CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 October 2010

Info : Pakaian menurut Islam

Unknown | 07:08 |
Oke,
entri aku kali ni agak islamik.
Aku terbaca pasal ni kat satu majalah,
aku just nak summarize kan dan share dengan korang.

Islam menuntut penganutnya memakai pakaian yang menutup aurat,
di mana cara berpakaian tersebut menggambarkan peribadi Muslim sejati.
Islam menetapkan bahawa pakaian yang dipakai itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak dan peribadi sebagai Muslim.


kredit pada pakcik google


1) Menutup aurat
- Seperti yang kita sedia maklum, aurat lelaki ialah dari pusat hingga ke lutut,
manakala aurat perempuan pula seluruh anggota badan kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kaki.


2) Tidak menampakkan badan
- Pakaian yang jarang yang menampakkan aurat adalah tidak memenuhi syarat menutup aurat,
sebagaimana Nabi SAW telah bersabda :
2 golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia, dan 1 lagi golongan ialah wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang, dan meliuk-liukkan badan, juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium bau syurga walaupun baunya dapat dicium dari jarak yang jauh.
(HR Muslim)


3) Pakaian lelaki dan perempuan berbeza
- Kaum adam mempunyai pakaian khusus yang menonjolkan imejnya sebagai lelaki,
begitu juga bagi kaum hawa.
Nabi SAW menegaskan dalam sabdanya,
Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap wanita.
(HR Bukhari dan Muslim)

Lagi sabda Nabi SAW,
Allah melaknat lelaki yang berpakaian wanita dan wanita yang berpakaian lelaki.
(HR Abu Daud dan al-Hakim)


4) Warna yang sesuai
- Rasulullah SAW bersabda,
Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).
(HR an-Nasa'i dan al-Hakim) 

Warna-warna lembut termasuk warna putih kerana ia nampak bersih dan sangat disenangi serta menjadi pilihan Nabi SAW.



(Sumber : Asuh Nov 2010)


Semoga bertambah maklumat dan untuk penghayatan bersama.
Wallahu'alam.

9 comments:

  1. Zaman sekarang ni rmai yg berpakaian tp bertelanjang...sama2 lah kite jga aurat kita...dan bila sebut pasal aurat, bukan pakaian je yg perlu jga..suara pun termasuklah juga...wallahualam..sama2 kita saling ingat mengingati...

    ReplyDelete
  2. pernah nampak brochure ni kat fakulti aritu. hehe XD

    p/s latest entri krayonjingga:
    Anda Nak Buat Plastik Sejeri?
    Video Gila ****
    Diet Rasulullah
    Makan ***** Lembu

    ReplyDelete
  3. 2 bukan tutup aurat tpi bungkus aurat !!
    heheheheh!

    ReplyDelete
  4. @Nadia : betul..sm2 muhasabah diri..

    @Jelly Beku : .....

    @ashraf : ooo... :)

    @Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza : wallahua'lam..

    ReplyDelete
  5. Tq sbb mengingat kan sesama kita..

    ReplyDelete
  6. @Lydia Miza(Aidyl Azim) : ^.^

    ReplyDelete
  7. tambahan..aurat adik beradik pusat hingga lutut..perempuan dengan perempuan jgk pusat hingga lutut..tapi kalo perempuan islam dgn bukan islam, sama mcm auratnya dgn lelaki ajnabi (yg boleh kahwin)..dan akhirnya, suami dan isteri tiada aurat. ngehh..!!!

    ReplyDelete
  8. @Jejaka Terhangat : wahh..ada xtra lagi tuh...
    err,yg suami-isteri tu,dah lain kes..
    :p

    ReplyDelete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.