CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

25 October 2012

Ibadah Haji Dan Penyatuan Umat.

Muhammad Akmal | 16:46 |
Bismillah.


Assalamu’alaikum.


Alhamdulillah, sekarang ibadah haji sudah sampai pada kemuncaknya. Saya sendiri belum berpeluang nak melaksanakan ibadah haji ni tapi saya pun taknak tertinggal menulis sikit berkenaan ibadah haji ni. Cumanya kali ni saya bukan nak sampaikan berkenaan rukun-rukun haji atau cara mendapat haji mabrur tapi saya cuba nak membawa awak semua memandang lebih luas lagi berkenaan ibadah haji ni. Sebabnya, ada banyak lagi perkara yang terkait dan perlu dibincangkan termasuk lah hal-hal berkaitan politik, ekonomi, penyatuan umat Islam dan selainnya.


Kita ni umat Islam sekarang, hari-hari kita sering disibukkan dengan banyak perkara yang melalaikan seperti bola, konsert, Tv, game dan sebagainya. Mungkin itu lah ‘senjata’ yang orang kafir gunakan untuk menjauhkan umat Islam daripada memikirkan masalah umat. Malah sampai satu tahap, kita ingat hal-hal umat tu hanya perlu difikirkan oleh ahli politik, ustaz-ustaz, dan orang yang sealiran mereka saja. Sedangkan, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ;


“Siapa saja di pagi hari tidak memikirkan masalah kaum muslimin, maka bukan termasuk golongan mereka.” (HR Al-Hakim)


Dulunya sebelum kedatangan Islam, Mekah tidak menjadi rebutan pun. Walaupun dikelilingi oleh dua kuasa besar ketika itu iaitu Parsi di sebelah kanan dan Rom di sebelah kiri. Kerana keadaan tempatnya yang kering kontang dan penduduknya yang jahil dan mundur. Sekarang ni jadi tumpuan berjuta-juta orang datang setiap tahun, untuk melaksanakan ibadah haji. Agaknya kalau tak ada haji? Tak tau lah…


Ibadah haji adalah ibadah jemaah yang dilakukan pada waktu yang sama, di tempat yang sama. Ketika musim haji, seluruh jemaah haji dari berbagai penjuru dunia berkumpul, bertemu dan berinteraksi. Di sana, mereka mempunyai tujuan yang sama. Selain itu, mereka juga kukuh, terbukti bahawa umat Islam mampu melakukan manasik yang sama, pada waktu dan tempat yang sama. Bukan digerakkan oleh kekuatan fizikal pemimpin mereka, tetapi kekuatan akidah dan pemahaman agama mereka.


Ia menunjukkan umat Islam itu boleh bersatu walaupun antara berkulit hitam, merah dan putih. Walaupun dari pengikut mazhab yang berbeza-beza, walaupun antara pemerintah dan rakyat biasa, majikan dan pekerjanya. Mereka semua sama, di balut kain putih tak berjahit, berada di tengah panas padang pasir, tidak tertutp kepala dan berhimpit-himpit. Masing-masing mengharapkan keredhaan Allah SWT. Tak pernah pun terjadi, tiba-tiba ada orang nak tawaf ikut arah jam, yang sepatutnya lawan jam. Hehe.


Kebiasaannya ketika haji nanti media akan turut sama bercakap tentang bukti penyatuan umat Islam. Persoalannya, adakah penyatuan itu cuma berlaku dalam ibadah haji? Adakah umat Islam itu terpecah belah ketika bernegara? Adakah umat Islam itu tak bersatu dalam kehidupan? Umat Islam di Masjidil Aqsa bagaimana??

Selasa lepas, Palestin diserang lagi dengan bom fosforus.


Tau tak, sebenarnya buat haji tu, dalam seminggu jek. Tapi kenapa umat Islam sekarang kena pergi lebih kurang 40 hari? Termasuk pakej untuk melawat Madinah sedangkan melawat Madinah tak termasuk salah satu rukun haji pun. Ini la antara sebab yang menjadikan nak pergi haji tu jadi mahal. Dengan sebab ni la ada beberapa pihak tu dapat kaut keuntungan dan kita lah yang kena kerja keras untuk kumpul duit. Mungkin ada yang rasakan ianya tak ada masalah memandangkan kita pergi haji mungkin sekali seumur hidup, jarang berpeluang dapat melawat dua kota suci dan kemudahan yang disediakan agak bagus. Cumanya, nak diingatkan yang pergi haji ni satu ibadah. Bukan perniagaan. Sumber pendapatan negara tu sepatutnya bukan daripada ibadah haji.


Malah beberapa ketika dulu, umat Islam malah mewakafkan tanah untuk dijadikan sebagai rumah tumpangan bagi jemaah haji dengan siap diberi makan sekali dan ianya diberikan secara percuma! Sebabnya, itu adalah peluang besar mereka untuk mendapat pahala. Ya, umat Islam dulu sangat-sangat mengejar pahala bukan harta. Tak pasti kalau ada lagi rumah macam tu sekarang ni.


Sekarang untuk memasuki Arab Saudi, umat Islam memerlukan passport dan visa. Passport tu untuk pengenalan diri bila berada di luar negara, kalau tak ada tu yang jadi pendatang haram. Visa tu pulak kebenaran untuk kita duduk dekat satu-satu negara tu. Kalau sekarang ada visa haji, visa umrah dan sebagainya. Umat Islam, nak masuk tanah umat Islam, kena ada passport dan visa? Dan dua-dua (passport & visa) ni kena bayar. Ah, duit lagi…Agaknya masa Tanah Melayu (Malaysia) dan Hijjaz (Arab Saudi) di bawah pemerintahan Khilafah Uthmaniyah dulu, kita dari sini kena pakai passport dan visa tak untuk pergi haji?


Dulunya umat Islam disatukan dari Andalusia (Sepanyol) hinggalah ke Nusantara. Di bawah pemerintahan seorang Khalifah. Barat nampak kesatuan umat Islam yang sangat kukuh, jadi mereka jajah tanah umat Islam satu persatu dan akhirnya berjaya meruntuhkan Daulah Khilafah Uthmaniyah pada tahun 1924 atas bantuan si Mustafa Kamal At-Tartuk laknatullah. Yang mana saya belajar masa sekolah dulu, dia dikenali sebagai Bapa Pemodenan Turki. Antara ‘pemodenan’ yang si pengkhianat ni buat adalah menukar bahasa rasmi Arab kepada Rumi (Turki), azan dalam bahasa Turki, melarang Muslimah memakai pakaian menutup aurat, menjadikan Turki sebagai negara Republik. Dasyat sungguh tipu daya yang berlaku. Sehinggalah akhirnya tanah umat Islam terpecah kepada 57 buah negara.

Asalnya satu negara.


Orang kafir tu sibuk pecah belahkan umat Islam melalui dasar pecah dan perintah (Divide and Rule), dalam masa yang sama dia sendiri buat satu kesatuan antara negara-negara Eropah yang dikenali sebagai Kesatuan Eropah atau EU[1]. Tujuannya supaya dapat bersaing dengan Amerika, dari segi ekonomi dan kekuatan. Sampaikan, Turki dari beberapa tahun lalu sampai sekarang masih lagi mohon untuk dapat bergabung di bawah EU. Sebabnya antara kebaikannya tu ialah nilai matawang tinggi, dan nanti rakyat Turki tak perlu passport dan visa untuk bekerja di mana-mana negara yang turut bersama di bawah EU. Padahal bahagian Turki yang masuk dalam benua Eropah tu cuma 10% jek, bahagian Konstantin (Istanbul), yang lebihnya 90% tu dalam benua Asia.  Tengok, bagusnya bila kita bersatu di bawah satu negara.


Bila Arab Saudi yang menguasai Mekah, Arab Saudi bebas nak bagi quota haji berapa dan berapa. Kena bergantung pada kehendak dia (Arab Saudi). Nanti bila dia tak suka satu satu negara, dapat lah quota sikit. Contohnya Iran, Iran Syiah. Sampaikan satu tahap, Iran akhirnya membuat Kaabah sendiri! Satu kesesatan yang nyata. Dalam stadium pulak tu. Saya bukan nak backup syiah, yang saya tau syiah ni dah memang majoriti tak betul. Cuma saya nak sampaikan tu, betapa teruknya perpecahan kita umat Islam. Kesesatan yang nyata pun kita tak dapat halang.

Tu dia...

Lagi menyedihkan bila ibadah haji dah jadi macam tempat hapus dosa. Masa pergi tu, betul-betul dia hafal mana tempat yang doa makbul. Mesti bersungguh-sungguh mintak ampun. Tak salah pun mintak ampun. Tapi kebanyakan yang jadi sekarang, macam yang saya cakap, mindset kita pergi haji tu macam tempat untuk hapus dosa. Sebabnya, bila balik semula, kembali semula buat maksiat. Maksiat macam mana tu? Termasuk la tak solat, tak tutup aurat, minum arak, ambil riba, rasuah, dan sebagainya. Nanti bila rasa diri dah penuh dosa, pergi haji lagi dan lepas tu buat perangai balik. Tu yang salah. Kalau macam tu hampir sama la dengan Kristian, buat dosa banyak-banyak lepas tu hujung minggu jumpa paderi mintak hapus dosa…


Bahkan, ada pendapat yang mengatakan bahawa banyak orang yang melakukan haji pada masa kini, hajinya itu tidak sah. Kerana di-qias dengan hadis Nabi saw. :


“…seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan berdebu lalu menadahkan kedua tangannya ke langit seraya berkata, “Ya Rabb, Ya Rabb…”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya dari yang haram, dicukupi dari yang haram, maka mana mungkin dikabulkan doanya?” (HR Muslim)


Maka semua orang yang pendapatannya (gaji) dari yang haram, makan benda haram, minum benda haram, pakai dari duit haram, adalah termasuk orang yang hajinya sia-sia. Lebih-lebih lagi orang yang terlibat dengan riba.


Dari Jabir ra. dia berkata ; “Rasulullah saw. melaknat orang yang mengambil riba, memberi riba, penulisnya dan kedua orang yang menjadi saksi atasnya. Dan Baginda saw. bersabda, mereka semua adalah sama.” (HR Muslim)


Amacam?


Perkara yang wajib dalam Islam tu, bukan hanya rukun Islam saja ok. Banyak lagi kewajipan kita. Semua perkara hari-hari kita buat mesti terkait dengan hukum perbuatan dan hukum benda. Malah kita perlu berjuang supaya hukum syarak tu tertegak 100% sehingga Islam tu menjadi rahmat seluruh isi alam. Sekarang ni ikan pun tak boleh nak hidup, apa lagi orang. Kes rompak, zina, bunuh, abang bunuh adik, suami bunuh isteri, anak bunuh mak, bila Islam tak dilaksana 100%, nyawa tak ada jaminan. Termasuk lah harta, akal, keturunan, akidah pun tak ada jaminan. Tak terjamin!


Kita lihat juga ibadah haji dan Mekah dari konteks politik. Salah satunya adalah adanya lembah ‘Aqabah. Iaitu tempat di mana Nabi Muhammad saw mendapat bai’at pertama dan kedua dari golongan Aus dan Khazraj atau juga dikenali sebagai Ansar. Tau tak kenapa dipanggil Ansar? Ansar tu maksudnya pembantu/penyokong/penolong. Mereka dipanggil Ansar kerana merekalah yang menawarkan pertolongan kepada Rasulullah saw dalam melindungi dakwah Baginda saw sehinggalah tertegaknya daulah Islam di Madinah.


Selain itu ada juga Hudaibiyah yang mana berlaku peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Di mana Rasulullah saw. sebagai ketua Daulah Madinah membuat perjanjian dengan wakil musyrikin Mekah yang akhirnya membawa kepada penaklukan kota Mekah tanpa pertumpahan darah. Agaknya negara umat Islam sekarang ada tak macam ni? Sama sendiri pun tak bersatu, lagi nak takluk negara lain? Hmm.

Tapak masjid tempat perjanjian Hudaibiyah


Tengok juga ibadah haji dan Mekah dari segi ekonomi. Sebenarnya berlaku ‘penjajahan’ ekonomi di sekeliling Kaabah. Orang kafir walaupun dia tak boleh masuk Mekah, tapi hotel-hotel untuk jemaah haji tu banyak syarikat dia yang uruskan. Antaranya hotel Hilton, Le Meridien, dengar nama jek pun dah tau kan bukan orang Islam punya? Tau siapa punya? Amerika punya taw[2]. Katanya, untuk memudahkan umat Islam. Tapi harganya, dengarnya puluh-puluh ribu. Saya nak tekan untuk cek harga pun jadi takut. Haha. Lepas tu, ada pulak Starbuck. Orang penat-penat jek boikot, last-last depan Kaabah ada Starbuck. Rasanya keuntungan tu semua banyak mengalir pada siapa?



Kemudian, pergi pula pada Madinah. Bermula dakwah Nabi saw. selama 13 tahun di Mekah, yang penuh dengan fitnah, penindasan dan boikot. Dan akhirnya berhijrah ke Madinah setelah mendapat nusroh(pertolongan) daripada golongan Ansar. Baginda saw malah berjalan kaki dan terpaksa mengambil jalan yang jauh bagi mengelak daripada ditangkap atau dibunuh.


Di Madinah ada juga masjid Nabawi, tempat Nabi saw. dan para sahabat beribadah, tempat turunnya wahyu dan tempat  yang menjadi pusat pemerintahan Nabi saw. Selain itu terdapat juga di dalamnya makam Nabi saw. dan Ar-Raudah iaitu taman syurga di dunia.


Di luar masjid Nabawi, ada pula Tsaqifah Bani Sa’idah yang menjadi tempat Saidina Abu Bakar di bai’at sebagai ketua daulah Islam yang kedua menggantikan Rasulullah saw. Jenazah Rasul saw telah ditangguhkan selama 3 hari 2 malam kerana terdapat kewajipan yang lebih utama ketika itu iaitu mengangkat seorang Khalifah.

Tsaqifah Bani Sa'idah.


Ketika kita melihat tempat-tempat bersejarah ini, semangat dan kesadaran politik kita akan bangkit kerana kita sedar bahawa Nabi saw dan generasi terbaik umat ini dahulu mendirikan negara Islam, melalui perjuangan yang luar biasa. Sejak merintis di Mekah hingga berdirinya negara ini di Madinah, Nabi saw dan para sahabat berjuang siang malam bahkan ketika negara ini telah berdiri, manusia-manusia paling mulia di muka bumi ini malah tidak pernah berehat. Tidak kurang dari 50 perang besar dan kecil mereka harungi dalam tempoh 10 tahun. Maka wajar hanya dalam tempoh lebih kurang 9 tahun, seluruh jazirah Arab berjaya mereka takluki. Hanya dengan menaiki Unta...


Semua memori silam ini akan menimbulkan semangat dan kesedaran yang memuncak dalam diri kita. Dengan begitu, ketika kita berhaji, tidak hanya mendapat haji mabrur. Tapi juga menjadi seorang dengan keperibadian yang berbeza. Di dalam dirinya telah tertanam semangat, kesedaran dan tekad yang kuat untuk mengembalikan kejayaan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Muhammad saw dan para sahabat. Jika saja kekuatan dan kesatuan umat yang dahsyat ini dipindahkan dalam kehidupan harian kita selepas haji, maka umat ini akan mejadi umat yang terbaik, terkuat, kuasa besar dunia dan Negara yang tak terkalahkan. insyaAllah.

SILA BACA DENGAN MATA YANG BULAT DAN MINDA YANG TERBUKA.

“…Kemudian akan kembali Khilafah di atas manhaj kenabian…” (HR Ahmad)


Wallahua'lam.


p/s : Salam Aidiladha. 



2 comments:

  1. uish.. satu perkongsian yang sangat menarik dan banyak ilmu... rasa banyak pulak kelemahan diri ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx for reading. Its time for us to 'wake up' yes?

      Delete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.