CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

23 October 2012

Jenayat : Erti dan bahagian hukuman

Unknown | 11:55 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...
Salam ceria, semoga sihat hendaknya. alhamdulillah, jumpa lagi kita di sini ( dalam blog ).
pada yang kurang sihat, segera dapatkan rawatan, berusahalah agar kesihatan kembali pulih.

Topik entri kali ini, sepertinya pelik bukan? jenayat? apa itu jenayat?


PENGERTIAN

Jenayat atau JENAYAH ditakrifkan sebagai perbuatan jahat.
dari segi perundangan Islam pula ditakrifkan sebagai "setiap perbuatan jahat yang ditegah (diharamkan) oleh syara' sama ada mengenai nyawa, tubuh badan, harta benda, maruah atau sebagainya."

Pengertian jenayah tersebut juga mencakupi :
- semua jenis perbuatan maksiat atau jahat ~ murtad, minum arak, mencuri dan membunuh
- meninggalkan perkara yang diwajibkan oleh syara' ~ solat, puasa dan zakat
- melakukan perkara yang ditegah ~ berzina dan membunuh


HUKUMAN DAN FUNGSINYA
Hukuman atau keseksaan membawa maksud "balasan yang ditentukan bagi menjaga kepentingan umum atas pelanggaran atau pencerobohan hukum syara'."

Fungsi hukuman adalah untuk menjaga dan menjamin kepentingan setiap orang seperti keselamatan nyawa dan tubuh badan mahupun kepentingan sampingan seperti keselamatan harta benda, maruah, dan nama baik.


BAHAGIAN HUKUMAN

1) Hudud
- dari segi bahasa : "pencegahan"
- dari segi istilah syara' : hukuman yang telah ditentukan oleh syara' berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadis Nabi saw bagi menjaga hak Allah swt

Hak Allah swt pula bermaksud "perkara-perkara yang ada hubungan secara langsung dengan kepentingan masyarakat umum yang boleh merosakkan ketenteraman awam dan hukumannya boleh mendatangkan manfaat kepada mereka."

Allah swt meletakkan hukuman tersebut di bawah kategori hak Allah swt, yang mana tidak boleh dipersoalkan kesahihan hukumannya yang mesti diterima dan dilaksanakan.
Hukuman hudud bertujuan menjaga hak Allah swt dan untuk memelihara kepentingan awam.

Jenis kesalahan adalah telah ditentukan oleh Allah swt iaitu :
1- berzina
2- qazaf (menuduh zina)
3- minum arak
4- mencuri
5- menyamun
6- memberontak
7- murtad




2) Qisas
- dari segi bahasa : "mengikut"
- dari segi istilah syara' : hukuman yang telah ditentukan oleh syara' berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadis Rasulullah saw bagi menjaga hak individu

Ia membawa maksud hukuman yang dikenakan adalah setimpal (adil) "mengikut" kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah. contohnya kalau kesalahan 'membunuh', maka hukuman yang setimpal adalah 'balas bunuh'; mengikut jenis kesalahan dan akibatnya.

Hukuman qisas bertujuan menjaga hak individu iaitu kepentingan peribadi setiap orang.
Jenis kesalahan yang telah ditentukan oleh Allah swt :
1- kesalahan membunuh
2- kesalahan jenayah selain nyawa (memukul dan mencederakan)
3- kesalahan menggugurkan kandungan


3) Ta'zir
- dari segi bahasa : "menolak / menghalang"
- dari segi istilah syara' : hukuman-hukuman yang tidak ditentukan oleh syara' dan tidak termasuk dalam hudud dan qisas

Hukuman tersebut bertujuan menghalang pencerobohan kepentingan awam dan kepentingan individu yang ditentukan oleh pemerintah atau mahkamah syariah.
Hukuman ta'zir bertujuan menjaga hak Allah swt dan hak individu yang tidak terdapat dalam hukum hudud dan qisas.

Jenis kesalahan adalah ditentukan oleh pemerintah atau mahkamah syariah.

2 comments:

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.