CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

04 October 2012

Antara hari yang boleh dihitung..

Unknown | 11:24 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Salam hari Khamis, harap sihat dan ceria selalu hendaknya.
katakan "Tak Nak pada Rokok",
eh? iklan tetiba. *chuckle*

Sengaja kan, cik FS buat tajuk entri macam ni, gara-gara sedara Bro Framestone punya status  kat fesbuk beliau la ni, haha. Status apa ek? ahai, status pasal jiwang-jiwang, pasal kawen-kawen la, maklum je, beliau kan bakal mendirikan rumah dan tangga dalam masa beberapa minggu dari sekarang. jangan sampai takde atap plak rumah dan tangga tu, kih kih..

Oh, jum semak, hari apa yang boleh dihitung :

1) Hari lahir diri sendiri
- menghitung hari ulangtahun kelahiran yang kesekian-sekian, eksaited kan? lagi-lagi duk tunggu orang wish, orang bagi hadiah.. :D


2) Hari ulangtahun perkahwinan
- khas untuk yang sudah berkahwin je, yang belum, opkos la takde istilah ulangtahun perkahwinan, okeh. siap plan untuk ber'huneymun' kan..



3) Hari peperiksaan besar - UPSR, PMR, SPM, STPM
- ye kan? kat sekolah mesti ada papan tanda yang siap mengira hari yang berbaki sebelum peperiksaan tiba. budak sekolah akan menjerit 'Merdeka' bila exam tamat, kui kui..


4) Hari pernikahan
- kalo yang ni, idak ler dapat disangkalkan lagi, opkos menunggu masa menghitung hari untuk bernikah bersama pasangan memasing, bak status sedara Bro Framestone - 38 hari sebelum dapat "sijil halal". dah macam nak bukak restoran cawangan pertama la plak, kih kih..



5) Hari melahirkan kandungan
- dah nikah, mengandung la plak kan? rezeki, rezeki. menanti hari, eh, menanti berminggu-minggu sehingga lar saat untuk melahirkan, eksaited, ngeri, bimbang, semua ada..


6) Hari nak puasa dan raya
- eksaited nak berpuasa, tapi lebih eksaited menghitung hari untuk sambut hari raya, kan, kan?



Itulah antara hari-hari yang boleh dihitung, ada lagi tak ek? opss, tapi ada jugak hari yang tak boleh dihitung. apakah dia?

i) Hari kematian
- sah-sah kita takkan tahu hari kematian kita secara spesifiknya, bila, dan kat mana. melainkan manusia yang terpilih, yang diberi hint tentang ajal yang mendekat.

ii) Hari kiamat
- ini adalah sebahagian rahsia Allah swt. seluruh hambaNya tak dapat tahu bila akan jadi hari kiamat, tak payah nak hitung-hitung. sebagai manusia, kita buatlah amal selagi mampu, selagi sempat.


FS :
terkena tempias stress gara-gara enchek mucuk mengadu stress, haha..

1 comment:

  1. setuju.. dalam banyak2 hari, hari kiamat dan juga hari kematian kita tak dapat nak hitung..

    ReplyDelete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.