CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Munakahat

Unknown | 20:33 |
Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah, kali ini aku akan berkongsi sedikit maklumat mengenai ilmu Munakahat kat page ni.
Munakahat ialah ilmu yg berkaitan dengan hal ehwal pembentukan dan pembubaran keluarga.
Yg selebihnya akan kita bincangkan seperti di bawah.

ni kitab Munakahat yg aku guna masa belajar dulu


Pengertian Nikah
Nikah dari segi syara' bermaksud akad 'ikatan' yg menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dgn kata-kata yg menunjukkan nikah menurut hukum syara'.

Dalil Islam Menggalakkan Nikah :

' Maka berkahwinlah kamu dgn sesiapa yg kamu berkenan dr perempuan-perempuan lain; 2, 3 atau 4. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu )
maka ( berkahwinlah dgn seorang shj ) '
( Surah an-Nisa' : 3 )

Hukum nikah terbahagi kpd 5 :
1) Harus ( Jaiz ) : Ini hukum yg asal.
2) Sunat : Sunat bg org yg mahu berkahwin serta mempunyai perbelanjaan yg cukup termasuk menanggung nafkah.
3) Wajib : Wajib bg org yg berkemampuan utk berkahwin dan takut akan terjebak dgn maksiat ( zina ).
4) Makruh : Makruh bg org yg tidak berkemampuan, atau tidak berhajat utk berkahwin serta tidak ada nafsu yg disebabkan oleh pelbagai sebab, di samping tidak mempunyai perbelanjaan.
5) Haram : Haram bg org yg berniat utk menyakiti atau menganiaya perempuan yg dikahwininya spt tidak memberi nafkah zahir atau batin atau menderanya.


Tujuan nikah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah :
1) Mengekalkan dan meneruskan kehidupan manusia sbg hamba Allah dan khalifah di bumi Allah.
2) Memastikan nilai-nilai akhlak mulia yg menjadi asas hidup manusia dlm mendapatkan kekuatan jasmani dan rohani.
3) Mendapatkan ketenangan, menyalurkan rasa cinta dan kasih sayang antara lelaki dan perempuan secara halal.
4) Menyelamatkan manusia drpd jebak maksiat dan azab neraka terutamanya zina dan gejala sosial.
5) Memberi jaminan sosial dan ekonomi utk kesejahteraan hidup.
6) Mengembangkan zuriat dan kaum kerabat bg membina masyarakat majudan bertamadun.
7) Menanamkan semangat persaudaraan dan semangat berkorban bg mencapai matlamat utama iaitu mendapatkan kebahagiaan ( al-falah ) yg diredhai Allah Taala.


Memilih Calon Suami atau Isteri

Panduan 1 - Yg paling utama mereka hendaklah dipilih berdasarkan :
  1. Berpandukan agama dan mengamalkan suruhan agama
  2. Berakhlak mulia dan sentiasa menjaga maruah
  3. Berfikiran terbuka dan menghormati pendapat orang lain
  4. Pandai berkomunikasi dan mesra dalam perhubungan
  5. Tabah dan sabar
  6. Jujur, bertanggungjawab dan penyayang
  7. Setaraf ( sekufu ) dr segi keturunan, kedudukan, usia, penampilan diri, paras rupa dan seimbang dr segi pendidikan
  8. Sihat atau berpotensi utk melahirkan anak
  9. Memahami prinsip kekeluargaan dan tujuan berkeluarga
  10. Daripada keluarga yg baik ( soleh )

Panduan 2 - Cara membuat pilihan

A) Pihak yg terlibat membuat pilihan :
1. Lelaki
2. Perempuan
3. Keluarga lelaki dan perempuan

B) Semua yg terlibat mestilah :
1. Memahami dasar pemilihan ( Panduan 1 ) dan menjadikannya sbg asas membuat pemilihan
2. Berpegang kpd dalil a-Quran dan hadith Rasulullah saw
3. Menghormati hak, kebebasan pendirian dan pendapat semua pihak
4. Bermesyuarat dgn semangat kekeluargaan dan bersikap terbuka
5. Tidak terburu-buru membuat keputusan
6. Melakukan solat istikharah
7. Menerima keputusan yg terbaik dan bertakwa kpd Allah Taala


MERISIK DAN MEMINANG

Merisik
- Biasanya dilakukan oleh pihak lelaki, namun begitu tidak salah jika pihak perempuan merisik lelaki.
- Dilakukan sendiri oleh ibu atau ayah pihak lelaki atau menghantar wakil ke rumah pihak perempuan.
- Tujuan : bertanya-tanya perihal anak perempuan keluarga tersebut samada sudah dipinang orang atau belum dan membawa hajat untuk melamarnya.

Perbincangan dalam merisik :
1) Pengenalan kedua-dua keluarga
2) Pengenalan kedua anak lelaki dan perempuan
3) Menyatakan hasrat merisik
4) Persefahaman antara kedua pihak
5) Terima atau tolak hasrat pihak lelaki


Meminang
- Membawa maksud menyatakan hasrat untuk menjadikan anak perempuan yang dirisik sebagai bakal isteri.
- Pihak lelaki biasanya akan membawa sesuatu hadiah dan barang yang boleh menjadi tanda pertunangan seperti cincin pertunangan.

Perbincangan dalam peminangan :
1) Memperjelaskan hasrat dalam risikan dan persetujuan pihak perempuan menerima hasrat pihak lelaki
2) Membaca khutbah meminang
3) Melakukan peminangan (penyataan hasrat pihak lelaki dan penerimaan pihak perempuan)
4) Memberi hadiah atau tanda pertunangan
5) Perbincangan mengenai akad nikah dan majlis walimatul-urus

Hukum Meminang :
A) HARUS - meminang gadis atau janda yang sudah habis edah atau yang telah ditalak tiga edah ba'in, edah wafat atau wathi syubhah.

B) HARAM - meminang janda yang dalam edah raj'ie dan haram meminang perempuan yang masih dalam pinangan orang lain (kecuali telah nyata pinangan itu ditolak atau telah diputuskan)


Panduan
Islam membenarkan lelaki melihat perempuan yang menjadi pilihannya untuk dijadikan isteri dengan tujuan :
1) mengenali dengan lebih jelas
2) mengetahui tahap keteguhan agamanya
3) mengetahui tahap keluhuran pekertinya
4) mengetahui tahap pemikiran dan emosinya
5) mengetahui hal-hal peribadinya yang lain


RUKUN NIKAH

1) Sighah (lafaz ijab dan qabul)
2) Wali
3) 2 orang saksi
4) Lelaki (bakal suami)
5) Perempuan (bakal isteri)

contoh akad nikah (kredit kpd uncle Google dan kepada yg snap gambar ni)

2 comments:

  1. Alhamdulillah...semoga usaha murni ini diberkati Allah...Amin..

    ReplyDelete
  2. bagus maklumat nie untuk yang bakal berkahwin('',)

    ReplyDelete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.