CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 June 2012

Kisah Si Burung #2

CPFZ | 20:52 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Entri ni, kesinambungan Kisah Si Burung #1, beberapa hari lepas,
kalau rasa nak ikut perkembangan dan tumbesaran si anak burung,
boleh laa teruskan membaca,
terima kasih.. :)


sekitar jam 9 pagi 27/06/2012
Adakala, mak burung duduk kat dalam sarang,
maybe nak lindung anaknya dari kesejukan,
maklum jela, kecik lagi, bulu pelepah pun belum ada sepenuhnya.
Foto atas ni, tak ada mak burung,
agaknya baru terbang pegi cari makan untuk 2 ekor burung kecik nih, heee~

Kebetulan, lepas amik gambar 2 ekor kenit nih,
hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum, eh? ke bumi la, ekeke..
lebat wooo, cepat-cepat saya pegi intai  sarang burung tu,
dalam hati, "kesian anak burung, mesti basah lencun dan cejukkk, menggigil kot..",
tapi Tuhan tu Maha Segalanya,
rupanya mak burung dah ready kat sarangnya,
kembangkan sayapnya untuk lindung anak-anaknya,
Subhanallah, Maha Suci Allah...
tapi saya takde la amik gambar yang ni, hujan lebat betul.



pagi 29/06/2012
Yang ni plak, 2 hari lepasnya,
dah nampak pun, badannya dah ada tumbuh bulu, tapi baru sikit.
Nampak betul yang sekor anak burung tu kelaparan,
dia ingat maknya dah balik sarang,
tu yang sekor dah siap nganga sampai macam tu gaya,
kiut je, ngeeee~


aYaz :
aneh kan? kat rumah enchek chenta pun, ada 2 ekor anak burung sama macam ni, yang sedang membesar untuk jadi burung dewasa...

28 June 2012

Rasminya....

CPFZ | 16:45 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim,
saya sebagai tuan belog,
dengan rasminya nak umumkan bahawa,
belog ni ada penulis jemputan.

Beliau,
merupakan kenalan maya saya, berpangkat adik,
beliau ialah adik Akmal,
nama penuh beliau, kena tanya sendiri pada beliau,
hee~

Harapan saya,
semoga dengan adanya beliau, pembaca bolehlah dapat info,
dapat maklumat berfaedah, tak banyak pun, dapat sikit,
insyaAllah.. mudah-mudahan..

Untuk adik Akmal,
selamat mencuba dan semoga berjaya,
terima kasih sebab sudi bersama belog akak yang tak seberapa ni..

25 June 2012

Kisah Si Burung #1

CPFZ | 11:33 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


Maaf lama tak hapdet belog,
agak sibuk minggu lepas,
baru balik dari intebiu kat KL,
berkampung kat rumah mak sedara kat Danau Kota,
tak tahu kat mana Danau Kota tu?
ala, dekat dengan KL Festival City, uhuhu...


petang 23/06/2012

Sehari esoknya, bersiar-siar kat laman rumah,
mak kata ada sarang burung kat pokok cermai,
gi tengok, ada 2 biji telur burung,
*refer foto di atas*
seperti yang enchek chenta cakap,
tu telur burung merbah, sebab kat rumah dia pun ada telur macam tuh,
dan sekarang ni dah menetas pun, tapi memang ada 2 ekor aje.


pagi 25/06/2012
See?
telur 2 biji hari tu, pagi ni tadi dah menetas pun,
semalam tak tengok pun, miss 1 hari dah, uhuhu..
si dia cakap, ini lah anak burung merbah tu..
tapi bila besar, tak tahulah macam mana ghupernya,
saya memang tak penah tengok live burung merbah ni, huu~

So, lepas ni,
memang akan follow tiap hari perkembangan anak burung nih,
excitednyaaaaa, weeee~



aYaz :
Subhanallah, Tuhan yang menciptakan setiap sesuatu...

20 June 2012

Mitos & Kesihatan : Mata

CPFZ | 09:45 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...


MITOS 1 :
Tonton TV terlalu dekat rosakkan biji mata.
FAKTA 1 :
Ibu bapa selalu marah-marah kalau anak tonton TV pada jarak dekat, sebab boleh rosakkan mata. Namun, menurut Akademi Oftalmologi Amerika (AAO), anak-anak menjadi lebih fokus apabila tonton TV pada jarak dekat tanpa mengalami sakit mata, berbanding orang dewasa. Hal yang harus dititikberatkan ialah betulkan tabiat duduk sewaktu di depan TV atau memegang bahan bacaan yang berdekatan. Walaubagaimanapun, kekerapan menonton TV terlalu lama boleh sebabkan penyakit rabun jauh.



MITOS 2 :
Jika ibu bapa punyai masalah penglihatan, anak-anak juga berisiko dapat masalah yang sama.
FAKTA 2 :
Kenyataan ini adakalanya betul. Kalau kamu pakai specs disebabkan masalah penglihatan yang kurang jelas atau mengalami katarak, anak-anak kamu berpotensi tinggi mewarisi sifat yang sama.

MITOS 3 :
Makan lobak merah baik untuk penglihatan.
FAKTA 3 :
Memang benar lobak merah kaya dengan Vitamin A yang penting untuk penglihatan, namun masih ada pilihan lain seperti asparagus, aprikot, dan susu yang boleh membantu menjaga kesihatan mata, serta amalan diet yang seimbang juga membantu.



MITOS 4 :
 Penggunaan PC/laptop boleh rosakkan mata.
FAKTA 4 :
Berdasarkan kajian AAO, tidak ada bukti yang gunakan PC boleh sebabkan mata jadi rosak, akan tetapi, kalau menggunakannya dalam tempoh yang panjang, akan menyebabkan mata kurang berkedip mengikut kebiasaannya. Perkara ini mengakibatkan mata menjadi kering dan masalah sakit mata. Untuk itu, setiap kali gunakan PC, kamu perlu berhenti sekali-sekala untuk merehatkan sekejap mata kamu.

MITOS 5 :
 Hanya kaum lelaki yang mengalami buta warna.
FAKTA 5 :
Menurut kajian AAO, dianggarkan bahawa sehingga 8% kanak-kanak lelaki mengalami sedikit masalah buta warna, manakala kurang dari 1% kanak-kanak perempuan mengalami masalah itu.




sumber :
iSIHAT-mei2012 

19 June 2012

Rohani : Angka 5 dalam Islam #2

CPFZ | 11:15 |


F) Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara

Sebagaimana Nabi saw bersabda yang bermaksud,
"Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara...
  1. Masa SIHAT sebelum SAKIT
  2. Masa KAYA sebelum tiba masa SEMPIT/MISKIN
  3. Masa LAPANG sebelum tiba masa SIBUK
  4. Masa MUDA sebelum datang masa TUA
  5. Masa HIDUP sebelum tiba masa MATI"
(H.R. al-Hakim & al-Baihaqi)


G) 5 perkara yang wajib disegerakan

Dari Hatim al-Asam, "Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada 5 tempat", justeru ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah saw :
  1. apabila rumah kamu dikunjungi oleh tetamu, WAJIB kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan
  2. apabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIB bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan untuk mayat itu
  3. apabila seseorang anak gadis kamu telah cukup umur & matang, WAJIB bagi kamu untuk mengahwinkannya
  4. apabila kamu berhutang dengan sesiapa, yakni Allah swt sekalipun, WAJIB atas kamu untuk membayarnya kembali
  5. apabila pelbagai salah & dosa telah dilakukan kepada Allah swt, WAJIB kamu segera bertaubat dan pohon keampunan dari-Nya

H) 5 perang besar di zaman Rasulullah saw
  1. Perang Badar
  2. Perang Uhud
  3. Perang Khandak
  4. Perang Mu'tah
  5. Perang Hunain


I) 5 Nabi bertaraf Ulul 'Azmi
  1. Nabi Nuh a.s
  2. Nabi Ibrahim a.s
  3. Nabi Musa a.s
  4. Nabi Isa a.s
  5. Nabi Muhammad saw


J) 5 sebab digelar Ulul 'Azmi
  1. Mendapat pengiktirafan dari Allah swt
  2. Memiliki kesabaran yang tinggi semasa berdakwah
  3. Sentiasa memohon kepada Allah swt supaya kaum mereka tidak diturunkan azab bencana
  4. Sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya memberi hidayah kepada kaum mereka
  5. Memiliki keazaman yang tinggi, kuat dan kental semasa berdakwah


Subhanallah, itu antaranya yang ada.
Siapa-siapa yang nak share, dipersilakan untuk share.
InsyaAllah, ada lagi info yang lain, saya share dengan kalian.


Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.