Salam ceria semua, semoga sihat hendaknya. entri kali ni, cik FS sambung berkenaan PAFA, dah lupa? boleh la terjah semula apa itu PAFA.
Mengucap Dua Kalimah Syahadah
cik FS yakin, semua yang beragama Islam pasti tahu dan faham apa itu mengucap dua kalimah syahadah. tapi tak cukup sekadar tahu dan melafazkan, harus tahu juga maksud kalimah tersebut, baru dapat menghayati lafaz kalimah syahadah itu.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.
(sila jangan pertikaikan kenapa kita tak mengucap nama nabi yang lain)
dua kalimah ini wajib diucapkan sekurang-kurangnya 5x sehari semalam iaitu semasa mengerjakan solat fardhu ketika membaca Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir. termasuk juga semasa mengerjakan solat-solat sunat.
Selain itu, kalimah syahadah ini wajib diucapkan dalam upacara seseorang kafir yang memeluk agama Islam. pengakuan dan ikrar di dalam hati "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah" adalah menjadi pengesahan bahawa mulai saat itu dia telah menjadi seorang Islam. maka, wajiblah bagi dia mentaati segala hukum-hakam Syar'iah yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Untuk memperteguhkan lagi pengakuan dan ikrar itu, umat Islam haruslah selalu menyebutnya berulang-ulang walaupun bukan di dalam waktu solat. menyebutnya di luar solat dinamakan 'ZIKIR' iaitu bererti mengingati Allah. ucapan zikir mempunyai pelbagai nama dan cara sebutan seperti Tahlil, Tasbih, Tahmid, Takbir dan lain-lain. tetapi zikir yang paling utama (menurut hadis Nabi saw) ialah menyebut kalimah "LAA ILAA HA ILLALLAH".
Entri lain :
PAFA : Pengenalan
basic ni.. kene konkrit dalam dada. alhamdulillah sebab dah menjadi rutin yng 5 kali sehari tu. tp kalau ada xtra lagi bagus. :)
ReplyDeletebatul tu, syahadah adalah asas.. apa bukti seseorang tu beragama Islam kalo kalimah syahadah pun x tahu..
Delete