Pertama : entri ni bersifat umum
Kedua : sila klik butang pangkah di hujung penjuru kanan sekiranya tak berminat
bila sebut tersurat dan tersirat, ramai kot yang sedia maklum apa kebendanya dua istilah ni. rasanya zaman sekolah
tersurat adalah apa yang tertulis, yang kita boleh nampak, yang kita boleh tahu dan fahami secara kasar dan luarannya. oh ye, mikroorganisma macam bakteria, virus, dan yang kecil-kecil tu tetap tak boleh dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan mikroskop, walaupun mereka tu dikategorikan sebagai luaran. takrifan ni juga tak termasuk dengan sesuatu yang diisi dalam sampul surat. kih kih.
tersirat? kebanyakan yang kita tak dapat nampak dengan mata kasar, yang tersembunyi, yang berselindung di sebaliknya, perlukan mata hati dan minda untuk mengorek dan mengupas
foto ni takde kaitan dengan tersurat atau tersirat, haha! |
contoh mudah tersurat dan tersirat?
suratan takdir yang orang selalu sebut-sebut, kan? means, takdir yang telah ditetapkan, terang-terang depan mata, berlaku dalam hidup. itulah yang dikatakan tersurat, telah tertulis.
tersirat? sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup, merupakan takdir, yang mana terdapat maksud tersirat, maksud yang tersembunyi di sebalik kejadian itu. maksud tersirat inilah yang dikatakan sebagai hikmah.
notakaki :
hidup di dunia ini penuh dengan segala yang tersurat dan tersirat,
tiada satu pun yang terlepas.
inilah ujian dari yang Khaliq kepada mahkluk-makhlukNya
FS :
dua tahun menanti untuk itu, tapi masih belum pasti bila akan jadi isteri orang, ekeke..
Ty LOVE the #notakaki !!!
ReplyDeletemekaseh yanty.. :)
Delete