CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 July 2012

Agenda Yahudi : Peka atau Pekak?

CPFZ | 16:51 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

  • Song
>>> Tak ada guna kalo duk melalak-lalak, taksub melampau dengan lagu-lagu, lebih-lebih lagi yang tak punya mesej yang jelas, bait-bait lagu yang ntah-hape-hape, termasuk yang melalaikan dan menjauhkan kita dari Pencipta makhluk. Best sangat ke lagu yang duk dengar hari-hari tuh?

>>> Motif : ye, orang bukan Islam tak senang duduk kalo tengok Muslim bersenang-senang dan khusyuk mendengar ayat-ayat suci, mendengar ceramah dan kuliah agama yang lebih berfaedah dan menjamin hidup untuk bekalan ke akhirat


  • Smoke
>>> Tak perlu la nak duk berdebat benda haram-halal dosa-pahala yang lain, kalo diri sendiri sibuk dengan batang rokok dan yang seangkatan dengannya.. Terang-terang keluar fatwa yang merokok tu haram, tapi pasai pa ramai makhluk-makhluk manusia yang masih merokok? Gejala apakah ini?

>>> Motif : ye, inilah benda yang makhluk manusia gemari, walaupun jelas ia memudharatkan nyawa sendiri dan orang lain. Anyone? sila keluarkan hadith Nabi saw yang menyuruh umatnya merokok?

  • Sex
>>> Hanya seks yang halal akan diredhai Allah swt. Siapa yang ajar pasal keperluan seks sebelum nikah? siapa yang ajar seks luar tabi'e? siapa yang ajar sumbang mahram? Nabi saw kita tak ada pun ajar buat macam tu semua, kan?

>>> Motif : ye, musuh Islam akan mengajar benda yang terlarang tetapi disukai, sebab diorang tak boleh duduk senang tengok umat Islam berjaya melahirkan manusia yang patuh pada Tuhan dan ajaran Islam.

  • Style
>>> Apa gunanya berfesyen tapi tak mengikut syariat? makhluk manusia sekarang gemar berfesyen dan nak ikut trend, kononnya tak standard la kalo tak ikut fesyen. Tapi sedar tak? lagi berfesyen, lagi telanjang. lagi ikut trend, lagi tak cukup kain. Mau kain kapan kah?

>>> Motif : ye, semuanya berpunca dari fesyen yang tak mengikut landasan syar'ie. berfesyen tu tak salah, tapi harus ikut jalan yang betul dan sesuai dengan syariat Islam.

  • Sport
>>> Makhluk manusia bersukan tapi tak solat? bersukan tapi abai tugas dan kewajipan sebagai Muslim? bersukan sekadar mahu dapatkan duniawi kah? tak ada plak Nabi saw suruh bersukan sampai tak solat, macam mana tu?

>>> Motif : ye, ini jugak antara taktik musuh Islam nak melekakan umat Islam, tapi selagi bersukan yang tak menjejas kewajipan kepada Allah swt, tak ada masalah pun, ye dak? Nabi saw sendiri galakkan umatnya bersukan macam memanah, berenang dan menunggang kuda, tapi jangan sampai tak ikut perintah Tuhan.


ps :
ini olahan semula maklumat menurut pemahaman saya dari sumber-sumber yang dipercayai


aYaz :
Islam itu indah, Islam itu lengkap.. :)

0 kata-kata indah:

Post a Comment

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.