapat paper, kena buat assignment, buat itu-ini. Pastu zaman kat matrikulasi pun, dapat paper english, ngadap jela.

Set-up handphone dalam bahasa Inggeris

Hah, yang ni kompem buat sejak dapat hp pertama tahun 2003, sampai sekarang pun still buat setting bahasa inggeris. Janggal banget kalo hp tetiba setting jadi bahasa melayu. Ala, kat laptop, kat PC pun, banyak term dalam bahasa inggeris, internet bagai tu pun, bahasa inggeris jugak.


Korang plak, macam mana?

FS :
pantang bila tengok cerita orang puteh, subtitle melayu tunggang-langgang macam hampeh!

2 comments:

  1. 1. tgk movie english dgn subtitle. next watching, subtitle removed.
    2. tgk video diskusi english.
    3. kartun english withput subtitle,(best style for me).
    4. baca kamus sambil tgk ayat n phase,
    5. berkacap dengan kawan in english, sesetengah je. huhu

    those are ,my style. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa, ada yg lebih kurang sama la.. hihi..

      Delete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.