CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

08 October 2012

10 Langkah Islam Mengatasi Zina.

Akmal Adin | 18:47 |

Bismillah.




Assalamu’alaikum.



Apa khabar semua? Sihat? Moga semua dalam keadaan sihat. Lama saya tak menulis. Bulan lepas kak Farah (cik FS) ada buat entry pasal keharaman zina kan? Harapnya artikel tu terkesan dalam hati awak semua, dosa tu penyumbang untuk kita masuk neraka taw. Bila sebut dosa besar, lagi la besar peluang kita nak masuk situ. Jangan ambil mudah sebab hidup kita kat akhirat nanti lebih lama lagi dari kat dunia. Oleh sebab tu, kali ni saya tulis pulak satu entry tentang cara Islam menyelesaikan zina. Moga-moga kita terhindar dari dosa tu dan nampak betapa ‘cantik’nya Islam menjaga kita.



Sebelum tu, perkenalkan, definisi jenayah dalam Negara Sekular adalah ; salah satu perbuatan yang melanggar undang-undang kerajaan sesuatu tempat[1]. Biasanya terkait dengan keganasan contohnya curi, rompak, rogol dan sebagainya. Definisi jenayah yang dalam Negara Islam pula bermaksud ; melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT atau meninggalkan perkara yang diperintah olehNya[2]. Nah, jadinya bila tak solat (wajib), tak puasa (wajib), tak tutup aurat (wajib), maka ianya adalah jenayah. Termasuklah zina, walaupun dilakukan atas dasar suka sama suka.


Realitinya kat Malaysia ni tak solat dianggap jenayah tak? Zina dianggap jenayah tak? Orang yang melakukan tu dianggap penjenayah tak? Kalau jenayah mesti la ada hukuman kan? Apa hukuman untuk orang tak solat dan apa hukuman untuk orang zina? Kalau ada pun, hukumannya berlandaskan Islam tak? Dekat Malaysia ni, kita ikut pada undang-undang Malaysia la. Kalau tak ada akta jenayah orang tak solat, maka tak solat tak dikira jenayah. Zina ada hukumannya ikut undang-undang Malaysia tapi saya malu nak sebut. Jenayah yang begitu besar, dianggap kecil saja bagi negara. Sebenarnya Malaysia ni negara apa? Cuba tengok undang-undang kita, siapa yang buat? Ahli parlimen kan? Jadinya Malaysia negara ahli parlimen la. Kalau negara Islam, Allah SWT yang tentukan undang-undangnya. Boleh tak macam tu? Hehe.



Negara Sekular memang tak ambil peduli sangat tentang masalah zina, sebab tengok pada definisi jenayahnya. Bagi mereka kalau zina dibuat suka sama suka, apa masalahnya? Maka jangan pelik bila keluar penyelesaian yang juga pelik, sebab tukang buat undang-undang kita agaknya rasa dia lebih cerdik daripada Maha Pencipta itu sendiri.


Zaman sekarang Islam tak terlaksana secara menyeluruh. Ada zon-zon tertentu pulak untuk tutup aurat, contoh bila tengok depan sekolah agama, mesti ada papan tanda ‘Zon Menutup Aurat’ dengan gambar pakaian yang betul dan sebagainya. Bukan nak kata tak betul, tapi tutup aurat bukan masa kat sekolah agama jek kan? Nanti tu yang jadi bila keluar sekolah, tak pakai tudung. 



Dan bila sebut dilaksanakan secara menyeluruh, bukan bermakna hudud jek ok. Malah sebenarnya hudud tu yang laaaast skali. Banyak lagi perkara-perkara sebelum tu, yang perlu sama-sama dilaksanakan. Kita taknak kan, Islam nampak ganas?



Penyelesaian zina dalam Islam : 10 Langkah Menghalang Zina.



1. Iman.

- Iman yang benar kepada Allah SWT dan rukun-rukun iman lainnya. Dengannya, kita meyakini bahawa Allah SWT yang Maha Pencipta dan Maha Pengatur lebih tahu lagi apa yang baik dan buruk buat kita, apa yang lebih mulia buat kita, apa yang lebih selamat buat kita. Mestilah kita akan tunduk pada syariatNya (aturan) secara sepenuhnya. Malah Allah tak pernah melarang kita bernikah, bahkan menggalakkannya dan memudahkannya. Cuma kita manusia yang selalu leka mengikut naluri kita, yang mana akhirnya menghancurkan diri kita sendiri.

Dengan iman juga kita akan mengetahui bahawa Allah SWT selalu memperhatikan kita. Amal perbuatan kita sentiasa dicatat oleh MalaikatNya dan kelak akan dihitung di Akhirat yang juga salah satu rukun iman. Maka bila ingin berbuat dosa, kita tak akan memperhatikan lagi sama ada terdapat orang di sekeliling, tapi kita sentiasa rasa takut untuk melakukan dosa kerana mengingatkan perbuatan kita kelak akan dibalas.

Sedikit peringatan :

"Dan orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina; dan barangsiapa melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat. (Yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan (amal yang baik); maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Dan barangsiapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya." (TQS Al-Furqan : 68-71)

Tetapi, masihkah ada lagi ruang untuk Syaitan menghasut? Ada banyak lagi.



2. Perintah Menundukkan Pandangan.


- menundukkan pandangan dari hal yang haram merupakan perintah Allah SWT.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka...." (An-Nur :30-31)

Bahkan perintah ini dikenakan terhadap orang yang menutup aurat sekalipun, melainkan pandangan pertama atau dengan tujuan yang syar’i seperti belajar, berjual beli dan bernikah. Beberapa hadis yang menunjukkannya :

Dari ’Ali bin Abi Thalib radliyallaahu ’anhu ia berkata : ”Bahwasannya Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam membonceng Al-Fadhl bin ’Abbas di belakang beliau ketika haji, kemudian datang seorang wanita dari Khats’am yang meminta fatwa kepada Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam. Maka Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam memalingkan kepala Al-Fadhl agar tidak melihat kepada wanita tersebut. Maka paman beliau – Al-’Abbas – berkata kepada beliau : ”Engkau memalingkan kepala anak paman engkau, wahai Rasululah ?”. Maka beliau menjawab :
”Aku melihat seorang pemuda dan seorang pemudi, maka aku tidak merasa aman dari syaithan terhadap mereka berdua” (HR Ahmad dan At-Tirmizi)

Dari Buraidah radliyallaahu ‘anhu, bahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Wahai ‘Ali, janganlah kamu mengikutkan pandangan dengan pandangan. Sesungguhnya bagimu hanyalah pandangan yang pertama, dan bukan yang setelahnya”. (HR At-Tirmizi dan Abu Daud)

Menundukkan pandangan ni bukan hanya diaplikasikan di dunia nyata saja ya malah di dunia maya (internet, Tv) sekalipun. Jangan pandang pasangan lawan jenis dengan pandangan berahi. Elakkan lah seboleh mungkin, supaya terhindar daripada dosa dan daripada terbekasnya maklumat awal dalam otak kita yang mana boleh membawa kepada bangkitnya naluri seksual kita sendiri.

Masih ada lagi ruang untuk Syaitan menghasut? Ada lagi.



3. Perintah Menutup Aurat.

- Saya rasa yang ini rata-rata dah tau kan? Aurat bagi lelaki yang kita pegang dari pusat sampai ke lutut. Bagi perempuan pula, banyak sikit. Perempuan ada 4 tuntutan dalam bab aurat ni iaitu :

1. Tutup semua kecuali muka dan pergelangan tangan.
2. Labuhkan tudung ke paras dada.
3. Memakai jilbab. Apa tu jilbab? Jilbab tu bukan tudung taw. Jilbab tu baju, bukan baju kurung. Nak tau, boleh rujuk [sini].
4. Larangan bertabarruj. Apa tu tabarruj? Rujuk [sini].

Sekarang kalau tengok Tv, rasa meluat jek tengok perempuan pakai baju compang-camping. Bukan sebab miskin sangat, tapi ntah kenapa, pakai baju terdedah sana sini. Kalau lelaki smart pulak? Pelik betul cara pemikiran kita sekarang. Patut kita rasa bangga, bahagia bila tutup aurat taw. Sebab kita dah ikut perintah Allah pada kita. Bila tak tutup aurat ni, nampak miskin la. Miskin dengan kemuliaan.

Masih ada ruang lagi untuk syaitan menghasut? Banyak lagi.



4. Larangan ikhtlath.

- Ikhtilath ni maksudnya percampuran antara lelaki dan perempuan.

Islam ada mengatur dalam percampuran yang dibenarkan dan interaksi yang dibenarkan. Contohnya ketika dalam kelas. Sepatutnya kedudukan dalam kelas tu lelaki duduk depan dan perempuan duduk belakang. Bukannya tak bagi perempuan belajar, malah boleh buat kelas yang khusus untuk perempuan. Bukan macam realiti sekarang ni, kita dari sekolah rendah lagi dah ditanam, lelaki yang malas duduk sebelah perempuan rajin, perempuan yang nakal duduk sebelah lelaki yang pendiam. Macam tu pulak? Lepas tu mula la belajar cuit-cuit. Lelaki ni kalau makin perempuan tu marah kat dia, makin dia suka kacau. Tu masa kecik, masa dah besar, sentuh-sentuh laki perempuan dah anggap macam biasa. Salah tu.

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Barisan yang terbaik untuk lelaki adalah barisan hadapan, (yang paling jauh dari barisan wanita) dan barisan yang paling baik untuk wanita adalah di barisan belakang dan yang terburuk adalah di hadapan (paling hampir dengan barisan lelaki)."[HR Abu Dawud]

Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam melihat kaum lelaki dan perempuan di luar masjid bergerak bersebelahan antara satu sama lain. Beliau (Sallallahu Alaihi wa Sallam) menahan kaum perempuan lalu berkata, " Adalah tidak elok untuk kalian berjalan di tengah-tengah laluan ini, adalah lebih baik bagi kalian untuk berjalan mengikuti tepi-tepi dinding." [HR Abu Dawud]

“Janganlah sekali-kali seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berdua-duaan), kecuali jika wanita itu disertai mahramnya.” (HR Bukhari)

Berkhalwat ni kalau berdua dalam tempat tertutup macam rumah, bilik dan tempat umum yang sunyi.

Sumber : Google (Anda Bijak Jauhi Zina)


Masih ada lagi ruang untuk syaitan menghasut?



5. Larangan Pornografi.

- Sangat mengejutkan pada beberapa minggu lepas, masuk dalam salah satu surat khabar utama kita satu gambar yang begitu besar di muka hadapan. Gambar seorang lelaki dan wanita dalam tandas dengan posisi yang, saya taknak cakap. Tapi lucah! Tengok jek gambar tu, buat saya pening kejap. Tertanya-tanya dalam kepala, “Apa yang diorang (penulis/editor) buat ni? Diorang tak fikir ke ada budak-budak yang akan baca? Kalau ya pun jangan la letak gambar yang besar macam ni?”. Kecewa rasa, tu tak masuk lagi bahagian artis, yang rata-rata tak pakai tudung. Rasa benci, tapi siapa yang boleh ubah ni? Semestinya pihak yang mempunyai kuasa.

Sekarang ni pornografi ni dah jadi satu industri. Zina dipromosikan demi keuntungan. Awak semua tau tak Indonesia tu negara dengan umat Islam paling ramai? Dan awak semua tau tak, di tempat yang umat Islam paling ramai tu, adanya industri porno yang bertapak kat situ? Tak perlu dicari la namanya tapi memang ada. Apa awak rasa? Pelik? Tak pelik? Saya akan pelik kalau awak semua tak rasa pelik. Hehe.

Ini merupakan tanggungjawab negara untuk membendung filem-filem atau aksi lucah daripada terus disiarkan.

Masih ada lagi ruang untuk syaitan menghasut?


6. Sistem Pendidikan Islam.

 - Dalam pendidikan Islam sepatutnya umat Islam dah diajar tentang pemikiran yang menjadi landasan berfikir buat kita iaitu halal haram. Nak buat sesuatu tu mesti fikir dulu, Allah benarkan ke, Allah larang? Dan yang sangat penting adalah supaya terbinanya keperibadian Islam dalam diri kita supaya sentiasa takut pada Allah dan balasan Akhirat. Kita juga perlu mendapat maklumat-maklumat tentang bagaimana menjauhi zina. Islam bukan sekadar teori tapi juga praktik. Macam dalam artikel saya yang ini, saya harap pembaca semua dapat ingat dan amalkan. Selain daripada tu jugak suami isteri perlu tahu tanggungjawab dan hak masing-masing yang perlu ditunaikan.


Tapi yang jadi sekarang ni, pendidikan pun seolah-olah lagi menggalakkan zina. Dengan adanya pendidikan seks yang datang dari Barat, budak-budak muda dah tak segan nak bercerita tentang seks. Nanti mula-mula teori, lepas tu nak cuba praktikal pulak. Menakutkan! Kita kena ingat, pendidikan seks ni asalnya diambil dari Barat. Orang kapir tu, dia tak heran pun pasal zina. Dia cuma heran bila ada AIDS atau anak luar nikah yang terlalu banyak. Sebab tu diorang ajar macam mana nak elakkan mengandung, macam mana pakai kondom dan sebagainya. Tapi kita ni umat Islam, boleh pulak ambil pemikiran macam tu?

Masih ada lagi ruang untuk syaitan menghasut?


7. Kemudahan Menikah.

- Bab yang ni jujur saya tak tau sangat. Sebab saya belum nikah. Haha. Cuma apa yang saya tau, nak nikah ni kita kena cek darah dulu, kena ada sijil dulu dan yang paling sakit, hantaran makin mahal. Yang cek darah tu, rasanya releven jugak la. Kalau kena ada sijil tu, saya ragu-ragu sikit. Agaknya apa yang diajar dalam kelas tu ek? Nak kata berkesan, kes cerai makin banyak jugak. Jadi berbaloi ke? Tapi nak taknak kena ambil juga kan? Kesian.

Dalam kos hantaran ni pula, banyak makcik-makcik jek yang letak harga tinggi-tinggi ni. Anaknya nak simple-simple aja. Nak nasihat kat orang tua ni, tapi tak tau pulak kalau-kalau ada orang tua yang baca blog ni. Hakhak. Kalau ada yang baca tu, saya cuma nak cakap ; makcik pakcik, jangan lah letak hantaran macam nak jual anak. Anak makcik tu bukan terus hilang dari pandangan makcik pun. Setiap tahun pun mesti dia balik kampung jugak jumpa makcik. Kan senang kalau anak makcik dah kahwin. Terlepas anak makcik dari dosa, dari fitnah. Belanja makcik hari-hari pun kurang. So, permudahkan lah anak-anak makcik nak kahwin. Hee.

Ada lagi tak ruang untuk syaitan hasut? Ada kot?


8. Sistem Ekonomi Islam.

- Sistem ekonomi Islam ni, susah nak terangkan. Paling-paling pun kalau belajar, ambil masa 2 tahun. Cuma saya ambil sikit daripada sirah. Kita tengok macam mana hidup umat Islam ketika zaman Khilafah. Semasa pemerintahan Khalifah ’Umar Abdul Aziz (cucu cicit Saidina ’Umar Al-Khattab) pada tahun 717-720 Hijrah, berlaku satu peristiwa yang menunjukkan kehebatan ekonomi Islam itu sendiri. Ketika pemerintahan beliau, dikatakan tiada orang yang layak untuk menerima zakat. Sehinggakan zakat tersebut digunakan untuk mengahwinkan orang-orang muda. Padahal wilayah Islam ketika tu begitu luas. Ketika itu yang mana ekonomi Islam terlaksana, hanya ada 3 kelompok pendapatan iaitu kelompok orang-orang yang cukup, yang kaya dan yang kaya-raya. Tiada umat Islam yang tak cukup makan, yang tiada rumah dan yang tiada pakaian. Kalau mereka miskin dan perlukan pinjaman sekalipun, mereka tak dikenakan riba’.

Tau tak, orang dulu kaya, dia tak perlu pun kerja 24jam macam kita. Bangun pagi, solat Subuh, kerja sampai lepas Zohor atau Asar lepas tu balik rumah. Kita umat Islam ada banyak tanggungjawab lain taw. Nak urus hal-hal rumah, nak belajar agama atau mengajar, nak berdakwah, nak beribadah sunat, kalau pakai ekonomi kapitalis macam sekarang ni, ada masa nak buat semua tu? Lagi pulak, orang dulu kaya tak perlu rasuah, tak perlu merompak, tak perlu jual tubuh, senang cakap tak perlu buat benda haram. Rasa-rasa senang ke hidup kita sekarang ni? Kalau betul senang mesti tak ada perempuan jadi pelacur, model, pramugari dan sebagainya. Yang mana kerja-kerja tu, diterima sebab gaji besar. Walaupun kena tayang aurat dan buat benda haram?

Ada lagi tak ruang untuk syaitan menghasut?


9. Kebolehan Poligami.

-Poligami boleh dengan syarat si suami berlaku adil. Baru-baru ni kawan saya cerita, ada ustazah tu masa nak kahwin dengan suami dia, dia buat 1 perjanjian dulu. Isinya adalah supaya suaminya menceraikannya jika si suami ingin berkahwin lain. Lepas tu cerita pula pada orang ramai dan akhirnya ada juga yang terpengaruh dengan idea tu. Tak tau la apa motif dia buat macam tu. Awak semua rasa-rasa, bagus tak ustazah tu buat perjanjian tu?

Cuba awak bayangkan ey, awak seorang perempuan. Yang muda, cantik dan sihat. Suami awak selalu ada dengan awak dan awak dapat layan suami awak setiap hari. Satu hari, awak kemalangan. Badan awak lumpuh atau cacat. Lepas tu, suami awak hidup tertekan. Kena jaga awak selalu, sibuk dengan kerja, tak ada orang layan, sediakan makan minum, penat! Dan akhirnya, suami awak pun terpaksa pilih untuk cari isteri lain. Tapi oleh sebab dulu awak dah buat perjanjian dengan dia supaya ceraikan awak, dia pun terpaksa akur dengan perjanjian tersebut dan ceraikan awak. Akhirnya awak ditinggalkan keseorangan. Dengan penyakit yang awak hidapi dan realiti keadaan awak yang ditinggalkan masa tu, awak rasa awak boleh teruskan hidup lagi tak? Hmm, nampak tak kesan buruk daripada perjanjian tu? Allah SWT lebih tau lagi keadaan kita, apa yang terbaik buat kita. Kita sebuk nak halang. Jangan kita ingat kita ni sentiasa muda, sihat, cantik. Satu hari nanti, kita tak tau apa yang akan jadi. Lagi-lagi sekarang ni, perempuan tersangat ramai berbanding lelaki. Dulu dah keluar cerita bertajuk 1:37. Tu nisbah lelaki dengan perempuan tu. Ramai kan? Dan apa yang saya tahu jumlahnya akan terus meningkat sampai ke 50.

Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan menjadi berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki (pelindung) semakin kurang sehinggakan 50 wanita hanya dilindungi oleh seorang lelaki.”(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Awak semua tak kesian ke pada perempuan-perempuan yang tak dapat kahwin tu?

Nah, ada lagi tak ruang untuk syaitan menghasut? Kalau ada jugak dan akhirnya kita terjebak, maka barulah kita sampai pada langkah terakhir pencegahan zina tu iaitu ;


10. Hukuman. (Hudud & Takzir)

- Zina termasuk salah satu jenayah yang akan dikenakan hudud. 100 kali sebat bagi pesalah yang belum kahwin dan rejam sampai mati bagi pesalah yang dah kahwin. Dan semestinya dibuktikan melalui sistem pembuktian yang benar dalam Islam. Dalam hudud ni ada 2 perkara yang dipanggil zawajir dan jawabir. Zawajir ini maksudnya pencegah. Iaitu pelaksanaan hukum Islam ni adalah di tempat umum. Perlu disaksikan beberapa orang atau disertai beberapa orang. Jadinya, ianya merupakan pencegah bagi orang-orang yang menyaksikan ini, yang mana akan menimbulkan rasa takut untuk melakukan kesalahan tersebut. Jawabir pula bermaksud penebus. Iaitu berfungsi sebagai penebus dosa bagi pelaku maksiat tersebut. Yang bermakna dosa tersebut tidak akan dibalas di akhirat kelak kerana telah dibalas setimpal di dunia.

Takzir pula hukum dari Allah dan hukuman dari ijtihad Khalifah. Contohnya tak tutup aurat, hukumnya haram dari Allah tapi Allah tak turunkan sekali hukumannya macam dalam dosa zina. Jadi dalam pelaksanaan hukuman, terletak pada ketentuan Khalifah, dengan hukuman yang setimpal semestinya. Mungkin bab hudud dan takzir ni lebih elok dibincangkan dalam satu artikel yang lain.


Sebenarnya, semua ini takkan dapat terlaksana sekaligus di Malaysia, kerana kita terkait dengan perlembagaan British yang ’dihadiahkan’ ketika ’merdeka’ dulu. Dalam keadaan umat yang nazak sekarang ni, umat memerlukan penyelesaian yang menyeluruh dan ia hanya dapat tercapai dengan tertegak kembali Daulah Khilafah. Tak lama lagi, insyaAllah.


Wallahua'lam.


p/s : Banyak lagi kita kena belajar.



0 kata-kata indah:

Post a Comment

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright Reserved © 2010-2013 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.