CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

02 August 2012

Jumlah Bukan Penentu Kebenaran!

Muhammad Akmal | 21:32 |

Assalamu’alaikum.




Sedar tak sedar, kita seringkali menjadikan jumlah sebagai penentu kebenaran bagi kita. Jumlah yang saya maksudkan adalah dari jumlah manusia. Contohnya dalam menggubal undang-undang, dua orang bodoh boleh mengalahkan satu orang genius. Maka tak hairan kalau keluar undang-undang yang pelik.


Contoh lagi dalam hal persepsi, dalam kes Justin Bieber contohnya. Muncul saja propaganda mengatakan dia gay, terus semua orang pun kata dia gay + kutuk-kutuk kat youtube padahal dia tu bukan gay pun. Ops, tapi saya bukan nak bela dia. Sekadar membetulkan persepsi. 


Perkara yang sama juga berlaku dalam memilih makanan, dalam menilai lukisan, dalam menilai jemaah, dalam menilai program dan perkara-perkara lainnya yang terkait kehidupan kita hari-hari. Kalau dalam hal mubah/harus takpa lagi, ni dalam hal halal haram pun kita letak jumlah sebagai penentu, samaada ianya betul halal atau haram?


Bila ramai orang kata makanan tu bagus maka makanan tu bagus? Walaupun makanan tu haram? Bila ramai orang kata lukisan tu cantik maka ianya cantik? Walaupun ianya gambar conteng-conteng? Bila ramai orang kata jemaah tu betul maka jemaah tu jadi betul? Walaupun jemaah tu memperjuangkan Rasul baru? Bila ramai orang hadir satu-satu program tu makanya program tu betul? Walaupun dalam program tu program tari-menari? Bila ramai orang kata demokrasi betul maka demokrasi pun jadi betul? Walaupun Plato dan Aristotle sendiri kata demokrasi buruk? Macam tu? Cuba fikir balik betul ke cara kita menilai dengan meletakkan jumlah sebagai penentu kebenaran.


Dan sebenarnya apa yang menentukan kebenaran?


Hmm, cuba baca ni dulu.


Ingatlah, Definisi Kebenaran Bukan dari Kebanyakan Orang!

          Sesunguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik
(QS al-Maidah:49)

          Akan tetapi, kebanyakan mereka tidak mengetahuinya
(QS. al-An’am:37)

          Engkau tidak mendapati kebanyakan mereka bersyukur/ taat.
(QS. al-A’raf:17)

          Sesungguhnya (al-Qur’an) itu adalah benar-benar dari Rabb-mu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (QS. Hud:17)

          Jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkan kamu (QS. Al-An’am:116)

          Sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar-benar hendak menyesatkan orang lain dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan (QS. Al-An’am:119)

          Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui-nya (QS. Yusuf:40)

         


Pujian ALLAH SWT Terhadap yang SEDIKIT

          Kemudian kalian tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kalian (QS. Baqarah:83)

          Tatkala berperang diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa orang saja diantara mereka (QS. Al-Baqarah:246)

          (iblis berkata), “terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang engkau muliakan atas diriku ? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai Hari Kiamat, niscaya akan aku sesatkan anak keturunannya, kecuali sebahagian kecil (QS. Al-Isra:62)

          Mengapa tidak ada dari umat-umat sebelum kalian orang yang mempunyai keutamaan yang melarang (mengerjakan) kerusakan dimuka bumi, kecuali sebahagian kecil diantara orang yang telah kami selamatkan diantara mereka (QS. Hud:116)

          Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah (QS. Al-Baqarah:246)

         


Nah, masih percaya bila ramai maknanya betul? Start hari ni kena ubah landasan berfikir kita semua. Dan jawapan bagi penentu kebenaran tu ada dalam video bawah ni. Panjang sikit tapi sangat best lagi-lagi bila dapat menghayati pesanan-pesanan ni. Sayu hati bila kenangkan Rasulullah saw pesan ni untuk kita. Rindu kan? Allahumma solli ‘ala Saidina Muhammad wa ‘ala ali Saidina Muhammad.




Secara ringkasnya, Rasulullah Saw  bersabda yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu, Kitabullah(Al-Quran)  dan Sunnahku”. (Al-Hadith)


Nah, dua inilah yang menentukan kebenaran. Dengar macam senang kan? Dua benda je, sikit je? Sebenarnya dalam Al-Quran saja ada 6236 ayat, dalam kitab hadis riwayat Imam Bukhari ada 7008 hadis, Imam Muslim pula 5362 hadis, hadis Mutawatir ada 8193, dan berpuluh-puluh ribu hadis lagi yang berbeza-beza taraf. Tu semua kita kena ambil tau taw.


Dan lagi bagus kalau kita ‘upgrade’ ilmu Al-Quran dan Hadis kita dengan dapatkan kitab tafsir seperti Tafsir Ibnu Katsir, Kitab Fathul Bari - Syarah Sahih Bukhari oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani rh. dan Kitab Syarah Sahih Muslim oleh Imam An-Nawawi rh. Memang susah sikit nak belajar, tapi apa benda yang kita belajar-belajar terus senang? Matematik kita belajar, susah, Fizik Kimia Biologi susah, tapi kita menyusahkan diri kita juga untuk belajar ilmu-ilmu tu. Sedangkan, belum tentu bermanfaat pun. Tapi blaja ilmu agama mesti bermanfaat. Tak dapat praktikkan, dapat sampaikan, kan dapat pahala. Ok?


Belajar lah, supaya kita tau mana kebenaran dan sentiasa berada dalam kebenaran.


InsyaAllah. Selamat belajar.


:] 


2 comments:

  1. setuju dengan entry nie.. padat dengan info yang menyedarkan diri. Amalan nie dah jadi satu benda wajib berlaku.. pokoknya kita kenal balik kepada Al-Quran dan sunnah.. moga kita berada dilandasan yang benar.

    ReplyDelete

terima kasih sebab sudi komen di entri ini,
sila datang lagi untuk memberi komen.

(^o^)

Entri Popular

Copyright Reserved © 2010-2018 musafir-di bumi-Tuhan. Powered by Blogger.