CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 June 2012

Info Seks dan Kesihatan

CPFZ | 10:30 |
1. Berkhatan cegah kanser prostat
SELAIN untuk kesihatan, khatan (bersunat) dapat mencegah kanser prostat. Ini adalah hasil  kajian di Hutchinson Center of Public Health, di mana kajian mendapati lelaki yang telah berkhatan sebelum melakukan hubungan seks untuk kali pertama, memiliki kurang dari 15% kemungkinan diserang kanser prostat, berbanding dengan lelaki yang tidak berkhatan.




2. Junk food jejas kualiti sperma
KAJIAN berskala kecil dijalankan di AS, dilaporkan bahawa lelaki yang gemarkan makanan tinggi lemak cendeung mempunyai sperma yang sedikit. Kajian jga mendapati makanan diet yang tinggi dengan omega-3 yang banyak dalam ikan, membantu meningkatkan kualiti sperma.




3. Lelaki berkulit sihat lebih menarik
WANITA lebih tertarik kepada lelaki yang mempunyai kulit yang sihat, berbanding mereka yang berwajah maskulin. Seorang pakar psikologi dari Universiti Notthingham Malaysia mendapati bahawa kulit lelaki juga menjadi penunjuk tahap kesihatannya.

4. 10 kali ganda testosteron
LELAKI muda memiliki 10 kali ganda testosteron pada awal 20-an dan merupakan saat kemuncak bagi daya rangsangan seks mereka sebelum menurun kemudiannya. Bagi wanita, ia adalah sebaliknya, daya rangsangan seks wanita mencapai tahap tertinggi di penghujung 20-an hinga awal 30-an.




sumber :
iSIHAT-mei2012

0 kata-kata indah:

Post a Comment

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.