Ok semua, topik kali ni, kita baca santai-santai je. namun begitu, masih ada kepentingan dalam hidup kita semua. ini merupakan hasil pembacaan saya dari satu artikel dan saya ingin kongsikan dengan anda. sama-sama jadikan iktibar untuk diri kita semua. insyaAllah.
Bagaimana seorang ayah boleh derhaka pada anaknya?
Dikisahkan bahawa seorang lelaki pernah mengadu kepada Umar al-Khattab tentang anaknya yang derhaka. Umar pun memanggil anak orang tua itu dan mengherdiknya kerana menderhaka kepada ayahnya.
Anak : wahai Amirul Mukminin, bukankah anak memiliki hak ke atas orang tuanya?
Umar : betul
Anak : apakah hak anak itu?
Umar : memilih calon ibu yang baik untuknya, memberinya nama yang baik, dan mengajarkan al-Quran
Anak : wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu pun dari apa yang engku sebutkan. adapun ibuku, ia seorang bekas hamba sahaya orang majusi; dia menamakanku Ju'lan (kumbang), dan tidak mengajarku satu huruf pun dari al-Quran
Umar al-Khattab segera memandang dan berkata kepada orang tua itu,
"engkau datang untuk mengadukan kederhakaan anakmu, padahal engkau derhaka kepadanya sebelum dia menderhakaimu. engkau berbuat yang buruk kepadanya sebelum dia berbuat buruk kepadamu"
Rasulullah sangat menekankan supaya kita memberi nama yang baik kepada anak.
Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama kalian dan nama ayah kalian, maka perbaikilah nama kalian." (HR Abu Darda')
wallahu'alam
notakaki :
kepada para lelaki yang bakal berkahwin, carilah dan kahwini ibu kepada anak anda yang boleh membantu anda membawa keluarga anda ke syurga.
jangan biarkan diri anda menjadi seperti kisah di zaman Umar al-Khattab.
dan usah menyesal andai anak anda berlaku derhaka kepada ayah dan ibunya sendiri.
terima kasih untuk peringatan ni :)
ReplyDelete