CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

19 April 2012

Pertunangan : Perlu ke?

CPFZ | 20:52 |


Bertunang, perlu ke? wajar ke?
Kalau perlu, macam mana proses yang sewajarnya?
Kalau tak, kenapa plak?


Saya agak pening lalat bila diutarakan perkara sebegini,
maklum laa, belum ada pengalaman,
majlis sendiri mahupun majlis saudara seibu sebapa,
kih kih kih ...

Pada pandangan saya laa,
pertunangan tu, kalau tak ada pun tak apa,
atau nak buat serentak dengan akad nikah pun, boleh aje,
tergantung pada pasangan yang berkenaan, kan, kan?

1 hal lagi,
yang agak memberatkan kaki kepala saya mengenai hantaran,
macam mana plak tu?
dah masa tunang ada hantaran,
masa akad nikah pun ada hantaran?
waduhhhh ... 
macam ni, saya tak payah laa bertunang ....

Korang ada apa-apa pandangan fasal ni?
share-share laa, sebab tiap orang tak sama kan ..





aYaz :
ada yang buat majlis tunang dah macam majlis kahwin,
boleh tahan laa grandnya tu .....

18 April 2012

Wordless Wednesday : 1

CPFZ | 10:29 |


sijil kursus pra-perkahwinan negeri johor





aYaz :
okeh, 1st time nak buat 'Wordless Wednesday' macam kat blog lain, mueheheh ...

17 April 2012

Menu Sihat : Smoothie Nanas

CPFZ | 13:20 |
jom, ushar menu sihat hari ni

Smoothie Nanas

Bahan-bahan :

  • 500g isi nanas (dipotong dadu)
  • 100mL yogurt asli
  • 200mL susu segar
  • 3 sudu gula (mengikut kesesuaian dan kemanisan)


Cara membuat :
  1. Simpan sejuk nanas untuk lebih kurang 4-5 jam
  2. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam blender dan kisar sehingga lembut
  3. Smoothie nanas sudah siap, tuang ke dalam gelas, dan sedia untuk dihidang

Khasiat :
Nanas mengandungi kandungan gula yang tinggi dan kaya dengan vitamin A, B dan C.
Minum jus nanas terbukti berkesan mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.


Selamat mencuba!



sumber info :
Remaja April2012

16 April 2012

Kesedihan Dr. Ridhuan Tee Abdullah

CPFZ | 20:16 |
Entri saya ni, sekadar perkongsian yang tak seberapa,
cerita selanjutnya boleh la baca di laman blog Ustaz Khalil ( Kadi Kluang ).

Apa pun, saya berharap Dr. Ridhuan sentiasa kuat dan tabah,
mudah-mudahan, InsyaAllah ...





aYaz :
setiap yang bernyawa itu pasti merasai kematian ..

15 April 2012

Berapa kali cubaan daa ...

CPFZ | 10:25 |
aku nikahkan engkau dengan nurin adriana batrisya binti daud dengan mas kahwin 300 ringgit, tunai ......
 aku terima nikahnya .. nurin, err ... adri-ana ... errr ... saya 'terai' lagi sekali tok, uhh ...
ihsan unkel google

hah? hamek kau, gagap ...
FAILED beb!
pengantin lelaki dah laa gabra semacam depan tok kadi, *dup-dap-dup-dap*
( aisehhhh ... apa pasai buleh gagap nak sebut nama bakal bini ... padahal praktis dah kemaren ... )

tu ah, siapa suruh bagi nama anak perempuan sedap bebenor,
sampai tergeliat lidah bakal suaminya nak nyebut masa akad nikah,
kesiaannnnnn dia loh ...

oo ye ...
pesanan untuk bakal bapak dan ibu sekalian,
jangan laa duk letak nama anak perempuan ( kalau anak lelaki sila abaikan ) yang pelik-pelik,
memang panjang, bunyinya sedap sesangat, nama moden la katakan, ( tak mau kalah tuh! )
tapi tak patut jugak kot?
kesyiiiaaannnnnnn, kat bakal menantu awok-awok semua,
sampai gagap-gagap, tergeliat mulut lidah nak sebut nama anak dara awok masa akad ...


ps :
biar nama anak simple tapi maksud tetap ada, terbaekkkkk!

aYaz :
kepada enchek bakal suami saya, kamu pasti mudah nak sebut nama saya.. :)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2024 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.