CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 October 2012

Wordless Wednesday 15 : Handphone paling ekstrim

Farah Zahid | 18:03 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

handphone yang tahan pada suhu ekstrim
(foto tak berapa jelas, harap maaf)
adakah handphone anda termasuk dalam list di atas?
setakat mana handphone anda dapat bertahan dalam suhu ekstrim? (panas mahupun sejuk)

30 October 2012

Hadir exam hujung minggu?

Farah Zahid | 21:18 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Alhamdulillah, jumpa lagi kita dalam blog ni, selepas bercuti sempena hari raya qurban baru-baru ni. pastinya masih ada yang dalam mood bercuti, kan?

Saya sendiri terpaksa 'mencutikan' posting entri dalam blog, gara-gara balik kampung baru-baru ni. haha, tak lar cuti sangat, tapi memang agak bizi masa di kampung, yela, orang tengah sibuk dengan kurban, takkan kita nak sibuk ngadap blog, update entri bagai? tak memasal kena sound dengan saudara-mara. huhu.

Baru-baru ni, saya agak terkujat jugak. tak sangka sebenarnya. memang tak expect, tapi betul kan, "expect the unexpected"? apa agaknya ye benda yang tak expect tu?
benda tu adalah emel yang saya terima dari SPAJ (Skim Perkhidamatan Awam Johor).
ia berkenaan menghadiri peperiksaan (atau exam) untuk jawatan di SPAJ.
Ya Tuhan, sangatlah tak disangka! saya terpilih untuk hadir exam SPAJ pada hujung minggu ni, di sebuah hotel di JB. sesungguhnya saya bersyukur, kerana saya terpilih.
dan dapat tahu jugak, ada beberapa orang teman kuliah saya di kampus dulu pun bakal hadir ke exam tu. alhamdulillah. :)





Khabarnya, ada PC Fair di Persada Johor hujung minggu ni. so, memanglah akan menyinggah di fair tu. mana boleh miss, kot-kot ada barang dan gajet murah, boleh sambar barang seketul dua, kih kih.


FS :
doakan semoga saya dipermudahkan semasa hadir dan jawab exam tu.. mekaseh semua.. :)

28 October 2012

Tiada tajuk

Farah Zahid | 19:30 |

Salam aidiladha buat semua. harap masih belum terlewat untuk saya mengucapkannya.
blog terpaksa dicutikan sementara sempena aidiladha ni, maklum la, sibuk nak balik kampung. ok, hari ni saja nak update walaupun takde apa cerita sangat.

P : awak, nak tahu satu perkara tak?
L : apa dia?
P : ada orang suka kat saya, dan nak saya jadi isterinya
L : ha? siapa dia tu?
P : kawan sama-sama belajar dulu
L : oh..
P : orangnya boleh la tahan hensem
L : ye? hmm..
P : nak tahu siapa? namanya Zul*****
L : eii.. mengadanya!!
P : ekeke..

*dialog di atas adalah antara saya dengan si dia*

Published with Blogger-droid v2.0.9

25 October 2012

Ibadah Haji Dan Penyatuan Umat.

Muhammad Akmal | 16:46 |
Bismillah.


Assalamu’alaikum.


Alhamdulillah, sekarang ibadah haji sudah sampai pada kemuncaknya. Saya sendiri belum berpeluang nak melaksanakan ibadah haji ni tapi saya pun taknak tertinggal menulis sikit berkenaan ibadah haji ni. Cumanya kali ni saya bukan nak sampaikan berkenaan rukun-rukun haji atau cara mendapat haji mabrur tapi saya cuba nak membawa awak semua memandang lebih luas lagi berkenaan ibadah haji ni. Sebabnya, ada banyak lagi perkara yang terkait dan perlu dibincangkan termasuk lah hal-hal berkaitan politik, ekonomi, penyatuan umat Islam dan selainnya.


Kita ni umat Islam sekarang, hari-hari kita sering disibukkan dengan banyak perkara yang melalaikan seperti bola, konsert, Tv, game dan sebagainya. Mungkin itu lah ‘senjata’ yang orang kafir gunakan untuk menjauhkan umat Islam daripada memikirkan masalah umat. Malah sampai satu tahap, kita ingat hal-hal umat tu hanya perlu difikirkan oleh ahli politik, ustaz-ustaz, dan orang yang sealiran mereka saja. Sedangkan, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ;


“Siapa saja di pagi hari tidak memikirkan masalah kaum muslimin, maka bukan termasuk golongan mereka.” (HR Al-Hakim)


Dulunya sebelum kedatangan Islam, Mekah tidak menjadi rebutan pun. Walaupun dikelilingi oleh dua kuasa besar ketika itu iaitu Parsi di sebelah kanan dan Rom di sebelah kiri. Kerana keadaan tempatnya yang kering kontang dan penduduknya yang jahil dan mundur. Sekarang ni jadi tumpuan berjuta-juta orang datang setiap tahun, untuk melaksanakan ibadah haji. Agaknya kalau tak ada haji? Tak tau lah…


Ibadah haji adalah ibadah jemaah yang dilakukan pada waktu yang sama, di tempat yang sama. Ketika musim haji, seluruh jemaah haji dari berbagai penjuru dunia berkumpul, bertemu dan berinteraksi. Di sana, mereka mempunyai tujuan yang sama. Selain itu, mereka juga kukuh, terbukti bahawa umat Islam mampu melakukan manasik yang sama, pada waktu dan tempat yang sama. Bukan digerakkan oleh kekuatan fizikal pemimpin mereka, tetapi kekuatan akidah dan pemahaman agama mereka.


Ia menunjukkan umat Islam itu boleh bersatu walaupun antara berkulit hitam, merah dan putih. Walaupun dari pengikut mazhab yang berbeza-beza, walaupun antara pemerintah dan rakyat biasa, majikan dan pekerjanya. Mereka semua sama, di balut kain putih tak berjahit, berada di tengah panas padang pasir, tidak tertutp kepala dan berhimpit-himpit. Masing-masing mengharapkan keredhaan Allah SWT. Tak pernah pun terjadi, tiba-tiba ada orang nak tawaf ikut arah jam, yang sepatutnya lawan jam. Hehe.


Kebiasaannya ketika haji nanti media akan turut sama bercakap tentang bukti penyatuan umat Islam. Persoalannya, adakah penyatuan itu cuma berlaku dalam ibadah haji? Adakah umat Islam itu terpecah belah ketika bernegara? Adakah umat Islam itu tak bersatu dalam kehidupan? Umat Islam di Masjidil Aqsa bagaimana??

Selasa lepas, Palestin diserang lagi dengan bom fosforus.


Tau tak, sebenarnya buat haji tu, dalam seminggu jek. Tapi kenapa umat Islam sekarang kena pergi lebih kurang 40 hari? Termasuk pakej untuk melawat Madinah sedangkan melawat Madinah tak termasuk salah satu rukun haji pun. Ini la antara sebab yang menjadikan nak pergi haji tu jadi mahal. Dengan sebab ni la ada beberapa pihak tu dapat kaut keuntungan dan kita lah yang kena kerja keras untuk kumpul duit. Mungkin ada yang rasakan ianya tak ada masalah memandangkan kita pergi haji mungkin sekali seumur hidup, jarang berpeluang dapat melawat dua kota suci dan kemudahan yang disediakan agak bagus. Cumanya, nak diingatkan yang pergi haji ni satu ibadah. Bukan perniagaan. Sumber pendapatan negara tu sepatutnya bukan daripada ibadah haji.


Malah beberapa ketika dulu, umat Islam malah mewakafkan tanah untuk dijadikan sebagai rumah tumpangan bagi jemaah haji dengan siap diberi makan sekali dan ianya diberikan secara percuma! Sebabnya, itu adalah peluang besar mereka untuk mendapat pahala. Ya, umat Islam dulu sangat-sangat mengejar pahala bukan harta. Tak pasti kalau ada lagi rumah macam tu sekarang ni.


Sekarang untuk memasuki Arab Saudi, umat Islam memerlukan passport dan visa. Passport tu untuk pengenalan diri bila berada di luar negara, kalau tak ada tu yang jadi pendatang haram. Visa tu pulak kebenaran untuk kita duduk dekat satu-satu negara tu. Kalau sekarang ada visa haji, visa umrah dan sebagainya. Umat Islam, nak masuk tanah umat Islam, kena ada passport dan visa? Dan dua-dua (passport & visa) ni kena bayar. Ah, duit lagi…Agaknya masa Tanah Melayu (Malaysia) dan Hijjaz (Arab Saudi) di bawah pemerintahan Khilafah Uthmaniyah dulu, kita dari sini kena pakai passport dan visa tak untuk pergi haji?


Dulunya umat Islam disatukan dari Andalusia (Sepanyol) hinggalah ke Nusantara. Di bawah pemerintahan seorang Khalifah. Barat nampak kesatuan umat Islam yang sangat kukuh, jadi mereka jajah tanah umat Islam satu persatu dan akhirnya berjaya meruntuhkan Daulah Khilafah Uthmaniyah pada tahun 1924 atas bantuan si Mustafa Kamal At-Tartuk laknatullah. Yang mana saya belajar masa sekolah dulu, dia dikenali sebagai Bapa Pemodenan Turki. Antara ‘pemodenan’ yang si pengkhianat ni buat adalah menukar bahasa rasmi Arab kepada Rumi (Turki), azan dalam bahasa Turki, melarang Muslimah memakai pakaian menutup aurat, menjadikan Turki sebagai negara Republik. Dasyat sungguh tipu daya yang berlaku. Sehinggalah akhirnya tanah umat Islam terpecah kepada 57 buah negara.

Asalnya satu negara.


Orang kafir tu sibuk pecah belahkan umat Islam melalui dasar pecah dan perintah (Divide and Rule), dalam masa yang sama dia sendiri buat satu kesatuan antara negara-negara Eropah yang dikenali sebagai Kesatuan Eropah atau EU[1]. Tujuannya supaya dapat bersaing dengan Amerika, dari segi ekonomi dan kekuatan. Sampaikan, Turki dari beberapa tahun lalu sampai sekarang masih lagi mohon untuk dapat bergabung di bawah EU. Sebabnya antara kebaikannya tu ialah nilai matawang tinggi, dan nanti rakyat Turki tak perlu passport dan visa untuk bekerja di mana-mana negara yang turut bersama di bawah EU. Padahal bahagian Turki yang masuk dalam benua Eropah tu cuma 10% jek, bahagian Konstantin (Istanbul), yang lebihnya 90% tu dalam benua Asia.  Tengok, bagusnya bila kita bersatu di bawah satu negara.


Bila Arab Saudi yang menguasai Mekah, Arab Saudi bebas nak bagi quota haji berapa dan berapa. Kena bergantung pada kehendak dia (Arab Saudi). Nanti bila dia tak suka satu satu negara, dapat lah quota sikit. Contohnya Iran, Iran Syiah. Sampaikan satu tahap, Iran akhirnya membuat Kaabah sendiri! Satu kesesatan yang nyata. Dalam stadium pulak tu. Saya bukan nak backup syiah, yang saya tau syiah ni dah memang majoriti tak betul. Cuma saya nak sampaikan tu, betapa teruknya perpecahan kita umat Islam. Kesesatan yang nyata pun kita tak dapat halang.

Tu dia...

Lagi menyedihkan bila ibadah haji dah jadi macam tempat hapus dosa. Masa pergi tu, betul-betul dia hafal mana tempat yang doa makbul. Mesti bersungguh-sungguh mintak ampun. Tak salah pun mintak ampun. Tapi kebanyakan yang jadi sekarang, macam yang saya cakap, mindset kita pergi haji tu macam tempat untuk hapus dosa. Sebabnya, bila balik semula, kembali semula buat maksiat. Maksiat macam mana tu? Termasuk la tak solat, tak tutup aurat, minum arak, ambil riba, rasuah, dan sebagainya. Nanti bila rasa diri dah penuh dosa, pergi haji lagi dan lepas tu buat perangai balik. Tu yang salah. Kalau macam tu hampir sama la dengan Kristian, buat dosa banyak-banyak lepas tu hujung minggu jumpa paderi mintak hapus dosa…


Bahkan, ada pendapat yang mengatakan bahawa banyak orang yang melakukan haji pada masa kini, hajinya itu tidak sah. Kerana di-qias dengan hadis Nabi saw. :


“…seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan berdebu lalu menadahkan kedua tangannya ke langit seraya berkata, “Ya Rabb, Ya Rabb…”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya dari yang haram, dicukupi dari yang haram, maka mana mungkin dikabulkan doanya?” (HR Muslim)


Maka semua orang yang pendapatannya (gaji) dari yang haram, makan benda haram, minum benda haram, pakai dari duit haram, adalah termasuk orang yang hajinya sia-sia. Lebih-lebih lagi orang yang terlibat dengan riba.


Dari Jabir ra. dia berkata ; “Rasulullah saw. melaknat orang yang mengambil riba, memberi riba, penulisnya dan kedua orang yang menjadi saksi atasnya. Dan Baginda saw. bersabda, mereka semua adalah sama.” (HR Muslim)


Amacam?


Perkara yang wajib dalam Islam tu, bukan hanya rukun Islam saja ok. Banyak lagi kewajipan kita. Semua perkara hari-hari kita buat mesti terkait dengan hukum perbuatan dan hukum benda. Malah kita perlu berjuang supaya hukum syarak tu tertegak 100% sehingga Islam tu menjadi rahmat seluruh isi alam. Sekarang ni ikan pun tak boleh nak hidup, apa lagi orang. Kes rompak, zina, bunuh, abang bunuh adik, suami bunuh isteri, anak bunuh mak, bila Islam tak dilaksana 100%, nyawa tak ada jaminan. Termasuk lah harta, akal, keturunan, akidah pun tak ada jaminan. Tak terjamin!


Kita lihat juga ibadah haji dan Mekah dari konteks politik. Salah satunya adalah adanya lembah ‘Aqabah. Iaitu tempat di mana Nabi Muhammad saw mendapat bai’at pertama dan kedua dari golongan Aus dan Khazraj atau juga dikenali sebagai Ansar. Tau tak kenapa dipanggil Ansar? Ansar tu maksudnya pembantu/penyokong/penolong. Mereka dipanggil Ansar kerana merekalah yang menawarkan pertolongan kepada Rasulullah saw dalam melindungi dakwah Baginda saw sehinggalah tertegaknya daulah Islam di Madinah.


Selain itu ada juga Hudaibiyah yang mana berlaku peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Di mana Rasulullah saw. sebagai ketua Daulah Madinah membuat perjanjian dengan wakil musyrikin Mekah yang akhirnya membawa kepada penaklukan kota Mekah tanpa pertumpahan darah. Agaknya negara umat Islam sekarang ada tak macam ni? Sama sendiri pun tak bersatu, lagi nak takluk negara lain? Hmm.

Tapak masjid tempat perjanjian Hudaibiyah


Tengok juga ibadah haji dan Mekah dari segi ekonomi. Sebenarnya berlaku ‘penjajahan’ ekonomi di sekeliling Kaabah. Orang kafir walaupun dia tak boleh masuk Mekah, tapi hotel-hotel untuk jemaah haji tu banyak syarikat dia yang uruskan. Antaranya hotel Hilton, Le Meridien, dengar nama jek pun dah tau kan bukan orang Islam punya? Tau siapa punya? Amerika punya taw[2]. Katanya, untuk memudahkan umat Islam. Tapi harganya, dengarnya puluh-puluh ribu. Saya nak tekan untuk cek harga pun jadi takut. Haha. Lepas tu, ada pulak Starbuck. Orang penat-penat jek boikot, last-last depan Kaabah ada Starbuck. Rasanya keuntungan tu semua banyak mengalir pada siapa?



Kemudian, pergi pula pada Madinah. Bermula dakwah Nabi saw. selama 13 tahun di Mekah, yang penuh dengan fitnah, penindasan dan boikot. Dan akhirnya berhijrah ke Madinah setelah mendapat nusroh(pertolongan) daripada golongan Ansar. Baginda saw malah berjalan kaki dan terpaksa mengambil jalan yang jauh bagi mengelak daripada ditangkap atau dibunuh.


Di Madinah ada juga masjid Nabawi, tempat Nabi saw. dan para sahabat beribadah, tempat turunnya wahyu dan tempat  yang menjadi pusat pemerintahan Nabi saw. Selain itu terdapat juga di dalamnya makam Nabi saw. dan Ar-Raudah iaitu taman syurga di dunia.


Di luar masjid Nabawi, ada pula Tsaqifah Bani Sa’idah yang menjadi tempat Saidina Abu Bakar di bai’at sebagai ketua daulah Islam yang kedua menggantikan Rasulullah saw. Jenazah Rasul saw telah ditangguhkan selama 3 hari 2 malam kerana terdapat kewajipan yang lebih utama ketika itu iaitu mengangkat seorang Khalifah.

Tsaqifah Bani Sa'idah.


Ketika kita melihat tempat-tempat bersejarah ini, semangat dan kesadaran politik kita akan bangkit kerana kita sedar bahawa Nabi saw dan generasi terbaik umat ini dahulu mendirikan negara Islam, melalui perjuangan yang luar biasa. Sejak merintis di Mekah hingga berdirinya negara ini di Madinah, Nabi saw dan para sahabat berjuang siang malam bahkan ketika negara ini telah berdiri, manusia-manusia paling mulia di muka bumi ini malah tidak pernah berehat. Tidak kurang dari 50 perang besar dan kecil mereka harungi dalam tempoh 10 tahun. Maka wajar hanya dalam tempoh lebih kurang 9 tahun, seluruh jazirah Arab berjaya mereka takluki. Hanya dengan menaiki Unta...


Semua memori silam ini akan menimbulkan semangat dan kesedaran yang memuncak dalam diri kita. Dengan begitu, ketika kita berhaji, tidak hanya mendapat haji mabrur. Tapi juga menjadi seorang dengan keperibadian yang berbeza. Di dalam dirinya telah tertanam semangat, kesedaran dan tekad yang kuat untuk mengembalikan kejayaan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Muhammad saw dan para sahabat. Jika saja kekuatan dan kesatuan umat yang dahsyat ini dipindahkan dalam kehidupan harian kita selepas haji, maka umat ini akan mejadi umat yang terbaik, terkuat, kuasa besar dunia dan Negara yang tak terkalahkan. insyaAllah.

SILA BACA DENGAN MATA YANG BULAT DAN MINDA YANG TERBUKA.

“…Kemudian akan kembali Khilafah di atas manhaj kenabian…” (HR Ahmad)


Wallahua'lam.


p/s : Salam Aidiladha. 



Bukan lelaki je yang tahu..

Farah Zahid | 13:13 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Hai semua! semoga baik-baik dan sejahtera hendaknya.
esok, bersamaan 10 Zulhijjah, umat Islam akan meraikan Aidil Adha, insyaAllah.
selamat bercuti pada semua, dan yang balik kampung, berhati-hati selalu.
mana yang tak balik kampung, beraya di rumah jangan sedih-sedih.

Sebenarnya, entri hari ini takde apa sangat, just nak share satu gambar yang di screenshot  pada satu masa yang tak lama dulu. sila klik untuk tumbesaran. :)


Cuba perhatikan pada komen-komen dalam gambar di atas.
tak memasal dapat gelaran "minah android", haha.
ini gara-gara mengomen berkenaan aplikasi android di wall fesbuk si ZE.

Saya agak minat tentang teknologi, gajet, dan aplikasi terutamanya smartphone dan android. ni semenjak guna android di handphone Samsung, hihi.
sebelum ni, guna Nokia, more concern tentang symbian-symbian dan aplikasinya, sekarang dah kurang sebab beralih pada android plak.
tapi rasanya, akan datang nak try guna Nokia yang guna OS yang microsoft bangunkan, iaitu Windows Phone. selain Samsung Galaxy S3 dan Samsung Galaxy Beam yang ada dalam wishlist saya, Nokia Lumia 920 turut termasuk, hehe.

Jangan ingat lelaki je yang tahu dan amik peduli benda macam ni, perempuan macam saya pun tak terkecuali.
:D

FS :
kalo dulu amik course IT, mungkin sekarang bergelar programmer, developer atau engineer di syarikat smartphone.. :P

24 October 2012

23 October 2012

Jenayat : Erti dan bahagian hukuman

Farah Zahid | 11:55 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...
Salam ceria, semoga sihat hendaknya. alhamdulillah, jumpa lagi kita di sini ( dalam blog ).
pada yang kurang sihat, segera dapatkan rawatan, berusahalah agar kesihatan kembali pulih.

Topik entri kali ini, sepertinya pelik bukan? jenayat? apa itu jenayat?


PENGERTIAN

Jenayat atau JENAYAH ditakrifkan sebagai perbuatan jahat.
dari segi perundangan Islam pula ditakrifkan sebagai "setiap perbuatan jahat yang ditegah (diharamkan) oleh syara' sama ada mengenai nyawa, tubuh badan, harta benda, maruah atau sebagainya."

Pengertian jenayah tersebut juga mencakupi :
- semua jenis perbuatan maksiat atau jahat ~ murtad, minum arak, mencuri dan membunuh
- meninggalkan perkara yang diwajibkan oleh syara' ~ solat, puasa dan zakat
- melakukan perkara yang ditegah ~ berzina dan membunuh


HUKUMAN DAN FUNGSINYA
Hukuman atau keseksaan membawa maksud "balasan yang ditentukan bagi menjaga kepentingan umum atas pelanggaran atau pencerobohan hukum syara'."

Fungsi hukuman adalah untuk menjaga dan menjamin kepentingan setiap orang seperti keselamatan nyawa dan tubuh badan mahupun kepentingan sampingan seperti keselamatan harta benda, maruah, dan nama baik.


BAHAGIAN HUKUMAN

1) Hudud
- dari segi bahasa : "pencegahan"
- dari segi istilah syara' : hukuman yang telah ditentukan oleh syara' berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadis Nabi saw bagi menjaga hak Allah swt

Hak Allah swt pula bermaksud "perkara-perkara yang ada hubungan secara langsung dengan kepentingan masyarakat umum yang boleh merosakkan ketenteraman awam dan hukumannya boleh mendatangkan manfaat kepada mereka."

Allah swt meletakkan hukuman tersebut di bawah kategori hak Allah swt, yang mana tidak boleh dipersoalkan kesahihan hukumannya yang mesti diterima dan dilaksanakan.
Hukuman hudud bertujuan menjaga hak Allah swt dan untuk memelihara kepentingan awam.

Jenis kesalahan adalah telah ditentukan oleh Allah swt iaitu :
1- berzina
2- qazaf (menuduh zina)
3- minum arak
4- mencuri
5- menyamun
6- memberontak
7- murtad




2) Qisas
- dari segi bahasa : "mengikut"
- dari segi istilah syara' : hukuman yang telah ditentukan oleh syara' berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadis Rasulullah saw bagi menjaga hak individu

Ia membawa maksud hukuman yang dikenakan adalah setimpal (adil) "mengikut" kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah. contohnya kalau kesalahan 'membunuh', maka hukuman yang setimpal adalah 'balas bunuh'; mengikut jenis kesalahan dan akibatnya.

Hukuman qisas bertujuan menjaga hak individu iaitu kepentingan peribadi setiap orang.
Jenis kesalahan yang telah ditentukan oleh Allah swt :
1- kesalahan membunuh
2- kesalahan jenayah selain nyawa (memukul dan mencederakan)
3- kesalahan menggugurkan kandungan


3) Ta'zir
- dari segi bahasa : "menolak / menghalang"
- dari segi istilah syara' : hukuman-hukuman yang tidak ditentukan oleh syara' dan tidak termasuk dalam hudud dan qisas

Hukuman tersebut bertujuan menghalang pencerobohan kepentingan awam dan kepentingan individu yang ditentukan oleh pemerintah atau mahkamah syariah.
Hukuman ta'zir bertujuan menjaga hak Allah swt dan hak individu yang tidak terdapat dalam hukum hudud dan qisas.

Jenis kesalahan adalah ditentukan oleh pemerintah atau mahkamah syariah.

22 October 2012

Wajah baru CIMB Clicks

Farah Zahid | 13:59 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Hahai, jumpa lagi! jumpa dalam blog jela, bukan jumpa face-to-face, kih kih.

CIMB Clicks merupakan sejenis internet banking, boleh digunakan samada di pc, laptop, mahupun di smartfon ( iOS dan android ). ini khusus pada mereka yang menggunakan internet banking bank CIMB. opkos la harus mempunyai akaun bank CIMB ni, kalo tak, macam mana nak guna, ye dak? :D

new design, tada!

bagi anda yang nak guna mobile banking di smartfon juga boleh. untuk pengguna android, ia boleh di install dengan melawat link CIMB Clicks mobile banking di Google Play. saya sendiri dah install, tapi baru je la. sebabnya, walaupun dah guna android setahun yang lepas, tapi saya masih tak dapat install mobile banking pada waktu yang sebelum ni. maybe pihak bank CIMB nak buat improvement secara global. ( memandai je, haha! )

CIMB Clicks mobile banking

amacam? nampak cun tak? agak mengujakan bila dah install CIMB Clicks mobile banking di android. kih kih.
kepada yang guna servis CIMB Clicks secara atas talian, boleh lar cuba install aplikasi ni di smartfon iOS ataupun android anda. pastikan anda ada akaun di bank CIMB ye!
dapatkan aplikasi ini untuk android di link ini : CIMB Clicks mobile banking
selamat mencuba dan menjelajah. :)

Kisah hujan lebat dan bola sepak

Farah Zahid | 09:55 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Alhamdulillah, kita semua masih dapat bernafas dan hidup seperti hari-hari sebelumnya. apa lagi nikmat terunggul selain itu wahai manusia-manusia sekalian?

Berbalik pada tajuk entri kali ni, hmm.. ada apa ek? :D


Takde yang relevan pun sebenarnya antara tajuk dengan isi kandungan entri, agaknya kot?
tapi hujung minggu ni betul-betul mencabar tahap keimanan. eh? bukan, tapi tahap kesabaran.
ceritanya? letak point utama jela, malas nak cerita panjang lebar meleret-leret.

1) hujan turun di sepanjang perjalanan dari Johor ke Puncak Alam, Selangor. tempoh perjalanan yang kebiasaannya sekitar 4 jam ( ± berhenti solat ) menjadi hampir 7 jam.

2) kenderaan di jalan-jalan dan lebuh raya bergerak dengan kelajuan yang agak perlahan. ini semua gara-gara AES yang entah-apa-apa-yang-macam-menyusahkan. selalu boleh speed 90km/j, tetiba jadi 70km/j. hampeh.

3) coverage Maxis di Puncak Alam yang macam harem. status di smartfon menunjukkan bar yang kosong, atau lebih tepat lagi dengan simbol ( Ø ). tak pernah tengok? sila tanya pakcik gugel. terpaksa padamkan hasrat untuk nak hantar mesej, terima mesej, buat call, dan online.

4) perlawanan bola sepak malam Sabtu kelihatan tidak bersih dan agak berat sebelah. kenapa? pasukan ATM dapat jaringkan gol ke-3 tapi dikira offside. manakala pasukan Kelantan bermain-main dan bergurau senda dengan pasukan medic terutama yang duk usung stretcher ( betul ke ejaannya tu? ). ini bukan saya yang kata, tapi orang yang bercerita.
apa pun, tahniah buat kedua-dua pasukan tersebut.

5) hujan turun mencurah-curah semasa konvokesyen sesi petang Ahad di UKM, Bangi . konon nak keluar berjalan ke pesta konvo, malangnya Tuhan menurunkan hujan dengan lebatnya. sesi konvo tamat pun, hujan masih turun.

notakaki :
sabar itu sebahagian daripada iman


FS :
1- terima kasih kepada semua tetamu yang datang singgah blog ni :)
2- dapat undangan perkahwinan. si lelaki kawan sekolah menengah, bakal pengantin perempuan plak kawan sekolah rendah. ahai, dua-duanya kawan sekolah yang dikenali.

19 October 2012

Diam yang lebih baik

Farah Zahid | 07:36 |

notakaki :
banyak berkata-kata itu tidak bererti pandai, dan banyak berdiam itu tidak bererti bodoh

Published with Blogger-droid v2.0.9

17 October 2012

Asal cerita pasal seks je, orang akan teruja...

Farah Zahid | 21:23 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Akhirnya, berjaya menjengukkan diri kat blog nih, huk hukkk.. tapi tak la sampai bersawang, sebab baru beberapa hari je blog ni ditinggalkan sendiri tanpa sebarang anak-anak tulisan-tulisan baru. kesyiaaann~

Ni ha, kenapa orang jadi eksaited sangat bila tengok, dengar, dan baca berkenaan isu seks? okeyh, saya tahu itu lumrah, tapi haruskah sampai datang eksaited tu? teruja sampai tahap petala ke lapan? oh, sebab tu terjadinya macam-macam kes dan maksiat yang tersandar dengan isu seks ni. kebanyakan adalah gara-gara "eksaited terlampau" dan kekurangan "daya pendinding" dalam diri. selain itu, faktor luaran seperti etika "pakaian moden" dengan aksi pembunuhan kelucahan melampau, tak cukup kain, sarung biji nangka, antara penyumbang gejala hidup yang maksiat dan sangat tidak sihat.

ber-baby ber-abang la sangat kan..
Ye, kita umat akhir zaman. dunia semakin tua dan nazak. semakin lama, kiamat mendekat. semakin juga maksiat melata, jenayah tak kira masa, tempat, keadaan dan siapa pun.
berpunca dari satu perkara, automatiknya akan ada food chain reaction. yes, chain reaction, dalam bahasa korea bererti kesan berantai. tapi ini takde kaitan dengan surat berantai!
chain reaction yang macam mana? fikir-fikirkan sendiri, dan selamat bermuhasabah diri.

hasil "nakal dan manja" baby-dan-abang

notakaki :
maut tidak kira waktu dan tempat, kiamat pula semakin mendekat;
selagi roh belum diangkat, eloklah kita segera bertaubat.

14 October 2012

" Selamat hari lahir, abang.. "

Farah Zahid | 16:09 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Di rumah. suami dan isteri. rukun dan damai.
namun ketenangan rumahtangga mereka telah diuji menjelang ulangtahun kelahiran si suami.
pertengkaran berlaku seawal mereka bangkit dari tidur.
tidak dapat dikenalpasti apa punca dan siapa yang memulainya.
sang suami melontarkan hujah-hujah, sesekali berkeras dengan pendiriannya.
di hujung katil kelihatan si isteri. diam tanpa sepatah kata.
berlalu meninggalkan si isteri, sang suami bergegas menyiapkan diri. keluar pergi mencurah bakti dan mengeluar keringat demi mencari rezeki.

isteri bangun. merapati meja solek tempat suaminya berdiri merapikan rambut.
sang suami sekadar menjeling. belum sempat si isteri menghulur tangan membuka mulut, sang suami terlebih dahulu ringan kaki melangkah keluar tanpa sebarang bunyi.
dari dalam bilik mereka, terdengar bunyi pintu dibuka dan ditutup. kasar.
enjin kereta mula mengaum. lama-kelamaan semakin menjauh dan menghilang.
si isteri terpaku. kelihatan air jernih bergenang di mata, laju menuruni pipi mulus miliknya.


hari semakin petang. senja merangkak tiba. malam bakal berlabuh.
di dapur, si isteri bertungkus lumus menyiapkan hidangan istimewa untuk kekasih hati.
wajahnya kini berbeza. terpancar kegembiraan, biarpun permulaan hari ini tidak begitu baik.
dia berharap sang suami kembali ceria dan tidak marah-marah seperti tadi.

kepulangan suami disambut isteri, namun tiada tanda si dia mahu berbaik seperti sediakala.
terus sahaja kaki sang suami menaiki anak tangga menuju ke kamar kelamin.
ah, masih saja begitu. desis hati si isteri. mengeluh.

di ruang rehat, jarum jam menunjukkan angka 11. malam semakin lewat. sengaja dia memasang televisyen, bukan niat mahu menonton. setakat menutup durja di hati.
perlahan-lahan bangun dan menutup suis televisyen. lambat-lambat menaiki anak tangga. walhal cuma kedapatan 8 anak tangga yang perlu dipijak sebelum sampai ke kamar beradu milik dia dan sang suami.

si isteri tiba di depan kamar, menolak daun pintu perlahan. dikuak seminima mungkin agar tidak mengganggu sang arjuna. sepi. kelihatan sesusuk tubuh di atas katil.
sudah tidur suamiku yang seorang ni. hati kecilnya berbicara sendirian.
menuju ke kamar mandi, membersihkan dirinya untuk seketika.
usai, si isteri mengenakan pakaian untuk tidur, lantas berbaring di tilam empuk.
mengambil tempat di sebelah sang suami yang berbaring bertentang dengan dirinya.
dia mengusap wajah sang arjuna yang lena diulit mimpi. lalu membisikkan sesuatu.
si isteri berbaring semula dan mengadap sang suami tercinta. terukir senyuman di bibirnya.
semoga hari esok dan mendatang membawa ceria dan sinar bahagia.

subuh pagi itu, sang suami terjaga awal. dilihatnya baru 5.30 pagi. menjeling ke arah si isteri yang tidur nyenyak. menarik selimut yang menyelubungi tubuh isteri hingga ke paras dada.
sang suami bangkit lantas pergi membersihkan diri bersiap untuk menghadap Tuhan yang Maha Menciptakan.
selesai menunaikan kewajipan, dia memanggil isteri kesayangannya untuk bangun. berkali-kali panggilannya tidak disahut. sang suami menghampiri si isteri. rapat. lalu menyentuh bahu dan mengejutkannya perlahan-lahan. tiada respons.
dikejutkan pula dengan cara mengusap-usap lengan isteri, menepuk-nepuk lembut pipi si isteri. masih tiada sebarang pergerakan.
memegang tangan isterinya, sejuk. tangannya menyentuh dahi, pipi, dan leher si isteri.
juga sejuk. sang suami kaget. terasa mindanya menerawang entah ke mana.
sekejapan, sang arjuna mulai menitiskan air mata.
barulah dia mengetahui, sang ratu hati telahpun kembali ke hadrat Ilahi.
belum sempat menyuakan permohonan maaf, si isteri pergi meninggalkannya sendirian tanpa sebarang pesanan. arjuna sedikit kesal.
" Ya Allah, ampunkan aku. betapa kerdilnya aku di sisi Engkau. seketika benar Engkau pinjamkan aku seorang isteri kekasih hati, pengubat lara, peneman sunyi untuk diriku.
Ya Allah, Kau peliharalah isteriku di sana. Kau ampunkanlah dosa-dosanya selama hayatnya. semoga dia tetap tenang dalam perjalanan untuk bertemu denganMu. "

sang suami berdiri. menghampiri meja solek di sisi katil. tangan mencapai handphone. namun tumpuannya hilang untuk menelefon. tertancap mata ke arah sekeping kertas. seseorang telah menulisnya. sang arjuna membaca tekun. dan kali ini, mata putihnya semakin merah, air mata tidak dapat ditahan-tahan lagi. kedengaran kuat esakannya.



notakaki :
hargailah insan-insan yang berada di sekeliling diri kamu selama hayat masih ada.
nescaya sedikitpun kamu tidak akan berasa kesal apabila mereka bepergian meninggalkan kamu untuk selamanya.

12 October 2012

Muka budak sekolah?

Farah Zahid | 20:25 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

berikut adalah situasi di sebuah kolej.

budak A : weh, ni muka kau? macam budak sekolah je, innocent giler! *sambil belek kad matrik*
budak B : huh, serius ah. tak percaya aku tengok. baru nak amik SPM eh? haha!
budak C : erkk.. *sigh*

apa perasaan korang kalau jadi budak A atau B?
dan apa plak perasaannya kalau korang ada kat tempat budak B?

ekceli, situasi ni, terjadi kat cik FS kira-kira 5 tahun lepas. tapi cik FS tak mau kasi tau la, samada cik FS jadi budak A, B, atau C. korang teka la sendiri ek? kih kih.

kad matrik limited edition, keluaran 2006 punya ni :D
masa nak buat check-up dulu, pernah orang kat hospital tu tanya macam ni,
"akak ni, kerja kat Peladang ke? pengurus kat pejabat Peladang eh?"
aigoo, nampak muka ku sudah bekerja ke masa tu? bangga jugak, sebab nampak matured kot, bhahahah.. *pesen ayat macam nak kena lempang lelaju*

muka kat kad kolej kediaman, tak formal gila..
bantai je, buat pun dah tahun akhir, kah kah!

FS :
kitaran period macam terganggu, huu.. stress gamaknya.. (-.-")

Singkatnya hidup manusia

Farah Zahid | 07:56 |

notakaki :
gunakan 5 kesempatan yang telah diberi sebaiknya sebelum ditarik kembali oleh yang Maha Pencipta.

Published with Blogger-droid v2.0.9

11 October 2012

Tersurat dan tersirat

Farah Zahid | 14:53 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Pertama : entri ni bersifat umum
Kedua : sila klik butang pangkah di hujung penjuru kanan sekiranya tak berminat

bila sebut tersurat dan tersirat, ramai kot yang sedia maklum apa kebendanya dua istilah ni. rasanya zaman sekolah tadika cikgu pernah ajar buat karangan yang ada tersurat tersirat ni. tak faham? lupa? err.. kalau boleh, cik FS tak mau la jadi cikgu bahasa melayu kat sini, huhu.

tersurat adalah apa yang tertulis, yang kita boleh nampak, yang kita boleh tahu dan fahami secara kasar dan luarannya. oh ye, mikroorganisma macam bakteria, virus, dan yang kecil-kecil tu tetap tak boleh dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan mikroskop, walaupun mereka tu dikategorikan sebagai luaran. takrifan ni juga tak termasuk dengan sesuatu yang diisi dalam sampul surat. kih kih.

tersirat? kebanyakan yang kita tak dapat nampak dengan mata kasar, yang tersembunyi, yang berselindung di sebaliknya, perlukan mata hati dan minda untuk mengorek dan mengupas buah perkara tersebut. hanya mereka yang betul-betul guna pancaindera serta sixth sense yang boleh tahu, boleh fahami apa yang tersirat dan maksud di sebaliknya. bukan guna 6ixth Sense band yang menyanyi tu. :D

foto ni takde kaitan dengan tersurat atau tersirat, haha!

contoh mudah tersurat dan tersirat?
suratan takdir yang orang selalu sebut-sebut, kan? means, takdir yang telah ditetapkan, terang-terang depan mata, berlaku dalam hidup. itulah yang dikatakan tersurat, telah tertulis.
tersirat? sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup, merupakan takdir, yang mana terdapat maksud tersirat, maksud yang tersembunyi di sebalik kejadian itu. maksud tersirat inilah yang dikatakan sebagai hikmah.

notakaki :
hidup di dunia ini penuh dengan segala yang tersurat dan tersirat,
tiada satu pun yang terlepas.
inilah ujian dari yang Khaliq kepada mahkluk-makhlukNya

FS :
dua tahun menanti untuk itu, tapi masih belum pasti bila akan jadi isteri orang, ekeke..

10 October 2012

Kaki, kasut dan stokin?

Farah Zahid | 20:32 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Apa kaitan kaki, kasut dan stokin?

Kaki pun ada jenisnya. tak percaya? boleh buat eksperimen sendiri. caranya senang je kot.
Basahkan kaki, kemudian berdiri atas lantai konkrit atau sekeping kertas. hasilnya?

(A) Bentuk kaki kelihatan sangat sempit dan melengkung seperti bentuk bulan separuh
- kaki jenis melengkung tinggi

(B) Bentuk kaki kelihatan pepat - kaki jenis rata

Dah tahu jenis kaki? belilah kasut mengikut jenis dan bentuk kaki yang sesuai dengan diri.


Bila waktu yang sesuai untuk membeli kasut?


Kadangkala, kaki akan melecet apabila menggunakan kasut baru (padah tak pakai sarung kaki atau stokin, haha!).
ada tak cara untuk mengelakkan kaki melecet? jawapan : ada.
pada yang nak beli kasut baru, dinasihatkan untuk membeli pada waktu tengahari atau petang. kenapa? jawapan : sebab waktu tersebut saiz kaki adalah lebih besar berbanding pada waktu pagi.
relevannya? jawapan : beli kasut waktu pagi, saiz kaki lebih kecil, berbanding saiz kaki yang lebih besar apabila kasut dipakai pada waktu tengahari atau petang, kasut terasa ketat.
kesannya, kaki akan menjadi mudah melecet dan tak selesa.


Kasut bertumit?

Kasut bertumit perlu dipakai mengikut ketinggian yang sesuai. tahu tak? badan kita boleh menampung tumit sehingga setinggi 1 inci je? sekiranya lebih dari itu, berat badan akan menjadi tak stabil di atas bola kaki, seterusnya akan menjejaskan kesihatan seluruh badan.

Tips memilih dan membeli kasut bertumit :
1- pilih yang paling rendah tumitnya
2- pilih tumit yang paling tebal dan lebar untuk memberi lebih kestabilan
3- pilih kasut yang membulat pada bahagian jari, elakkan kasut meruncing yang menyakitkan
4- pilih kasut yang cukup besar untuk memuatkan pad/alas tambahan dan yang boleh menyokong bahagian lekukan kaki


Stokin, bagaimana pula?


Tujuan stokin atau sarung kaki adalah untuk melindungi kaki (dan menutup aurat juga). tapi tak semua jenis adalah sesuai dipakai. kita harus pandai memilih jenis stokin/sarung kaki yang tidak memudaratkan kesihatan kaki.

Jenis stokin/sarung kaki :
1) kapas/bulu : lebih nyaman dan mengeringkan kaki
2) nilon : menghasilkan kepanasan dan menyerap kelembapan kaki seperti span

Tukar stokin/sarung kaki sekiranya kaki anda jenis yang kuat berpeluh untuk mengelakkan bau dan menjaga kesihatan kaki. selain itu, hindari memakai stokin yang terlalu mencengkam getah elastiknya sebab ia mengehadkan peredaran darah dan memburukkan keadaan kesihatan kaki.

sumber : artikel kesihatan

Wordless Wednesday : 13 - Amerika #1!

Muhammad Akmal | 02:09 |

Assalamu'alaikum.


Klik gambar untuk lebih jelas.


p/s : serba serbi nombor satu. Sistem yang rosak melahirkan masyarakat yang juga rosak. Sudah tiba masanya umat mengambil Islam sebagai penyelesaian.


09 October 2012

PAFA : Bahagian 1 - Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Farah Zahid | 21:10 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Salam ceria semua, semoga sihat hendaknya. entri kali ni, cik FS sambung berkenaan PAFA, dah lupa? boleh la terjah semula apa itu PAFA.

Mengucap Dua Kalimah Syahadah

cik FS yakin, semua yang beragama Islam pasti tahu dan faham apa itu mengucap dua kalimah syahadah. tapi tak cukup sekadar tahu dan melafazkan, harus tahu juga maksud kalimah tersebut, baru dapat menghayati lafaz kalimah syahadah itu.


Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Dua kalimah syahadah merupakan pengakuan atau ikrar tentang adanya Allah yang Maha Esa dan Nabi Muhammad saw sebagai pesuruhnya.
(sila jangan pertikaikan kenapa kita tak mengucap nama nabi yang lain)
dua kalimah ini wajib diucapkan sekurang-kurangnya 5x sehari semalam iaitu semasa mengerjakan solat fardhu ketika membaca Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir. termasuk juga semasa mengerjakan solat-solat sunat.

Selain itu, kalimah syahadah ini wajib diucapkan dalam upacara seseorang kafir yang memeluk agama Islam. pengakuan dan ikrar di dalam hati "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah" adalah menjadi pengesahan bahawa mulai saat itu dia telah menjadi seorang Islam. maka, wajiblah bagi dia mentaati segala hukum-hakam Syar'iah yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Untuk memperteguhkan lagi pengakuan dan ikrar itu, umat Islam haruslah selalu menyebutnya berulang-ulang walaupun bukan di dalam waktu solat. menyebutnya di luar solat dinamakan 'ZIKIR' iaitu bererti mengingati Allah. ucapan zikir mempunyai pelbagai nama dan cara sebutan seperti Tahlil, Tasbih, Tahmid, Takbir dan lain-lain. tetapi zikir yang paling utama (menurut hadis Nabi saw) ialah menyebut kalimah "LAA ILAA HA ILLALLAH".



Entri lain :
PAFA : Pengenalan

08 October 2012

10 Langkah Islam Mengatasi Zina.

Muhammad Akmal | 18:47 |

Bismillah.




Assalamu’alaikum.



Apa khabar semua? Sihat? Moga semua dalam keadaan sihat. Lama saya tak menulis. Bulan lepas kak Farah (cik FS) ada buat entry pasal keharaman zina kan? Harapnya artikel tu terkesan dalam hati awak semua, dosa tu penyumbang untuk kita masuk neraka taw. Bila sebut dosa besar, lagi la besar peluang kita nak masuk situ. Jangan ambil mudah sebab hidup kita kat akhirat nanti lebih lama lagi dari kat dunia. Oleh sebab tu, kali ni saya tulis pulak satu entry tentang cara Islam menyelesaikan zina. Moga-moga kita terhindar dari dosa tu dan nampak betapa ‘cantik’nya Islam menjaga kita.



Sebelum tu, perkenalkan, definisi jenayah dalam Negara Sekular adalah ; salah satu perbuatan yang melanggar undang-undang kerajaan sesuatu tempat[1]. Biasanya terkait dengan keganasan contohnya curi, rompak, rogol dan sebagainya. Definisi jenayah yang dalam Negara Islam pula bermaksud ; melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT atau meninggalkan perkara yang diperintah olehNya[2]. Nah, jadinya bila tak solat (wajib), tak puasa (wajib), tak tutup aurat (wajib), maka ianya adalah jenayah. Termasuklah zina, walaupun dilakukan atas dasar suka sama suka.


Realitinya kat Malaysia ni tak solat dianggap jenayah tak? Zina dianggap jenayah tak? Orang yang melakukan tu dianggap penjenayah tak? Kalau jenayah mesti la ada hukuman kan? Apa hukuman untuk orang tak solat dan apa hukuman untuk orang zina? Kalau ada pun, hukumannya berlandaskan Islam tak? Dekat Malaysia ni, kita ikut pada undang-undang Malaysia la. Kalau tak ada akta jenayah orang tak solat, maka tak solat tak dikira jenayah. Zina ada hukumannya ikut undang-undang Malaysia tapi saya malu nak sebut. Jenayah yang begitu besar, dianggap kecil saja bagi negara. Sebenarnya Malaysia ni negara apa? Cuba tengok undang-undang kita, siapa yang buat? Ahli parlimen kan? Jadinya Malaysia negara ahli parlimen la. Kalau negara Islam, Allah SWT yang tentukan undang-undangnya. Boleh tak macam tu? Hehe.



Negara Sekular memang tak ambil peduli sangat tentang masalah zina, sebab tengok pada definisi jenayahnya. Bagi mereka kalau zina dibuat suka sama suka, apa masalahnya? Maka jangan pelik bila keluar penyelesaian yang juga pelik, sebab tukang buat undang-undang kita agaknya rasa dia lebih cerdik daripada Maha Pencipta itu sendiri.


Zaman sekarang Islam tak terlaksana secara menyeluruh. Ada zon-zon tertentu pulak untuk tutup aurat, contoh bila tengok depan sekolah agama, mesti ada papan tanda ‘Zon Menutup Aurat’ dengan gambar pakaian yang betul dan sebagainya. Bukan nak kata tak betul, tapi tutup aurat bukan masa kat sekolah agama jek kan? Nanti tu yang jadi bila keluar sekolah, tak pakai tudung. 



Dan bila sebut dilaksanakan secara menyeluruh, bukan bermakna hudud jek ok. Malah sebenarnya hudud tu yang laaaast skali. Banyak lagi perkara-perkara sebelum tu, yang perlu sama-sama dilaksanakan. Kita taknak kan, Islam nampak ganas?



Penyelesaian zina dalam Islam : 10 Langkah Menghalang Zina.



1. Iman.

- Iman yang benar kepada Allah SWT dan rukun-rukun iman lainnya. Dengannya, kita meyakini bahawa Allah SWT yang Maha Pencipta dan Maha Pengatur lebih tahu lagi apa yang baik dan buruk buat kita, apa yang lebih mulia buat kita, apa yang lebih selamat buat kita. Mestilah kita akan tunduk pada syariatNya (aturan) secara sepenuhnya. Malah Allah tak pernah melarang kita bernikah, bahkan menggalakkannya dan memudahkannya. Cuma kita manusia yang selalu leka mengikut naluri kita, yang mana akhirnya menghancurkan diri kita sendiri.

Dengan iman juga kita akan mengetahui bahawa Allah SWT selalu memperhatikan kita. Amal perbuatan kita sentiasa dicatat oleh MalaikatNya dan kelak akan dihitung di Akhirat yang juga salah satu rukun iman. Maka bila ingin berbuat dosa, kita tak akan memperhatikan lagi sama ada terdapat orang di sekeliling, tapi kita sentiasa rasa takut untuk melakukan dosa kerana mengingatkan perbuatan kita kelak akan dibalas.

Sedikit peringatan :

"Dan orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina; dan barangsiapa melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat. (Yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan (amal yang baik); maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Dan barangsiapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya." (TQS Al-Furqan : 68-71)

Tetapi, masihkah ada lagi ruang untuk Syaitan menghasut? Ada banyak lagi.



2. Perintah Menundukkan Pandangan.


- menundukkan pandangan dari hal yang haram merupakan perintah Allah SWT.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka...." (An-Nur :30-31)

Bahkan perintah ini dikenakan terhadap orang yang menutup aurat sekalipun, melainkan pandangan pertama atau dengan tujuan yang syar’i seperti belajar, berjual beli dan bernikah. Beberapa hadis yang menunjukkannya :

Dari ’Ali bin Abi Thalib radliyallaahu ’anhu ia berkata : ”Bahwasannya Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam membonceng Al-Fadhl bin ’Abbas di belakang beliau ketika haji, kemudian datang seorang wanita dari Khats’am yang meminta fatwa kepada Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam. Maka Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam memalingkan kepala Al-Fadhl agar tidak melihat kepada wanita tersebut. Maka paman beliau – Al-’Abbas – berkata kepada beliau : ”Engkau memalingkan kepala anak paman engkau, wahai Rasululah ?”. Maka beliau menjawab :
”Aku melihat seorang pemuda dan seorang pemudi, maka aku tidak merasa aman dari syaithan terhadap mereka berdua” (HR Ahmad dan At-Tirmizi)

Dari Buraidah radliyallaahu ‘anhu, bahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Wahai ‘Ali, janganlah kamu mengikutkan pandangan dengan pandangan. Sesungguhnya bagimu hanyalah pandangan yang pertama, dan bukan yang setelahnya”. (HR At-Tirmizi dan Abu Daud)

Menundukkan pandangan ni bukan hanya diaplikasikan di dunia nyata saja ya malah di dunia maya (internet, Tv) sekalipun. Jangan pandang pasangan lawan jenis dengan pandangan berahi. Elakkan lah seboleh mungkin, supaya terhindar daripada dosa dan daripada terbekasnya maklumat awal dalam otak kita yang mana boleh membawa kepada bangkitnya naluri seksual kita sendiri.

Masih ada lagi ruang untuk Syaitan menghasut? Ada lagi.



3. Perintah Menutup Aurat.

- Saya rasa yang ini rata-rata dah tau kan? Aurat bagi lelaki yang kita pegang dari pusat sampai ke lutut. Bagi perempuan pula, banyak sikit. Perempuan ada 4 tuntutan dalam bab aurat ni iaitu :

1. Tutup semua kecuali muka dan pergelangan tangan.
2. Labuhkan tudung ke paras dada.
3. Memakai jilbab. Apa tu jilbab? Jilbab tu bukan tudung taw. Jilbab tu baju, bukan baju kurung. Nak tau, boleh rujuk [sini].
4. Larangan bertabarruj. Apa tu tabarruj? Rujuk [sini].

Sekarang kalau tengok Tv, rasa meluat jek tengok perempuan pakai baju compang-camping. Bukan sebab miskin sangat, tapi ntah kenapa, pakai baju terdedah sana sini. Kalau lelaki smart pulak? Pelik betul cara pemikiran kita sekarang. Patut kita rasa bangga, bahagia bila tutup aurat taw. Sebab kita dah ikut perintah Allah pada kita. Bila tak tutup aurat ni, nampak miskin la. Miskin dengan kemuliaan.

Masih ada ruang lagi untuk syaitan menghasut? Banyak lagi.



4. Larangan ikhtlath.

- Ikhtilath ni maksudnya percampuran antara lelaki dan perempuan.

Islam ada mengatur dalam percampuran yang dibenarkan dan interaksi yang dibenarkan. Contohnya ketika dalam kelas. Sepatutnya kedudukan dalam kelas tu lelaki duduk depan dan perempuan duduk belakang. Bukannya tak bagi perempuan belajar, malah boleh buat kelas yang khusus untuk perempuan. Bukan macam realiti sekarang ni, kita dari sekolah rendah lagi dah ditanam, lelaki yang malas duduk sebelah perempuan rajin, perempuan yang nakal duduk sebelah lelaki yang pendiam. Macam tu pulak? Lepas tu mula la belajar cuit-cuit. Lelaki ni kalau makin perempuan tu marah kat dia, makin dia suka kacau. Tu masa kecik, masa dah besar, sentuh-sentuh laki perempuan dah anggap macam biasa. Salah tu.

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Barisan yang terbaik untuk lelaki adalah barisan hadapan, (yang paling jauh dari barisan wanita) dan barisan yang paling baik untuk wanita adalah di barisan belakang dan yang terburuk adalah di hadapan (paling hampir dengan barisan lelaki)."[HR Abu Dawud]

Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam melihat kaum lelaki dan perempuan di luar masjid bergerak bersebelahan antara satu sama lain. Beliau (Sallallahu Alaihi wa Sallam) menahan kaum perempuan lalu berkata, " Adalah tidak elok untuk kalian berjalan di tengah-tengah laluan ini, adalah lebih baik bagi kalian untuk berjalan mengikuti tepi-tepi dinding." [HR Abu Dawud]

“Janganlah sekali-kali seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berdua-duaan), kecuali jika wanita itu disertai mahramnya.” (HR Bukhari)

Berkhalwat ni kalau berdua dalam tempat tertutup macam rumah, bilik dan tempat umum yang sunyi.

Sumber : Google (Anda Bijak Jauhi Zina)


Masih ada lagi ruang untuk syaitan menghasut?



5. Larangan Pornografi.

- Sangat mengejutkan pada beberapa minggu lepas, masuk dalam salah satu surat khabar utama kita satu gambar yang begitu besar di muka hadapan. Gambar seorang lelaki dan wanita dalam tandas dengan posisi yang, saya taknak cakap. Tapi lucah! Tengok jek gambar tu, buat saya pening kejap. Tertanya-tanya dalam kepala, “Apa yang diorang (penulis/editor) buat ni? Diorang tak fikir ke ada budak-budak yang akan baca? Kalau ya pun jangan la letak gambar yang besar macam ni?”. Kecewa rasa, tu tak masuk lagi bahagian artis, yang rata-rata tak pakai tudung. Rasa benci, tapi siapa yang boleh ubah ni? Semestinya pihak yang mempunyai kuasa.

Sekarang ni pornografi ni dah jadi satu industri. Zina dipromosikan demi keuntungan. Awak semua tau tak Indonesia tu negara dengan umat Islam paling ramai? Dan awak semua tau tak, di tempat yang umat Islam paling ramai tu, adanya industri porno yang bertapak kat situ? Tak perlu dicari la namanya tapi memang ada. Apa awak rasa? Pelik? Tak pelik? Saya akan pelik kalau awak semua tak rasa pelik. Hehe.

Ini merupakan tanggungjawab negara untuk membendung filem-filem atau aksi lucah daripada terus disiarkan.

Masih ada lagi ruang untuk syaitan menghasut?


6. Sistem Pendidikan Islam.

 - Dalam pendidikan Islam sepatutnya umat Islam dah diajar tentang pemikiran yang menjadi landasan berfikir buat kita iaitu halal haram. Nak buat sesuatu tu mesti fikir dulu, Allah benarkan ke, Allah larang? Dan yang sangat penting adalah supaya terbinanya keperibadian Islam dalam diri kita supaya sentiasa takut pada Allah dan balasan Akhirat. Kita juga perlu mendapat maklumat-maklumat tentang bagaimana menjauhi zina. Islam bukan sekadar teori tapi juga praktik. Macam dalam artikel saya yang ini, saya harap pembaca semua dapat ingat dan amalkan. Selain daripada tu jugak suami isteri perlu tahu tanggungjawab dan hak masing-masing yang perlu ditunaikan.


Tapi yang jadi sekarang ni, pendidikan pun seolah-olah lagi menggalakkan zina. Dengan adanya pendidikan seks yang datang dari Barat, budak-budak muda dah tak segan nak bercerita tentang seks. Nanti mula-mula teori, lepas tu nak cuba praktikal pulak. Menakutkan! Kita kena ingat, pendidikan seks ni asalnya diambil dari Barat. Orang kapir tu, dia tak heran pun pasal zina. Dia cuma heran bila ada AIDS atau anak luar nikah yang terlalu banyak. Sebab tu diorang ajar macam mana nak elakkan mengandung, macam mana pakai kondom dan sebagainya. Tapi kita ni umat Islam, boleh pulak ambil pemikiran macam tu?

Masih ada lagi ruang untuk syaitan menghasut?


7. Kemudahan Menikah.

- Bab yang ni jujur saya tak tau sangat. Sebab saya belum nikah. Haha. Cuma apa yang saya tau, nak nikah ni kita kena cek darah dulu, kena ada sijil dulu dan yang paling sakit, hantaran makin mahal. Yang cek darah tu, rasanya releven jugak la. Kalau kena ada sijil tu, saya ragu-ragu sikit. Agaknya apa yang diajar dalam kelas tu ek? Nak kata berkesan, kes cerai makin banyak jugak. Jadi berbaloi ke? Tapi nak taknak kena ambil juga kan? Kesian.

Dalam kos hantaran ni pula, banyak makcik-makcik jek yang letak harga tinggi-tinggi ni. Anaknya nak simple-simple aja. Nak nasihat kat orang tua ni, tapi tak tau pulak kalau-kalau ada orang tua yang baca blog ni. Hakhak. Kalau ada yang baca tu, saya cuma nak cakap ; makcik pakcik, jangan lah letak hantaran macam nak jual anak. Anak makcik tu bukan terus hilang dari pandangan makcik pun. Setiap tahun pun mesti dia balik kampung jugak jumpa makcik. Kan senang kalau anak makcik dah kahwin. Terlepas anak makcik dari dosa, dari fitnah. Belanja makcik hari-hari pun kurang. So, permudahkan lah anak-anak makcik nak kahwin. Hee.

Ada lagi tak ruang untuk syaitan hasut? Ada kot?


8. Sistem Ekonomi Islam.

- Sistem ekonomi Islam ni, susah nak terangkan. Paling-paling pun kalau belajar, ambil masa 2 tahun. Cuma saya ambil sikit daripada sirah. Kita tengok macam mana hidup umat Islam ketika zaman Khilafah. Semasa pemerintahan Khalifah ’Umar Abdul Aziz (cucu cicit Saidina ’Umar Al-Khattab) pada tahun 717-720 Hijrah, berlaku satu peristiwa yang menunjukkan kehebatan ekonomi Islam itu sendiri. Ketika pemerintahan beliau, dikatakan tiada orang yang layak untuk menerima zakat. Sehinggakan zakat tersebut digunakan untuk mengahwinkan orang-orang muda. Padahal wilayah Islam ketika tu begitu luas. Ketika itu yang mana ekonomi Islam terlaksana, hanya ada 3 kelompok pendapatan iaitu kelompok orang-orang yang cukup, yang kaya dan yang kaya-raya. Tiada umat Islam yang tak cukup makan, yang tiada rumah dan yang tiada pakaian. Kalau mereka miskin dan perlukan pinjaman sekalipun, mereka tak dikenakan riba’.

Tau tak, orang dulu kaya, dia tak perlu pun kerja 24jam macam kita. Bangun pagi, solat Subuh, kerja sampai lepas Zohor atau Asar lepas tu balik rumah. Kita umat Islam ada banyak tanggungjawab lain taw. Nak urus hal-hal rumah, nak belajar agama atau mengajar, nak berdakwah, nak beribadah sunat, kalau pakai ekonomi kapitalis macam sekarang ni, ada masa nak buat semua tu? Lagi pulak, orang dulu kaya tak perlu rasuah, tak perlu merompak, tak perlu jual tubuh, senang cakap tak perlu buat benda haram. Rasa-rasa senang ke hidup kita sekarang ni? Kalau betul senang mesti tak ada perempuan jadi pelacur, model, pramugari dan sebagainya. Yang mana kerja-kerja tu, diterima sebab gaji besar. Walaupun kena tayang aurat dan buat benda haram?

Ada lagi tak ruang untuk syaitan menghasut?


9. Kebolehan Poligami.

-Poligami boleh dengan syarat si suami berlaku adil. Baru-baru ni kawan saya cerita, ada ustazah tu masa nak kahwin dengan suami dia, dia buat 1 perjanjian dulu. Isinya adalah supaya suaminya menceraikannya jika si suami ingin berkahwin lain. Lepas tu cerita pula pada orang ramai dan akhirnya ada juga yang terpengaruh dengan idea tu. Tak tau la apa motif dia buat macam tu. Awak semua rasa-rasa, bagus tak ustazah tu buat perjanjian tu?

Cuba awak bayangkan ey, awak seorang perempuan. Yang muda, cantik dan sihat. Suami awak selalu ada dengan awak dan awak dapat layan suami awak setiap hari. Satu hari, awak kemalangan. Badan awak lumpuh atau cacat. Lepas tu, suami awak hidup tertekan. Kena jaga awak selalu, sibuk dengan kerja, tak ada orang layan, sediakan makan minum, penat! Dan akhirnya, suami awak pun terpaksa pilih untuk cari isteri lain. Tapi oleh sebab dulu awak dah buat perjanjian dengan dia supaya ceraikan awak, dia pun terpaksa akur dengan perjanjian tersebut dan ceraikan awak. Akhirnya awak ditinggalkan keseorangan. Dengan penyakit yang awak hidapi dan realiti keadaan awak yang ditinggalkan masa tu, awak rasa awak boleh teruskan hidup lagi tak? Hmm, nampak tak kesan buruk daripada perjanjian tu? Allah SWT lebih tau lagi keadaan kita, apa yang terbaik buat kita. Kita sebuk nak halang. Jangan kita ingat kita ni sentiasa muda, sihat, cantik. Satu hari nanti, kita tak tau apa yang akan jadi. Lagi-lagi sekarang ni, perempuan tersangat ramai berbanding lelaki. Dulu dah keluar cerita bertajuk 1:37. Tu nisbah lelaki dengan perempuan tu. Ramai kan? Dan apa yang saya tahu jumlahnya akan terus meningkat sampai ke 50.

Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan menjadi berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki (pelindung) semakin kurang sehinggakan 50 wanita hanya dilindungi oleh seorang lelaki.”(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Awak semua tak kesian ke pada perempuan-perempuan yang tak dapat kahwin tu?

Nah, ada lagi tak ruang untuk syaitan menghasut? Kalau ada jugak dan akhirnya kita terjebak, maka barulah kita sampai pada langkah terakhir pencegahan zina tu iaitu ;


10. Hukuman. (Hudud & Takzir)

- Zina termasuk salah satu jenayah yang akan dikenakan hudud. 100 kali sebat bagi pesalah yang belum kahwin dan rejam sampai mati bagi pesalah yang dah kahwin. Dan semestinya dibuktikan melalui sistem pembuktian yang benar dalam Islam. Dalam hudud ni ada 2 perkara yang dipanggil zawajir dan jawabir. Zawajir ini maksudnya pencegah. Iaitu pelaksanaan hukum Islam ni adalah di tempat umum. Perlu disaksikan beberapa orang atau disertai beberapa orang. Jadinya, ianya merupakan pencegah bagi orang-orang yang menyaksikan ini, yang mana akan menimbulkan rasa takut untuk melakukan kesalahan tersebut. Jawabir pula bermaksud penebus. Iaitu berfungsi sebagai penebus dosa bagi pelaku maksiat tersebut. Yang bermakna dosa tersebut tidak akan dibalas di akhirat kelak kerana telah dibalas setimpal di dunia.

Takzir pula hukum dari Allah dan hukuman dari ijtihad Khalifah. Contohnya tak tutup aurat, hukumnya haram dari Allah tapi Allah tak turunkan sekali hukumannya macam dalam dosa zina. Jadi dalam pelaksanaan hukuman, terletak pada ketentuan Khalifah, dengan hukuman yang setimpal semestinya. Mungkin bab hudud dan takzir ni lebih elok dibincangkan dalam satu artikel yang lain.


Sebenarnya, semua ini takkan dapat terlaksana sekaligus di Malaysia, kerana kita terkait dengan perlembagaan British yang ’dihadiahkan’ ketika ’merdeka’ dulu. Dalam keadaan umat yang nazak sekarang ni, umat memerlukan penyelesaian yang menyeluruh dan ia hanya dapat tercapai dengan tertegak kembali Daulah Khilafah. Tak lama lagi, insyaAllah.


Wallahua'lam.


p/s : Banyak lagi kita kena belajar.



07 October 2012

Sesi marathon drama My Girl

Farah Zahid | 16:00 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Salam ceria semua, harap semua sihat selalu hendaknya. maaf, dah 2 hari cik FS tak jenguk kekawan dan update blog termasuk semalam, sebab tak online kat laptop sejak kemaren. layan twitter, jenguk fesbuk pun kat henfon je. tetibe aje angin korea datang singgah kat batu pahat, serta-merta teringat kat cerita My Girl yang fofular kira-kira 6 tahun lepas. cik FS pun bongkar balik box cd/dvd, semata nak ngadap semula drama ni, pehtu marathon dua malam, malam pertama nikah start kul 9 malam, kul 5 pagi baru berenti tengok. serius wa cakap nih!

Dulu zaman kampus, semua pesen duk tengok drama, filem secara berjamaah dengan roomate atau coursemate. terus berjangkit nak mintak copy, haha. My Girl ni la drama korea pertama yang cik FS layan dengan roomate dulu, masa tu hujung tahun 2006, memasing tengah sebok nak final exam. gila tak gila lar kan, sempat melayan drama korea, filem omputeh, layan anime, siap copy dalam cd, dalam external hd bagai, fuhhhh!


Jeong Woo - watak lelaki comel, kuat berpoya, digelar 'player' sebab banyak flirt dengan pempuan, merupakan kawan rapat Gong Chan. kalo dalam anime, ramai peminat sebab muka kiut, kah kah. suka gila gila kat Yoo Rin yang jadi fake cousin kepada Gong Chan. sangat melayan kerenah si Yoo Rin yang nakal dan kuat kenakan orang lain, haha. jatuh cinta kat Yoo Rin pada pandangan pertama, ececehh. sweet gitu.


Gong Chan - watak lelaki macho (eh?), sentiasa kemas, seorang yang kuat bekerja, cucu kesayangan atok. dia ni Director Avenuel Hotel milik keluarga. jugak ada villa kat Jeju Island, tempat Yoo Rin buat macam rumah sendiri, siap petik limau untuk dijual dan buat jem gitu, hehe. ada ex-makwe nama Kim apa entah, haha. lama-lama dia ni baru sedar yang dia menyukai dan menyayangi Yoo Rin.


Yoo Rin - pempuan sederhana comel, perangai gila-gila, suka kenakan orang dengan ayat-ayat licik dan hal yang kekadang tak terjangkau dek akal, boleh dikatakan seorang pemutarbelit alam. diupah untuk jadi kazen kepada Gong Chan sebab atok Gong Chan (Presiden Seol) nazak, nak sangat jumpa cucu kandung yang terpisah sejak kecik. last-last, dia ni terjatuh hati kat Gong Chan.


Opssss.. babak ni underage tak boleh tengok, tapi cik FS snapshot ni selepas babak diorang buat aksi 18 tahun ke atas, wakakak. episod ke berapa entah, diorang memasing mengaku dan luahkan isi hati. tapi, biasalah, macam-macam rintangan yang diorang terpaksa tempuhi.

Pada yang dah tengok, sila abaikan bebelan cik FS ni, kalo rasa nak repeat tengok lagi pun boleh, hihi. pada yang belum berpeluang nak tengok, boleh ler cari kat laman yang boleh korang download, tak pun beli je cd/dvd kat kedai.

notakaki :
plot di dalam novel, drama hanyalah ciptaan manusia-manusia, yang mana pengakhirannya kebanyakan diisi dengan kegembiraan setelah melalui jerih payah. namun realiti hidup manusia, tak seindah khayalan dan ciptaan makhluk.


FS :
rasa macam nak pegi MAHA 2012, tapi tak tahu berkesempatan ke tak..

Entri Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright Reserved © 2010-2015 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.