CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

16 November 2012

Manusia dan Kiamat : Kisah Israel dan Gaza

Unknown | 13:52 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Sejak semalam, TL twitter saya dipenuhi dengan twit berkenaan Israel dan Gaza.
serangan demi serangan. kematian demi kematian. tak kurang juga foto-foto yang sadis.
Allah! sayu hati. :'(

Dalam entri ni, saya cuma nak ketengahkan perkaitan antara apa yang berlaku di Gaza dan Palestin, dengan kedatangan kiamat. saya sekadar berkongsi berdasarkan apa yang saya baca. sebarang komen adalah dialu-alukan. :)

gambaran kehancuran Bumi, wallahua'alam
-hanya Allah swt Maha Mengetahui segalanya-

Kiamat. sebagaimana yang pernah diriwayatkan dalam hadis-hadis Nabi saw, tanda-tanda kiamat dibahagi kepada kecil, pertengahan dan besar. tanda kecil dan pertengahan, kebanyakannya sudah dan sedang terjadi.
apakah tanda-tandanya? terlalu banyak.

Mengikut yang dijelaskan, ada tanda-tanda sekarang yang menghampiri tanda-tanda besar.

  1. Orang yang berpegang kepada agama bagaikan memegang bara api
  2. Terjadinya permusuhan di dalam hati
  3. Semenanjung Tanah Arab penuh dengan kebun-kebun dan sungai-sungai
  4. Ilmu digunakan untuk mencari harta, al-Quran dijadikan dagangan
  5. Munculnya kebodohan dan manusia saling menolak untuk menjadi imam solat
  6. Muncul pemimpin-pemimpin bodoh
  7. Muncul pegawai polis (tentera) akhir zaman yang kejam kepada manusia
  8. Turunnya cubaan dan seksaan yang berat dari pemerintah yang zalim
  9. Seseorang yang berangan untuk mati
  10. Malam beriman, siang menjadi kafir
  11. Sungai Furat (Euphrates) mengeluarkan gunung emas
  12. *Luka' bin Luka'* (kiasan kepada orang yang buruk nasab, kedudukan, akhlak dan agama) menjadi manusia paling bahagia
  13. Fitnah dahsyat yang membinasakan bangsa Arab
  14. Bersujud kepada Allah lebih baik dari dunia dan isinya
  15. Muncul seorang lelaki dari Qathan yang dipatuhi manusia
  16. Muncul 3 fitnah ; Ahlas, Dahma' dan Duhaima' 
  17. Bumi mengeluarkan kekayaan (bahan mineral) yang terpendam
  18. Kaum muslimin akan memerangi yahudi dan mengalahkan mereka
  19. Jumlah wanita lebih banyak dari lelaki
  20. Merebaknya zina dan perbuatan keji
  21. Banyak kematian, gempa dan hujan
  22. Binatang buas dan benda mati dapat berbicara
  23. Ditenggelamkan pasukan yang hendak menyerang Madinah
  24. Bulan kelihatan membesar

Terlalu banyak point-point di bawah point utama yang di atas bersama dalil dari al-Quran dan juga hadis Rasulullah saw, namun tak dapat saya kupaskan dan kongsi semuanya serentak dengan pembaca di sini. InsyaAllah, ada kesempatan, saya akan cuba kongsikan dalam entri akan datang.
Apa yang saya nak tekankan adalah point yang highlight merah.

Kaum muslimin akan memerangi yahudi dan mengalahkan mereka

Apabila disusuri lembaran sirah, diketahui bahawa yahudi bermusuh dengan kaum muslimin telah lama, sejak perutusan Rasulullah saw.
Mereka sedaya upaya menguasai tempat-tempat suci orang Islam seperti Masjidil Aqsa, berusaha menghancurkannya dan mendakwa bahawa terdapat Haikal Sulaiman di bawahnya.

kredit : Google

Perhatikan, seakan-akan Allah swt mengumpulkan kaum mereka di tempat suci ini, padahal pada sebelumnya mereka berpecah belah di pelbagai negara. Hal ini tak lain tak bukan untuk membinasakan mereka pada akhir zaman dengan pembinasaan yang tak dapat dielakkan, sebagaimana yang dijanjikan Allah swt dan Rasulullah saw.

Rasulullah saw bersabda ;
Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum muslimin memerangi yahudi. Kaum muslimin akan membunuh mereka semua, sehingga orang yahudi yang bersembunyi di belakang batu dan pohon. Maka batu dan pohon itu berkata "Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang yahudi di belakangku, bunuhlah ia!" kecuali gharqad, sebab ia termasuk pohon orang yahudi.
HR Abu Hurairah ra

Berdasarkan hadis tersebut, peperangan melawan yahudi pasti terjadi kerana telah dikhabarkan oleh Rasulullah saw berkenaan peristiwa ini.

kredit : Google
Terdapat kebenaran pada ayat Allah swt yang mana menyebutkan bahawa kaum muslimin akan berhasil masuk kembali ke Masjidil Aqsa dan membebaskan dari cengkaman yahudi dan mengalahkan mereka.

Persoalannya, "bilakah muslimin akan berjaya menghancurkan kaum yahudi?"
Semuanya adalah dalam ilmu Allah swt. namun berkumpulnya yahudi di Palestin dan di semenanjung Tanah Arab adalah bukti yang kuat dan betapa hampirnya dengan hari kiamat.
Wallahua'alam.

sumber rujukan : Kiamat Sudah Dekat (Global Aksara Communication)

notakaki :
kebanyakan point yang di bold kan, adalah yang sedang berlaku di sekeliling kita, sedarkah?

Klik sini untuk : *** Antara agenda Yahudi yang perlu diketahui oleh umat Islam ***

6 comments:

  1. Nabi juga pernah bersabda : Tidak akan terjadi Kiamat sehingga bumi Arab menghijau dan banyak punca air mata air..-Di mana skrg ini bumi arab mmg dah menghijau dan mudah mendapatkan bekalan air..

    ReplyDelete
  2. Dengar2 orang israel tgh sibuk tanam pohon gharqad tu..
    masa hari kejadian tu nnt semua pokok akan berckp kecuali pokok gharqad so dorang tanam bnyk2 untk dorang bersembunyi nnt..
    dorang memng mengkaji perkara2 akhir zaman ni..tp kita umat islam masih ramai lg yg terleka...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, saya nak tanya, Muncul 3 fitnah ; Ahlas, Dahma' dan Duhaima', apakah maksudnya? saya tak paham.

    ReplyDelete
  4. Mak ckp.jgn risau bile kiamat tu.sejam dua lg kita boleh mati.utamakan mati tu dulu.

    ReplyDelete
  5. Why do you wanna live based of the writings in a book thousand years ago?

    ReplyDelete
    Replies
    1. You with your belief and your own religion.Don't question about others in particular the Muslim and their religion Islam.

      Delete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.