Bismillah.
Assalamu’alaikum.
Alhamdulillah, sekarang ibadah haji sudah sampai pada
kemuncaknya. Saya sendiri belum berpeluang nak melaksanakan ibadah haji ni tapi
saya pun taknak tertinggal menulis sikit berkenaan ibadah haji ni. Cumanya kali
ni saya bukan nak sampaikan berkenaan rukun-rukun haji atau cara mendapat haji
mabrur tapi saya cuba nak membawa awak semua memandang lebih luas lagi
berkenaan ibadah haji ni. Sebabnya, ada banyak lagi perkara yang terkait dan
perlu dibincangkan termasuk lah hal-hal berkaitan politik, ekonomi, penyatuan
umat Islam dan selainnya.
Kita ni umat Islam sekarang, hari-hari kita sering
disibukkan dengan banyak perkara yang melalaikan seperti bola, konsert, Tv,
game dan sebagainya. Mungkin itu lah ‘senjata’ yang orang kafir gunakan untuk
menjauhkan umat Islam daripada memikirkan masalah umat. Malah sampai satu
tahap, kita ingat hal-hal umat tu hanya perlu difikirkan oleh ahli politik,
ustaz-ustaz, dan orang yang sealiran mereka saja. Sedangkan, Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud ;
“Siapa saja di pagi hari tidak memikirkan masalah kaum
muslimin, maka bukan termasuk golongan mereka.” (HR Al-Hakim)
Dulunya sebelum kedatangan Islam, Mekah tidak menjadi
rebutan pun. Walaupun dikelilingi oleh dua kuasa besar ketika itu iaitu Parsi
di sebelah kanan dan Rom di sebelah kiri. Kerana keadaan tempatnya yang kering
kontang dan penduduknya yang jahil dan mundur. Sekarang ni jadi tumpuan
berjuta-juta orang datang setiap tahun, untuk melaksanakan ibadah haji. Agaknya
kalau tak ada haji? Tak tau lah…
Ibadah haji adalah ibadah jemaah yang dilakukan pada waktu
yang sama, di tempat yang sama. Ketika musim haji, seluruh jemaah haji dari
berbagai penjuru dunia berkumpul, bertemu dan berinteraksi. Di sana, mereka
mempunyai tujuan yang sama. Selain itu, mereka juga kukuh, terbukti bahawa umat
Islam mampu melakukan manasik yang sama, pada waktu dan tempat yang sama. Bukan
digerakkan oleh kekuatan fizikal pemimpin mereka, tetapi kekuatan akidah dan
pemahaman agama mereka.
Ia menunjukkan umat Islam itu boleh bersatu walaupun antara berkulit
hitam, merah dan putih. Walaupun dari pengikut mazhab yang berbeza-beza,
walaupun antara pemerintah dan rakyat biasa, majikan dan pekerjanya. Mereka
semua sama, di balut kain putih tak berjahit, berada di tengah panas padang
pasir, tidak tertutp kepala dan berhimpit-himpit. Masing-masing mengharapkan
keredhaan Allah SWT. Tak pernah pun terjadi, tiba-tiba ada orang nak tawaf ikut
arah jam, yang sepatutnya lawan jam. Hehe.
Kebiasaannya ketika haji nanti media akan turut sama
bercakap tentang bukti penyatuan umat Islam. Persoalannya, adakah penyatuan itu
cuma berlaku dalam ibadah haji? Adakah umat Islam itu terpecah belah ketika
bernegara? Adakah umat Islam itu tak bersatu dalam kehidupan? Umat Islam di
Masjidil Aqsa bagaimana??
Selasa lepas, Palestin diserang lagi dengan bom fosforus. |
Tau tak, sebenarnya buat haji tu, dalam seminggu jek. Tapi
kenapa umat Islam sekarang kena pergi lebih kurang 40 hari? Termasuk pakej
untuk melawat Madinah sedangkan melawat Madinah tak termasuk salah satu rukun
haji pun. Ini la antara sebab yang menjadikan nak pergi haji tu jadi mahal.
Dengan sebab ni la ada beberapa pihak tu dapat kaut keuntungan dan kita lah
yang kena kerja keras untuk kumpul duit. Mungkin ada yang rasakan ianya tak ada
masalah memandangkan kita pergi haji mungkin sekali seumur hidup, jarang
berpeluang dapat melawat dua kota suci dan kemudahan yang disediakan agak
bagus. Cumanya, nak diingatkan yang pergi haji ni satu ibadah. Bukan
perniagaan. Sumber pendapatan negara tu sepatutnya bukan daripada ibadah haji.
Malah beberapa ketika dulu, umat Islam malah mewakafkan tanah
untuk dijadikan sebagai rumah tumpangan bagi jemaah haji dengan siap diberi
makan sekali dan ianya diberikan secara percuma! Sebabnya, itu adalah peluang
besar mereka untuk mendapat pahala. Ya, umat Islam dulu sangat-sangat mengejar
pahala bukan harta. Tak pasti kalau ada lagi rumah macam tu sekarang ni.
Sekarang untuk memasuki Arab Saudi, umat Islam memerlukan passport
dan visa. Passport tu untuk pengenalan diri bila berada di luar negara, kalau
tak ada tu yang jadi pendatang haram. Visa tu pulak kebenaran untuk kita duduk
dekat satu-satu negara tu. Kalau sekarang ada visa haji, visa umrah dan sebagainya.
Umat Islam, nak masuk tanah umat Islam, kena ada passport dan visa? Dan dua-dua
(passport & visa) ni kena bayar. Ah, duit lagi…Agaknya masa Tanah Melayu (Malaysia)
dan Hijjaz (Arab Saudi) di bawah pemerintahan Khilafah Uthmaniyah dulu, kita
dari sini kena pakai passport dan visa tak untuk pergi haji?
Dulunya umat Islam disatukan dari Andalusia (Sepanyol)
hinggalah ke Nusantara. Di bawah pemerintahan seorang Khalifah. Barat nampak
kesatuan umat Islam yang sangat kukuh, jadi mereka jajah tanah umat Islam satu
persatu dan akhirnya berjaya meruntuhkan Daulah Khilafah Uthmaniyah pada tahun
1924 atas bantuan si Mustafa Kamal At-Tartuk laknatullah. Yang mana saya
belajar masa sekolah dulu, dia dikenali sebagai Bapa Pemodenan Turki. Antara
‘pemodenan’ yang si pengkhianat ni buat adalah menukar bahasa rasmi Arab kepada
Rumi (Turki), azan dalam bahasa Turki, melarang Muslimah memakai pakaian menutup
aurat, menjadikan Turki sebagai negara Republik. Dasyat sungguh tipu daya yang
berlaku. Sehinggalah akhirnya tanah umat Islam terpecah kepada 57 buah negara.
Asalnya satu negara. |
Orang kafir tu sibuk pecah belahkan umat Islam melalui dasar pecah dan perintah (Divide and Rule), dalam masa
yang sama dia sendiri buat satu kesatuan antara negara-negara Eropah yang
dikenali sebagai Kesatuan Eropah atau EU[1]. Tujuannya supaya dapat bersaing
dengan Amerika, dari segi ekonomi dan kekuatan. Sampaikan, Turki dari beberapa
tahun lalu sampai sekarang masih lagi mohon untuk dapat bergabung di bawah EU.
Sebabnya antara kebaikannya tu ialah nilai matawang tinggi, dan nanti rakyat
Turki tak perlu passport dan visa untuk bekerja di mana-mana negara yang turut
bersama di bawah EU. Padahal bahagian Turki yang masuk dalam benua Eropah tu
cuma 10% jek, bahagian Konstantin (Istanbul), yang lebihnya 90% tu dalam benua
Asia. Tengok, bagusnya bila kita bersatu
di bawah satu negara.
Bila Arab Saudi yang menguasai Mekah, Arab Saudi bebas nak
bagi quota haji berapa dan berapa. Kena bergantung pada kehendak dia (Arab
Saudi). Nanti bila dia tak suka satu satu negara, dapat lah quota sikit.
Contohnya Iran, Iran Syiah. Sampaikan satu tahap, Iran akhirnya membuat Kaabah
sendiri! Satu kesesatan yang nyata. Dalam stadium pulak tu. Saya bukan nak
backup syiah, yang saya tau syiah ni dah memang majoriti tak betul. Cuma saya
nak sampaikan tu, betapa teruknya perpecahan kita umat Islam. Kesesatan yang
nyata pun kita tak dapat halang.
Tu dia... |
Lagi menyedihkan bila ibadah haji dah jadi macam tempat
hapus dosa. Masa pergi tu, betul-betul dia hafal mana tempat yang doa makbul.
Mesti bersungguh-sungguh mintak ampun. Tak salah pun mintak ampun. Tapi
kebanyakan yang jadi sekarang, macam yang saya cakap, mindset kita pergi haji
tu macam tempat untuk hapus dosa. Sebabnya, bila balik semula, kembali semula
buat maksiat. Maksiat macam mana tu? Termasuk la tak solat, tak tutup aurat,
minum arak, ambil riba, rasuah, dan sebagainya. Nanti bila rasa diri dah penuh
dosa, pergi haji lagi dan lepas tu buat perangai balik. Tu yang salah. Kalau
macam tu hampir sama la dengan Kristian, buat dosa banyak-banyak lepas tu
hujung minggu jumpa paderi mintak hapus dosa…
Bahkan, ada pendapat yang mengatakan bahawa banyak orang
yang melakukan haji pada masa kini, hajinya itu tidak sah. Kerana di-qias dengan
hadis Nabi saw. :
“…seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya
kusut dan berdebu lalu menadahkan kedua tangannya ke langit seraya berkata, “Ya
Rabb, Ya Rabb…”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya dari yang
haram, dicukupi dari yang haram, maka mana mungkin dikabulkan doanya?” (HR
Muslim)
Maka semua orang yang pendapatannya (gaji) dari yang haram,
makan benda haram, minum benda haram, pakai dari duit haram, adalah termasuk
orang yang hajinya sia-sia. Lebih-lebih lagi orang yang terlibat dengan riba.
Dari Jabir ra. dia berkata ; “Rasulullah saw. melaknat orang
yang mengambil riba, memberi riba, penulisnya dan kedua orang yang menjadi
saksi atasnya. Dan Baginda saw. bersabda, mereka semua adalah sama.” (HR
Muslim)
Amacam?
Perkara yang wajib dalam Islam tu, bukan hanya rukun Islam
saja ok. Banyak lagi kewajipan kita. Semua perkara hari-hari kita buat mesti
terkait dengan hukum perbuatan dan hukum benda. Malah kita perlu berjuang
supaya hukum syarak tu tertegak 100% sehingga Islam tu menjadi rahmat seluruh
isi alam. Sekarang ni ikan pun tak boleh nak hidup, apa lagi orang. Kes rompak,
zina, bunuh, abang bunuh adik, suami bunuh isteri, anak bunuh mak, bila Islam
tak dilaksana 100%, nyawa tak ada jaminan. Termasuk lah harta, akal, keturunan,
akidah pun tak ada jaminan. Tak terjamin!
Kita lihat juga ibadah haji dan Mekah dari konteks politik.
Salah satunya adalah adanya lembah ‘Aqabah. Iaitu tempat di mana Nabi Muhammad
saw mendapat bai’at pertama dan kedua dari golongan Aus dan Khazraj atau juga
dikenali sebagai Ansar. Tau tak kenapa dipanggil Ansar? Ansar tu maksudnya
pembantu/penyokong/penolong. Mereka dipanggil Ansar kerana merekalah yang
menawarkan pertolongan kepada Rasulullah saw dalam melindungi dakwah Baginda
saw sehinggalah tertegaknya daulah Islam di Madinah.
Selain itu ada juga Hudaibiyah yang mana berlaku peristiwa
perjanjian Hudaibiyah. Di mana Rasulullah saw. sebagai ketua Daulah Madinah
membuat perjanjian dengan wakil musyrikin Mekah yang akhirnya membawa kepada
penaklukan kota Mekah tanpa pertumpahan darah. Agaknya negara umat Islam
sekarang ada tak macam ni? Sama sendiri pun tak bersatu, lagi nak takluk negara
lain? Hmm.
Tapak masjid tempat perjanjian Hudaibiyah |
Tengok juga ibadah haji dan Mekah dari segi ekonomi.
Sebenarnya berlaku ‘penjajahan’ ekonomi di sekeliling Kaabah. Orang kafir
walaupun dia tak boleh masuk Mekah, tapi hotel-hotel untuk jemaah haji tu
banyak syarikat dia yang uruskan. Antaranya hotel Hilton, Le Meridien, dengar
nama jek pun dah tau kan bukan orang Islam punya? Tau siapa punya? Amerika
punya taw[2]. Katanya, untuk memudahkan umat Islam. Tapi harganya, dengarnya
puluh-puluh ribu. Saya nak tekan untuk cek harga pun jadi takut. Haha. Lepas
tu, ada pulak Starbuck. Orang penat-penat jek boikot, last-last depan Kaabah ada
Starbuck. Rasanya keuntungan tu semua banyak mengalir pada siapa?
Kemudian, pergi pula pada Madinah. Bermula dakwah Nabi saw.
selama 13 tahun di Mekah, yang penuh dengan fitnah, penindasan dan boikot. Dan
akhirnya berhijrah ke Madinah setelah mendapat nusroh(pertolongan) daripada
golongan Ansar. Baginda saw malah berjalan kaki dan terpaksa mengambil jalan
yang jauh bagi mengelak daripada ditangkap atau dibunuh.
Di Madinah ada juga masjid Nabawi, tempat Nabi saw. dan para
sahabat beribadah, tempat turunnya wahyu dan tempat yang menjadi pusat pemerintahan Nabi saw.
Selain itu terdapat juga di dalamnya makam Nabi saw. dan Ar-Raudah iaitu taman
syurga di dunia.
Di luar masjid Nabawi, ada pula Tsaqifah Bani Sa’idah yang
menjadi tempat Saidina Abu Bakar di bai’at sebagai ketua daulah Islam yang
kedua menggantikan Rasulullah saw. Jenazah Rasul saw telah ditangguhkan selama
3 hari 2 malam kerana terdapat kewajipan yang lebih utama ketika itu iaitu
mengangkat seorang Khalifah.
Tsaqifah Bani Sa'idah. |
Ketika kita melihat tempat-tempat bersejarah ini, semangat
dan kesadaran politik kita akan bangkit kerana kita sedar bahawa Nabi saw dan
generasi terbaik umat ini dahulu mendirikan negara Islam, melalui perjuangan
yang luar biasa. Sejak merintis di Mekah hingga berdirinya negara ini di
Madinah, Nabi saw dan para sahabat berjuang siang malam bahkan ketika negara
ini telah berdiri, manusia-manusia paling mulia di muka bumi ini malah tidak
pernah berehat. Tidak kurang dari 50 perang besar dan kecil mereka harungi
dalam tempoh 10 tahun. Maka wajar hanya dalam tempoh lebih kurang 9 tahun,
seluruh jazirah Arab berjaya mereka takluki. Hanya dengan menaiki Unta...
Semua memori silam ini akan menimbulkan semangat dan kesedaran
yang memuncak dalam diri kita. Dengan begitu, ketika kita berhaji, tidak hanya
mendapat haji mabrur. Tapi juga menjadi seorang dengan keperibadian yang
berbeza. Di dalam dirinya telah tertanam semangat, kesedaran dan tekad yang
kuat untuk mengembalikan kejayaan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda
Muhammad saw dan para sahabat. Jika saja kekuatan dan kesatuan umat yang dahsyat
ini dipindahkan dalam kehidupan harian kita selepas haji, maka umat ini akan
mejadi umat yang terbaik, terkuat, kuasa besar dunia dan Negara yang tak
terkalahkan. insyaAllah.
“…Kemudian akan kembali Khilafah di atas manhaj kenabian…”
(HR Ahmad)
Wallahua'lam.
p/s : Salam Aidiladha.
[2] - http://en.wikipedia.org/wiki/Le_M%C3%A9ridien http://en.wikipedia.org/wiki/Hilton_Hotels_%26_Resorts
uish.. satu perkongsian yang sangat menarik dan banyak ilmu... rasa banyak pulak kelemahan diri ni..
ReplyDeleteThx for reading. Its time for us to 'wake up' yes?
Delete