CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

04 October 2012

Bergaduh kerana Gangnam Style?

Unknown | 20:23 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Lately ni, cik FS acapkali dengar lagu Gangnam Style, kat radio terutamanya lar,
bila ke pasaraya pun, lagu ni jugak dimainkan, adeh, sabau jela. -.-"
menarik sangat ke? masa mula-mula dulu, cik FS tengok sekali je, tu pun lepas video beliau tersebar dengan pantas  kat laman fesbuk macam bakteria dan virus. giler sungguh!

Bergaduh? huh, malas cik FS nak cerita sebenarnya, tapi teringat plak kisahnya, haha.
cerita sebermula cik FS berkunjung ke JB atas urusan peribadi, stay kat rumah teman akrab sedari sekolah menengah dulu. agak penat la, seharian dalam bas pehtu menunggu teman tu amik kat Terminal Larkin, gi lunch then terus ke rumahnya dan lepaking.
si dia tahu cik FS ada kat JB, makanya dia ajak dinner pada malam tersebut, ikutkan jela, gi dinner je kan. beliau ajak makan di kedai mamak, boleh makan-makan, tengok tv, sembang-sembang. hah, dalam sembang-sembang tu ler terjadinya pergaduhan besar mulut antara kitorang.

cik FS : awak, tengok dah video Gangnam Style yang dah kecoh tu? 
ZF : dah, oppa gangnam style, macam siot je. haha.
cik FS : ah, awak suka aje, lagi-lagi ada pempuan duk menari jugak. *sigh*
ZF : ah, lawa kan aweks dalam video tu? cuci mata jela, kih kih.
cik FS : eii, tak senonoh tau! *tangan dah mencubit-cubit lengan si dia*
ZF : alah, tengok aje, bukan apa pun, awak je ada dalam hati saya. *sengih*
cik FS : saya ada baca, katanya video tu seakan menghina agama kita, yeke awak?
ZF : eh, apa kaitan plak? dia menari je pun, pastu buat tarian kuda kengkang.
cik FS : taklah, saya baca, dan tanya je, tak cakap apa pun. jangan lar marah saya. *tarik muka*
ZF : diorang ni, semua benda nak cakap macam tu. bla, bla, bla, pot, pet, pot, pet ...........
cik FS : huh, yelaa, saya tahu, cakap je tadi, huhu..

*dialog adalah selepas diolah semula*


FS :
ada ke yang kipas-susah-mati Gangnam style tuh? -.-"

4 comments:

  1. gangnam style yg x style pon....xperlu fikir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam akhbar, ada yg kata tarian tu macam org mabuk todi..

      Delete
  2. hahaha.. kadang2 disebabkan terlalu terpengaruh dan terlalu minat tu yang menyebabkan peperangan antara peminat dengan haters.. itu standard.hehe.. tak semua akan sebulu dengan kita. rambut sama hitam dan hati lain2.. hehehe. jadi, kita lah kena kawal perasaan agar tidak menjadi isu besar.. saya pun tak berapa minat pun gangnam style tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu la apa yg unik sgt sampai dijadikan ikutan oleh org kita. padahal masih byk lg tarian dan kebudayaan tradisi bangsa kita kat mesia ni.

      Delete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.