CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

03 October 2012

Review : GO Backup Pro

Farah Zahid | 10:50 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Hari ni hari Rabu, suppose buat Wordless Wednesday, tapi rasanya macam banyak benda nak kongsi dengan pembaca. Jadi, hari ni cik FS buat entri macam biasa. :)

Korang semua mesti banyak yang guna smartphone, kan? tak kira iOS ke, Windows ke, Android ke, yang penting smartphone. pernah terfikir tak, kalau satu hari nanti, semua data dan aplikasi dalam smartphone tu akan hilang? pastu tak tahu macam mana nak dapatkan semula data-data tu semua?
Sebenarnya, smartphone pun ada caranya tersendiri, macam laptop dan PC jugak, ada Recovery System atau aplikasi Backup dan Restore. nak tahu? jom, layan....

Untuk pengguna Android, banyak aplikasi untuk backup dan data recovery, tapi cik FS nak introduce GO Backup Pro. Apa bendanya ni eh?


Tadaaa... inilah GO Backup Pro, free je, boleh search kat Play Google. ianya adalah aplikasi untuk backup data dan aplikasi dalam smartphone yang menggunakan Android.

Dalam foto ni, dipanggil Pro version sebab ada Cloud Backup, nampak tak? kalau nak guna Cloud, kena purchase ikut harga yang ditetapkan. cik FS guna je Pro, tapi tak purchase pun Cloud Backup tu, lain masa kot? hihi.

Ok, next, ada dua pilihan kat situ, samada nak Backup atau Restore. kalau dah pernah Backup, kat Restore akan ditunjukkan berapa banyak backup yang ada. dan kalau belum pernah, for sure lah kosong.



Ni cik FS tunjukkan plak untuk Cloud Backup tu. kan, ada icon troli kat New Cloud Backup dan Restore. tu maknanya kena purchase dulu, baru boleh gunakan backup yang ni.
pada pendapat cik FS, guna Local Backup pun dah memadai, melainkan ada yang nak backup pada kapasiti yang lebih besar dan mudah synchronize.




Macam cik FS, dah pernah buat backup sebelum ni, jadinya dah ada pun beberapa siri backup untuk data dan aplikasi dalam tu.
nanti boleh pilih mana-mana backup yang nak restore semula, terutamanya untuk data dan aplikasi yang penting.
saiz backup depends pada jenis data dan aplikasi yang ada, kalau besar, saiz backup pun besar jugak, sama macam backup kat dalam laptop dan pc.










Oh ye, sebelum tu kan, device akan mintak permission untuk guna GO Backup Pro ni. mana-mana device yang unroot, tak boleh guna. untuk itu, pengguna harus root kan smartphone. root tu apa plak? maaf ye, cik FS tak dapat nak explain panjang lebar tentang root kat entri ni, mungkin entri akan datang. tapi korang boleh la baca tentang ROOT untuk Android. ataupun boleh search kat Google berkenaan root dan cara untuk root kat Android smartphone.


Rating : * * * *
Komen :
Mudah digunakan dan user-friendly, takde banyak kerenah sangat, dan masih boleh guna yang percuma (setakat hari ini). cuma pengguna harus pastikan device Android berstatus ROOTED sebelum boleh guna aplikasi GO Backup Pro ini.
selamat mencuba!

3 comments:

  1. sop guna CMW utk backup :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, nanti sy nak search yg CMW tu plak..

      Delete
  2. seb baik saya tak pakai hp canggih2 ni..kalau tak, mesti tgh sakit kepala nak backup2 ni..hehehe

    ReplyDelete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright Reserved © 2010-2015 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.