CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

22 October 2010

Sistem pemerintahan yang terbaik

CPFZ | 15:47 |
Akhir-akhir ni kita dikejutkan ngan pelbagai berita,
ada berita yang enak dan tak kurang juga yang tak berapa enak,
(bukan enak dari segi rase, oke?)
tapi rasenya lagi banyak berita yang kurang enak.
Isu yang sering diperkatakan apabila berita ini tersebar, mesti akan berkaitan ngan sistem pentadbiran atau pemerintahan Islam.

Apa kata kita cuba lihat,
bagaimana sistem pemerintahan Islam yang sebenarnya,
seperti sistem yang digunakan oleh Nabi Junjungan SAW kita kira-kira 1400 tahun yang lepas.


1- Apa yang dikatakan dengan negara Islam?
Negara Islam ialah ‘negara yang mengarahkan serba-serbi urusan pemerintahan kepada hukum Islam, yang menjadikan al-Quran dan Hadith serta ijtihad yang benar sebagai sumber’.

[Ijtihad : usaha sepenuh tenaga bagi mendapatkan suatu hukum untuk sesuatu masalah agama yang sulit, yang mana kita tak jumpa penjelasan dan keterangan yang tegas tentangnya]

Pemerintahan Islam ini WAJIB dilaksanakan,
sebab ia untuk menegakkan undang-undang ALLAH swt, merealisasikan keadilan dan kesaksamaan juga melaksanakan kebajikan.

2- Prinsip-prinsip yang digunakan?
i)   Musyawwarah : mesyuarat dalam penentuan ketua negara
ii)  Keadilan : meletakkan sesuatu pada tempatnya atau yang berhak
iii) Kebebasan : bebas tetapi tidak terkeluar dari batasan
iv) Persamaan : iktiraf kesamaan manusia dari segi hak dan tanggungjawab

3- Elemen-elemen penting pembentukan negara Islam?

A) Wilayah : rakyat terikat dengan peraturan dalam wilayah tertentu

B) Majlis Syura : badan permesyuarat tertinggi negara

C) Ketua Negara : orang Islam yang mempunyai syarat-syarat seperti yang ditentukan oleh syarak

D) Rakyat :
- Muslim : berhak bernaung dan mastautin di bawah pemerintahan Islam serta berhak menikmati kemudahan yang ditetapkan
- Non-muslim : bebas amalkan kepercayaan agama, kebudayaan dan adat resam masing-masing, bebas mencari rezeki dan mendapat pendidikan serta berhak dapat perlindungan

E) Undang-undang : al-Quran dan Hadith sebagai sumber dan rujukan

F) Badan Kehakiman : punyai kuasa mutlak dan bebas daripada pengaruh badan eksekutif dan legislatif

G) Pentadbiran dan Penguasaan : pemerintahan negara berdasarkan al-Quran dan Hadith, berpaksikan Tauhid kepada Allah swt, mesti melaksanakan syariat Islam dan mengutamakan akhlak yang mulia.

4- Matlamat?
1) Menegakkan perundangan dan hukum ALLAH swt
2) Merealisasikan keadilan manusia
3) Melaksanakan kebajikan dalam segala aspek
4) Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat

5- Ciri-ciri negara Islam?
A) Berdasarkan al-Quran dan Hadith, disamping ijtihad, ijmak ulama dan Qias

B) Melaksanakan amar maaruf dan nahi munkar
C) Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan
D) Jaminan kebebasan hak asasi
E) Ketua negara yang adil dan beriman
F) Majlis Syura sebagai asas pemerintahan



Selepas membaca entri khas lagi islamik ini,
apakah pendapat kalian?

12 comments:

  1. ada juga belajar ni time form 5 dulu2, nice revision la!

    Jom kasi pecah : Kapal Karam :P

    ReplyDelete
  2. betul2 penah blajar dulu

    ReplyDelete
  3. sistem zaman nabi n sistem zaman skg..

    sgt jauh beza.ngaku negara islam.tapi pemimpin kapir.mengarut sungguh kan.haha

    ReplyDelete
  4. Sy rasa negara kita masih bukan 100% negara Islam.

    Agama rasmi mmg Islam.

    Masih byk yg perlu dilakukan utk layak bergelar negara Islam sejati

    ReplyDelete
  5. @suffer8zine
    sape amik Tasawwur,mmg belajar..
    :)

    ReplyDelete
  6. @Jelly Beku
    bagus laa kan..
    ilmu jugak..
    ^.^

    ReplyDelete
  7. @- koroe -
    beda banget deh,
    jaman Nabi kita dulu dan jaman kini..
    huhu..

    ReplyDelete
  8. @Hairil Rizal
    berapa % nya,
    tak tahu laa kan..
    huu~

    ReplyDelete
  9. negara kita ni tak amalkan undang2 dan sistem pemerintahan islam pun...

    ReplyDelete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.