CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

04 October 2012

Antara hari yang boleh dihitung..

CPFZ | 11:24 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Salam hari Khamis, harap sihat dan ceria selalu hendaknya.
katakan "Tak Nak pada Rokok",
eh? iklan tetiba. *chuckle*

Sengaja kan, cik FS buat tajuk entri macam ni, gara-gara sedara Bro Framestone punya status  kat fesbuk beliau la ni, haha. Status apa ek? ahai, status pasal jiwang-jiwang, pasal kawen-kawen la, maklum je, beliau kan bakal mendirikan rumah dan tangga dalam masa beberapa minggu dari sekarang. jangan sampai takde atap plak rumah dan tangga tu, kih kih..

Oh, jum semak, hari apa yang boleh dihitung :

1) Hari lahir diri sendiri
- menghitung hari ulangtahun kelahiran yang kesekian-sekian, eksaited kan? lagi-lagi duk tunggu orang wish, orang bagi hadiah.. :D


2) Hari ulangtahun perkahwinan
- khas untuk yang sudah berkahwin je, yang belum, opkos la takde istilah ulangtahun perkahwinan, okeh. siap plan untuk ber'huneymun' kan..



3) Hari peperiksaan besar - UPSR, PMR, SPM, STPM
- ye kan? kat sekolah mesti ada papan tanda yang siap mengira hari yang berbaki sebelum peperiksaan tiba. budak sekolah akan menjerit 'Merdeka' bila exam tamat, kui kui..


4) Hari pernikahan
- kalo yang ni, idak ler dapat disangkalkan lagi, opkos menunggu masa menghitung hari untuk bernikah bersama pasangan memasing, bak status sedara Bro Framestone - 38 hari sebelum dapat "sijil halal". dah macam nak bukak restoran cawangan pertama la plak, kih kih..



5) Hari melahirkan kandungan
- dah nikah, mengandung la plak kan? rezeki, rezeki. menanti hari, eh, menanti berminggu-minggu sehingga lar saat untuk melahirkan, eksaited, ngeri, bimbang, semua ada..


6) Hari nak puasa dan raya
- eksaited nak berpuasa, tapi lebih eksaited menghitung hari untuk sambut hari raya, kan, kan?



Itulah antara hari-hari yang boleh dihitung, ada lagi tak ek? opss, tapi ada jugak hari yang tak boleh dihitung. apakah dia?

i) Hari kematian
- sah-sah kita takkan tahu hari kematian kita secara spesifiknya, bila, dan kat mana. melainkan manusia yang terpilih, yang diberi hint tentang ajal yang mendekat.

ii) Hari kiamat
- ini adalah sebahagian rahsia Allah swt. seluruh hambaNya tak dapat tahu bila akan jadi hari kiamat, tak payah nak hitung-hitung. sebagai manusia, kita buatlah amal selagi mampu, selagi sempat.


FS :
terkena tempias stress gara-gara enchek mucuk mengadu stress, haha..

03 October 2012

Review : GO Backup Pro

CPFZ | 10:50 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Hari ni hari Rabu, suppose buat Wordless Wednesday, tapi rasanya macam banyak benda nak kongsi dengan pembaca. Jadi, hari ni cik FS buat entri macam biasa. :)

Korang semua mesti banyak yang guna smartphone, kan? tak kira iOS ke, Windows ke, Android ke, yang penting smartphone. pernah terfikir tak, kalau satu hari nanti, semua data dan aplikasi dalam smartphone tu akan hilang? pastu tak tahu macam mana nak dapatkan semula data-data tu semua?
Sebenarnya, smartphone pun ada caranya tersendiri, macam laptop dan PC jugak, ada Recovery System atau aplikasi Backup dan Restore. nak tahu? jom, layan....

Untuk pengguna Android, banyak aplikasi untuk backup dan data recovery, tapi cik FS nak introduce GO Backup Pro. Apa bendanya ni eh?


Tadaaa... inilah GO Backup Pro, free je, boleh search kat Play Google. ianya adalah aplikasi untuk backup data dan aplikasi dalam smartphone yang menggunakan Android.

Dalam foto ni, dipanggil Pro version sebab ada Cloud Backup, nampak tak? kalau nak guna Cloud, kena purchase ikut harga yang ditetapkan. cik FS guna je Pro, tapi tak purchase pun Cloud Backup tu, lain masa kot? hihi.

Ok, next, ada dua pilihan kat situ, samada nak Backup atau Restore. kalau dah pernah Backup, kat Restore akan ditunjukkan berapa banyak backup yang ada. dan kalau belum pernah, for sure lah kosong.



Ni cik FS tunjukkan plak untuk Cloud Backup tu. kan, ada icon troli kat New Cloud Backup dan Restore. tu maknanya kena purchase dulu, baru boleh gunakan backup yang ni.
pada pendapat cik FS, guna Local Backup pun dah memadai, melainkan ada yang nak backup pada kapasiti yang lebih besar dan mudah synchronize.




Macam cik FS, dah pernah buat backup sebelum ni, jadinya dah ada pun beberapa siri backup untuk data dan aplikasi dalam tu.
nanti boleh pilih mana-mana backup yang nak restore semula, terutamanya untuk data dan aplikasi yang penting.
saiz backup depends pada jenis data dan aplikasi yang ada, kalau besar, saiz backup pun besar jugak, sama macam backup kat dalam laptop dan pc.










Oh ye, sebelum tu kan, device akan mintak permission untuk guna GO Backup Pro ni. mana-mana device yang unroot, tak boleh guna. untuk itu, pengguna harus root kan smartphone. root tu apa plak? maaf ye, cik FS tak dapat nak explain panjang lebar tentang root kat entri ni, mungkin entri akan datang. tapi korang boleh la baca tentang ROOT untuk Android. ataupun boleh search kat Google berkenaan root dan cara untuk root kat Android smartphone.


Rating : * * * *
Komen :
Mudah digunakan dan user-friendly, takde banyak kerenah sangat, dan masih boleh guna yang percuma (setakat hari ini). cuma pengguna harus pastikan device Android berstatus ROOTED sebelum boleh guna aplikasi GO Backup Pro ini.
selamat mencuba!

02 October 2012

Barang yang tak boleh dibuat surprise

CPFZ | 21:44 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Heh, ada-ada je cik FS ni, tajuk nak macam-macam, hehe.
Jum, kita jenguk sikit barang apa la tu ek...

1- Baju / T-shirt / Blaus
Alasan : tak tahu saiz si pemakai
Pengecualian : dah memang tahu saiz yang dipakai, terutama saiz si perempuan

2- Seluar
Alasan : saiz yang tidak diketahui
Pengecualian : sedia maklum saiz yang dipakai oleh orang tersebut


3- Kasut / Sandal
Alasan : saiz kaki tak dapat diketahui dengan tepat melainkan si pemakai sendiri
Pengecualian : saiz yang dipakai adalah tetap dan telah diketahui sejak sekian lama


4- Cincin
Alasan : saiz jari yang boleh mengembang atau mengecil
Pengecualian : jari si pemakai tak pernah mengalami sebarang perubahan


5- Underwear / Bra / Boxer
Alasan : hal dalaman sebegini tak dapat diketahui secara tepat melainkan si pemakai sendiri
Pengecualian : pemakai memberitahu secara detail


FS :
pernah bagi jam tangan pada si dia dan pernah dapat sebiji bantal bentuk love warna pink.. :)

Menjaga hati

CPFZ | 14:14 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Jagalah hati, jangan kau kotori,
jagalah hati, lentera hidup ini..



Masak kari ayam tak letak garam, makanan jadi tawar,
buat air teh o tak letak gula, minuman jadi tawar,
manusia juga punya perasaan, hati pun boleh menjadi tawar.





........ kih kih :D

FS :
pening kot, duk search, survey pasal produk untuk investment.. -.-"

01 October 2012

Review : Statistik bulan September 2012

CPFZ | 16:28 |
Salam sejahtera ke atas sekalian kamu...

Selamat 1 haribulan Oktober 2012, dah masuk bulan 10 pun, cepatnya masa berlalu..
dan lebih kurang 2 bulan lebih sikit je, cik FS bakal jejak angka 26, terasa tua la plak, huuu~
tahun depan kawen, yeay! haha, sila jangan percaya. :P

Entri ni review secara ringkas berkenaan statistik blog cik FS sepanjang bulan September.
cuma ni yang pertama kali kot, buat review statistik blog sendiri, bulan dulu-dulu tak buat pun.
tetibe je rasa nak buat untuk bulan lepas, mimpi apa entah. *sigh*



Alhamdulillah, ada kemajuan untuk bulan lepas. bulan 10 ni, tak tahu la macam mana plak.
cik FS bukan nak apa-apa, cuma nak share rasa dalam diri ni (rasa gembira kut? haha)
maklum jela, cik FS bukan blogger sepenuh masa, tak femes pun. so, bila tengok statistik blog ada kemajuan walaupun ada turun-naik macam dalam gambar tu, suka la jugak. kih kih.

Kalo tengok, entri paling femes bulan lepas, berkenaan zina, lepas tu entri tentang rahsia negeri kelahiran dalam IC, pehtu lain-lain boleh tengok la ye, hehe.
Pageview tertinggi bulan lepas adalah pada tarikh 28hb, hari Jumaat minggu sebelum ni,
wah, tak pernah-pernah kot pageview blog ni jejak level tu, terharunya.. *sob sob*

Terima kasih bebanyak pada korang yang sudi jenguk, singgah, klik-klik kat iklan Nuffnang sebelum ni. terharu tau! akan datang, sila jangan malu-segan datang jenguk singgah blog cik FS yang tak seberapa ni, uhukkss.. terima kasih sekali lagi. :)

FS :
agak stress sebenarnya bila dah semakin hujung tahun ni, huhu..

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.