Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...
Salam hari Khamis, harap sihat dan ceria selalu hendaknya.
katakan "Tak Nak pada Rokok",
eh? iklan tetiba. *chuckle*
Sengaja kan, cik FS buat tajuk entri macam ni, gara-gara sedara Bro Framestone punya status kat fesbuk beliau la ni, haha. Status apa ek? ahai, status pasal jiwang-jiwang, pasal kawen-kawen la, maklum je, beliau kan bakal mendirikan rumah dan tangga dalam masa beberapa minggu dari sekarang. jangan sampai takde atap plak rumah dan tangga tu, kih kih..
Oh, jum semak, hari apa yang boleh dihitung :
1) Hari lahir diri sendiri
- menghitung hari ulangtahun kelahiran yang kesekian-sekian, eksaited kan? lagi-lagi duk tunggu orang wish, orang bagi hadiah.. :D
2) Hari ulangtahun perkahwinan
- khas untuk yang sudah berkahwin je, yang belum, opkos la takde istilah ulangtahun perkahwinan, okeh. siap plan untuk ber'huneymun' kan..
3) Hari peperiksaan besar - UPSR, PMR, SPM, STPM
- ye kan? kat sekolah mesti ada papan tanda yang siap mengira hari yang berbaki sebelum peperiksaan tiba. budak sekolah akan menjerit 'Merdeka' bila exam tamat, kui kui..
4) Hari pernikahan
- kalo yang ni, idak ler dapat disangkalkan lagi, opkos menunggu masa menghitung hari untuk bernikah bersama pasangan memasing, bak status sedara Bro Framestone - 38 hari sebelum dapat "sijil halal". dah macam nak bukak restoran cawangan pertama la plak, kih kih..
5) Hari melahirkan kandungan
- dah nikah, mengandung la plak kan? rezeki, rezeki. menanti hari, eh, menanti berminggu-minggu sehingga lar saat untuk melahirkan, eksaited, ngeri, bimbang, semua ada..
6) Hari nak puasa dan raya
- eksaited nak berpuasa, tapi lebih eksaited menghitung hari untuk sambut hari raya, kan, kan?
Itulah antara hari-hari yang boleh dihitung, ada lagi tak ek? opss, tapi ada jugak hari yang tak boleh dihitung. apakah dia?
i) Hari kematian
- sah-sah kita takkan tahu hari kematian kita secara spesifiknya, bila, dan kat mana. melainkan manusia yang terpilih, yang diberi hint tentang ajal yang mendekat.
ii) Hari kiamat
- ini adalah sebahagian rahsia Allah swt. seluruh hambaNya tak dapat tahu bila akan jadi hari kiamat, tak payah nak hitung-hitung. sebagai manusia, kita buatlah amal selagi mampu, selagi sempat.
FS :
terkena tempias stress gara-gara enchek mucuk mengadu stress, haha..
04 October 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Entri Popular
-
Bismillah. Assalamu’alaikum. Apa khabar semua? Sihat? Moga semua dalam keadaan sihat. Lama saya tak menulis. Bulan le...
-
Kisah pasangan suami isteri. hiasan semata-mata Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata, "..i letih la.....
-
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu... Salam Ramadhan, hari ni dah masuk hari ke-4 kan, cepat betul masa berlalu, mudah-mudahan, amal ...
-
Oke, hari ni aku takde mood sangat nak membebel atau merapu2, kita terus pada point2 utama. Situasi : 1- sedang korang berjala...
-
waw!! kih kih kih .. sila perhati betul-betul yaaaa ..... ahahah .. asal ada -SX je kat belakang tuh, reramai duk excited, ye kan? ka...
Kategori
ben ashaari
blogroll blogger
carian khas
catatan perjalanan
celoteh FS
cerita ceriti
cerita kehidupan
cerita seks
contest
cupcakes
fikrah Jumaat
foto android
fotografer izham
gambar kreatif
hari raya
joran
keagamaan
kelahiran pramatang
kesihatan lelaki
kesihatan tubuh
kesihatan wanita
khas
kisah haiwan
kisah hantu
kisah peribadi
kisah sahabat
kisah wanita
konspirasi
lagu-lagu
madu asli
maher zain
maintenance
malam jumaat
masalah remaja
menu sihat
movie thriller
muhasabah diri
mutiara kata
pemerintahan islam
perkara pelik
petua kecantikan
program bersih
promosi
rahsia diri
Sirah
suka-suki
tagged
Tasneem Naturel
teknologi semasa
tentang perkahwinan
travian
tutorial screensaver
wordless wednesday
Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.
setuju.. dalam banyak2 hari, hari kiamat dan juga hari kematian kita tak dapat nak hitung..
ReplyDelete