CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

23 January 2013

KESAL DAN APA YANG HARUS KITA LAKUKAN

Awa'ish Bintuttam | 02:45 | |

Assalamuaikum...salam dihulurkan sebagai penghulu bicara...

Anda tahu bahawa hidup ini penuh dengan kekesalan. Kesal tidak berpelajaran, kesal dengan sikap sesetengah orang, kesal kerana tersalah pilihan, kesal dengan kekalahan, kesal dengan takdir yang tidak menyebelahi, kesal akan segala-galanya.

Kita boleh lihat betapa ramai manusia yang membunuh diri akibat kemurungan dan kekesalan. Tentera Zionis sendiri pun ramai yang mati bunuh diri kerana ketakutan dan kekesalan menyelubungi atau menghantui diri.

Kesal itu bukanlah suatu yang patut dihindarkan. Ia perlu dalam kehidupan. Tanpa kekesalan ibarat hati yang tak berperasaan. Orang yang tidak pernah menyesal bermakna dia seorang yang tidak berperasaan...hatta orang yang paling kejam dan zalim di dunia sekali pun seperti Basyar Assad pada hari ini tetap ada penyesalan diakhirnya, bahkan iblis dan syaitan pun juga akan menyesal akhirnya walaupun kekesalan mereka itu sudah terlambat dan ditutup pintu taubat.

Kesal membuatkan manusia itu kenal apa itu silap, apa itu salah, apa itu rugi, apa itu dosa. Hanya dua jenis kekesalan sahaja yang akan dilandai oleh manusia. Sama ada kesal kemudian kembali semula ke pangkal jalan atau kesal lalu berputus asa menyebabkan pengakhiran yang amat merugikan. Orang yang beriman apabila merasai kekesalan, dia akan kembali kepada Allah dan bertaubat maka kekesalannya itu akan berakhir dengan keampunan Allah.


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Firman ALLAH SWT bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.“ ( Az Zumar : 53 )

Adapun orang yang tidak beriman, dia memilih jalan penyesalannya itu menuju kepada kemurkaan Allah seperti membunuh diri. Mungkin bagi si pembunuh diri ini ia merupakan jalan pintas untuk menyelesaikan keperitan hidup yang dihadapinya. Padahal, sebenarnya tidak! Kenapa ia tidak pernah selesai? Lupakah kita bahawa selepas mati masih ada dunia kehidupan yang lain dan dunia itu hanya ada dua jenis kehidupan sama ada aman bahagia ataupun perit penuh derita selama-lamanya?

Kenapa ya membunuh diri itu sangat besar dosanya sehingga tidak dapat diampuni dosanya? Kerana perbuatan membunuh diri itu telah melawan takdir Allah. Adakah dia ingin mendahului takdir matinya? Padahal Allah telah menetapkan bilakah hidupnya bakal berakhir sejak berumur 4 bulan 10 hari di dalam perut ibunya. Adakah dia lebih berkuasa daripada Allah sehingga sanggup menentukan hari matinya? Nah...dia telah melakukan perbuatan syirik di sini.

Apa-apa kekesalan sekali pun, setinggi mana kekesalan kita, sehebat mana pun keperitan dan penderitaan hidup kita, ingatlah Allah itu ada (wujud), Dia Maha Mendengar, Dia adalah teman terbaik kita cuma kita yang asyik meminggirkan dan melupakannya. Lihatlah orang-orang yang kelaparan dan tidak berpakaian, walaupun hanya tinggal tulang belulang, tapi mereka tidak membunuh diri. Kita pula cukup makan, cukup pakaian, hanya dengan sedikit ujian, kita sudah lemah, sudah kecewa.

Oleh itu, jangan mensia-siakan hidup dengan hanya memikirkan kekesalan...bangkitlah dengan semangat baru walau hidup berbaki sesaat cuma, yang dinilai ialah pengakhirannya bukan permulaannya...peluang kedua sentiasa ada, selagi nyawa dikandung badan... Kasihanilah diri kita. Jangan menzalimi diri kita. Berilah peluang dan ruang kepada diri kita. Marilah kita memaafkan diri kita sendiri.  Saya Awa’ish Bintuttam memaafkan diri saya dan diri anda juga... selamat malam.


لا إاله إلا انت سبحانك إني كنت من الظالمين
Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya Aku Dari Kalangan Yang Menzalimi Diri Sendiri.

2 comments:

  1. kekesalan tu sebenarnya baik untuk kita. ia sebenarnya guru kepada kita dan kehidupan kita supaya kita memperbaiki kehidupan kita pada masa akan datang.. orang yang membunuh diri adalah orang yang tidak mempunyai Tuhan di dalam hatinya. kerana orang yang tidak mempunyai Tuhan di dalam hatinya , memang tidak mempunyai daya ketabahan yang tinggi.. hanya bertuhankan nafsu sahaja.semoga kita dijauhkan daripada perbuatan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nauzubillahi min zalik...thumma allahumma amiinnnn...

      Delete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.