CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 July 2012

Entri berulang : Aaa.. tolong, tolong.....

CPFZ | 21:00 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

*ini entri berulang*

Hah? kenapa mintak tolong?
ada apa-apa ke nih?
*gulp*

suatu hari di Pantai Teluk Gorek, Mersing

Korang nampak kan foto kat atas ni?
tak tahulah, cantik ke idak, lawo ke idak.

Foto tepi pantai atas ni,
guna DSLR kazen, Nikon D90 kalo tak salah,
pastu, edit sikit guna effect yang ada dalam Picasa 3,
*lupa plak apa nama effect tu, haih..*


Aaa, den cuma nak mintak tolong sikit je,
*kalo tak nak tak apa, tak paksa apa pun*
mintak tolong :

  1. Klik kat foto yang atas nu, then akan popup 1 window baru
  2. Tolong vote foto yang sebijik serupa sama tapi bukan kembar, macam kat atas tu. Kalo tak jumpa, jeling-jeling, jenguk-jenguk laa foto yang ada tag 'farah zahid' atau 'farah'
Vote terbuka sehingga 31 Julai 2012 sahaja.
Erm.. vote ni bukan untuk menang cash atau hadiah atau travel mana-mana,
just foto yang menang paling banyak vote, akan dipamer kat online portfolio dan muka buku yang punya tapak (May The Best Photo Win).

Saja nak cuba 'luck' bak kata orang puteh.. *Oh My English, hahah*
Terima kasih pada yang sudi vote foto tersebut, arigato!

30 July 2012

Agenda Yahudi : Peka atau Pekak?

CPFZ | 16:51 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

  • Song
>>> Tak ada guna kalo duk melalak-lalak, taksub melampau dengan lagu-lagu, lebih-lebih lagi yang tak punya mesej yang jelas, bait-bait lagu yang ntah-hape-hape, termasuk yang melalaikan dan menjauhkan kita dari Pencipta makhluk. Best sangat ke lagu yang duk dengar hari-hari tuh?

>>> Motif : ye, orang bukan Islam tak senang duduk kalo tengok Muslim bersenang-senang dan khusyuk mendengar ayat-ayat suci, mendengar ceramah dan kuliah agama yang lebih berfaedah dan menjamin hidup untuk bekalan ke akhirat


  • Smoke
>>> Tak perlu la nak duk berdebat benda haram-halal dosa-pahala yang lain, kalo diri sendiri sibuk dengan batang rokok dan yang seangkatan dengannya.. Terang-terang keluar fatwa yang merokok tu haram, tapi pasai pa ramai makhluk-makhluk manusia yang masih merokok? Gejala apakah ini?

>>> Motif : ye, inilah benda yang makhluk manusia gemari, walaupun jelas ia memudharatkan nyawa sendiri dan orang lain. Anyone? sila keluarkan hadith Nabi saw yang menyuruh umatnya merokok?

  • Sex
>>> Hanya seks yang halal akan diredhai Allah swt. Siapa yang ajar pasal keperluan seks sebelum nikah? siapa yang ajar seks luar tabi'e? siapa yang ajar sumbang mahram? Nabi saw kita tak ada pun ajar buat macam tu semua, kan?

>>> Motif : ye, musuh Islam akan mengajar benda yang terlarang tetapi disukai, sebab diorang tak boleh duduk senang tengok umat Islam berjaya melahirkan manusia yang patuh pada Tuhan dan ajaran Islam.

  • Style
>>> Apa gunanya berfesyen tapi tak mengikut syariat? makhluk manusia sekarang gemar berfesyen dan nak ikut trend, kononnya tak standard la kalo tak ikut fesyen. Tapi sedar tak? lagi berfesyen, lagi telanjang. lagi ikut trend, lagi tak cukup kain. Mau kain kapan kah?

>>> Motif : ye, semuanya berpunca dari fesyen yang tak mengikut landasan syar'ie. berfesyen tu tak salah, tapi harus ikut jalan yang betul dan sesuai dengan syariat Islam.

  • Sport
>>> Makhluk manusia bersukan tapi tak solat? bersukan tapi abai tugas dan kewajipan sebagai Muslim? bersukan sekadar mahu dapatkan duniawi kah? tak ada plak Nabi saw suruh bersukan sampai tak solat, macam mana tu?

>>> Motif : ye, ini jugak antara taktik musuh Islam nak melekakan umat Islam, tapi selagi bersukan yang tak menjejas kewajipan kepada Allah swt, tak ada masalah pun, ye dak? Nabi saw sendiri galakkan umatnya bersukan macam memanah, berenang dan menunggang kuda, tapi jangan sampai tak ikut perintah Tuhan.


ps :
ini olahan semula maklumat menurut pemahaman saya dari sumber-sumber yang dipercayai


aYaz :
Islam itu indah, Islam itu lengkap.. :)

27 July 2012

Perkahwinan : Upacara membatalkan air sembahyang

CPFZ | 09:24 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Kan?
semua orang paham benor tentang upacara ni,
ye dak, ye dak?
tiap kali ngikut abang-kakak-sepupu-kawan yang bernikah,
kompem-kompem ada upacara batal air sembahyang antara pengantin,
tapi apa hukum yang sebenarnya?

Pernikahan atau perkahwinan,
ialah satu perkara baik dan bersejarah dalam hidup manusia,
yang mana ia merupakan suatu anugerah yang besar yang perlu dihayati.
Untuk itu,
cara terbaik bagi pasangan suami-isteri yang baru lepas akad nikah,
adalah dengan menunaikan sembahyang sunat dua rakaat,
( sembahyang sunat nikah )
yang sepatutnya ( bukan PATUT, tapi boleh kira dituntut )
untuk menjadi adat istiadat setelah selesai akad nikah.

Ungkapan "membatalkan air sembahyang" itu sendiri sudah membawa tanggapan,
atau nilai yang tidak elok,
maka,
moleklah kiranya sembahyang sunat ini mengambil alih tempat adat yang tidak kena pada tempatnya itu.

Macam mana cara mendirikan sembahyang sunat nikah ni?
Mudah je, yang mana caranya sama dengan sembahyang sunat mutlak*,
dari segi praktik atau gerak lakunya.

Lafaz niat :
gambar agak blur, maapkan tuan belog (=.=')

Dah siap sembahyang sunat nikah, berdoa la pada Allah swt dengan sebarang doa pun,
dan jangan lupa mengucapkan syukur kepadaNya tanda terima kasih kita.


Sekian, itu je antara sedikit ilmu yang nak saya kongsikan dengan korang semua.

* sembahyang sunat mutlak :
sembahyang yang dikerjakan tanpa sebarang sebab tertentu,
dilakukan pada bila-bila masa melainkan waktu yang tidak dibolehkan sembahyang.


aYaz :
biar mati anak jangan mati adat.. 
anak mati, sape nak teruskan adat kau tu?
nak beradat sekalipun, biar la yang menepati syariat Islam,
bukan adat yang "ntah-apa-apa-tak-masuk-dek-akal-melawan-syariat-agama"

25 July 2012

Wordless Wednesday : 6

Muhammad Akmal | 18:49 |

Assalamu’alaikum.


sumber : FB page  Komunitas Rindu Syariah & Khilafah


Dikatakan ini adalah jamaah shalat Tarawih di Moskow Rusia, jantung komunis, di mana agama dahulu dipropagandakan sebagai opium (candu) secara besar-besaran dan rejim komunis berusaha memadamkan cahaya Islam.


Hari ini, dengan kurnia Allah Swt, orang orang telah kembali kepada Allah, kata Al-Wahid Al-Qahar. "Mereka bersatu dalam kebenaran"


Subhaanallah, hebat kan? Ternyata komunism tak sesuai dengan fitrah manusia. 


:]


24 July 2012

Iklan Kerja : House Detective

CPFZ | 15:38 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

kerja kosong sebagai HD
Iklan sikit, ehehe~
maap ler, kalo gambar tak berapa jelas,
snap dari web femes untuk cari kerja, Mudah.my.
so, sape-sape yang rasa berminat nak kerja kat Parkson sebagai HD,
amatlah dialu-alukan, tapi komisyen saya tak dapat laa, ahahaha..

Actually,
bukan nak hebahkan cerita iklan kerja ni kat korang,
tapi nak dedahkan konspirasi realiti alam pekerjaan dunia sekarang.
apa benda la ek, yang Farah nak sampaikan kat dalam entri ni?
haa, jooooom, jom heboh, eh? motif jom heboh? mueheheheheee...

Cuba korang enlarge foto kat atas ni,
up to u lah, nak enlarge macam mana teknik pun, zoom ke, click to enlarge ke,
asalkan bukan makin jadi kecik atau keluar thumbnail, okeh?
next, apa yang korang boleh nampak, boleh paham after zoom foto tu?
anyone? sape dapat jawab ngan tepat, saya bagi 5 hengget.
ok, tipu je! kui kui kui :P


ps :
1- Ini memang iklan kerja sebenar, siapa nak try apply, dipersilakan :)
2- Di samping iklan, tuan belog nak test sisi pandangan dan pendapat dari pembaca semua mengenai iklan yang tersebut.


aYaz :
kita bekerja haruslah dengan niat yang betul ; ikhlas kerana Allah swt, untuk mencari redha-Nya, dapat belanja dengan hasil yang halal, di samping dapat tolong orang lain melalui sedekah hasil titik peluh kita bekerja secara halal.. :)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.