Assalamu’alaikum.
Pernah tak
sebelum ni awak semua fikirkan tujuan kita hidup? Dapat jawapan tak? Atau tak
pernah fikir langsung? Tak apa, biar saya kongsikan sikit perihal tujuan kita
hidup.
Sebelum tu,
tahu tak, setiap alat aplikasi yang dicipta oleh manusia mesti akan disediakan
buku manual/panduan bersamanya? Ianya diperlukan supaya alat tersebut dapat
digunapakai dengan betul hingga ke sepenuh potensinya dan juga sebagai panduan
untuk membaiki alat tersebut sekiranya rosak. Contohnya Televisyen (Tv), mesti
orang yang cipta Tv paling tahu tentang kegunaan, kebaikan dan keburukan Tv
bukan? Lalu dia jugalah orang yang bertanggungjawab untuk menyediakan manual bagi
Tv tersebut. Jadi bagi manusia pula, siapakah yang paling tahu tentang manusia?
Dari mana manusia akan dapatkan jawapan bagi tujuan dia hidup? Sebenarnya jawapannya
juga terdapat dalam ‘manual’ bagi manusia. Dan ianya telah disediakan oleh yang
menciptakan manusia itu sendiri, iaitu Allah Swt yang Maha Mencipta lagi Maha
Mengatur. Manakala ‘manual’ bagi manusia itu adalah Al-Quran yang merupakan
kata-kata Allah, sebagai panduan dan pedoman hidup yang sempurna bagi manusia. Faham
kan? Jadi sekarang kita rujuk Al-Quran tentang tujuan manusia hidup di dunia.
“dan
tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku” (TQS
Az-Zariyat : 56)
Nah, jadi
tujuan manusia hidup adalah untuk beribadah kepada Allah. Tapi apa pula maksud
ibadah? Adakah ibadah tu solat saja 24jam? Tidak, menurut Ibnu Taimiyah rahimahullah, “ibadah adalah segala sesuatu yang
dicintai dan diredhai oleh Allah Swt samaada perkataan ataupun perbuatan, yang
zahir (nampak) dan yang batin (tersembunyi).”
Bermakna
juga, segala perkara yang dilakukan kerana Allah, samaada melaksanakan perkara
yang diperintahkan-Nya atau meninggalkan segala larangan-Nya, maka ianya adalah
ibadah.
Kemudian ibadah
terbahagi pula kepada 2 bahagian iaitu :
1. Ibadah Mahdhoh (ibadah yang murni
ibadah) iaitu ibadah yang ‘direct’ kepada Allah Swt contohnya solat, puasa,
doa...
2. Ibadah Ghairu Mahdhoh (ibadah yang
tak murni ibadah) iaitu yang ada perantaraan dalam beribadah contohnya bekerja,
belajar, bersukan, berpolitik dan sebagainya. Dalam kawasan ibadah Mahdhoh ni, kena hati-hati sebab kalau dilakukan bukan kerana Allah, contoh nak cari kekayaan semata-mata atau nak pujian, atau nak balasan lain, maka ianya tak dikira sebagai ibadah.
Nah, mudah
kan? Diingatkan, ia mestilah dilakukan kerana Allah dan sesuai dengan syariat
Islam. Jadi sekarang
bila da tau boleh lah kita mula bertindak sesuai dengan tujuan kita hidup iaitu
beribadah kepada Allah.
“Amal yang paling dicintai Allah
adalah yang terus menerus walaupun hanya sedikit”. (HR Bukhari dan Muslim)
:]
p/s: ianya asas, kena banyak
mengkaji ya.
0 kata-kata indah:
Post a Comment
terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.
(^o^)