CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

22 October 2012

Kisah hujan lebat dan bola sepak

CPFZ | 09:55 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Alhamdulillah, kita semua masih dapat bernafas dan hidup seperti hari-hari sebelumnya. apa lagi nikmat terunggul selain itu wahai manusia-manusia sekalian?

Berbalik pada tajuk entri kali ni, hmm.. ada apa ek? :D


Takde yang relevan pun sebenarnya antara tajuk dengan isi kandungan entri, agaknya kot?
tapi hujung minggu ni betul-betul mencabar tahap keimanan. eh? bukan, tapi tahap kesabaran.
ceritanya? letak point utama jela, malas nak cerita panjang lebar meleret-leret.

1) hujan turun di sepanjang perjalanan dari Johor ke Puncak Alam, Selangor. tempoh perjalanan yang kebiasaannya sekitar 4 jam ( ± berhenti solat ) menjadi hampir 7 jam.

2) kenderaan di jalan-jalan dan lebuh raya bergerak dengan kelajuan yang agak perlahan. ini semua gara-gara AES yang entah-apa-apa-yang-macam-menyusahkan. selalu boleh speed 90km/j, tetiba jadi 70km/j. hampeh.

3) coverage Maxis di Puncak Alam yang macam harem. status di smartfon menunjukkan bar yang kosong, atau lebih tepat lagi dengan simbol ( Ø ). tak pernah tengok? sila tanya pakcik gugel. terpaksa padamkan hasrat untuk nak hantar mesej, terima mesej, buat call, dan online.

4) perlawanan bola sepak malam Sabtu kelihatan tidak bersih dan agak berat sebelah. kenapa? pasukan ATM dapat jaringkan gol ke-3 tapi dikira offside. manakala pasukan Kelantan bermain-main dan bergurau senda dengan pasukan medic terutama yang duk usung stretcher ( betul ke ejaannya tu? ). ini bukan saya yang kata, tapi orang yang bercerita.
apa pun, tahniah buat kedua-dua pasukan tersebut.

5) hujan turun mencurah-curah semasa konvokesyen sesi petang Ahad di UKM, Bangi . konon nak keluar berjalan ke pesta konvo, malangnya Tuhan menurunkan hujan dengan lebatnya. sesi konvo tamat pun, hujan masih turun.

notakaki :
sabar itu sebahagian daripada iman


FS :
1- terima kasih kepada semua tetamu yang datang singgah blog ni :)
2- dapat undangan perkahwinan. si lelaki kawan sekolah menengah, bakal pengantin perempuan plak kawan sekolah rendah. ahai, dua-duanya kawan sekolah yang dikenali.

1 comment:

  1. saat akhir jea tu mmg nampak la salah kelantan kan.mcm nampak main2. tapi kalau tgk awal2 perlawanan dah tak adil dah utk kelate.kelate jea yg dpt kad kunig walaupun buat salah skit.yg jatuhkan sharul idlan talha dua kali tu cuma bg amaran jea.
    kalau pi stadium lagi la bengang. ,kalau kelantal gol diorg tak bgtau pun.kalau atm gol, diorg umum .adik sis pi sana. kena tgk fb baru tahu sapa yg jaringkan gol..hehe
    setiap pasukan ade kelebihan masing2 kan :)

    ReplyDelete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.