Nak tau?
sebelah tempat aku keje ni adalah kedai nasi beriani,
korang tak terliur ke?hehehe...
Erkk, aku bukan nak cite pasal kedai nasi beriani nih.
Yang musykilnya ade gak orang melayu islam yang duk hegeh2,
diorang ni menapau dan mencekik,
pagi2 lagi, sampai ler ke tengahari (masa paling ideal, aisshh....)
Kalau cina ke, takpe jugak..
memang kurang asam boi betul ar diorang neh..
Seharusnya, sebagai muslim,
hormati lar kan, sekarang ni bulan Ramadhan, bulan puasa,
(aku tahu, mesti ada yang loyar buruk; "ala, bulan yang puasa" - otak lu?!),
ape nak jadi tah dengan diorang ni,
yang datang plak tu cket punya tua daa.... (ni sebenarnya 'inverted comma'),
macam tak larat sangat nak puasa.
Oke, memang dibolehkan dan dimaafkan kalau tak puasa, nanti kena qada' puasa,
tapi korang yang tak puasa tu kategori ape?
Perempuan yang hamil tak larat puasa? Perempuan period? Orang yang keje berat? Musafir?
Orang tua yang tak mampu dan tak larat berpuasa? (sakit gastrik termasuk tak?)
Naa..kalau korang in da club antara golongan kat atas tu, tak ape jugak,
ni tak, muda belia, badan sehat segar bugar, tough2 (tough sangat ke?),
dengan muka selamber cekadak kodok dia,
membeli menapau nasi beriani, ceh..!!
p/s :
aku perempuan, so kalau tak puasa, tak jadi hal sangat,
atas alasan period ar kan (pregnant dan bersalin tak mungkin ar..),
tapi aku bukan yang suka mencari alasan untuk ponteng puasa,
seumur idup aku tak penah aku monteng2 puasa neh..bukan jenis aku, oke!
23 August 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Entri Popular
-
I'm so sorry . . .
-
macam real tak? klik gambar ini untuk lihat efeknya.. masih boleh melukis erkk, camno eh dio lukis kaki dio sendiri? mengas...
-
SMKA Maahad Muar my brother, Achik after his graduation Masjid Selat Melaka - dari sisi Oke, buat masa terde...
-
Hari ini? Hmm.. saat korang baca entri ni, aku bukan di depan laptop, okeh? Mungkin aku sudah pun berada di dalam bas, dan mungkin dah ...
-
Nokia X6 Ape yang aku rase best pasal Nokia X6 ni? - skrin 3.2 inci, touchscreen 16M colors ngan sensor auto turn-off - memori 8GB/...
Kategori
ben ashaari
blogroll blogger
carian khas
catatan perjalanan
celoteh FS
cerita ceriti
cerita kehidupan
cerita seks
contest
cupcakes
fikrah Jumaat
foto android
fotografer izham
gambar kreatif
hari raya
joran
keagamaan
kelahiran pramatang
kesihatan lelaki
kesihatan tubuh
kesihatan wanita
khas
kisah haiwan
kisah hantu
kisah peribadi
kisah sahabat
kisah wanita
konspirasi
lagu-lagu
madu asli
maher zain
maintenance
malam jumaat
masalah remaja
menu sihat
movie thriller
muhasabah diri
mutiara kata
pemerintahan islam
perkara pelik
petua kecantikan
program bersih
promosi
rahsia diri
Sirah
suka-suki
tagged
Tasneem Naturel
teknologi semasa
tentang perkahwinan
travian
tutorial screensaver
wordless wednesday
Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.

0 kata-kata indah:
Post a Comment
terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.
(^o^)