CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

05 July 2012

Tujuan Hidup

Muhammad Akmal | 23:19 |


Assalamu’alaikum.

Pernah tak sebelum ni awak semua fikirkan tujuan kita hidup? Dapat jawapan tak? Atau tak pernah fikir langsung? Tak apa, biar saya kongsikan sikit perihal tujuan kita hidup.

Sebelum tu, tahu tak, setiap alat aplikasi yang dicipta oleh manusia mesti akan disediakan buku manual/panduan bersamanya? Ianya diperlukan supaya alat tersebut dapat digunapakai dengan betul hingga ke sepenuh potensinya dan juga sebagai panduan untuk membaiki alat tersebut sekiranya rosak. Contohnya Televisyen (Tv), mesti orang yang cipta Tv paling tahu tentang kegunaan, kebaikan dan keburukan Tv bukan? Lalu dia jugalah orang yang bertanggungjawab untuk menyediakan manual bagi Tv tersebut. Jadi bagi manusia pula, siapakah yang paling tahu tentang manusia? Dari mana manusia akan dapatkan jawapan bagi tujuan dia hidup? Sebenarnya jawapannya juga terdapat dalam ‘manual’ bagi manusia. Dan ianya telah disediakan oleh yang menciptakan manusia itu sendiri, iaitu Allah Swt yang Maha Mencipta lagi Maha Mengatur. Manakala ‘manual’ bagi manusia itu adalah Al-Quran yang merupakan kata-kata Allah, sebagai panduan dan pedoman hidup yang sempurna bagi manusia. Faham kan? Jadi sekarang kita rujuk Al-Quran tentang tujuan manusia hidup di dunia.

“dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku” (TQS Az-Zariyat : 56)

Nah, jadi tujuan manusia hidup adalah untuk beribadah kepada Allah. Tapi apa pula maksud ibadah? Adakah ibadah tu solat saja 24jam? Tidak, menurut Ibnu Taimiyah rahimahullah, “ibadah adalah segala sesuatu yang dicintai dan diredhai oleh Allah Swt samaada perkataan ataupun perbuatan, yang zahir (nampak) dan yang batin (tersembunyi).”

Bermakna juga, segala perkara yang dilakukan kerana Allah, samaada melaksanakan perkara yang diperintahkan-Nya atau meninggalkan segala larangan-Nya, maka ianya adalah ibadah.

Kemudian ibadah terbahagi pula kepada 2 bahagian iaitu :

1.     Ibadah Mahdhoh (ibadah yang murni ibadah) iaitu ibadah yang ‘direct’ kepada Allah Swt contohnya solat, puasa, doa...
2.     Ibadah Ghairu Mahdhoh (ibadah yang tak murni ibadah) iaitu yang ada perantaraan dalam beribadah contohnya bekerja, belajar, bersukan, berpolitik dan sebagainya. Dalam kawasan ibadah Mahdhoh ni, kena hati-hati sebab kalau dilakukan bukan kerana Allah, contoh nak cari kekayaan semata-mata atau nak pujian, atau nak balasan lain, maka ianya tak dikira sebagai ibadah.

Nah, mudah kan? Diingatkan, ia mestilah dilakukan kerana Allah dan sesuai dengan syariat Islam. Jadi sekarang bila da tau boleh lah kita mula bertindak sesuai dengan tujuan kita hidup iaitu beribadah kepada Allah.

“Amal yang paling dicintai Allah adalah yang terus menerus walaupun hanya sedikit”. (HR Bukhari dan Muslim)

:]

p/s: ianya asas, kena banyak mengkaji ya.

0 kata-kata indah:

Post a Comment

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright Reserved © 2010-2015 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.