CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

13 November 2012

Makhluk yang hebat

CPFZ | 20:18 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Selamat Hari Deepavali pada yang meraikan. :)

Hari ni, takde update entri baru waktu siang. agak sibuk di rumah (sibuk la sangat kan).
ni pun, entri santai-santai je. just recall sebuah koleksi lawak (macam tak lawak).
kalau rasa tak lawak, abaikan jela, haha!


Waktu malam. tempat adalah di sebuah warung. berdepan dengan deretan bangunan.

J : weh, kau tengok kat sana tu. hebat la diorang!
N : tengok amende ni?
J : tu ha, kat hujung deret bangunan sana tu *guna jari telunjuk*
N : kau dah kenapa suruh aku tengok? aku ni rabun jauh *betulkan spek yang dipakai*
J : ala, macam la jauh sangat pun, kau tengok jela
N : yela, yela *sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal*
J : hah, kau nampak dah?
N : err, nampak! *padahal tak nampak pun*
J : kau tahu? kalau aku, mesti takut nak lalu situ. gelap, seram ah! 
N : eh, kau nampak apa ni?
J : tu, ada tikus 3,4 ekor, cilok-cilok kat celah bangunan yang gelap. laju plak tu, hebat!
N : aku tumbuk kau nanti, baru kau tahu! *genggam penumbuk*

Contest : Pilot Pen

CPFZ | 08:30 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Contest, contest. tak susah pun. :)


Jawab 2 soalan mudah, dan share link contest dengan kawan-kawan.
Peluang untuk menang lebih tinggi apabila anda share dengan kawan-kawan anda!
Selamat berjaya! :)

12 November 2012

Perempuan idaman yang 'seksi'

CPFZ | 14:56 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Hai, jumpa lagi kita dalam blog saya yang tak seberapa ni. :)

Kisah perempuan idaman? idaman siapa? perempuan yang macam mana?
yang seksi? yang lawa? yang banyak harta?

kredit pada Google

  1. Mentaati perintah Allah swt dengan melakukan segala perintah suami selagi tak melanggar hukum Allah swt.
  2. Sentiasa menjaga hati suami dengan berkata lembut dan sopan.
  3. Hendaklah berdiam diri ketika suami bekata-kata.
  4. Hendaklan sentiasa menyerah diri kepada suami apabila diperlukan.
  5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian.
  6. Tidak berhias dan memakai wangian sewaktu ketiadaan suami.
  7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
  8. Tidak curang dan mengkhianati suami ketika dia tiada di rumah.
  9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
  10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
  11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami pada bila-bila masa dikehendakinya.
  12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.
  13. Tidak keluar rumah tanpa izin dari suami.

sumber : Pesona Pengantin

Didapati bahawa, kebanyakan point yang tersenarai di atas wajiblah dilakukan oleh perempuan yang bergelar isteri. supaya sentiasa disenangi, dihargai dan menjadi idaman setiap waktu oleh suami sendiri. (bukan jadi idaman suami orang lain oke!)

Ada juga point yang di atas, boleh dianggap seksi oleh si suami. contohnya, memakai bau-bauan dan berhias diri. see? itu yang sangat dianjurkan.
kalau pergi kerja atau shopping boleh melawa melaram mewangi sakan, kenapa tak bila ada di rumah, berwangi berhias seksi ekslusif untuk suami anda sendiri?
yang penting, hanya untuk suami sendiri, bukan suami orang lain atau lelaki lain yang takde ikatan dengan anda.


Dengan senarai yang tersebut, diharap para isteri dan bakal isteri, dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang terbaik sebagai seorang isteri.
InsyaAllah, anda akan jadi isteri yang terbilang dan seksi di mata suami anda di dunia dan mudah-mudahan hingga ke syurga nanti.
Semoga Allah swt redha dan merahmati para isteri yang menghormati dan menghargai para suami. :)

11 November 2012

Oh mak kau meletop!

CPFZ | 11:27 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Opocot, mak kau meletop, eh!

Amboih, terkojut, sampai melatah nampak? bukan saya, tapi orang lain. kui kui.

Sebenarnya, saya memang terkejut. tak sangka-sangka. meletop gitu! apa yang meletop tu?


Yeaaaa! first time neh .. entri saya meletop! jadi artikel pilihan di Ping Busuk. suka, suka. :D
entri mana? tu, yang diblok dalam petak kaler merah (rujuk foto di atas).
baru perasan sebenarnya, sebab tengok kat blogspot, tetiba je pageview naik mendadak.
tak expect pageview yang tinggi tu adalah hasil entri pasal Keseksian Pada Pandangan Lelaki. phewwww~

Terima kasih Ping Busuk, terima kasih pembaca yang 'meletop' kan entri saya tersebut. hee.
saya eksaited, tapi tak laa sampai melompat-lompat atau jatuh dari kerusi, ekeke.
apa pun, alhamdulillah. berharap entri tersebut dapat dikongsi dan pembaca dapat fahami mesej yang tersurat mahupun tersirat.


FS :
hari ni meraikan besday emak, nak bawak gi makan-makan.
maaf sesangat sebab tak dapat hadir ke jemputan-jemputan kahwin hari ni, especially majlis kahwin Bro Framestone yang berlangsung dekat Parit Raja, huu~

10 November 2012

Ke'seksi'an pada pandangan lelaki

CPFZ | 20:33 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Topik ini, adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang ... eh, pengalaman saya sebagai perempuan yang menonton rancangan Wanita Hari Ini pada suatu ketika tertentu (ceh, tertentu la sangat!).

Seksi pada pandangan lelaki?

kredit untuk Google

Ya, haruslah berbeza antara tiap individu, kan, kan? cantik. lawa. hensem. perkasa. opss! :P
mana yang tak dapat dihitung, adalah subjektif. ini bukan kira soalan objektif yang harus ditandakan dalam kertas OMR tu plak. kih kih.

Lelaki A : Seksinya wanita pada saya adalah terletak di bahagian matanya.

Lelaki B : Muka perempuan adalah seksi, dan saya suka memandang muka mereka.

Lelaki C : Senyuman itulah yang buat saya rasa wanita itu kelihatan seksi.

Lelaki D : Walaupun perempuan itu nampak gempal, tapi pada saya ia cukup seksi.

Saya pernah jugak dengar dari kawan-kawan lelaki saya, perempuan yang pakai baju dedah bahu, nampak betis atau peha, terbonjol sana-sini, pakai baju jarang sampai nampak tali-tali, itu semuanya tak mesti SEKSI. ada yang cakap, OH TIDAK! itu SEKSA! kalau nak tahu, perempuan pakai baju kurung, bertutup semuanya pun, ada lelaki kata mereka itu adalah perempuan yang seksi. wooot, wooot ...

Kesimpulannya, seksi itu adalah subjektif dan boleh menjadi suatu penyeksaan kepada si pemakai dan yang memandangnya.
Seksi yang dibenarkan adalah khusus untuk sang suami. :)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.